12 Julai 2013

CENDUL BAKAR & CUCUR UDANG ALOR GAJAH

Orang kata tak baik tunjuk2 ganbar makanan di bulan puasa ni...

Tapi, kalau tak tulis sekarang, ntah bila aku nak tulis lagi nanti..






Perghh !! terliur nye..

Arakian nak dijadikan kisah..

Masa on the way nak ke Bagan Lalang melalui highway belakang Cyber--Salak Tinggi.. tak semena2 ternampak satu sign di tulis "Cendul Bakar"

Aku tertanya2 adakah itu cendul bakar yang popular itu ?

Apa yang dibakar ?

Ok, cerita pasal cendul bakar ni memang dah lama aku dengar. Isu nya satu... letaknya kedai tu di Kuala Selangor. Jauh benar kalau nak sampai semata2 nak merasa cendul bakar ini.

Dan, rupanya.. ramai juga orang lain yang tertipu dan tetanya2... macamana "cendul dibakar"?

Rupa2nya, setelah keluar explanation tokey kedai sendiri bahawa... cendul itu bukan lah di bakar. Tapi, "bakar" itu adalah nama tokey kedai... huhu!

Anyway, satu petang (sebelum bulan puasa ye..), aku dan cik puan kpp singgah ke gerai tersebut untuk menikmati sendiri keistimewaan cendul bakar tersebut.

Macam biasa, aku mesti go for the super duper on the menu dan yang termahal sekali...

Cendul pulut+durian+bahan2 wajib nya (nata de coco+selasih+entah apa benda lagi tah)

Manakala, cik puan kpp pula... hanya minta cendul pulut

Satu hal dengan cik puan kpp ialah... durian dalam bentuk buat dia makan. Tapi, kalau dah jadi fesyen lain.. memang takkan di jamah nya.

Sambil tu, ada pula menu cucur udang alor gajah... wah! ini Alor Gajah special dishes..

Aku order satu pinggan.

Secara jujurnya, kalau dah cendul tu... cendul juga lah. NOt much can be different from the rest lah kan. Cuma, this time around.. cendul yang orang melayu buat. Asyik mentekedarah cendul mamak tepi longkang je. So, somehow.. it was different for me lah..

Dan, cucur tu pula hampir2 sama macam alor gajah... sebab mereka guna the same sauce yang dibotolkan oleh geng alor gajah.

Overall, it's a nice cendul & cucur... nothing much, nothing less. Afterall, a cendul is a cendul... what more can it be tasted like, right?

Anyway, kalau yang berminat nak cuba... cari je lah along the highway cyber--salak tinggi, selepas lampu merah simpang empat ke dengkil, banting, salak tinggi. Tepi jalan je, sure you will not miss it.

Selamat mencuba

11 Julai 2013

SELAMAT HARI BERTIH..

Ini gambarnya..


Nurin hana yang tulis pada board fisher-price beliau.

Di samping tulisan ini, ada pula susunan anak2 patung hello kitty yang sedang mengadap meja yang dipenuhi dengan jamuan..

Agak2 apa yang ditulisnya ?

Apa yang dimaksudkan oleh Nurin hana ialah..

"Selamat Hari Birthday"

Cuma dia tak pandai nak tulis "Birthday".... tapi, di translatekan berdasarkan bunyi. Maka, jadi lah "Bertih"

:-)

Isn't  that soooooo sweeeet ?


note : anyway, aku dah ajar Nurin hana cara ejaan yang sebenar...

05 Julai 2013

PETANI BANDAR : BETIK DEPAN RUMAH


Apa macam ? teruja tak tengok gayutan betik tu ? Perghh..

Tapi, sayang... seribu kali sayang...

Buah nya lebat tapi rasa... tidak manis. Bukan tahap kurang manis, dah boleh kata tidak manis..

Arakian alkisah, petani bandar membeli anak pokok betik ini di sebuah nursery di Bangi. Masa beli tu masih kecil anak lagi... kecil sangat2. Dengan harga RM5

Keterujaan petani bandar nak beli benih pokok betik ini sebab di nursery tersebut ada pohon betik jenis ini yang besar dan buah nya.. masyaAllah, besar2 lah.. (sebut slang arab sikit untuk menambah effect)

Memang tak di nafikan, buah nya kalau menjadi betul2.. besarnya lain macam. Kalau dipotong, biji dalamnya ada lah dalam 3-4 biji.. pelik bebenor!

Petani bandar tak tahu apa nama pokok betik ini, tapi.. mungkin juga buah nya digunakan untuk buat rojak, kot? ntah lah..

Seriously, agak kecewa dengan tahap rendah kemanisan nya.

Pak mentua petani bandar gemar lah.. sebab nanti boleh suruh 'cik Ro buat masak sayur.

Yang ipar petani bandar pun sama.. dia gemar yang baru masak sikit2.. masa betik tu ala2 mengkal lagi. Lebih sedap makan masa tahap masak yang begitu.. katanya.

cik puan kpp jangan kata lah... rasanya, baru sekali dia menjamah buah betik tersebut walau dah berkali2 petani bandar memetik dan memotong nya.

Nurin Hana juga lah yang setia menemani petani bandar membaham buah betik tersebut bila petani bandar memotong nya. Itu pun, kami berdua tak pernah dapat habiskan walau sebiji. Pasti ada saja baki nya yang dibuang

Nak dipotong terasa sayang, tapi.. nak di makan.. tak lalu lah pulak rasanya.. huhu!

Nasib nko lah betik!

p/s: rindunya nak makan betik kat rumah lama dulu tu yang tersangat manis dan ranum..... huhu!

03 Julai 2013

WHAT YOU DO WHEN....

What you do when your colleague(s) found out about your blog?

Easy.. Denied it with all your heart.

When they mention about pictures in the blog ?

Oh ya! Use the famous escape clause used by one famous reformasi guy... "It looks like me, it shaped like me.. But it is definitely not me"

Senang, bukan?

That is only if you really wanted to be an anonymous so that you may write freely on whatever things that had happened around you.

Your story may be unique to yourself, but people famously said that there are seven of our look-alike in this world and it is definitely not impossible that some of us may had similar life story along the way... Don't you think so?

Some people can easily get offended when they read something on your blog that relates to them. As if, they are so famous that people will take notice of the story. Let alone when the story was written in a blog like mine in which only a hand full of people come by. Itupun, lepas aku gi blog diorang dan tulis some comment

Oleh itu, don't jump into conclusion. You may think that I am whom you think you know... But, I may be not....

:-p







15 April 2013

SEMBILAN APRIL.. SIX YEARS AGO





Six years ago she came into our life...

Happy birthday NF, may all your wishes come true...

sedih pulak aku rasa...

30 Mac 2013

SERULING DI LEMBAH SUNYI

Seiring bersama alunan bunyi
seruling di lembah sunyi
Ku duduk disana seorang diri
menanti di malam sepi
Terkenang ku akan seorang gadisku
Gadisku.. yang telah pergi entah ke mana
Oh angin sampaikanlah salamku
ku nanti nya dilembah sunyi
  Bersama alunan seruling senja
begitu lah cintaku padanya

Teringat lagu ini masa aku dok aktif dalam Pengakap suatu masa dahulu. Aku try search di youtube. Cuma, the alunan not the way I was thought to sing the song - Lenggoknya mendayu dan boleh terasa seolah2 sedang berada di "Lembah sunyi"...

Anyway, kalau berminat nak dengar sila lah youtube sendiri ye...btw, dibawah ni the original lirik. It's an Indonesian artis song. Yang atas tu, lirik yang diajarkan kepada aku suatu masa dahulu... (mungkin sebab sudah di Bahasa Melayu kan)

Seiring bersama alunan bunyi
seruling di lembah sunyi
Disana ku duduk seorang diri
mengenang di malam hari
Terkenang ku akan seorang kasihku
yang tlah pergi entah kemana
Oh angin sampaikanlah salamku
ku nanti dilembah sunyi
Seindah alunan seruling senja
begitu cintaku padanya



29 Mac 2013

PHYSIO 2.0

Lepas sessi pertama tempohari, aku pergi lagi ke sessi kedua.

Basic nya masih sama. Bila sampai ikut appointment time, check temperature & blood pressure dulu. ok. Normal

Next, masuk bilik physio kena tuam dengan "tungku beg panas". Next, guna untrasound.

Then, baru kena "karan" lagi. Kali ni kasi up dia punya "karan"



Haaa.. begitulah keadaan nya kaki aku di"karan".

Actually, bila kena "karan" tu.... rasa macam kena urut je pun. Sebab kekuatan "karan" tu akan turun-naik-turun-naik sampai cukup masanya.

Best juga. Yang tak bestnya, sebab kena meniarap :-( . senak 6-packs aku..

Cukup tempoh kena "karan", physio buat stretching pula...

Bersandarkan 2 sessi physio yang aku dah pergi, apa yang aku boleh simpulkan ialah...

1) Physio tu tak pasti sangat apa masalahnya dengan ankle aku tu. Sebab semuanya seems in good condition

2) Lepas setiap sessi physio, kaki aku terasa ringan dan tidak stress lagi... mungkin sama effect nya dengan process urutan

Next week ada sessi lagi..

Sekian

26 Mac 2013

FORM IS TEMPORARY, CLASS IS PERMANENT!



Once a Tiger, always a Tiger... ROOOAAARRRR!

25 Mac 2013

PHYSIO AT WORK



Problem : Stiff & pain ankle

Penyebab : Tackle keras pemain amatur semasa perlawanan bolasepak persahabatan amatur yang tidak di iktiraf oleh FIFA

Akibatnya : Setelah sepuluh tahun berlalu, kesan nya sekali sekala masih aku terasa (macam lagu Gersang)

Dah x-ray (suatu masa dahulu) - Ampang Puteri - ok katanya

Dah jumpa doktor sukan (suatu masa dahulu) - KL - ok katanya

Dah jumpa doktor klinik panel (bulan lepas) - Bangsar - ok katanya... siap suspek mungkin ghout (oh, tidak!!)

Akhirnya, aku ambil kesempatan bersempena adanya klinik sphysio kat ofis ini untuk ke physio pula.

Pagi tadi adalah sessi yang pertama.

Physio tu pun macam tak percaya je yang ankle aku tu "kadang-kadang sakit". Bila dia lentuk ke kiri kanan, tekan tekan, picit picit... semuanya jawapan aku,"Tak sakit"

Abis, apa yang sakit ? haha!

Last2, dia letak benda panas kat ankle aku, macam tungku pulak. lepas 15minit kot, dia masuk balik dan kata...,"ok, kita KARAN"

Erkk!

Basically, physio pasang alat KARAN tu kat ankle aku dan naikkan KARAN nya... katanya,"saya naik kan KARAN sampai tahap sebelum sakit ye.."

Aku dengan suspen nya, menganguk aje...

Takut punya pasal, belum cukup sakit, aku dah kata sakit... haha!

Tapi, best juga benda KARAN tu.. nanti next time aku tanya apa nama mesin tu.

Lebih kurang 30minit treatment, aku pun dibenarkan balik. Next appointment - Rabu

Suspect : Otot lemah sebab kurang stretching

Nasihat Physio : Pagi2 bangun tidur buat stretching ye..

Baiklah.

24 Mac 2013

BERITA...


Setuju!

As much as I love Bahasa Melayu, we can't denied that English is very important..

23 Mac 2013

TIDUR KEPANASAN..

Aduhai...

Lately cuaca memang agak panas berdentum...

Aircond bilik pulak dah rosak. Tiap2 sejam, dia mati sendiri... puas pulak nak tido sekali dengan remote.

Sekarang terpaksa lah bergantung harap kepada kipas. Itupun dah sampai dua biji kipas - syiling & berdiri... pun masih berpeluh dibuatnya.

Macam Azli kata, kalau tido panas2 ni... sakit kepala, kot

Mungkin!

Tapi, sakit kepala yang aku selalu kena tu, dah tau apa sebabnya... tido lambat. Irrelevant kepada cuaca yang panas sekarang.

Bukan nya tak cuba repair aircond tersebut, dah tiga kali...

2 kali tukang aircond freelance, sekali aku panggil dealer panasonic itself. Paling lama bertahan hanya lah 3 hari... kemudian, jadi semula masalah yang sama. Patutnya orang2 yang repair tu, kena lah pulangkan duit aku balik, kan ? Hmmm...

Symptom kerosakan : Setiap sejam aircond mati dan lampu timer jadi lip lap lip lap
Apa yang sudah dibuat : Tukar copper sensor 2 kali, service luaran 1 kali
Apa yang suspect seterusnya : Cooling coil or compressor (outdoor unit)

Last time aku check dengan dealer panasonic, dia suspek major problem... kira punya kira, lebih kurang RM600 (mungkin..) nak kena nanti... amboi!

Mula2 RM70, kemudian RM150, kemudian RM250... kalau campur RM600, baik aku beli aircond baru je!

Aduh...

Bonus pun lambat benar nak masuk nya... huhu!

20 Mac 2013

MESIN TIKET ERL

Hari ini aku belajar satu "trick" baru bila menggunakan mesin tiket ERL.

Sebagai contoh :

Lokasi - Putrajaya Sentral
Destinasi - Bandar Tasik Selatan
Harga tiket = RM5.30

Kalau masuk duit RM10 kedalam mesin... semua duit baki adalah dikembalikan (oleh mesin) dalam bentuk duit syilling... penuh poket!

So, "trick" nya ialah...

Bila nak masukkan duit untuk bayar, masukkan 30sen terlebih dahulu. Kemudian masukkan RM10 kedalam mesin. Atas kepandaian mesin tersebut.. duit yang akan dikembalikan ialah RM5 dalam bentuk duit kertas.

Begitu lah adanya... selamat mencuba

18 Mac 2013

KUEY TIAW DOLLY @ TTDI

Browse punya browse gambar2 lama, terjumpa gambar ini..







Perghhhh.. terliur pulak time2 lunch ni

Kuey tiaw Dolly special @ RM10 sepinggan. Dia punya banyak tu, sesuai untuk 2 orang makan...

04 Mac 2013

MUSIM PENILAIAN..

The worst part of penilaian prestasi is coming... the FORCE RANKING!

Alangkah sedihnya mereka2 yang bernasib malang terpaksa menjadi mangsa level 1 memandangkan jumlah "bakal bonus" yang telah diumumkan baru2 ni adalah agak "lumayan" nilaian nya...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Good luck!

23 Februari 2013

KISAH DI LEGOLAND

Satu family sedang beratur (emak dan anak2nya) untuk naik roller coaster "Project X". Tapi, kanak2 perlu melepasi ketinggian tertentu untuk menaiki ride tersebut...

Anak lelaki (mungkin berusia sekitar 5-6 tahun), ukur tinggi dan malangnya tak lepas...

Staff Legoland : "Maaf, tak cukup tinggi"

dengan nada serius dan suara ditinggikan..

Emak Amin : "ITU LAH AMIN! EMAK DAH KATA MAKAN SAYUR.. AMIN TAK NAK MAKAN 
                     SAYUR. TENGOK DAH TAK BOLEH MAIN!"

Amin : "Nak main juga.."

Emak Amin : "MANA BOLEH. AMIN TAK CUKUP TINGGI. UNCLE TAK BAGI. ITU LAH, AMIN
                     TAK NAK MAKAN SAYUR...

Amin sedih... Emak Amin sambung lagi, "Mama, Abah & Kakak je boleh main... nanti balik AMIN MAKAN SAYUR!"

aku dan staff legoland tersenyum..

haha.. good strategy!