30 September 2010

INI BUKAN OPEN HOUSE - EPISOD MASAK2 & MAKAN2

Hari : Sabtu, 25/09/2010

Pagi2 buta kami anak beranak dah bangun dan dengan penuh semangat untuk majlis kami pada hari ini.

Kebanyakkan kerja pada hari ni terletak di batu jemala cik puan kpp - masak2 main dish - ayam goreng, sambal tumis ikan bilis & sambal sardin.

Tugasan aku untuk hari ni ialah - susun pinggan/cawan polisterin, masak nasi, susun makanan atas meja dan siapkan sayur ulam2 dalam talam.

Tugasan aku semuanya senang2 belaka. So, sebelum mula aku merehatkan diri dengan bersarapan nugget tempura dengan Nurin hana disertakan dengan segelas besar kopi susu panas. Cik puan kpp pula berhempas pulas kat dapur :-)

12 tengahari..

"Ok. Boleh masak nasi dah kot", kata aku pada cik puan kpp. Kebetulan pula, 'cik Mori dah datang dengan 'ditemani' oleh budak hantu iklan - Shakir, dan adiknya Saif serta emak diorang, Zila (yang nak kena gi kerja shift petang).

"Masak la. 5 pot, ye", kata cik puan kpp

"Ok"

Aku tuang beras 6 pot (melebih2 daripada arahan cik puan kpp.. hehe), sukat air dan masak nasi dalam periuk karan - SIAP!

Next, basuh ulam2 dan susun dalam talam - SIAP!

Kemudian semuanya aku susun atas meja - SIAP!

Senang je kerja aku kan.. hehe. Cik puan kpp pulak masih tengah busy bersilat kat dapur.. kesian. Apron nya 'berlumuran' minyak dan sambal..

***

"Gi beli sate la. Dah pukul satu ni. Karang bila pulak nak gi", aku bagitau cik puan kpp

"Ok", pendek jawapan cik puan kpp sebab tengah berpeluh2 mengerjakan sambal nya. Maklum la, yang nak datang makan ni nanti expert2 memasak seperti 'cik Ro (MIL aku) & 'cik Mori (emak aku). Nanti kena komen teruk pulak.. camne nak dapat title anak & menantu mithali ?

Aku dan Nurin hana ke sate Hj Samuri.

"Bang, nak order. Take away", aku mula bicara

"Kena tunggu sikit la. Pukul 3 nanti boleh ? Ada 2000 order lagi tengah tunggu pukul 2 ni", kata abang sate hj samuri. Huh?!

"Ok. Saya order dulu, pukul 3 datang ambil. 60 ayam, 40 daging ye. Dan, nak beli kuah kacang 1 kilo. Kuah kacang sekilo berapa?", aku berikan order aku

"Sekilo.. 10 ringgit", kata abang sate hj samuri

"Ok. Kuah kacang tu nak sekarang ye"

Abang sate hj samuri tulis order dan bagi aku kuah kacang. Duit dan kuah kacang bertukar tangan. SIAP!

Kuah kacang ni adalah untuk makan dengan nasi impit (ketupat) Nona yang sudah di rebus malam tadinya. So, jimat sikit masa tak payah nak masak.

Before balik, aku singgah beli roti john..

***

"Aku dah sampai ni, dekat dengan sekolah.. jalan C rasanya", kawan baik aku Yan yang datang dari melaka untuk beraya.

"Kat mana tu ? Emm.. ok, tunggu situ. Nanti aku datang", kata aku. Hujan dah mula turun kat luar

Aku start enjin kereta dan terus ke kawasan area jalan C. Melilau aku mencari Yan.

"Wey, nko kat mana ? aku kat area jalan C ni", aku telefon dan tanya

"Ala.. aku dah keluar daripada jalan C. Kejap, kejap.. haa.. ada satu lagi sekolah. Dah terlepas la. Aku berhenti tepi jalan je la.. ada TNB kat sini", kata Yan

"Ok, ok. Itu aku tau. Nko tunggu situ. Nko pakai kereta apa ?", aku patah balik

"Saga hitam"

2 minit kemudian.. "tin, tin", aku honk bagi signal pada kereta Yan untuk dia follow aku. Hujan lebat. Dia pun follow..

***

Yan ni ialah kawan baik aku masa belajar di sekolah asrama penuh di Jasin, Melaka. Dia datang satu family - wife dan 4 anak (3 perempuan, 1 lelaki).

"Yan, jemput la makan. Sebelah sana - nasi dan lauk. Sebelah sini, nasik impit. Itu, kueh raya - semuanya tunjuk", aku explain

"Ok"

Aku pun duduk borak2. Lama betul tak jumpa mamat ni. Kalau tak salah dah dekat 10 tahun! Anak2 dia pun dah besar2 semua nya.

***

"Dah siap ke ?", aku tanya cik puan kpp

"Dah. Nugget kejap lagi la"

"Dah pukul 4 ni, abang gi ambil sate kejap. Karang tak pasal2 diorang let go pada orang lain", kata aku pada cik puan kpp

"Ok, sebelum tu masak la nasi seperiuk lagi"

Aku pun 'menurut perintah'

Dah siap, aku starts enjin dan meluncur laju ke sate hj samuri. Ambil order aku dan bayar - RM 63 semuanya. SIAP!

On the way balik Babuk sms,"Along, jap lagi orang datang. Bawa kawan 5 orang boleh ?"

"Ramainya.. INI BUKAN OPEN HOUSE la", aku balas sms

"Hehehe.. ok. Jap lagi sampai. Ada keje sikit", balas Babuk

***

Sampai kat rumah, aku hantar sate ke dapur..

"Rul, aku berangkat dulu la", kata Yan

"Ok, thanks bang for coming. Ntah bila aku nak sampai rumah nko pulak. InsyaAllah bila berkesempatan nanti", aku balas

"Ok"

Kami semua salam2, bagi2 duit raya pada anak2 Yan dan diorang pun berangkat pulang..

Beberapa minit lepas tu, segerombolan family pun sampai.. 2 biji kereta je. My in-laws satu family dah sampai. Semua ada kecuali Ijat (sekolah asrama) & Caen (poly).

Bila semua dah settle down kat dalam rumah, aku ulangi semula..

"Ok, jemput la makan. Sebelah sana - nasi lauk & sate. Sebelah sini, nasik impit kuah sardin dan kuah kacang. Roti john pun ada. Itu, kueh raya - semuanya tunjuk", aku explain


main course - nasi, ayam goreng, sambal tumis, papadon, ikan masin, ulam2, sambal belacan


side dishes - nasi impit, sambal sardin, kuah kacang, serunding, roti john, nugget tempura


Setengah jam kemudian, keluarga Busu (pakcik aku) sampai.. semua ada kecuali Ajim (keje agaknya). Sekejap lepas tu, adik aku As sekeluarga pulak sampai dan jugak Babuk. So, boleh kata sudah complete lah tetamu semua yang dijemput. Family Ngah (pakcik aku) & 'cik Pozi (makcik cik puan kpp) tak datang agaknya.

Agak havoc la rumah sekejap sebab sudah penuh ditambah dengan ruang tamu yang agak sempit. Budak2 terus gi serbu ke 'taman mainan' Nurin hana kat belakang (sebelah dapur). Di ketuai oleh.. siapa lagi kalau bukan Nurin hana. Tak kisah la.. aman sikit nak makan.

Semua orang makan apa yang ada di atas meja sambil berborak2, mostly cerita2 family. Sekali sekala, aku dan cik puan kpp ke dapur untuk 'top-up' mana2 yang kurang.

***

Tengah seronok2 makan sambil borak2..

"Hari ni, akak (maksudnya cik puan kpp) masak memang sedap. Sambal tumis ikan bilis tu memang sedap la. Boleh lawan dengan emak ('cik Ro - emak cik puan kpp) masak", FIL aku puji cik puan kpp tinggi melangit

"Semuanya sedap la. Tak pernah tengok akak buat sambal belacan pun selama ni", sambung FIL aku lagi

Aku senyum je. Aku tengok muka cik puan kpp dah mula merah menyala.. blushing la tu. Walaupun, dia cuba buat2 tak dengar tapi sure dalam hati ada bunga! kembang semacam!

Sebenarnya, bukan senang nak dapat pujian daripada FIL aku pasal bab2 makanan ni. So, kalau dapat pujian tu tandanya.. a VERY BIG THUMBS UP for cik puan kpp. clap! clap! clap!

***

7:30pm..

Masing2 dah kenyang makan, walaupun masih ada makanan lagi atas meja.

"Papa, nak tengok JUMBO", Nurin hana minta aku pasang cerita JUMBO GAJAH BIRU

"Iskh.. tadi kan dah tengok 2 kali. Nak tengok lagi ke ?", aku membidas

"Nak tengok JUMBO. Kakak Mimin nak tengok JUMBO jugak", ayat memujuk Nurin hana

Aku malas nak argue, aku pun pasang. Padahal, pagi tadi dah 2 kali Nurin hana nengok. Malam tadi pun 2 kali jugak. Makna nya ini kali ke 5 dalam masa 2 hari !!!

***

"Bungkus la apa yang ada, plastik ada kat atas meja. Wajib habis", kata aku kepada semua terutamanya adik2 dan ipar2 aku. Kalau tinggal banyak2, siapa pula yang nak makan nanti. Maka diorang pun membungkus ikut selera masing.

Lebih kurang jam 9pm, semua family dah balik. Maka nya, secara rasmi majlis makan2 ini ditutup.

***

Alhamdulillah, semua nya sudah selesai dan cik puan kpp pun dah kembang semangkuk sebab dapat pujian melangit daripada FIL (bapa cik puan kpp). Mudah2an semua orang kenyang dan happy. Next year kalau ada umur dan rezeki.. kami buat lagi

Thanks to all family yang datang dan memeriahkan 'mini' gathering sempena raya tahun ini di rumah kami..

Walaupun penat.. tapi, BERBALOI-BALOI!! (macam kata iklan kat tv tu)


TAMAT



p/s : seronok.. sampai tak sempat nak tukar pakai baju raya !


INI BUKAN OPEN HOUSE - EPISOD PREPARATION

Selesai perbincangan dan perancangan, masanya untuk membeli barang2 keperluan.

First, off we go to Carrefour untuk beli barang2 'kering' . Balik kerja, khamis terus bersiap2 ke Carrefour.

Sampai2 je dah pukul 6 lebih pm. Troli pulak tak de. Terpaksa lah tunggu. Kebetulan orang baru dapat gaji pada hari yang sama. So, Carrefour tu agak crowded la mungkin sebab ramai yang pergi membeli belah untuk 'refill' balik barang2 dapur yang sudah kontang dek penangan puasa sebulan dan penangan beli makanan di PARAM.

Dapat je troli, terus aku dan cik puan kpp sambil Nurin hana dok dalam troli mencari barang2 yang telah di listkan oleh cik puan kpp. Itu memang bidang 'expertise' cik puan kpp. Kalau suruh aku list kan, jawabnya tunggang langgang lah.

Nugget tempura, check. Beras, check. Ketupat Nona, check. Sirap F&N cordial, check. Cili boh, check.. bla, bla, bla.. check, check, check sampai list completed.

"RM168", jumlah tertera di skrin cashier

Cik puan kpp pun bayar - TUNAI..

"Wah! banyaknya.. cukup ke budget untuk beli barang 'basah' esok ni ?", aku ajukan persoalan

"Cukup.. banyak lagi ni. Kalau tak top up sikit la..", balas cik puan kpp dengan yakin nya

"Ayam je dalam 90 ringgit kot, Sate lagi..", aku lontarkan persoalan lagi

"Cukup.. kot", ada bunyi ragu2 daripada tonasi cik puan kpp kali ini..

"Dah, jom balik"

***

Esoknya..

Lepas kerja.. aku, cik puan kpp dan Nurin hana ke pasar malam pula untuk beli barang2 'basah' pula.

Ayam 5 ekor (dipotong kecil2), check. Ulam2 - pegaga, raja, kacang botol, jering & petai, check. Oren (15 biji), check. Belacan, check. Ikan bilis, check.. bla, bla, bla.. check, check, check. Again, sampai semuanya complete.

"Malam ni mulakan operasi", kata aku dalam hati

"Ok. Semua sudah. Jom balik", kata cik puan kpp

***

Operasi pertama yang aku, cik puan kpp dan Nurin hana buat malam itu (lepas balik pasar malam) ialah.. pergi beraya ke rumah jiran sebelah - misi mengutip duit raya oleh Nurin hana. Masa tengahari tu aku dah sms pada jiran yang kami nak datang beraya dalam jam 9pm.

*imbasan sms tengahari

"Syahmi, kami nak datang beraya malam ini jam 9pm. Boleh ke ?", bunyi sms aku pada jiran aku, Syahmi

"Di alu2kan. Datang lah sekitar jam 9:30pm", sms balasan Syahmi

"Ok"

*tamat imbasan

So, 9:30pm kami pun terpacul kat depan pintu rumah jiran untuk beraya. Makan2 lebih kurang, borak2 lebih kurang.. jiran sebelah ajak datang beraya ke rumah pula - Rumah Abang Abu. Alang2 dah beraya ni teruskan saja lah. So, kami pun singgah lah ke rumah Abang Abu. Makan2, borak2. Lebih kurang 10:45pm, balik rumah untuk operasi persediaan dan memasak.

Tugasan aku yang pertama - basuh ayam!


ayam untuk dibasuh


Nasib baik lah aku ni ada pengalaman bekerja di sebuah kedai fast food berasakan ayam masa muda2 dulu. So, kacang aje la. Semuanya ada lima (5) ekor ayam dibahagi kepada 2 bungkusan - 2 ekor skin-off macam yang cik puan kpp suka, 3 ekor biasa.

Setengah jam juga aku mengerjakan nya.. akhirnya, selesai.

"Siap", konfiden je aku

"Eh, kena basuh tiga kali la. Lepas tu kena rendam dengan air asam jawa", arah cik puan kpp

"Kenapa sampai tiga kali ? Kedai fast food tu basuh sekali je, sedap je orang makan", aku saja2 nak argue untuk naikkan temperature cik puan kpp

"Buat je la.. kalau tak nanti berbau"

"Eh, ayam mesti lah berbau ayam", aku mengusik lagi

"BUAT JE LA..", temperature dah naik. Aku pun buat sambil tersenyum dalam hati

Lepas rendam, tugasan pertama aku - SIAP!


ayam direndam dengan air asam


Aku move on pada tugasan kedua - masak Papadom.

Masak Papadom ni memerlukan kesabaran dan perlu tunggu dekat kuali. Kalau tak, jawabnya hangus la. Dan, kena masak satu2 sebab aku guna Papadom yang bulat macam kat kedai mamak tu.

Setengah jam kemudian - Papadom SIAP!

Tugasan ketiga - Basuh Oren. Ini senang, 2 minit dah SIAP!

Tugasan ke empat - Buat Air Sirap (guna air yang di masak). Ini pun senang, 2 minit dah SIAP! Guna Sirap kordial F&N je.

Tugasan kelima - Kemas area ruang tamu dan susun2 meja untuk mendapatkan ruang yang maksima. Senang je, 2 minit dah SIAP! eh, macam masak meggi pulak..

Bila semua dah SIAP! aku cuma menunggu cik puan kpp siap menyediakan bahan2 dan rencah untuk masakan esok.

Eh, cerita2 ni.. apa yang Nurin hana buat ? tak mengacau pulak dia ?

Ye, Nurin hana tengah SIBUK melayan cerita JUMBO GAJAH BIRU !

Malam itu sahaja Nurin hana dah nengok 2 kali cerita tu !!! Itu pun dia nak tengok kali ke-3, aku suruh dia pergi tido.. huh?!

bersambung...



p/s : letih.. tapi syok.

29 September 2010

INI BUKAN OPEN HOUSE - EPISOD PERBINCANGAN

Ahad malam 19/09..

"So, tahun ni macamana ? bila kita nak buat makan2 untuk family ?", aku mula bicara

"Weekend la.." balas cik puan kpp

"Ye la, weekend syawal tahun ni ada sikit je.. tinggal 2 je lagi"

"Emm.. tengok dulu la. Kot2 ada open house ke, rugi pulak", kata cik puan kpp ragu2..

Eleh, malas la tu.. hehehehe

***

Esok nya..

"Kita buat makan2 tu sabtu ni lah (25/09/2010), jam 4-9pm", aku sms pada cik puan kpp

"Tengok dulu la.. nanti confirm", balasan sms cik puan kpp

***

Esoknya..

"Dah bagitau semua ke pasal makan2 tu ? Apa lagi.. inform semua la", kata cik puan kpp melalui henfon nya pada aku

"OK"

Aku pun menaip baik2 ayat untuk jemputan rasmi ke pada semua family seperti berikut :

"Family dijemput hadir ke open house tertutup di rumah kami pada Sabtu @ 25/09/2010 jam 4-9pm. Kehadiran amat diharapkan"

Aku select recipient dan tekan send, termasuk cik puan kpp

Seminit kemudian..

"Laa.. apsal letak open house ? patutnya makan2 family", sms balasan cik puan kpp

":-P", aku balas

***

Esoknya..

"List kan lah menu untuk makan2 tu", sms cik puan kpp pagi2 lagi dah masuk dalam henfon aku

Aku pun menaip la satu email dengan menu2 yang aku dah programkan dalam otak aku


email - senarai menu


Send.


Malamnya..

"Mandi cepat sikit, boleh bincang pasal menu", arah cik puan kpp pada aku

"Ok"

Tak sampai lima minit dah siap - mandi koboi

Perbincangan yang HANGAT ala2 PERDEBATAN pun dimulakan. Akhirnya, satu list menu telah dipersetujui yang mana lebih kurang macam yang aku taip kan dalam email sebelum nya. Idea2 cik puan kpp semua aku reject kecuali buah2an tukar tembikai ke oren, dan air oren ke air sirap.. hahahahaha (gelak orang jahat)

Jumlah budget pun telah di tetapkan. Aku sorang2 je kira lebih2 kurang sebab cik puan kpp masih panas natijah daripada PERDEBATAN tadi.

"Ok. Esok (khamis), dah kena gi beli barang2 dah ni. Takut tak sempat nanti", aku berikan cadangan

"Sukati la..", ayat malas nak layan daripada cik puan kpp



bersambung...

YEAHOOOOO.. RAYA !!

Hari : Isnin @ 27/09/2010

Alhamdulillah.. aku telah berjaya ber hari raya untuk kali ke-2 nya.

Bermula beberapa tahun lepas (kalau tak salah aku around 2 years ago), aku telah cuba ber Puasa Enam di bulan Syawal. Alhamdulillah, sehingga tahun ni (tahun ke-3) aku berjaya Puasa Enam. Untuk lebih info berkenaan Puasa Enam, klik sini (iluvislam.com)

So, pada hari raya ke-2 aku tempohari cik puan kpp telah 'paksa-rela' membelanja aku dan Nurin hana makan di Yankees Hut, Bangi. Ini semua 'natijah' daripada entry aku yang ini - cendawan goreng - dan telah membuatkan cik puan kpp 'termengidam' nak makan. Memang dah lama aku tak pergi ke Yankees Hut ni. Honestly, aku rasa 'kesedapan' nya sudah menurun dan mungkin juga diorang sudah tukar chef lain sebab sangat berbeza resepinya dan rasanya. Yang paling obvious ialah resepi cendawan goreng tersebut.

Don't get me wrong, rasanya masih sedap cuma tidak sesedap pertama kali aku makan dulu. I like the old taste better!

Satu lagi sebab kenapa cik puan kpp paksa-rela belanja aku ialah.. aku tau yang cik puan kpp akan tuntut untuk aku membelanja hari raya ke-2 nya yang, insyaAllah, pada hari Rabu.. iaitu hari ini!

Bak kata pepatah : Ada lori ada bas, Lain hari kena lah balas..

Anyway, aku rasa happy dan sense of accomplishment sebab berjaya menyelesaikan Puasa Enam untuk tahun Hijrah kali ini. Mudah2an berterusan lah keazaman aku ini untuk tahun2 Hijarah yang akan datang.. Ammmiiiinnnn..



p/s: things become easy when you strive for it..

28 September 2010

TOLONG CONFIRMKAN SAYA..

"Rul, tolonglah nko dapatkan jawatan permanent untuk sepupu nko tu.."

"Rul, nko tak de kawan ke yang boleh rekomen kerja dalam kampeni nko kerja tu ?"

"Rul, esok ada sepupu nko pergi interview kat tempat nko tu. Tolong lah bagi lepas ye.."

"Rul, makcik minta tolong sangat2 dengan nko supaya anak buah makcik tu dapat kerja permanent dekat tempat nko kerja tu"

"Rul, ada job tak kat tempat nko tu ? Tolonglah rekomenkan"

"Rul, kalau ada projek apa2 kat ofis tu macam tender stationary ke, cabling ke.. tolonglah bagi kat aku"

***

Pernah kah anda terima 'ucapan2' seperti di atas ?

Dah naik letih aku mendengarnya. Aku bukan tak mo tolong. Kalau boleh semua orang aku nak tolong. Masukkan ramai2 kat kampeni GLC ni.

Tapi, ini bukan kampeni aku!

Kampeni bagi saham pun aku jualkan, bukannya aku nak tebus - bukan aku tak nak, tapi tak de duit. Valuenya mahal sangat. Kalau aku ni, CEO kampeni.. no problem. Semua sedara mara suku sakat aku bagi masuk. Tak kisah lah kalau orang nak kata kronisme ke apa ke. Yang penting, mesti boleh buat kerja.

Aku, insyaAllah, tolong mana yang terdaya. Aku pun bukan lah popular sangat kat kampeni GLC ni. Sedangkan diri aku sendiri pun minta tolong dengan orang lain untuk naik grade, camne aku nak tolong orang yang di luar kampeni ?

So, aku tolong lah mana2 yang boleh.. selebihnya, berserah saja lah kepada Allah. Ada rezeki.. insyaAllah.



p/s: bila dah tolong, kerja lah baik2 ye..

27 September 2010

DUIT RAYA NURIN HANA

Last saturday.. aku, cik puan kpp & Nurin hana mengumpul dan mengira duit raya yang Nurin hana dapat sepanjang beraya untuk tahun ini.

Semua duit raya tu masih di dalam sampul duit raya lagi yang terus di masuk kan kedalam 'sling' bag raya Nurin hana yang warna pink tu. Aku dan cik puan kpp memang mengajar Nurin hana untuk tidak keluarkan duit2 raya tu daripada sampul duit raya tersebut supaya tidak terjadi kes buka sampul di depan pemberi duit raya dan terkeluar ayat berikut..

"Ala.. satu ringgit je"

"Kedekut la.. satu ringgit je"

Dan, meninmbulkan raya kurang selesa kepada pemberi duit raya.

Berbalik kepada cerita mengira duit raya..


nurin hana mengeluarkan duit raya daripada sampul


"Susun kan ikut note.. senang nak kira nanti", aku kata pada cik puan kpp

"Ok"

5 minit kemudian, semua nya sudah tersusun dan menunggu untuk penjumlahan.

"50, 100.."

cik puan kpp terus mengira..


huiiih.. banyaknya duit raya


"Semuanya.. 310, termasuk papa lima puluh ringgit, ibu lima puluh ringgit", kata cik puan kpp

Aku dan cik puan kpp memang dah janji.. duit raya Nurin hana RM50 seorang

Wah! boleh tahan banyak juga. Memang berbaloi pergi berjalan2 beraya tahun ini.



p/s : teringat pula aku masa zaman aku budak2 dapat duit raya.. tapi, syilling la..

BOLA ITU BULAT 2

Huh?!! Menyampah betul aku. previous entry

Liverpool 2 - 2 Sunderland

Main tempat sendiri pun kena 'buli'. Game di kontrol oleh pihak lawan a.k.a Sunderland

Bila la nak main dengan lebih baik ni !!!

TENSIONNNN !!!

25 September 2010

JOM MAKAN2 - EDISI CENDAWAN GORENG

Cendawan goreng..


cendawan goreng @ uniten


Resepi cendawan goreng ni ada macam2 dan the most common one yang aku jumpa dan di praktik kan oleh 'tukang2' masak amatur di rumah ialah Cendawan tiram yang dicelup dengan telur dan dilumur dengan tepung 'KFC' kemudiannya di goreng 'deep fried' untuk mendapatkan rasa yang enak dan crispy.

Kalau di kedai makan pula tentulah ada cara dan resepi yang berlainan. Kalau orang berniaga guna tepung 'KFC' susah la nak untung besar sebab tepung tu sendiri agak mahal.

Bila cerita pasal cendawan goreng ni ada 2 tempat yang aku akan terbayang :

1) Cendawan goreng Yankees Hut di Bangi

2) Cendawan goreng gerai hujung sekali di Pusat Peniaga sebelah Uniten

Kedua2 nya sedap dan ada rasa yang tersendiri. Personally, aku prefer yang Yankees Hut better than the Uniten. Of course, harganya lebih mahal.

Walaumacamanapun, entry ni aku dedicatekan pada cendawan goreng Uniten macam dalam gambar di bawah :


gerai pusat peniaga uniten.
gambar brader2 tu bukan lah model.. kebetulan diorang kat situ masa aku snap gambar ni



Aku tak tau apa nama kedai ni, mungkin juga tak de nama tapi kedai nya terletak di tepi jalan susur dekat Uniten, Bangi. Kawasan ni dipenuhi dengan gerai2 kecil pasang siap di tepi jalan yang memang di khas kan untuk peniaga2 kecil. Ada macam2 yang dijual disini mostly untuk minum petang.

Cendawan gorengnya crispy dan berasa rempah. Yang paling penting tidak terlalu berminyak. Sungguhpun cendawan di saluti tepung, tapi masih dapat lagi rasa cendawan nya bila dikunyah. Harganya pun murah. Kalau beli sikit memang tak puas. Aku kalau sekali beli dalam RM3 untuk makan sekeluarga (Aku, wife & anak).

Itupun masih perlu 'berebut' dengan wife aku. Kalau idak, memang makan pisang goreng je la aku jawabnya..

24 September 2010

BOLA ITU BULAT

image : ESPN Soccernet

Hujung minggu ni, atau lebih tepat lagi.. esok malam (Sabtu).. Liverpool FC akan lawan Sunderland di tempat sendiri @ Anfield. Harap2 menang la.. dah jenuh aku asyik kena kutuk dengan kawan2 je.. huhuhuhu..

10 STEPS TO HEALTHY LIFE

Rujukan : The Sun, 24/09/2010 - page 22


The Sun, 24/09/2010 - page 22


A good article to remind us, especially myself

1) Healthy food intake (Pengambilan makanan secara sihat)

2) Get active (Sentiasa aktif)

3) Say no to tobacco (Katakan TAKNAK! kepada rokok -> Berhenti merokok)

4) Maintain a healthy weight (Kekal kan berat badan idea -> guna BMI untuk rujukan ukuran)

BMI formula = [Berat badan (dalam kg)] bahagi [2 x Ketinggian (dalam meter)]

5) Know your numbers (Ketahui lah kadar2 seperti tekanan darah, kolestrol, gula dsbnya

6) Limit your alcohol intake (Tidak mengambil minuman alkohol - in case of Muslim it is HARAM)

7) Go for smoke-free environment (Sokong kempen2 berkaitan anti-merokok)

8) Bring exercise to the workplace (Lakukan aktiviti berunsur senaman di pejabat seperti berjalan kaki, menggunakan tangga dsbnya)

9) Choose healthy food options (Pilih makanan2 yang sihat)

10) Encourage stress-free moment (Galakkan keadaan2 bebas tekanan seperti makan di luar daripada kawasan pejabat atau persekitarannya)

***

Tidak dinafikan semua orang mahukan kesihatan yang berpanjangan. Namun, niat atau kehendak sahaja tidak akan dapat menjadikan kita sihat dan bebas daripada penyakit. Punca utama kepada penyakit adalah pemakanan. Kaedah pemakanan yang berkhasiat dan sihat dapat membantu kepada tahap kesihatan yang lebih baik.


image : cookingmomster.com

Mudah2an aku boleh mula meng-kurus-kan dan meng-kontrol pemakanan aku bermula daripada hari aku menaip entry ini..

Err..

On second thought.. OH MUNGKIN TIDAK !!!!! .. aku tak rela berlapar..



p/s : kunci kejayaan sesuatu yang di usahakan itu adalah.. DISIPLIN
p/s : huh?! kalau macam tu, sah aku tak leh berjaya.. huhuhuhu


23 September 2010

JOM MAKAN2 - AYAM PENYET WONG SOLO

Penyet ke Penyek ? - tak kisah la..


Kedai yang aku pergi ni terletak di Bangi seksyen 9. Kawasan shop lot berhampiran dengan SNR Auto Accessories & Stokis Ramly burger. Kawasan yang sama dengan kedai tudung Ariani, tapi di bangunan belakangnya. Kedainya di cat warna hijau. Kalau dari main road agak sukar nak nampak sebab kedainya agak kedalam sikit. Nama kedainya : WONG SOLO

Tempat duduk dalam kedai ada dua kategori; satu - kerusi + meja, dua - duduk bersila dengan meja stail jepun (meja lebar berkaki pendek). Pekerja2 nya berpakaian batik indonesian stail.

Kat sini dijual makanan indonesian cuisine. Ada macam2 dalam menu nya, tapi aku hanya baru berkesempatan try set AYAM PENYET.


Ayam Penyet dihidangkan dengan nasi putih, tahu goreng, tempe goreng, sayur goreng (selalunya terung goreng cili), salad dan air kosong. Kalau tengok dalam pinggan nampak simple sahaja set Ayam Penyet ni. Tapi, keistimewaan nya terletak pada Ayam Penyet + CILI yang EXTREMELY HOT !

Aku di fahamkan yang ayam untuk Ayam Penyet tu di rebus dulu sebelum di goreng, dipenyetkan dan di letakkan cili yang pedas teramat tu diatasnya. Aku rasa diorang guna cili kering yang 'lurus' tu bukannya yang 'kerinting' macam mak2 kita selalu guna untuk masak sambal kat rumah. Ini serius.. memang seriously EXTREMELY HOT !

Adalah digalakkan untuk memesan air yang boleh melegakan lidah daripada kepedasan melampau tersebut kalau tidak tahan dengan pedas. Sebab, disitu lah keistimewaan nya yang sebenar. Walaupun sangat pedas tetapi bila makan dengan nasi ianya SANGAT SEDAP !



Mine ialah.. set Ayam Penyet & Air Soda Gembira. Kelakar betul nama air nya. Sebenarnya, air gembira tu ialah ICE CREAM SODA + BANDUNG. Malangnya, kurang 'kick' dan tidak sampai standard yang aku harap2 kan. Dalam menu ada satu air yang menarik minat aku iaitu Es Buah (Air Buah Ais).. mungkin untuk lain kali.

Oleh itu, aku highly recommended this cuisine to others who dare to try..



p/s : pedas2 cili api, makin pedas makin menjilat jari, cuba lah sendiri, insyaAllah puas hati..

22 September 2010

ISU HARGA @ DARUSSALAM

Malam tadi aku gi makan kat kedai. Sebelum masuk ke kedai makan, aku bawa Nurin hana untuk gi beli ribena kegemaran nya kat sebuah kedai runcit - Darussalam namanya.

"Nah.. ambil ribena ni", aku hulurkan air ribena kotak daripada aisbox kedai tersebut

Nurin hana ambil tapi matanya masih melilau2 lagi ke aras aisbox sebelah. Apa yang di carinya, aku pun tak pasti.

"Papa, apa tu ?", Nurin hana menunding jari ke arah rak atas aisbox

"Calciyum", kata aku

"Nak", katanya

"Kalau ambil calciyum, kena letak balik ribena. Satu je beli", aku bagi kata dua

Nurin hana pun serahkan ribena pada aku dan aku pun bagi satu pek calciyum. Harganya seperti yang tertera di dalam aisbox tu ditulis dengan besar - RM4.00

"OK, jom bayar"

Sampai kat kaunter, mamat bangla (kot??) tu scan harga. Tertera RM4.30 disitu.

Dua tiga kali aku pandang pada tag harga tu untuk kepastian.

"Kenapa kat dalam aisbox tu tulis 4 ringgit ?", aku persoalkan harga yang berlainan

Mamat bangla tu terpingga2. Dia pergi check di aisbox - betul RM4.00. Di ambil nya satu sampel dan di scan pada 'master' computer nya. Aku tak nampak figure nya.. tapi, macam ada unsur2 pengubahan pada harga dibuat di mesin tu.

"Incik, ini betul. Sana dalam, salah tulis", mamat bangla tu explain

Aku jeling tajam. Malas nak kecoh2.. aku pun bayar dan berlalu

Huh?! Kalau nko tipu.. aku tak halal kan !




p/s : lain kali tulis biar TERANG !

SHAKIR - BUDAK 'HANTU' IKLAN TV

Lokasi : Rumah emak aku (dalam kes watak utama entry ini.. Nenek diorang la)

Anak buah aku yang seorang ni, the first cucu lelaki in the family, namanya Muhammad Shakir - anak adik bongsu aku Zila. Sangat aktif dan tak reti duduk diam. Mungkin nature nya sebagai budak lelaki agaknya.

Sepupu2 dia yang lain semua nya perempuan, termasuk lah Nurin hana.

Memandangkan Zila dan Wan (adik ipar aku) kerja di bidang medic (bukan doktor), dan Zila pula kerja shift.. Shakir di jaga oleh emak aku iaitu 'cik Mori.

Memang susah gila nak suruh si Shakir ni duduk diam. Ada saja benda yang nak dibuat nya. Ambil cawan la, buka botol kueh la, gegar pintu pagar la, panjat meja jepun la.. dan macam2 lagi la. Memang tak terkawal ! Buas.

Ini mungkin bahana (bahana = akibat, natijah) daripada kegemaran Zila makan fast food semasa mengandungkan Shakir dulu. Agaknya la..

Ada dua keadaan saja yang akan membuatkan dia diam dan tak mengacau orang lain (atau buat kacau).

Pertama - masa dia tido. memang sah aman satu rumah

Kedua - masa iklan kat tv !!

'Hobi' dia yang kedua tu buat aku sedikit kagum dan hairan. Bila tiba masa iklan kat tv, Shakir akan ber iya2 benar nengok tv dengan mulutnya yang asyik ternganga tu. Kadang2 sampai tak berkelip matanya !

Tengok aje la gambar dibawah ni insiden dimana Shakir tengah tengok iklan tv dan Mimin cuba nak kacau dengan menghalang pandangan dan menutup mata nya. Ber iya2 di tepis nya tangan Mimin dengan tangan dia. Kalau tak boleh, dia akan cuba beralih tempat atau tunduk atau 'memanjang'kan leher nya.. atau apa saja lah asalkan sessi menonton iklan tv dia tidak terganggu.


mimin cuba menghalang mata shakir semasa iklan tv


Dan, sebaik saja iklan tv habis dan kembali ke drama atau apa2 cerita yang ada.. Shakir akan kembali ke aktiviti asalnya menjadi mat kacau !

Memang unik & sangat menarik kelakuan nya. Aku kadang2 geram benar dengan badan montel gebu dia tu. Pejal pulak dia punya badan tu. Geram !

Tapi, memang sangat funny bila budak kecil berumur 1 tahun++ berminat gila2 menonton iklan. tv. Padahal, untuk orang dewasa, especially aku, iklan tu la penyibuk besar pada ke-syok-kan menonton.

Special kan ?

Gambar kat bawah ni pula, tiga sepupu yang buat havoc kat rumah 'cik Mori weekend lepas. Letih melayan nya.. tapi, seronok nengok Nurin hana seronok main ada kawan.


Mimin, Shakir, Nurin hana




p/s : dulu2 iklan raya petronas lah yang the best..

21 September 2010

OPEN HOUSE PERTAMA

Lokasi : Rumah Abg Din & Kak Ani (Kg Tengah)
Masa : 17/09/2010 @ 8pm

Rumah terbuka atau bahasa orang putih nya Open House yang pertama aku attend tahun ini di host kan oleh Abg Din & Kak Ani. Diorang ni pangkat dua-pupu (emak aku dengan emak Kak Ani sepupu.. so, aku kira dua-pupu la) dengan aku, umur kalau tak salah 10 years older. Saban tahun rumah diorang ni memang akan buat open house memandangkan Abg Din seorang yang aktif ber politik. So, macam biasa majlis2 macam ni bertujuan untuk merapatkan silaturahim.

Kebetulan aku baru 'berpindah raya' daripada rumah in-law ke rumah emak setelah seminggu aku sekeluarga beraya di lembah (rumah in-law). Langkah kanan agaknya, terus malam tu aku join ke open house Abg Din & Kak Ani.

Masa kami sampai, dah agak ramai orang. So, aku dengan pantas booking port kat depan tv yang di kelilingi oleh sofa2 lembut. Conquer abih kawasan tu. Senang. Satu family berkumpul dan makan kat situ je walaupun kat luar ada kerusi dan meja. Bawa budak2 kecil2 kanak2 ribena yang tak makan saman mana boleh duduk atas kerusi/meja.. susah lah nak makan jawab nya.


main course atas meja


Menu2 yang terhidang kat atas meja antaranya nasi lemak, laksa utara, meehun sup, kueh mueh, lemang, rendang, nasi impit dan kuah kacang. Kat belakang rumah pula ada sate dan hotdog yang sedang di bakar. Rumah Abg Din & Kak Ani ni kalau open house memang tak sah kalau tak ada sate. Airnya punch buah2an dan oren soda (air oren + ais krim soda). Kat depan rumah pula ada manisan2 raya macam kueh2 manis, kek coklat dan buah rambutan.

Pendek kata semua nya lazat2 belaka la!

First thing yang aku sambar ialah laksa utara - lazat !


laksa utara & sate


Kemudian aku gi ambush sate yang sedang dibakar kat belakang rumah. Segenggam aku sambar. Sebab aku tau, Nurin hana suka makan dan sure dia takmo makan meehun atau nasik lemak/impit yang ada kat atas meja tu.

Sementara kitorang makan2 kat dalam rumah.. kat luar (laman tepi rumah) tetamu sedang syok berdendang perantau dan ber dam dam dum bunyi mercun - menyanyi karaoke dan main mercun. Siap ada skrin besar lagi untuk memudahkan calon2 AF musim ke-9 mencuba nasib. Mostly, tak sedap pun nyanyi nya.. hehehehehe..


sesi karaoke di laman tepi rumah


Aku and co. terus makan, makan dan makan.

Sejam melepak makan kat open house Abg Din & Kak Ani, kitorang pun mula lah nak berangkat pulang. Lepas salam2 ucap selamat hari raya dan dalam kes Nurin hana - terima duit raya - aku pun terus ke kereta. Parking berlapis2 sebab lorong ke rumah Abg Din & Kak Ani tu sempit. Seksa betul aku nak keluarkan kereta. Mengundur2, libas kiri, libas kanan.. dah macam bersilat aku kat dalam kereta tu !

In the end, dapat juga lepas dan aku pun meluncur laju balik ke rumah emak dengan perut yang kenyang. Buuurrppp..

Thank you Abg Din & Kak Ani untuk makanan yang lazat2 dan juga duit raya untuk Nurin hana..



p/s : dua tiga kucing berlari, tahun depan buat lah lagi...

20 September 2010

INI CERITA HARI RAYA - EPISOD GAMBAR RAYA & PENGGILIRAN

gambar raya family (rumah in-law).. semua ada


Tahun ini aku beraya di rumah in-law, macam yang aku tulis sebelum ini atas dasar penggiliran. Masa awal2 perkahwinan, aku tak berapa kisah sangat dengan isu penggiliran ini memandangkan rumah parents dan in-law aku adalah semukim. Naik kereta sepuluh (10) minit dah sampai.

Dulu2 aku rasa agak janggal bila pasangan suami isteri boleh bergaduh sakan pasal nak balik raya 'rumah siapa'. Mostly, cerita ini daripada drama2 raya kat tv la. Tapi, aku rasa itulah reality nya pun. Tidak di nafikan, walaupun sudah berkahwin masing2 masih tetap menebal perasaan untuk beraya dengan keluarga masing2. Padahal, kalau dah kahwin tu dua2 pihak lah keluarga. Tapi, itu bukan lah apa yang terjadi di alam nyata. Masing2 tentu nak melebih kan 'keluarga sendiri'.

Oleh itu, jalan penyelesaian yang terbaik pada pendapat aku ialah.. PENGGILIRAN. Balik beraya bergilir2 di antara kedua2 rumah keluarga. Walaupun begitu masih ada juga kadang2 perasaan untuk 'melebih2kan' sebelah pihak ('keluarga sendiri') sugguhpun penggiliran pada tahun tersebut adalah di sebelah satu lagi. Aku dan cik puan kpp mula bersetuju dengan arrangement penggiliran ini bila cik puan kpp mengandungkan Nurin hana. Penggiliran ini melibatkan kedua2 hari raya - Aidilfitri dan Aidiladha. Telah dipersetujui, tahun pertama dimulakan dengan di rumah in-law. So, bermula daripada saat itu.. bergilir2 lah kami beraya seperti yang telah di persetujui.

Satu lagi, sekiranya kita sudah setuju untuk penggiliran.. adalah satu kemestian untuk berpegang kepada janji dan sentiasa ingat akan perjanjian yang telah dibuat. Ini sangat penting supaya tidak timbul isu2 berbangkit. Dan, menimbulkan rasa curiga dan tidak puas hati pihak suami atau isteri.

Personally, aku cuba jadi as fair as possible dalam hal ini. Antara tindakan aku :

1) Bila aku beli kueh raya, tak pernah aku lebih2 kan di antara kedua2 keluarga. Aku akan beli kueh yang sama dengan kuantiti yang sama daripada pembekal yang sama untuk kedua2 nya. Takde dakwa dakwi

2) Bila beraya di rumah in-law, aku akan stay di rumah in-law sehingga waktu yang telah 'ditetap' kan untuk berbuat sebalik nya (beraya ke rumah parents aku) iaitu pada petang hari raya pertama. Walaupun, pada hakikatnya aku SANGAT SUKA bertakbir raya dari rumah ke rumah yang di buat malam raya saban tahun di kawasan rumah parents aku.

3) Ziarah kubur arwah nenek kesayangan aku juga akan aku 'tangguh'kan ke masa yang lain. Dulu2 (sebelum kahwin) menziarah kubur arwah adalah satu acara WAJIB bagi aku terutamanya pada pagi hari raya aidilfitri.

4) Kalau ada perancangan untuk balik kampung, aku akan berikan keutamaan kepada kampung di mana penggiliran aku beraya. Contoh, kalau beraya di rumah in-law aku akan utamakan perancangan balik kampung ke ipoh. Kalau beraya di rumah parents aku, keutamaan balik kampung adalah ke melaka. Begitu lah adanya..

Itu lah yang aku buat untuk sekurang2nya cuba berlaku adil kepada kedua2 keluarga in-law dan parents aku. Pada aku kedua2 nya adalah keluarga aku.

Mungkin kadang2 aku terkhilaf dan melebihkan emak aku. Apa kan daya.. aku anak sulung dan aku anak lelaki. Lelaki dan perempuan tidak sama dalam hal ini. Tanggungjawab anak lelaki itu kepada ibunya tidak terhapus walaupun dia sudah berkahwin. Ibu tetap nombor satu. Bukan kah Syurga anak itu di bawah telapak kaki ibu ? Dan, Syurga isteri adalah suami nya ?

Dan, hari raya aidilfitri lah yang paling seronok.. sebab semua orang tanpa segan silu bermaaf-maafan diantara satu sama lain..


papa & Nurin hana


bersalaman dengan in-law


duit raya untuk anak buah



p/s : seronok beraya.. malas pulak nak bangun gi kerja pagi tadi.. huhuhuhu..

17 September 2010

INI CERITA HARI RAYA - EPISOD RUMAH 'CIK HARUN

Adik ipar aku, Epol & Ju baru 2 bulan dapat anak lelaki yang dinamakan Muhammad Faris. Petang semalam sedang adik ipar aku Ju menuam 'bebird' Faris tiba2 dia terperasan ada 'benjolan' extra disitu.

"Angin agaknya ni", kata MIL aku

Semakin ramai yang mengerumun Faris konon2nya boleh membantu.

"Epol, nko telepon 'cik Harun.. kata kita sekeluarga nak pergi beraya. Jangan cakap pasal Faris ni ye", arah FIL aku pada Epol

Epol ambil nombor daripada henfon FIL dan called.

5 minit kemudian.

"OK. 'cik Harun nak keluar sekejap. Pukul 6pm kita bertolak la", kata Epol

Rumah 'cik Harun terletak di Shah Alam. Kalau ikutkan perjalanan 'normal' (tidak termasuk jammed), mengambil masa campur tolak 30-45 minit. 'cik Harun (dan isterinya 'cik Ramlah) ni ialah adik angkat FIL. Aku tak tau sejarahnya macamana, tapi semenjak dulu lagi keluarga 'cik Harun dah di isytiharkan sebagai keluarga.

"Yang nak gi ke ?", tanya cik puan kpp

"Kalau bawa kereta malas la, pening ni", kepala aku memang berpinau2 sejak balik daripada buat akaun Nurin hana tadi.

"Kita tumpang diorang aje la", cadang cik puan kpp lagi

"Sukati la"

Tepat jam 6pm semua sudah sedia untuk bertolak ke rumah 'cik Harun. Ikut hi-way kesas. Dua buah kereta. Kereta Ju (drebar nya Epol) & kereta Choi.

Lebih kurang 7pm kami sampai ke rumah 'cik Harun.

Menu di sediakan ialah Mee goreng & karipap panas disamping kueh muih yang memang dah tersedia atas meja makan.

Setengah jam kemudian, FIL mula membuka bicara tujuan sebenar kami datang beraya (selain daripada beraya) ialah untuk 'masalah' Faris tadi.

'cik Harun faham dan mula memeriksa 'bebird' Faris. Diurut 'bebird' Faris dan di tekan di pusat nya. Terkentut2 si Faris di buatnya. 2 minit kemudian..

"Burut ni. Confirm burut", kata 'cik Harun

(Burut = kategori penyakit angin pasang, hernia)

"Nak buat macamana tu?", tanya Epol

"Kena urut la. Boleh ni", kata 'cik Harun sambil menerangkan barang2 yang kena disediakan seperti beras, gula merah, gula putih dan jarum serta duit note RM50.

Epol & Choi di tugas kan pergi beli barang2 yang diminta untuk operasi mengurut.

Setengah jam kemudian, diorang balik.. dengan barang2 yang di perlukan.

'cik Harun pun memulakan operasi mengurutnya. Meraung2 Faris bila kena urut 'bebird' nya dan perut (daripada pusat ke bawah). 'cik Harun terus mengurut. Epol pulak cuba menenangkan Faris yang meraung2 kesakitan.

15 minit kemudian, proses urutan pun selesai dan seraya itu raungan Faris pun berhenti. Dah lega agaknya. 'cik Harun berpesan yang proses urutan perlu di ulangi 3 kali lagi pada hari lain supaya benar2 surut 'benjolan' nya. Epol angguk tanda setuju..

Untuk maklumat lanjut berkenaan masalah angin pasang atau hernia (in English), boleh baca disini dan disini

Penyakit ini amat 'berbahaya' kepada lelaki dan perlukan perhatian serius dan segera!



p/s : sepanjang beraya rumah 'cik Harun, Nurin hana tido je.. rugi pakai baju kurung cantik2..

16 September 2010

INI CERITA HARI RAYA - EPISOD ZOO

Sedang dalam perjalanan nak pergi buat akaun untuk Nurin hana..

"Yang, esok jom kita pergi zoo nak ?", cik puan kpp bagi cadangan sempena cuti Hari Malaysia.

"Hah ?",

"Pergi zoo", kata cik pun kpp lagi

"Pergi zoo ? nak buat apa ?", aku kehairanan

"Jalan2 la"

"Iskh.. takmo la", aku matikan terus idea pergi zoo time2 cuti raya ni

Dah macam geng 'seberang' atau PATI la pulak time2 cuti raya gi zoo.

Tak kuasa aku !



p/s : why ? why ? why zoo ?

INI CERITA HARI RAYA - EPISOD PUTU PERAK

Putu Perak

Seriously, aku memang tak pernah dengar pasal Putu Perak ini. Yang aku tau cuma Putu Piring yang di jual di pasar2 malam atau dalam kes bulan puasa di PARAM. Juga, Putu Mayam dan Putu Bambu.


putu perak atas dapur kukus

Aku jumpa Putu Perak ni semasa dalam perjalanan balik daripada kampung. Kami berhenti rehat di R&R Ulu Bernam (arah selatan). Kiosk nya berhampiran dengan Agro Bazaar.

Yang menarik minat aku pasal Putu Perak ni ialah bentuk nya yang agak unik dan menarik. Macam bahulu acuan yang asli. Cuma warna nya putih dan saiznya berganda lebih besar. Proses pembuatan nya agak simple berdasarkan video dan visual yang aku sendiri rakam tempohari (sebab malu nak ambil gambar). Dan lagi, orang sanggup beratur untuk beli. Itu petanda yang sesuatu benda tu sedap, kan ?

Resepinya (dari pandangan mata kasar amatur aku ini) :

1) Adunan tepung (aku tak tau tepung apa)
2) Kelapa parut (mungkin digaul dengan garam)

Peralatan :

1) Dapur kukus
2) Acuan

Sesudah beratur lebih kurang 15 minit..

"Bagi saya 6 ringgit", bermaksud 2 'pinggan' dimana setiap 'pinggan' terdapat enam (6) biji Putu Perak.

"OK"


putu perak - RM3 untuk 6 pieces

Cik adik putu perak tu tak banyak tanya terus bungkus dan letakkan dalam plastik. Aku hulur note hijau dan biru kemudian berlalu ke arah meja makan yang kami duduk tadi. Cik puan kpp sedang syok mem'baham' kueh tiaw sup nya - nampak macam sedap.

"Beli berapa ?", cik puan kpp tanya

"2 pinggan. Ada 6 biji satu pinggan", kata aku

Cik puan kpp sambung mem'baham' kueh tiaw nya.

"Tadi, Emak dah beratur dah.. tapi, lambat sangat, terus tinggalkan", kata cik puan kpp

Aku senyum - teringat pada satu pepatah lama,"Hendak seribu daya, mahu seribu cara"

Lepas cik puan kpp selesai makan, semua orang kecuali aku bergerak gi beli pau Yik Mun di 'kiosk cawangan' di sebelah tempat makan satu lagi. Aku pulak gi ambil kereta.

15 minit kemudian, semua masuk kereta dan kami meneruskan perjalanan pulang


***


putu perak sedang dalam proses dibungkus


Lokasi borak : Rumah FIL

"Wah! Yik Mun dah ada resepi baru ye", kata adik ipar aku Caen pada cik puan kpp

"Yang mana ?", tanya cik puan kpp untuk kepastian

"Inti kelapa tu. Bentuknya pun lain", kata Caen lagi

"Laaa.. itu bukan pau Yik Mun la. Itu namanya Putu Perak", terang cik puan kpp

"Tak rasa macam putu pun ?", Caen menyatakan kehairanannya

"Rasa macam apam, kan ?", cik puan kpp bersetuju

"Betul la.. rasa macam pau", aku sambung dan bersetuju sama

Memang rasanya macam pau pun. Jauh meleset daripada jangkaan aku

Itu lah, nama mungkin sama tapi rasanya sangat berbeza. Pada aku, kalau nak makan putu.. baik aku beli putu piring la.



p/s : mungkin orang Perak pure akan suka Putu Perak lebih daripada Putu Piring, kot..

15 September 2010

INI CERITA HARI RAYA - EPISOD ZIARAH KUBUR

Tahun ini aku beraya rumah mentua, mengikut perjanjian penggiliran yang telah dibuat sebelum Nurin hana lahir 4 years ago. Oleh itu, ziarah kubur arwah nenek aku akan tertangguh lah sehingga berkesempatan kelak walaupun sebenarnya tanah perkuburan tu tidak lah sejauh mana kerana didalam mukim yang sama.

***

Masa : Petang raya kedua

"Yang, esok kita balik kampung ye ? Emak nak pergi melawat kubur Opah Lijah", cik puan kpp datang memujuk aku.

Cik puan kpp dah faham benar yang aku tak berapa gemar rancangan balik kampung ad-hoc macam gini. Awal2 puasa lagi aku dah pesan supaya buat perancangan kalau nak balik kampung. Last minit arrangement tidak diterima!

"Kenapa tak plan awal2 ?"

"bla.. bla.. bla..", macam2 la aku tanya dan macam2 juga jawapan cik puan kpp

Walaupun aku banyak soal, aku pergi juga. Maklum la.. suami mithali

***

Pagi2 raya ketiga (bersamaan dengan ahad) @ jam 9am, kami bertolak - aku, cik puan kpp, Nurin hana, FIL, MIL. Naik satu kereta je - kereta hitam kami.

Dalam perjalanan,"Nak keluar kat mana ni nanti ?", aku tanya FIL aku.

"Keluar Tapah la dekat sikit", katanya

"OK"

Aku terus memandu.

Tiga jam kemudian, kami sampai ke tempat yang dituju - Tanah perkuburan di sekitar Kampung Gajah. Hari panas terik. Berasap kepala dibuatnya.

FIL & MIL ambil payung dan terus ke tanah perkuburan sambil membawa sebotol air untuk disiramkan ke tanah perkuburan nanti.

Aku tercari2 sesuatu dalam kereta.

"Cari apa ?", tanya cik puan kpp

"Rasanya, dalam kereta ni ada surah Yassiin kan ? Mana letak nya ?"

"Mana tau. Kalau keluar pun, mesti Yang yang keluarkan", jawab cik puan kpp

"Rasanya ada la..", aku terus geledah. Daripada sun-visor sampai ke glove-box aku carik - tak ada.

"Cuba tengok dalam poket kerusi, ada tak ?", aku minta cik puan kpp tolong cari sama.

"Tak ada la"

"Aisey.. ziarah kosong aje lah", aku keluar dari kereta dan menyusul ke tanah perkuburan

Cik puan kpp & Nurin han tinggal dalam kereta.

Sampai2 kat kubur Opah Lijah, FIL & MIL sedang membaca doa. Aku duduk mencangkung dan sedekahkan Al-Fatihah. Bersebelahan kubur Opah Lijah ialah kubur We Abu iaitu abang kepada MIL. Tepi sikit, kubur isteri We Abu. Kubur2 semua nampak kemas dan teratur. Mungkin sudah dibersihkan oleh anak2 arwah We Abu yang duduk berhampiran.

15 minit kemudian, kami beransur meninggalkan kubur Opah Lijah.

Opah Lijah adalah Emak kandung MIL dan beliau meninggal betul2 semasa minggu perkahwinan kami lebih kurang lapan (8) tahun yang lalu. Aku pernah berjumpa beberapa kali sahaja dengan arwah Opah Lijah.

Sekali semasa aku datang ke rumah cik puan kpp selepas keluar ber dating. Sekali masa menziarahi Opah Lijah di rumah arwah We Abu. Dan, sekali lagi bila arwah sudah terbujur kaku beberapa hari selepas aku dan cik puan kpp melangsungkan perkahwinan.

Sedih la pulak rasanya menaip entry ni..

Anyway, aku doakan arwah Opah Lijah di tempatkan di kalangan orang2 yang mendapat syafaat Rasullullah.. Aammiiinnn.

AL-FATIHAH




p/s : sesungguhnya mati itu adalah pasti..

INI CERITA HARI RAYA - EPISOD NASI IMPIT + ASAM PEDAS TETEL

Nasi 'impit'. Masih boleh ke dipanggil 'Nasi Impit' bila nasi tersebut sudah tidak dihimpit lagi ? Aku masih ingat masa aku kecil2 dulu, arwah nenek aku pernah buat the real Nasi Impit (himpit). Selepas nasi lembik dimasak, ianya akan diletakkan dalam bekas (atau dibalutkan dengan kain putih) dan di himpit kan dengan benda berat.. selalunya menggunakan tapak batu giling yang berbentuk empat segi tu.

Bahan himpitan tu akan dibiarkan semalaman dan hasilnya terjadi lah apa yang kita panggil Nasi Impit (or should it be called Nasi Himpit instead ?) - nasi, padat dan pejal selalunya berbentuk empat segi.

Zaman sekarang ini, semua nya segera. Oleh itu, nasi impit pun telah di revolusikan menjadi.. Nasi Impit segera juga. Antara yang popular ialah 'Nasi Impit' Nona & 'Nasi Impit' Adabi. Namanya masih dikekalkan walaupun sudah tidak perlu lagi di himpit kan. Cuma ambil bungkusan beras yang sudah sedia dalam plastik dan rebuskan. Mudah dan pantas.

**update : cik puan kpp kata, "Bukan nasi impit la, itu namanya ketupat nona atau ketupat adabi"

***

"Tahun ni nko raya rumah Emak ke", sms aku kepada adik aku As & Zila

"Ye", adik aku As balas

"Tahun ni raya selayang", adik aku Zila balas

"Raya nanti nko tido rumah Emak atau rumah nko ? Kalau nko tolong Emak masak, buat la asam pedas daging tetel ye. Along raya lembah.. petang baru gi sana", panjang lebar sms aku pada adik aku As

Sms aku tu tak berbalas. Adik aku yang sorang ni memang macam gitu. Semendang (semendang = memanjang, kerap kali) je takde kredit henpon nya!

***

Masa : Petang raya pertama
Lokasi : Rumah Emak

"Assalamu'alaikum.. kami datang nak raya..", ucapan biasa di hari raya bila gi bertandang ke rumah Emak

Aku masuk ke rumah dan terus ke dapur. Sekali imbas aku dah tau yang Asam pedas daging tetel tu ada kat atas dapur tunggu untuk dipanaskan.

"Yes! ada"

Sementara menunggu asam pedas dipanaskan aku gi raya rumah pak ngah aku yang dok kat sebelah rumah Emak je.

Setengah jam kemudian.



"Nyam! Nyam!", aku bersila kat depan meja dan terus menyambar Nasi Impit + Asam Pedas daging tetel.

Habis sepinggan, aku tambah lagi. Benda tinggal sikit je pun. Kena berebut dengan adik lelaki aku Babuk!

In the end, rasa syukur sebab dapat juga aku merasa Nasi Impit + Asam pedas daging tetel yang Emak buat.

Resepinya :

Tanyalah dengan Emak aku, mana lah aku tau..



p/s : menu wajib aku sambar kalau gi beraya ke rumah Emak

14 September 2010

INI CERITA HARI RAYA - EPISOD KAD MESRA

Tarikh : 12/09/2010 @ 11am
Lokasi : Petronas R&R Tapah (arah Utara)

On the way balik kampung, aku berhenti kat Tapah untuk isi minyak. Kereta agak banyak kat kawasan R&R Tapah ni, almaklum sajalah.. main area. Mamat bangla yang jaga 'trafik' kat kawasan petrol stesen tu meng 'arah' kan aku ke laluan pam no.. err.. lupa la.

Bila kereta depan aku tu dah beredar, aku terus parking kat petak pam tersebut.

"RM40 kot", aku minta duit untuk isi minyak dengan cik puan kpp bila ditanya berapa nak isi.

"Balance bagi balik ye"

"OK", aku beredar ke tempat bayar minyak (booth).

Sampai je.. ,"Minyak 40", aku tunjukkan 4 jari ke arah cik adik cashier tu sambil menghulurkan note RM50 beserta dengan kad Mesra petronas (aku pernah cerita pasal kegunaannya. klik sini).

Cik adik cashier ambil duit tapi pulangkan semula kad mesra aku.

"Kad offline", katanya

"Hah ?! Wah.. rugi la kalau macam ni", aku berikan komen ikhlas aku.

Cik adik cashier tu tersengih je.

Aku berlalu dan isi minyak.

Mungkin kah ini satu konspirasi ????

***

Cuba bayangkan kalau kad mesra tidak offline. Aku seorang isi RM40. Dan masih ramai yang sedang beratur untuk isi minyak. Aku percaya almost semua orang ada kad mesra petronas. Sudah tentulah beribu raban jumlah nya !!

Darab pula dengan berapa ratus stesen minyak di Malaysia ni.. you do the maths!

Setiap point kalau di convert kepada 'nilai petrol' bersamaan dengan 1000 points = RM10 worth of minyak. Dengan 'membuatkan' kad mesra offline, sure stesen minyak dapat save banyak. SANGAT BANYAK !!

Kesimpulannya, aku percaya ini satu konspirasi !!



p/s : kalau betul disengajakan.. memanglah tak patut !

09 September 2010

RAYA AIDILFITRI = JUMAAT

Setiap tahun pengumuman inilah yang sentiasa menjadi tumpuan umat Islam di Malaysia. Dan, seingat aku semenjak aku kecil2 lagi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja ini seakan2 tak pernah berubah!

Aku tak pernah ambil tahu selama ini, tapi semalam ber iya2 benar aku google apa itu "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja". Sila baca sini dan sini dan sini untuk mengetahui lebih lanjut peranan dan tanggungjawab penyandang jawatan berkenaan.

Oh, dah pernah berubah rupa2nya. Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah (gambar dibawah) mula menyandang jawatan daripada tahun 1989.



Malam tadi, Penyimpan mohor besar Raja2 telah mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah pada JUMAAT, 10/09/2010

Oleh itu, aku ucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN


Semoga kita semua berbahagia di hari raya ini.. Aammmiiinnnnn..



p/s : petang ini aku balik 'kampung'...

08 September 2010

DUIT RAYA

Seronoknya kalau dapat duit raya!

Malangnya, aku sekarang ini sudah jatuh dalam kategori PEMBERI duit raya dan bukan lagi PENERIMA duit raya.. huhuhuhu. Dan lebih parah, senarai penerima2 duit raya daripada aku pun semakin panjang ! Aduhh !

1) Parents & In-Laws
2) Cik puan kpp (ini boleh skip kot.. hehe)
3) Nurin hana
4) Adik ipar yang masih sekolah/belajar (2 orang)
5) Anak2 buah (7 orang)
6) Pakcik makcik dan sedara mara (ini ikut mood aku dan stok duit raya yang ada.. hehe)

Tapi tak pe. Sekurang2nya sekarang aku dah ada PENERIMA duit raya.. iaitu Nurin hana. What you give, you get back ! :-))

Oleh itu, atas semangat berkobar2 sebagai PEMBERI duit raya.. beberapa hari lepas aku dah tukar sedikit duit kat bank dengan tujuan :

1) Nak dapatkan stok duit raya biru, hijau dan merah;
2) Dan yang terpenting.. nak dapatkan sampul raya FREE


stok duit raya tahun ini


OK. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

MAAF ZAHIR BATIN. 0-0 yer..



p/s : hari raya makan rendang banyak2 disulam dengan air gas berais.. nyam! nyam!

p/s : yeahoooooooo..!! dah cuti.. :-)

KISAH SUAMI ISTERI - EPISOD SUDU

Suatu malam sepasang suami isteri sedang bersiap2 untuk makan..

"Tolong bawakan kuah kat dapur tu" kata si isteri kepada suami nya yang sedang mundar mandir di dapur

"Ini ke ?"

"Ye"

"OK", lantas si suami mengambil dua mangkuk yang berisi kuah itu. Satu berisi kuah taucu, satu lagi berisi kuah cili.

Sampai di ruang tamu, si suami meletakkan kuah di atas meja dan ke dapur semula untuk memasak air didalam cerek.

"Kuah tu tak bawa sudu ke ?", tanya si isteri

"Tak. Tadi kata bawa kan kuah aje", jawab si suami

"Laa.. bawa la sudu sekali. Bila suruh bawa kuah tu, makna nya bawa la sudu sekali", si isteri mengeluh

"Mana tau. Tak cakap pun"

"Bawa la sudu sekali. Saya malas nak cakap banyak2, nanti Yang kata banyak cakap pula", si isteri mula membebel

"Mana la nak tau kalau tak cakap"

Suasana suam2 panas dari dapur dibawa pula ke ruang tamu. Didepan meja makan.

"Lepas ni saya cakap panjang2.. jangan nak marah pula bila saya cakap panjang2 nanti", nada suara si isteri semakin meninggi

"Emm..", si suami terdiam tanda malas nak layan

"Tu la Yang.. kalau saya cakap panjang2 nanti Yang marah.. tapi, kalau saya tak cakap, tak ambil pula..", membebel lagi

"Sudah la, takkan pasal sudu pun nak gaduh ?"




nota pujangga : sudu pun boleh jadi bahan 'bergaduh'

KUEH RAYA 2


Tadaaa.. inilah dia kueh tunjuk aku untuk tahun ini. Baru dapat tengahari kelmarin. Hot from the 'oven' and errr... aisbox (sebab cheese tart tu sejuk). Kurang meriah sikit sebab kat ofis ni tak ramai penjual atau aku gelarkan 'tokan' kueh raya. Dan, seperti biasa kueh/biskut raya berunsur coklat mesti ada dalam agenda.

Chocolate crumbs - biskut berperisa coklat, ranggup dan berkacang. Every year aku tak pernah miss untuk beli kueh/biskut ini daripada 'tokan' kueh yang sama, iaitu Kak Wan.

image : facebook Norazli Ab Rashid

Cheese tart - pelbagai rasa (campur2). Ada 5 perasa - blueberry, strawberry, coklat, cherry dan kiwi. Ini first time aku beli. Daripada sample yang aku makan sebelum puasa tempohari.. sedap. Hopefully, it taste the same la. Aku di fahamkan Cheese tart ini lebih sedap kalau disimpan dalam peti ais supaya sejuk dan cheese nya keras.

Kedua2 jenis kueh aku beli 3 bekas - satu untuk sendiri, satu untuk Emak aku, satu untuk In-law aku. Kena lah adil dan saksama. Tak boleh berat sebelah.

Eh, tak sabar pulak nak raya...



p/s : songkok re-cycle, samping dah beli semalam..

07 September 2010

JLN TAR - PUSING2 SAMPAI KEPALA PUSING

Masa : 1300hrs
Lokasi : Jln TAR (atau lebih tepat Lorong TAR)

Sekejap tadi aku baru balik dari pergi jalan2 di Jln TAR - tempat tumpuan ramai membeli belah sempena hampir2 hari raya ni.

Alkisah, dulu ofis aku di Jln Raja Chulan dan oleh sebab itu aku tak pernah miss untuk pergi ke Jln TAR jalan2 cari pasal. Sekarang ofis aku di Jln Bangsar, oleh itu agak jauh la kalau nak pergi. Walaumacamanapun, aku gagahkan jugak melangkah tadi untuk naik LRT dan seterusnya berpeleseran sambil jalan2 di Jln TAR.

Tujuan : satu - cari kain pelikat untuk dibuat samping pada baju melayu raya aku, dua - cari bunga api dalam sekotak dua, tiga - cari tarbus raihan (yang dah old fashion orang tak pakai lagi tu)

So, macam biasa memang sangat ramai umat manusia yang tengah bershopping 'sakan' kat situ. Aku percaya diorang pun semuanya sebenarnya take some of their sweet rest time untuk pergi menambahkan kesesakkan kawasan macam aku.



Sudah lah ramai orang, dibantainya pulak ada satu crew penerbitan tengah buat filming/interview pekedai2 dan orang2 yang membeli belah kat situ. Natijahnya, 'jammed' giler ! Teruk betul la KL ni, naik kereta jammed, naik bas jammed, naik LRT kadang2 jammed.. sampaikan jalan kaki pun JAMMED! Apekehe..

Mata aku melilau kiri kanan, kiri kanan mencari barang2 yang aku nak cari seperti tujuan diatas. Daripada satu hujung (masjid india) sampai ke hujung satu lagi (campbell) aku jalan. Berpinar2 kepala aku ni.. macam nak PITAM! Mujur hari tak berapa panas, dapat la aku bertahan daripada rebah kat tengah2 lautan manusia tu.

Masjid india - Campbell, baru satu hala. Nak balik naik LRT kena la patah balik. Aduhhhh..

Aku ada 'terserempak' dengan kopiah raihan tu.. tapi, tak terliur pulak nak beli. Dah pening lalat gamaknya. Otak aku fikir nak balik je time tu. Aku singgah tengok2 dan terus jalan.

Aku terus jalan menuju LRT. On the way, singgah kedai kain ada jual kain pelikat. Aku belek2 dan ada satu aku berkenan dan mungkin sesuai dipadankan dengan baju melayu coklat gelap aku.

"Bang, bagi saya yang ini", aku minta pada brader jual kain

Dia ambil dan bungkus.

"Berapa ?", aku tanya

"Samarinda, 15 ringgit"

"OK", aku hulur note 50. Brader jual kain pulangkan baki.

"Terima kasih", katanya.

"Sama", aku bersopan dan terus berjalan menuju LRT.

Depan sikit aku jumpa dengan bunga api.

"Bunga api tu berapa sekotak, bang ?", aku tanya brader jual bunga api

"Mana ? ini ?"

"Ye"

Dia belek2 sekeping kertas, agaknya senarai harga kot.

"35", kata brader jual bunga api

Perghh.. bapak punya mahal !

"OK. takpe la bang", aku terus blah. Cheh ! aku beli kat Suhaizi baru RM20 je. Made in China jugak

Aku terus blah. Mahalnya !!!

Kepala pusing2 sementara tunggu LRT. Nasib baik lah ada ekon kurang la sikit denyutan nya. LRT sampai aku terus naik dan balik ke ofis.

Sampai2 ofis terus aku taip entry ni

Sudah nya aku hanya beli kain pelikat ini saja..




p/s : orang indon asyik nak 'ganyang' Malaysia, tapi aku beli juga produk diorang.. emmm..

KAD RAYA 2

Previous entry

Memandangkan aku dah tulis berkenaan perkara ini before this, dan juga memasang azam untuk menghantar sekurang2nya satu (1) kad raya.. aku dah berusaha gigih untuk membeli dan menghantarnya. Supaya orang kata.. "tulis serupa bikin" :-)



Kad ini aku hantar kepada penyewa rumah aku di Kajang ber serta dengan resit pembayaran sewa untuk bulan ini. Alang2 aku nak pos resit tu guna setem 60sen, why not aku pos kan kad raya sekali, betul tak ?

So, lepas ambil Nurin hana daripada 'school', aku pun pergi pos kan kad raya yang sudah bertulis, disampul surat dan di setem kan. Masuk dalam bahagian "Selangor Sahaja". Entah sempat sampai ke tidak nanti. Harap2 abang posmen bekerja dengan pantas dan cekap la.. sebab baru2 ni abang2 posmen semua bukan ke baru naik gaji ?

Mudah2an sampai..


***

Kad raya pertama

Last week, aku terima kad raya pertama tahun ini.. yey!



Rasa excited pulak sebab dah lama tak terima kad2 ucapan macam gini. Bila aku buka, kad tu rupa2nya daripada Kedai Ekzos di Ampang (kedai cina) yang aku pernah buat ekzos suatu masa dulu (aku pun dah lupa bila). Masa tu memang tokey kedai memang ada minta aku tuliskan nama dan alat dalam buku log dia. Tak sangka pula aku selepas bertahun2 masih lagi diorang dok hantar kad raya pada aku. Good Marketing Strategy !

Harap2 ada la kad raya yang 'tersesat' untuk aku lagi lepas ni.. mungkin daripada cik puan kpp ?


p/s : kad raya.. action speaks louder than words. It's the thought that really count !

06 September 2010

BUKA PUASA @ RESTORAN WARISAN

image : http://www.restoranwarisankualalumpur.com/

Restoran Warisan, KL terletak di tengah2 bandar Kuala Lumpur atau lebih tepat lagi di Dataran Merdeka. Bangunan untuk restoran ini dahulu nya digunakan untuk Muzium Tekstil. Walaupun letak nya di tengah2 bandar, disini tiada masalah parking kerana di hadapannya ada kawasan parking yang agak luas.

Buffet buka puasa di Restoran Warisan ni berharga RM45 seorang. Ada lebih kurang 80 jenis makanan termasuk dessert. Mostly, makanan nya adalah berunsurkan ke Melayu an. Ada nasi dan lauk pauk udang, ikan daging dan ayam. Kueh muih yang pelbagai daripada murtabak, roti jala hingga lah kepada kueh2 goreng macam goreng pisang dan cucur. Manisan pula macam puding dan kueh2 tradisional macam kasui. Kuey tiaw, laksa, mee kari dan soto. Minuman disediakan panas dan sejuk - teh tarik, kopi O dan 4 warna air sejuk termasuk ABC. Dan, kat sini ada juga kambing golek ! Pendek kata memang meriah la.. cuma larat dengan tak larat je nak makan.

makanan diatas meja kami sebelum berbuka


Tempat duduk pula terbahagi kepada dua kategori; satu - kerusi + meja, dua - pangkin + meja ala jepun.. duduk bersila. Surau disediakan berdekatan dan agak selesa. Untuk perempuan suraunya berpintu (bilik). Very convenience.


suasana di dalam restoran warisan

Menu pembuka aku ialah kambing golek, ayam goreng rempah, coleslaw, salad & murtabak mini. Air - air ais hijau. Hehehe.. kalau cik puan kpp ada tentu aku tak dapat minum.


menu pembukaan aku


Tujuan aku ambil kambing golek awal2 takut2 nanti kena beratur panjang. Lazimnya kalau time buffet2 begini, makanan2 bakar memang jadi tumpuan. Tapi, hakikatnya kat sini takde jadi fenomena macam itu sebab aku rasa orang yang tidak berapa ramai. So, sessi mengambil makanan terasa smooth dan agak selesa.

Kekurangan tempat ini satu je, tak dengar AZAN. DJnya pergi bukak CD lagu2 pulak.. mana nak dengan azan. Kalau ye pun, buka lah radio.. kurang2 tak de la kami semua tercengang2 tengok muka satu sama lain samada dah masuk waktu ke belum ke..

Bila masuk waktu, kawan aku Azli baca doa dan kami semua mula makan buka puasa. Enjoy the food sambil borak2.

In the end, aku enjoy the moment of buka puasa with my colleague. Cuma kurang satu je.. cik puan kpp takmo datang. Kalau tak mesti lagi best.

Masih sempat lagi rasanya kalau nak try the buffet buka puasa di saat2 akhir puasa ni.

Untuk RM45, aku bagi thumbs up pada buffet Restoran Warisan, KL



p/s : where next ?

05 September 2010

BUKAN KE AKU TENGAH BERATUR NI ?!

Pagi tu aku start enjin.. tak tunggu panas aku terus jalan sebab aku dah lambat untuk mengejarkan jadual train - 7:05am. Kebetulan pula tiket bulanan aku dah expired, so kena lah ambil masa sikit untuk beli tiket di kaunter.

Sampai parking jam 7:03am. Aku berjalan laju ke kaunter untuk beli tiket. Nak beli kat mesin tiket, tak de duit note RM10. Duit 'pecah2' pula tak cukup. Ada beberapa keping (wah! macam banyak je..) RM50. Jenuh aku nak mengutip syilling kalau beli tiket guna note RM50 tu. The only choice left is beratur beli di kaunter. Dua kaunter dibuka. Ada seorang pembeli tiket setiap kaunter. Masa menunggu train tinggal 1 minit lagi.

Elok je lelaki depan aku beli tiket dan berlalu pergi, tiba-tiba..

Ada seorang cik puan bertudung ni yang entah daripada mana datangnya - mungkin beratur di kaunter sebelah - terus menghulurkan duit note RM10 dia pada cik kak kaunter tiket side aku dan tanpa segan silu kata nak beli tiket ! Dengan erti kata lain - potong queue aku. Dia ingat aku ni tunggul ke ? Aku beratur sebab suka2 nak beratur ke apa ? Menyirap betul darah aku!

Aku bagi satu jelingan dan renungan yang tajam dengan muka masam tak puas hati tanpa berkata2 selama 30 saat pada cik puan bertudung tu.

"Nko ingat aku tengah buat apa ni ?! Bukan ke aku tengah beratur ni?! Nko je ke yang nak cepat !!! (sampai tiga seruan aku bagi)", aku menjerit dalam hati.

Tak sampai hati aku nak hamburkan dan memalukan dia kat kawasan public tu ! Tapi, hati aku sakit.. Allah je yang tahu. Tak de SIVIK !!!

Kesudahannya, aku terlepas jadual train 7:05am dan terpaksa tunggu jadual train seterusnya. Bengang je aku. Macam ni punya orang pun ada. Depan2 muka aku dia potong queue aku !!!

Natijah daripada itu, punch card aku MERAH!



p/s : tolong lah beratur.. susah sangat ke ?

04 September 2010

KAD RAYA - MASIH KAH KAU INGAT ?


Aku rasa kalau lagi 10 (sepuluh) tahun aku tanya kat nurin hana apa itu kad raya ? Tentu dia akan jawab :

"Yang dekat dalam komputer tu.. papa"

"Errmm.."

Umum dah tau budaya menghantar kad raya dah nak jadi macam dinasor - pupus. Belum totally pupus.. tapi hampir. Aku sendiri, honestly, dah stop menghantar kad2 raya pada kawan2 aku hatta kepada cinta hati aku yang aku tak pernah tak hantar dulu. In fact, aku pun dah lupa exactly bila kali terakhir aku hantar.. dan kepada siapa. All already lost in time.

Dulu2 aku akan hantar paling kurang 15 kad raya.. ye LIMA BELAS ! - itu paling kurang. Untuk lelaki macam aku ni, itu dah kira banyak la. Dan, aku akan sentiasa pastikan 'buku' alamat sentiasa updated dengan alamat terkini kawan2 aku supaya aku boleh hantar kad raya kat kawan2 tanpa perlu abang posmen sesat2 mencari mel box diorang. Dan, aku pulak akan sentiasa ternanti2kan abang posmen menghantar kad raya kat aku untuk di tayangkan kepada kawan2 masa zaman2 belajar dulu. Kalau kat rumah pulak, aku gantungkan kat dinding atau tangga kayu rumah. Ada sekali aku cuba buat 'pokok ranting kayu' untuk menggantung kad2 raya yang aku dapat. Kalau hari raya nanti dapat lah tayang kat tetamu2 yang datang ke rumah.

Setem untuk menghantar kad raya dulu ialah 20 sen.. tapi, tak boleh seal sampulnya. Aku tak suka cara tu. Aku guna 30 sen. Sampulnya di seal kan. "For your (recipient) eyes only". Tapi sekarang harga setem dah naik ke 50 sen. Maklum je la, nak jadi negara berpendapatan tinggi.. itu lah bahananya (bahana = akibat). Bila dah 50 sen harga setem nya, aku rasa bertambah kurang lah semangat untuk meghantar kad raya..

Secara peribadi aku lebih suka kalau budaya menghantar kad raya ni di teruskan berbanding budaya menghantar kad raya digital dan budaya sms. Kurang sentimental value.

Berapa orang yang simpan kad raya digital ? Atau ucapan sms ?

Siti Nurhaliza ? tidak..

Anuar Zain ? oh, tidak..

Sufian Mohd Yunus ? tentunya tidak..

Aku ? sudah tentu tidak !

Kalau tak simpan, dimana value nya ?


***


Tau apa itu ORIGAMI ? bukan poligami ye.. ORIGAMI.

Origami ialah seni lipatan kertas. Dulu2 aku suka buat kad daripada teknik origami ni. Tak kiralah kad raya ke kad birthday ke atau kad apa2 je la..

So, masa zaman2 menghantar kad raya dulu.. aku jarang lah beli kad raya di supermarket. Aku buat sendiri guna teknik origami.. ini kes bila aku tengah rajin. Kalau idak, aku beli juga. Sayangnya, aku tak boleh nak post gambar contoh di sini sebab takde dalam simpanan.

Cumanya kad2 raya 'teknik origami' yang aku buat hanya dihantar kepada orang2 yang terpilih sahaja sebab - to preserved its values. Proses membuatnya memakan sedikit masa tapi sangat berbaloi bila dah siap.

Oleh itu, aku ingin menyeru.. Jom kita sama2 menghantar kad raya tahun ini.

Oleh kerana aku dah buat entry ini, aku berazam untuk hantar sekurang2nya satu kad raya tahun ini ! Azam ! Malaysia boleh !

Siapa penerima nya.. tunggguuu. Check lah mel box anda nanti.

Ntah sempat sampai ke idak agaknya..




p/s : "kad ini ku layangkan sebagai pengganti diri.. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin". kata2 typical dalam kad raya..
p/s2 : semua gambar di google..