29 September 2010

YEAHOOOOO.. RAYA !!

Hari : Isnin @ 27/09/2010

Alhamdulillah.. aku telah berjaya ber hari raya untuk kali ke-2 nya.

Bermula beberapa tahun lepas (kalau tak salah aku around 2 years ago), aku telah cuba ber Puasa Enam di bulan Syawal. Alhamdulillah, sehingga tahun ni (tahun ke-3) aku berjaya Puasa Enam. Untuk lebih info berkenaan Puasa Enam, klik sini (iluvislam.com)

So, pada hari raya ke-2 aku tempohari cik puan kpp telah 'paksa-rela' membelanja aku dan Nurin hana makan di Yankees Hut, Bangi. Ini semua 'natijah' daripada entry aku yang ini - cendawan goreng - dan telah membuatkan cik puan kpp 'termengidam' nak makan. Memang dah lama aku tak pergi ke Yankees Hut ni. Honestly, aku rasa 'kesedapan' nya sudah menurun dan mungkin juga diorang sudah tukar chef lain sebab sangat berbeza resepinya dan rasanya. Yang paling obvious ialah resepi cendawan goreng tersebut.

Don't get me wrong, rasanya masih sedap cuma tidak sesedap pertama kali aku makan dulu. I like the old taste better!

Satu lagi sebab kenapa cik puan kpp paksa-rela belanja aku ialah.. aku tau yang cik puan kpp akan tuntut untuk aku membelanja hari raya ke-2 nya yang, insyaAllah, pada hari Rabu.. iaitu hari ini!

Bak kata pepatah : Ada lori ada bas, Lain hari kena lah balas..

Anyway, aku rasa happy dan sense of accomplishment sebab berjaya menyelesaikan Puasa Enam untuk tahun Hijrah kali ini. Mudah2an berterusan lah keazaman aku ini untuk tahun2 Hijarah yang akan datang.. Ammmiiiinnnn..



p/s: things become easy when you strive for it..

2 ulasan:

Mak Su berkata...

tahniah sbb berjy posa enam, rasa 'lengkap' ek :)

rugi ler sy tak suka cendawan goren, kalu x, meh ler paksa rela belanja saya gaks ;p

Pala Maldini berkata...

Maksu tak jumpa cendawan goreng yang power lagi kot..

Ye la.. seronok pulak rasa 'mission accomplished'