30 November 2010

KAHWIN & HUJAN RAHMAT

Lokasi : Selayang
Tarikh : Ahad, 28/11/2010


Petang semalamnya acara pernikahan sudah selamat di jalan kan. So, hari ini masa untuk bersanding..

Kawasan taman perumahan agak crowded dan kena lah jadi creative untuk mencari tempat parking yang sesuai. Jangan nanti, habis makan kenduri.. kereta kita pun di 'kenduri' kan orang sebab menghalang jalan.

Aku bertolak daripada rumah FIL lebih kurang jam 12:50 tengahari. Masih lagi panas.

Macam biasa, kalau gunakan MRR2 amatlah jammed. Hadap kan aje lah. Cik puan kpp suruh ikut jalan lain.. tapi, bila aku tanya balik samada dia tau atau tak jalan 'lain' yang di maksudkan tu.. dia senyap je - senyap tandanya tak tau lah tu. So, ikut MRR2. Baru nak mula masuk dah jammed, terhegeh2 - biar lambat, asalkan selamat.

Sampai area batu caves baru aku perasan yang minyak kereta dah merah. "Isi minyak dulu lah, kat sini ada petronas", aku berikan cadangan. Aku belok dan isi minyak. Hujan pun mula turun - berderum sekali turun.. lebat giler! tapi, sekejap je dah reda. Lepas isi minyak, aku teruskan perjalanan menuju ke destinasi.

Bila aku sampai kawasan rumah orang kahwin, hujan makin lebat. Memang kaw2 punya lebat. Masa tu dah jam 1:30pm. Nurin hana dah sibuk nak nengok orang "pak-pong-pak-pong" - maksudnya, orang main kompang orang kahwin. Kalau dah hujan lebat macam gitu.. jangankan kopang, pengantin pun bertempiaran lari!

Lama juga aku bertapa kat dalam kereta untuk menunggu hujan sedikit reda. kalau di redah dalam keadaan yang lebat tu, memang kuyup lah juga separuh badan walaupun berpayung. Tunggu punya tunggu ada lah nak dekat 30 minit.. tapi, masih tidak menampakkan tanda2 untuk reda..

"Redah aje la.. nak tunggu, sampai bila", aku berikan cadangan

"OK", cik puan kpp setuju tanpa rela

Dipendekkan cerita, berpayung lah aku ke majlis orang kahwin. Lupa nak diperkenalkan siapa gerangan pengantin ni..

Amus kiranya pangkat 'dua-pupu' lah dengan aku. Meaning, bapa Amus dan 'cik Mori adalah sepupu. Maksudnya, kami ni mempunyai moyang yang sama - moyang Manap. Nama Amus yang sebenarnya ialah Donny Osmera bin Othman. Aku serius.. bukan main2 ye. Memang nama dia Donny Osmera. Tidak ada kena mengena dengan Ed Osmera si pelakon tu. Cuma, nama panggilan nya sahaja Amus. Aku di fahamkan sebab masa kecil2 dia asyik tidak sihat dan mungkin "nama tidak serasi", sebab itu dia di panggil Amus.

OK, sambung balik cerita pengantin. Aku sampai2 je kat khemah pengantin, terus cari port untuk makan. Sessi pengantin berarak atau merenjis2 atau apa aktiviti pun takde. Aku suspek semuanya dah selesai. Tak kisah lah.Aku ke meja buffet dan ambil apa2 yang patut. Cik puan kpp menyusul kemudiannya. Kiri kanan depan belakang penuh dengan muka2 sedara mara je.. sengih je la. Aku lapar.

Walaupun hujan lebat.. tapi, majlis tetap meriah. Itu lah yang orang kata Hujan Rahmat!
Gambar bawah ni adalah set potong kek. Meriah dan cantik. Atas meja penuh dengan kek, ada tiga (3) semuanya - 1 kek pengantin, 1 kek hari lahir pengantin lelaki, 1 kek hari lahir anak buah pengantin lelaki yang kebetulan pada tarikh yang sama..


Sedang aku makan2 pengantin keluar dengan pakaian Tuxedo dan Gaun putih. Siap sedia untuk potong kek. Kebetulan, tarikh nya sama dengan tarikh lahir Amus, si pengantin lelaki.

Selesai potong kek, sessi bergambar pengantin pula.


"Amus, semoga kasih yang di meterai berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Amiinnn"

29 November 2010

ANAK HILANG DI HYPERMARKET

ting! tong!

"Pengumuman, ada seorang kanak2 kehilangan ibu bapa nya. Kanak2 ini berbaju belang merah dan berseluar biru. Ibu bapa kanak2 ini, sila ke kaunter pengumuman. Sekian, terima kasih"

Kedengaran pengumuman budak kehilangan ibu bapa di sound sistem hypermarket. 

"Apa lah! Shopping sampai lupa kat anak!", spontan aku mengomel

Kebetulan ada seorang mamat india terdengar ngomelan aku. Dia pun sama mencelah

"Gila! itu orang shopping tak tau jaga anak!", mamat india tu membalas. Jelas kedengaran kat telinga aku sebab memang dia tujukan percakapan tu macam dia berborak dengan aku (padahal aku tak kenal dia). Marah nampak..

Aku senyum.

***

Kadang2 aku tak faham kenapa lah sampai boleh bershopping sakan dan boleh kehilangan anak ? Boleh dikatakan almost mana2 shopping complex atau hypermarket akan ada sahaja situasi ini. Diorang ni tak sayang anak ke apa ?

Ok, aku tau. Sometimes memang ada budak yang hyper aktif dan habis semua tempat nak di godam nya. Masuk lorong situ, masuk lorong sini. berlari2 lah, melompat2 dan sebagainya. Tapi, sebagai ibu bapa bukan kah sepatutnya kita mengawal anak2 kita tu. Paling tidak pun keep an eyes so that budak tu tak hilang.

Kadang2 bila gi bershopping, kaum2 ibu ni terlalu asyik dengan task bershopping nya sampai lupa dengan anak2 berderet yang dibawanya bersama. Yang bapa pula, malas nak melayan shopping isterinya akan ambil kesempatan gi hisap rokok lah.. dok kat kerusi berehat la.. dan, macam2 peel lagi. Akibatnya, anak2 tu buat hal sendiri main2 dan akhirnya lupa tempat ibu bapa nya berada tadi.

Ok lah.. cerita pasal orang tak guna. Meh, cerita pasal aku sendiri. Kalau gi shopping, apa aku akan buat ?

Untuk makluman, cik puan kpp kalau bershopping.. memang aku boleh muntah darah lah kalau ikut sekali. Setiap sudut, setiap tempat selagi ada cik puan kpp akan masuk dan membelek2. Aku pulak jenis tak larat nak berdiri lama sebab dada aku akan sakit dan rasa macam semput nyawa (ini betul, aku tak tipu).

Selalunya, bila gi bershopping (terutamanya di shopping compleks), aku akan jadi baby sitter dan biarkan cik puan kpp shopping ikut suka hati dia. Dan, selalunya Nurin hana akan dok dengan aku atau aku akan always keep an eyes pada apa yang Nurin hana buat. Kalau dia main lari2, masuk2 lorong, sembunyi celah2 baju.. aku akan pastikan mata aku akan nampak apa yang dia buat. Apa yang jadi pada sekeliling, aku tak ambil pot sangat. My focus will be on Nurin hana.

Mungkin sebab itu, alhamdulillah aku tak pernah alami masalah kehilangan anak di shopping2 kompleks mahupun hypermarket. Ok lah, aku akui.. anak satu senang nak jaga. Kalau anak ada 4 macamana ? dan, masing2 ada peel masing2 dan asyik nak buat hal tengah ramai2 orang tu..?

Tak pe lah, untuk itu.. aku simpan dulu cerita nya sampai aku ada anak 4 nanti. Cuma, apa yang aku nak sampaikan ialah.. sentiasa lah perhatikan anak2 bila bershopping. Jangan asyik sangat dengan bershopping sampai anak pun boleh hilang! kalau jumpa kat tempat pengumuman, tak pe lah.. kalau kena kidnap dan di jual pada syndicate ?? Hah?! sapa yang nak jawab..?

Jagalah anak korang baik2.. jangan sampai nanti, menangis darah pun sudah tidak berguna lagi..

28 November 2010

DUTCH LADY KID

Nurin hana dah 3 tahun++ sekarang. Masa baby, selama dua tahun Nurin hana menyusu susu badan cik puan kpp. So, bila dah genap dua tahun cik puan kpp pun stop menyusu-badankan Nurin hana dan beralih kepada susu formula pula. Brand yang kami pilih untuk Nurin hana ialah.. "Enfagrow"

Malangnya, Nurin hana tak berapa berkenan dengan susu formula tersebut. Puas lah berperang kalau nak suruh dia minum susu formula tu. Macam2 helah dan trick in the book kami dah guna, tapi masih macam itu juga. Anehnya, kalau dekat school Nurin hana akan minum pula (menurut kata cikgu nya).  Mungkin sebab terpaksa minum, atau takut kat cikgu gamaknya.. Nurin hana minum. Bila di rumah, memang Nurin hana akan reject se-reject2 nya.

Aku dan cik puan kpp jadi buntu.

Aku perhatikan budak2 lain bukan main lazat lagi bila men'gonggong' botol susu yang berisi susu formula. Tapi, Nurin hana tidak. Aku dengan cik puan kpp agak risau juga sebab takut Nurin hana akan kekurangan zat tambahan yang biasanya ada pada susu formula (berdasarkan yang tercatat dan yang diwar2kan lah pada kotak atau tin susu tersebut).

Untuk makluman, "Enfagrow" yang kami beli tu bukan perisa asli.. tapi perisa honey. Dengan harapan, kalau ada perasa2 tentulah Nurin hana akan suka. Tapi, tak jalan.. dia tetap reject.

So, cik puan kpp cadangkan untuk try bagi minum air susu kotak "Dutch Lady" pula. Kami mula try dengan susu "Dutch Lady" kotak yang saiz besar tu. Kalau Nurin hana tak nak minum.. aku lah yang bedal :-)

Alhamdulillah, Nurin hana suka minum. Dan, kadang2 makan dengan coco crunch. Daripada kotak yang besar (dituang dalam cawan), kami tukar kepada kotak kecil2. Beli banyak2 buat stok. Bila Nurin hana nak minum, kami bagi lah susu tu satu kotak. 

image : submerryn.com

Bulan lepas, "Dutch Lady" telah meng'inovate' susu kotak nya untuk memenuhi keperluan kanak2. Di namakan "School" & "Kid". Inilah peluang untuk bagi pada Nurin hana cuba. "Dutch Lady Kid" dikhaskan untuk kanak2 berumur 1-6 tahun. Pergi ke Carrefour dan beli sedozen untuk buat stok. Alhadulillah, Nurin hana suka. Dan, hopefully berterusan suka.

Aku tak tau samada "Dutch Lady Kid" ni boleh gantikan susu formula atau tidak.. tapi, sekurang2nya Nurin hana nak minum susu berbanding sebelum ini. Lepas ni kenalah beli berdozen2 pulak. Kalau Nurin hana tak larat nak minum habis kan.. Papa nya lah pula yang akan tolong perabihkan sama..

TQ Dutch Lady Kid!

27 November 2010

BANJIR.. ALMOST

Hujan lebat mencurah2 hampir sepanjang petang.. 

Secara dramatiknya air sungai belakang rumah 'cik Mori bertambah banyak. Dulu2 kawasan rumah 'cik Mori ini memang kawasan banjir. Cuma, last 10 years sudah berkurangkan kerana sungai telah di lebarkan dan sistem perparitan depan rumah sudah di perbaiki.

Walaumacamanapun, a red flag situation (berhati2) masih lagi diperlukan.. mana tau kot2 banjir melanda lagi. Bila aku balik daripada kerja untuk ambil 'cik Mori (untuk ke rumah aku), hujan masih lebat mencurah2. Kuyup jugak lah aku dibuatnya.

Tanpa melengah masa, aku terus ke belakang rumah untuk monitor paras air sungai yang semakin menaik tu. Ada lebih kurang 2 kaki lagi kot nak melebihi tembok pemisah sungai dengan kawasan rumah. Aku terus sms pada konco2 semua (meaning adik beradik aku)..

"Sila siap sedia. Air sungai semakin naik. Kalau hujan lagi satu jam, mungkin...", aku tekan send to As, Babuk & Azila


Aku kembali jadi pemerhati air sungai.

Lebih kurang 45 minit aku dok kat belakang rumah memerhatikan air sungai yang laju warna nescafe susu tu..
Dan, aku perhatikan dalam sungai tu ada..

1 ekor kura2 sedang cuba menyelamatkan diri daripada terus hanyut dibawa arus
5 ekor mengkarung yang berlari2 menyelamatkan diri
35 biji bola termasuk bola sepak, bola plastik, bola mainan dan bola getah
125 biji botol pelbagai saiz daripada botol air mineral ke botol susu
95 buah tin minuman pelbagai perisa
30 selipar sebelah

Bayangkan lah..
Ok, aku tipu.. aku tak kira pun sebenarnya. Tapi, benda2 dan binatang2 tu memang aku perhatikan sepanjang 45 minit tersebut.

Punya lah tercemarnya sungai tu sampai segala macam benda boleh jumpa. Patutlah kerajaan terpaksa berbelanja bermillion2 untuk tujuan pembersihan (pun, masih tak bersih2 juga).

Anyway, lepas 45 minit aku dapat perhatikan air sungai makin surut - Lega!
Bila dah surut dalam 2 kaki (2+2 = 4 kaki) & hujan pula dah reda, aku pun mula beredar untuk menempuh jammed balik ke rumah pulak!


pesanan penaja : Sayangi lah sungai kita!

26 November 2010

NOKIA, CELCOM & HP GET ME CONNECTED ANYTIME, ANYWHERE

Yey!

Akhirnya, my 3G connection can be utilised to the max.


Baru lah aku perasan rupa2nya software Nokia PC Suite tu sebenarnya ada dalam handphone aku selama ni. Aku mati2 ingatkan yang kedai Nokia tu dah kelepet (kelepet = tipu) aku dengan tidak menyertakan cd Nokia PC Suite macam yang kawan aku yang Ir Hanif dapat.

So, bila dah jumpa software tu.. aku pun tanpa lengah2 lagi terus install dalam my office HP dan get connected. 

Apa ke hal nya yang aku sibuk2 nak connected thru 3G dekat ofis ? Bukan ke kat ofis aku ni bersepah LAN dan WLAN ?

Ok, aku terangkan apa isu yang sebenarnya. Semenjak kebelakangan ni, aku dapati yang ofis system admin telah mengenakan sekatan kepada beberapa website tertentu atau lebih tepat lagi.. me-limit-kan access. Ini termasuk lah the most popular one which is FB.

Aku tak kisah FB kena blok sebab aku boleh access thru handphone. Lagipun, bukan nak nengok gambar2 sangat. Aku lebih kepada nak baca 'status' yang kawan2 update dan reply my comment.

Yang menjadi isu kepada aku sekarang ialah.. BLOG. Bila buka blog, gambar2 semua tidak dapat buka.. most probably di blok oleh system admin. How did they do it, aku tak tau. Tapi, gambar2 daripada site lain, contohnya surat2 khabar semua ok. Cuma yang berunsur BLOG saja yang kena tapis.

Bila kena tapis, susahlah message2 yang di tulis di blog tu especially yang bergambar nak sampai maksudnya kepada aku bila aku baca.. grrr

Kini, tidak lagi.. aku dah berjaya connect to internet thru my NOKIA + CELCOM + HP. Dan, boleh lah aku membazirkan lebih banyak masa membaca blog2 korang yang macam2 cerita tu.
Yey!

25 November 2010

DENGGI

Serangan denggi melanda kawasan kejiranan sebelah lately. Area dimana school Nurin hana berada. Ada banyak banner2 yang di naikkan oleh kementerian kesihatan (berdasarkan cop mohor kerajaan pada banner tersebut) untuk mengingatkan orang ramai tentang perihal bahayanya serangan denggi ini.



image : bg-sentinel.com

Teringat aku satu masa dulu (tak silap last year), Nurin hana di serang denggi. Alkisahnya, Nurin hana demam2 dah beberapa hari. Demam, baik, demam, baik, demam, baik. Gi klinik dah tiga empat kali, pun masih lagi macam gitu juga. Akhirnya, aku ambil keputusan untuk bawa Nurin hana ke klinik pakar Az-Zahrah, berjumpa dengan doktor pakar kanak2 disana, Dr Nik.

Bila Dr Nik check, beliau suspect something is not right. Ini bukan demam biasa dan ada tanda2 nak kena denggi. So, kena buat blood test. Lepas result keluar, Dr Nik nasihatkan agar Nurin hana di masukkan ke wad untuk pemeriksaan dan pemerhatian lanjut.

Almost a week juga lah Nurin hana dan cik puan kpp berkampung di Az-Zahrah. Mujur masa tu, cik puan kpp masih belum starts kerja lagi.. masih lagi 'honeymoon' belajar. Memang sah kena denggi tapi masih di peringkat awal. Lepas 2 hari dok di hospital, baru lah symptom2 denggi tu kelihatan seperti demam dan bintik2 merah di seluruh badan. Mujur kami ambil tindakan awal.

Akibat daripada kes denggi Nurin hana, aku telah di hubungi oleh pihak jabatan kesihatan untuk operasi semburan asap untuk aedes di rumah. Jiran2 aku pun kena sekali tempias nya (diorang sembur rumah2 bersebelahan juga). Rumah aku tidak dapat di sembur, sebab kami telah 'melarikan diri' dok di rumah in-laws aku untuk menggelakkan kejadian denggi lagi.

Moral of the story, kalau asyik2 demam, baik, demam, baik.. segera lah ke hospital untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan segera bagi mengesan denggi dari awal

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian.. sudah tidak berguna lagi

Sama2 lah kita mencegah pembiakan eades dan penularan wabak denggi

berita denggi (125 kematian sudah dicatatkan): Berita Harian

24 November 2010

13 MEI BY TUNKU ABDUL RAHMAN

***This entry is not politically motivated. The entry may be offensive to some people. If you feel so, please leave this page immediately. As Malaysian, I treat this as a HISTORY and the need to know what was actually happened. I wrote in my own words and my own understanding.

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

IF YOU ARE EASILY OFFENDED, PLS LEAVE NOW!

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Lama aku mengidam nak baca buku ini dan nak tau lebih dekat tentang apa sebenarnya yang telah terjadi semasa peristiwa hitam itu. Dan, aku dapat buku ini sebagai hadiah harijadi aku yang lepas. Lama juga terperap kat rak buku sebab aku ni yang sebenarnya 'alergik' pada buku - badan jadi 'gatal2'... keh3x

Tajuk buku : 13 Mei - Sebelum dan Selepas
Penulis : Tunku Abdul Rahman



Malaysia telah merdeka selama 12 tahun bila peristiwa 13 Mei ini tercetus - satu usia negara yang masih sangat muda. Sebelum daripada itu, keadaan di dalam negara adalah aman di mana semua bangsa hidup bersatu padu dan saling menghormati antara satu sama lain.

Perlu di ingat kan, Malaysia telah berada dalam keadaan darurat selama 10 tahun sebelum kemerdekaan kerana ancaman daripada komunis yang bergerak atas nama parti komunis malaya (kini telah di haramkan). Walaupun darurat telah tamat, ideology komunis telah meresap ke dalam jiwa segelintir pelampau rakyat Malaysia

Antara kejadian2 yang telah mewujudkan suasana tegang sebelum, semasa & selepas 13 Mei (seperti yang dinyatakan di dalam buku tersebut) ialah :

1) Tindakan Parti Buruh menyeru rakyat untuk memulaukan Pilihanraya yang dijadualkan pada 10 Mei 1969. Manakala, parti2 yang bertanding telah menggunakan isu2 perkauman melampau semasa kempen2 mereka dengan tujuan untuk mendapatkan simpati dan undi daripada rakyat.

2) Perarakan mayat pemuda cina (bukan lah orang yang istimewa) yang di lakukan di tengah2 ibu kota (KL) yang di sertai oleh ribuan orang dengan membawa sepanduk2 yang merupakan propaganda komunis (Mao Tze Tung) sedangkan ianya sepatutnya adalah satu perarakan berkabung biasa sahaja

3) Kemenangan parti2 pembangkang (yang terdiri daripada Gerakan dan DAP) di banyak kawasan terutamanya di Selangor

4) Perarakan kemenangan yang di anjurkan oleh Gerakan (Tan Chee Khoon) yang membawa sepanduk2 dan tingkah laku tidak terkawal sambil menghina orang2 melayu

5) Perarakan berlanjutan sehingga ke malam hari dan terjadi kejadian2 yang di luar kawalan di beberapa tempat di ibu kota, dimana kemudiannya (selepas perhimpuanan oleh Gerakan) perhimpuanan2 haram di anjurkan sehingga lewat malam

6) Orang2 melayu (UMNO) berhimpun di Kampung Baru (Rumah Menteri besar Selangor - Datuk Harun Idris) untuk menyatakan ke tidak puasan hati mereka kepada penghinaan yang di lakukan pada hari sebelumnya dan menuntut untuk mengadakan perarakan kemenangan seperti mana dilakukan oleh parti2 pembangkang

7) Berita tentang orang2 melayu diserang di kepong telah membuatkan orang melayu yang berkumpul itu mengambil tidakan balas

8) Keadaan dalam negara (terutamanya sekitar ibu kota) menjadi sangat tegang dimana terjadi kejadian2 buruk seperti pergaduhan, pembunuhan, perbuatan membakar premis2 dan kenderaan

9) Berdasarkan keadaan tidak terkawal itu, kerajaan telah mengambil tindakan segera dengan meng-isytiharkan DARURAT untuk membendung gejala2 buruk terus merebak. Pengurusan DARURAT diletakkan dibawah Majlis Gerakan Negara yang di ketuai oleh Tun Razak (ketika itu timbalan perdana menteri)

10) Apabila DARURAT di-isytiharkan, keadaan di sekitar ibu kota dan seluruh negara mulai tenang dan terkawal

Dalam buku ini, secara jelas Tunku Abdul Rahman telah meletakkan punca2 tercetusnya 13 Mei ini ke atas anasir2 komunis yang cuba menghasut rakyat dengan tujuan untuk mengambil alih pentadbiran negara. Komunis2 ini berpaksikan kepada ajaran Mao Tze Tung di negara china.

Juga, disebabkan oleh puak2 pelampau yang wujud di dalam masyarakat malaysia pada waktu itu.

Secara keseluruhan nya di catatkan se-ramai (angka2 rasmi) :
184 orang terbunuh
356 orang luka
753 kejadian membakar bangunan
211 kenderaan rosak atau musnah

Dinyatakan juga :
102 mayat ditanam di pusat kusta, sg buloh
11 mayat orang islam ditanam di tanah perkuburan gombak

Sangat jelas di sini, kejadian ini sangat menyayat hati dan selamanya telah mengubah landskap negara dan mengocakkan keharmonian pelbagai kaum yang telah cuba dipupuk semenjak kemerdekaan.

Pada pendapat aku, fakta2 13 Mei adalah sangat penting untuk di maklum kan kepada generasi2 baru yang lahir selepas peristiwa hitam itu. Ini bagi mengelakkan perbuatan putar belit fakta yang seringkali digunakan oleh anasir2 jahat yang cuba mencetuskan keadaan tidak baik dalam negara ini.

Ok, next aku nak baca buku ini. 

THE MAY 13 TRAGEDY BY THE NATIONAL OPERATION COUNCIL 


Ini adalah buku rasmi negara untuk peristiwa 13 Mei


p/s : seek to understood..

23 November 2010

MAKAN KE MENTEKEDARAH ?!

Sila lihat gambar dibawah.


Lokasi kedai : Ampang
Harga : RM6.20

Apa yang korang lihat tu adalah sebungkus nasi lemak yang aku beli di sebuah gerai tepi jalan di Ampang. Kedai ni takde nama. Tapi, lokasi nya sejak turun temurun memang di tempat yang sama. Di trafik light keluar dari Kg Melayu, didepan kedai makan cina bertentangan dengan Public Bank.

Biar aku describe dulu apa yang ada dalam sebungkus nasi lemak seperti dalam gambar di atas.

1) Of course, Nasi lemak (dulu tong kayu, sekarang diorang guna tong besi)
2) Rendang Ayam - bahagian thigh
3) Sotong kicap
4) Sambal
5) Sepotong telur (suku)
6) Sepotong dua timun, ikan bilis dan kacang

Nasi lemak ni kalau makan, memang confirmed kenyang sampai ke malam.. har har har..
Sejarah gerai nasi lemak ni sangat panjang dan bermula masa aku sekolah rendah lagi. Dulu2 belanja ke sekolah mana ada RM2 macam budak2 sekarang ni. Duit belanja aku, kalau tak salah 50sen. Kalau beli nasi lemak kat kantin, dapatlah sebungkus 50sen (yang saiznya tu, sama macam nasi lemak kosong RM1 yang boleh dibeli di gerai2 sekarang). Ciput je. Mana lah nak kenyang untuk orang kaki mentekedarah macam aku ni.

Asalnya, gerai nasi lemak ini dulu di usahakan oleh si Bapa (aku tak tau namanya). Gunakan motor roda tiga dan dipacakkan sebatang payung (betul ke penjodoh bilangan ni?). Tiap2 pagi (almost), aku akan singgah dulu ke gerai nasi lemak untuk beli nasi lemak lauk sotong, harganya - 50 sen!

Bila waktu rehat, aku akan makan di kantin dan sudah semestinya akan kenyang giler! bayangkan lah nasi lemak yang setambun (setambun = sangat banyak) tu dimakan oleh budak darjah 5.. 

So, fast forward 24 tahun.. gerai nasi lemak tu masih disitu - bertahan, tidak lapuk di hujan, tak lekang dek panas. Cuma sekarang ianya di usahakan oleh si Anak dan rakan2 (dah macam law firm pulak). Dan, harganya pun sudah jauh.. sangat jauh lebih mahal daripada suatu masa dulu.
Hari ini, nasi lemak lauk sotong gerai tu dijual pada harga RM3.70! (mungkin dah naik lagi sekarang..)

Walaupun begitu, aku tetap puji gerai ni sebab quality control nya sangat superb. Sudah lebih 20 tahun, tapi rasa nasi dan lauk nya masih sama seperti dulu ! dan, sudah semestinya menarik aku macam magnet untuk beli bilamana aku kebetulan balik 'kampung'.

Satu lagi, nasi lemak gerai ini bukan sahaja di beli oleh orang melayu.. tapi, semua jenis orang dan bangsa yang ada kat Malaysia ni. Pendek kata, Memang memenuhi selera antarabangsa lah.
Oleh itu, kalau korang berani nak try membuncitkan perut dengan setambun nasi lemak.. pergi lah cari di trafik light ampang, depan kedai makan cina, bertentangan dengan public bank. Setiap hari, isnin - sabtu beroperasi sehingga jam 11 atau 12 tengahari.

Selamat mentekedarah..




22 November 2010

BAJU MELAYU.. DI PAGI RAYA

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia", Hang Tuah


 
Pagi2 raya aku dah bersiap2 untuk ke Masjid macam cerita di episod 1, 2 & 3.

Macam lazimnya aku akan mengenakan Baju Melayu siap bersamping dan bersongkok lengkap. Kalau boleh dengan keris sekali aku nak selitkan.. tapi, takut pula cik puan kpp ingat aku nak gi menikah.. kah kah kah

Ok, ini yang aku cerita adalah cerita pagi raya.. bukan nya pagi isnin atau selasa ataupun nak pergi sembahyang jumaat. So, what did you expect ? Aku sebagai orang melayu, sudah tentulah meng-andai-kan yang ramai orang melayu yang sebangsa dengan aku ni berbangga dengan memakai pakaian tradisi melayu ini terutamanya di pagi hari raya ini.

To my surprised, tak ramai pun yang mengenakan pakaian sepasang lengkap baju melayu daripada hujung rambut ke hujung kaki. Aku toleh kiri, aku toleh kanan.. rata2 yang hadir ke masjid pada pagi raya itu kebanyakkan nya hanya menggayakan.. Baju Melayu dan Kain pelikat sahaja.

Mungkin korang akan kata, "Alah.. orang tua2 memang suka berpakaian macam gitu"

Ok, ikut selera masing2 lah. Tapi, kalau yang tua tidak menunjukkan sifat menghargai pakaian melayu.. macamana orang muda (macam aku... ehem!) nak meneruskan kesinambungan pemakaian baju melayu ? Aku tengok, bukan sekadar orang2 tua sahaja.. yang muda2 pun sudah berjangkit penyakit yang sama. Apa yang lebih parah, ada yang hanya memakai t-shirt belia 4B! (ok, ini adalah retorik.. sebenarnya, diorang pakai t-shirt belang2 biasa je)

Kita bercerita tentang HARI RAYA.. bukan nya hari2 biasa. Dan, bila lagi kalau nak menggayakan Baju melayu lengkap bersamping kalau tidak hari raya ? Takkan nak pakai masa akad nikah sahaja ? Itupun, pakaian sewa..

Ini lah yang menjadi dilema kepada aku kenapa orang melayu sendiri 'MALU' nak berpakaian baju melayu lengkap, sedangkan mereka mengaku yang mereka itu MELAYU.

"Eh, bukan.. aku BUGIS!"

"Aku ni JAWA, ok"

"Aku orang BANJAR la"

Well.. whatever!

Mungkin benar kata Tun Mahathir.. "MELAYU MUDAH LUPA"

Jangan sampai nanti "Takkan" hilang terus daripada kata2 Hang Tuah diatas..

20 November 2010

DEEPAVALI CELEBRATION @ OFIS

Tajuk je bahasa Inggeris.. saja untuk mendapatkan effect berimpak tinggi :-)

Sponsored by : Siva (ofis mate aku)
Lokasi : Ofis, Selasa (16/11/2010)

Elok2 aku balik daripada meeting, budak2 ni tengah sibuk mengada pc.

"Chicken supreme la"

"Extravaganza tu tak sedap, tak sedap"

"Eh, chicken wing.. chicken wing"

Aku pun menjengukkan kepala daripada tempat duduk aku. "Nak beli pizza ke ape ?", aku tanya

Memang betul diorang tengah membelek2 pc tu untuk order pizza domino thru online. Tanpa lengahkan masa aku pun join sekali. "Berapa banyak nak beli ni ?", aku tanya

"Budget untuk 8 pizza", salah seorang menjawab

"Eh, baik pakai kad En Azli.. beli satu, dapat satu free", aku bagi cadangan. Azli tengah busy mengadap problem customer yang semenjak daripada semalam kecoh nya semacam je. Order online gunakan kad domino express boleh buy 1 free 1. So, save harga satu pizza! cuma, kena order dan ambil sendiri - No delivery! Tapi, kalau 4 x pizza dah boleh save approx RM120 - sangat berbaloi2!!

Dipendek kan cerita.. Azli pun mula lah meng-order pizza thru online. "Apa korang nak ?", katanya. Sambil meng-order, sambil membalas email isu customer tu. Buat kerja 2-in-1 katanya.

2 x Chicken supreme, 2 x Spicy sambal, 1 x Aloha chicken, 1 x Seafood, 1 x Vege, 1 x Extravaganza = 8 pizzas. Side dishes pula, 3 x Crunchy chicken, 3 x BBQ Chicken wings dan 2 x Lasagna. Total = RM 210. Jimat RM 30 di samping dapat side dishes. Memang berbaloi2 gua cakap lu!!

Ok, pendekkan cerita lagi. Aku, Azli dan Idzham naik kereta gi ambil pizza di Bangsar (yang dah di order tadi). 20 minit kemudian, duit dan pizza bertukar tangan.

Sampai ofis, dua bungkus satay kajang (250 cucuk) dah menunggu atas meja sedang di serve oleh puteri2 kat ofis ni. Pizza semua di letakkan atas meja.. WAH! MERIAH NYA!!!


Aku pendekkan cerita lagi.. semua orang pun makan dengan bersungguh2. Wajib habis.

In the end, everyone kenyang dan makanan pun masih berbaki dan boleh di lahap oleh lebih kurang 10 orang lagi !

TQ Siva for the wonderful lunch today. Lain kali sila lah buat lagi, ye.. burrppp! er, alhamdulillah..

nota : ini dah macam promosi free untuk domino pizza la pulak..

18 November 2010

INI CERITA AIDILADHA 2010 - EPISOD 3

Balik dari kubur, aku makan lagi. Lupa pula nak bagitau menu yang 'cik Mori dah prepare untuk jamuan raya haji kali ni (sorry lah, gambar tak ada)

1) Nasi Impit
2) Rendang Ayam Bandar
3) Asam Pedas Daging Tetel
4) Kuah Kacang
*Item #1 dimakan dengan item #2 atau #3 atau #4 atau ikut suka tembolok masing2

5) Mee Kari

Boleh dikatakan agak meriah lah. Kueh muih di carry-forward daripada hari raya puasa tempohari.

Tengahari, Azila dengan anak2nya datang (selepas beraya paginya di rumah mentua dia di Selayang). Sebabnya, petang tu Azila nak kena gi kerja (kerja shift) dan anak2 dia 'cik Mori dan ngah Miah yang jaga (budak hantu iklan - Shakir, 'cik Mori jaga & adiknya - Saif, ngah Miah jaga). Agak meriah sikit lah sebab si Shakir tu memang kaki buat kecoh.. err, orang yang menjaganya yang terpaksa kecoh mulut sebab dia tak reti dok diam punya budak!

Aku pula dah mula rasa sakit2 kepala.. ubatnya ialah, tido.

Petang,

Masa untuk pergi beraya ke rumah mentua aku di Lembah. 

"Eh, mana Syafiq nak gi tu ?", aku tanya cik puan kpp bila nampak Choi & the geng naik kereta macam nak pergi somewhere. Ada Choi, Asma, Syafiq, Ju & Faris.

Rupa2nya diorang nak pergi ber hari raya ke rumah 'cik De (emak kepada si Anis yang 'cik Ro jaga). So, kami pun follow - ke taman saga. 

Wah! 'cik De masak nasi minyak. Pucuk di cita ulam pucuk paku lah jawabnya. Dah lapar, di sogok pula nasi minyak. Memang sedap dan lazat! TQ 'cik De..

Destinasi seterusnya, rumah Kak Liza & 'cik Usop (Ex-jiran mentua aku merangkap penyewa, sekarang sudah pindah ke rumah lain tapi berdekatan). Ada Laksa, Nasi Impit, Rendang, kueh tiram & tempeyek. Lazat2 belaka. Tapi, cili padi untuk Laksa tu sangat pedas.. pergghh.. memang berasap kalau tergigit (samada dengan sengaja atau tidak sengaja). Kami lepak beraya sampai maghrib.

Malam.

Aktiviti malam hanya lah bersantai kami adik beradik ipar duai di rumah mentua aku.

Tamat.


nota : kesian Nurin hana main takde kawan..

INI CERITA AIDILADHA 2010 - EPISOD 2

Sampai rumah 'cik Mori, aku makan lagi.. kali ini my favourite - Nasi impit + Asam pedas daging tetel. Aku memang akan ternanti2 dan takkan miss membaham resepi 'cik Mori yang ini. Sama macam raya puasa yang lalu.

Sejak kebelakangan ini aku perasan yang raya haji dah tidak semeriah raya haji masa aku budak2 dulu. Persiapan pun ala kadar sahaja dan tiada lagi aktiviti ziarah di antara saudara mara atau jiran tetangga. Apatah lagi kalau kawan2 yang berjauhan. Semuanya semakin luput di telah arus pembangunan dan kesibukkan kota.

(Ya! aku budak bandar. Sejak azalinya, aku memang dibesarkan dan beraya di bandar.. tidak pernah, aku ulang TIDAK PERNAH aku balik kampung pada hari raya yang pertama. Pada aku, bandar ini lah kampung aku)

Ok, lepas makan.. sessi mini-bergambar, memandangkan cuma ada aku sekeluarga dan 'cik Mori saja di rumah 'cik Mori tu. Klik sana, klik sini, klik situ.. Nurin hana pun dah pandai men'ketip' kamera sekarang, jadi dapatlah aku bergambar berdua2an dengan cik puan kpp.

Kemudian, atas 'arahan' cik puan kpp, aku bergambar berdua2an dengan 'cik Mori pula. Bila posing untuk bergambar tu, tiba2 aku terkenangkan arwah 'cik Yah - emak 'cik Mori - yang mana aku pernah ambil gambar berdua2an macam gitu dengan posisi yang sama. Dan, masa itulah raya yang terakhir sebelum 'cik Yah jatuh sakit. Sedih! 

Juga, apa yang lebih menyedihkan ialah.. inilah kali pertama, aku ulang.. KALI PERTAMA aku bergambar berdua2an dengan 'cik Mori ! Teruknya aku..

Next.


Lot kubur : 285
Tanda nesan : Siyah binti Hj Manap

Lepas sesi bergambar, aku ke kubur 'cik Yah. Lama benar rasanya aku tak ke kubur 'cik Yah - sorang2 je. Berpusing2 juga aku mencari kubur 'cik Yah di tengah2 tanah perkuburan yang dah padat tu. Pusing punya pusing.. alhamdulillah, jumpa (kalau tak, sah jadi cucu 'derhaka' aku ni).

Aku berani declare, 'cik Yah lah ORANG YANG PALING AKU SAYANG SEKALI DI DUNIA INI. Malangnya, aku tak sempat nak membalas jasa 'cik Yah atas segala yang telah di lakukan untuk aku selama hayatnya. Apa yang aku mampu nak berikan hanyalah.. sedekah Al-Fatihah dan Yaasin - tidak setara dengan jasa 'cik Yah dan apa yang telah 'cik Yah korban kan selama hayatnya.

Sepanjang di kubur 'cik Yah, hiba benar rasa hati aku bila terkenangkan 'cik Yah. Sambil membaca Yaasin, air mata aku bergenang dalam kesedihan. Puas aku menahan kesedihan aku itu. Sekali sekala air mata manitis membasahi pipi..

Stop sini la.. sedih lah pula aku nak teruskan menaip..

AL-FATIHAH

bersambung..

17 November 2010

INI CERITA AIDILADHA 2010 - EPISOD 1

Tahun ini sepatutnya adalah giliran tahun beraya di rumah mentua aku seperti yang pernah aku jelaskan disini. Tapi, ada sikit kelainan sebab mentua aku kedua2 nya gi ke Mekah menunaikan ibadah haji tahun ni. Dan, cik puan kpp decide untuk beraya ke rumah 'cik Mori.. atas sebab2 yang tertentu (kisah tahun yang lepas).

Sudah jadi kelaziman, raya haji memang kami tidak buat pakaian raya sedondon macam raya puasa. Dan, hanya recycle aje apa yang ada dalam almari. Normally, recycle part tu lebih kepada aku la.. cik puan kpp dan Nurin hana selalunya akan beli baju siap. Aku pulak akan pakai je apa yang ada dalam almari mengikut kesesuaian warna.Cik puan kpp dan Nurin hana pakai kuning. Tapi, memandangkan aku takde baju melayu warna kuning.. aku pun recycle guna baju oren yang 4 tahun lepas punya. Kira ok la tu..

Sampai rumah 'cik Mori jam 11:30 malam. 'cik Mori tengah melayan drama kat tv sorang2. Babuk beraya di Terengganu (rumah bakal mentua - nak kena interview la tu), Azila beraya di Selayang (rumah mentua), As beraya di Gombak (rumah mentua - setahu aku patutnya dia beraya kat rumah 'cik Mori. tak pasti arrangement dia macamana). So, kalau ikut giliran.. aku pun sepatutnya beraya di Lembah (rumah mentua). Kalau betul2 macam gitu.. tentu 'cik Mori sedih. Sebab semua anak2 nya beraya di tempat lain. Untuk itu, aku ucapkan TERIMA KASIH pada keputusan cik puan kpp! 

Pagi, 17/11/2010 @ 6:30 pagi

"Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar"
"La ilaha illallahuwallahu akbar"
"Allahu akbar walilla ilham"
 
Pagi2 lagi aku dah bangun sebab aku dok expect yang sembahyang sunat hari raya haji akan bermula pada jam 8 pagi. Lepas mandi, bersiap2 dengan baju oren aku - siap bersamping, makan.. aku terus ke Masjid untuk sembahyang. Orang masih belum ramai lagi masa aku sampai. No wonder.. sembahyang di jadualkan pada 8:30 pagi. 

Lepas 'pesanan penaja' oleh nazir masjid.. sembahyang pun dimulakan. Agak berlainan dengan kelaziman nya dimana selalunya Imam akan memberikan sedikit panduan atau ulangkaji menerangkan kaedah2 bersembahyang raya. Tak kisah lah..

Selesai sembahyang disambung dengan khutbah. Seperti lazim nya, kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya, Nabi Allah Ismail di sampaikan.

Habis khutbah, aku pun berlalu balik ke rumah 'cik Mori..

bersambung..

16 November 2010

AIR ASIA & RICHARD BRANSON..

Rujukan : MStar Online, 16/11/2010

"PETALING JAYA: Sebilangan penumpang AirAsia bertuah bakal dilayani oleh hartawan dan pemilik Virgin Atlantic, Richard Branson yang akan memakai sut lengkap pramugari syarikat penerbangan tambang murah itu." berita lanjut

Biar betik!!!

Hahaha.. jangan penumpang termuntah sudah lah! Tuleeeennnn.. bang!


image : mstar.com.my


HARI BERTALI LEHER

Isnin telah di isytihar kan sebagai hari WAJIB bertali leher warna korporat di ofis aku ni (semua eksekutif). Warna nya jangan cerita la - ORANGE!

Yang perempuan pula, diberikan skaf ORANGE untuk dipakai mengikut kesesuaian si pemakai - kalau bertudung, jadi lah tudung. Kalau free-hair, jadi lah skaf di bahu sahaja.

Ok. Berbalik kepada cerita tali leher.

Bila warna ORANGE tu, faham2 aje lah kan. Bukan main payah lagi nak mencari warna baju kemeja yang match. Warna paling selamat, dah tentu2 nya putih.

Tapi, aku ni bukan lah berkira sangat dengan match atau tak match ni. Mana yang ada dan sudah di gosok oleh cik puan kpp.. aku sambar je.

Walaupun sudah di WAJIB kan.. kadang2 aku tengok ramai yang tak ambil endah pun. Kenapa agaknya ? Biar aku kupas satu per satu sebab musababnya.

1) MALU
Kenapa nak malu ? Ok, fine. Aku mengaku. Kadang2 aku rasa 'segan' nak pakai tali leher semasa di ofis. Sebab terasa macam 'besar' sangat lah kalau bertali leher ni. Dan, akan ada yang macam pandang sinis bila tengok kita pakai tali leher bila di ofis. Sedangkan takde apa2 yang pelik pun. Ianya sebahagian daripada pakaian juga, kan ? tentu akan ada cakap2 belakang yang macam.. "Eleh, berlagak la tu". Pelik, kan ?

2) PANAS
Alasan! ini sebenarnya alasan sebab malu nak pakai. Sebabnya kenapa malu.. sila rujuk #1. Bila nak pakai tali leher, dah tentulah butang kemeja atas sekali tu kena di kancing kan.. baru kemas. So, bila dah dikancing sampai ke atas, itu yang konon2nya jadi panas. Apa hal pulak ? bukan nya kerja kontrak buruh binaan yang dok kat tengah panas tu. Kebanyakkan nya (keperluan ber tali leher) kerja dalam ofis, berhawa dingin.. so, apa masalah panas nya ?

3) LEHER BESAR
Ok. ini aku admit kebenaran nya. Kawan aku ada seorang yang lehernya besar - ala2 body builder gitu. Bila leher besar, butang atas sekali tak boleh nak di kancing kan. So, bila pakai tali leher akan kelihatan sangat kelakar la dan tidak kemas. Sebabnya, kolar bahagian atas tu mencapah semacam je. 

4) HENSEM
Bila pakai tali leher.. jadi terlebih hensem (perasan). Next.

5) TAK RETI IKAT
Ini mungkin betul. Cuma, tali leher kalau dah ikat sekali bukan ke tak payah nak ikat lagi dah. Dan, kalau tak reti nak ikat sekali pun, bukan ke boleh belajar atau minta tolong orang ikatkan. Lepas tu bila nak tanggalkan, jangan lah buka sampai terlucut ikatan nya. Kemudian boleh di 'sarung' balik. Tak susah kan ?

6) TAK MATCH BAJU
Tips - pakai je lah baju warna putih! Atau, kena lah pakai baju yang kaler nya lite2 sahaja supaya senang nak dipadankan dengan tali leher yang hendak dipakai. Kena plan sikit la. Jangan pula pakai baju hijau florosen dengan tali leher ORANGE. kecuali la kalau korang tu artis..

Personally, aku memang agak segan memakai tali leher kalau orang lain tak pakai. Sebab nya macam terlebih kuah daripada senduk. Bila gi meeting, GM pun tak pakai.. aku sorang2 je. Tak ke aku terlebih hensem ?

Sekian.

14 November 2010

MARI MENARI.. GENERASI GEMILANG

Ok. ini entry lanjutan daripada majlis semalam (entry ini) - Majlis Apresiasi dan Graduasi, Generasi Gemilang.

video

Nurin hana memegang kad 'J'.

Apa yang lebih aku bangga kan ialah..

Nurin hana di pilih sebagai "Pelajar ke-3 Terbaik 3 Yellow"! Dapat naik pentas dan dapat sebuah piala yang asyik di usungnya kehulu kehilir semenjak daripada itu.

TQ Nurin hana sebab buat Papa & Ibu rasa sangat2 bangga!! Especially aku lah.. sebab nama aku di sebut sekali bila nama Nurin hana di umumkan. Kembang sih!!


Anyway, aku enjoy the event semalam dan hopefully in future dapat melibatkan diri lagi..


nota : aku bersyukur kerana Allah mengurniakan aku anak dan dapat melihatnya membesar di depan mata aku.. ammmiinnn

13 November 2010

MAJLIS TARI MENARI.. YEY!

Aku akan ke majlis tari menari sat gi.. yey!

Haha.. actually bukannya majlis tari menari yang sebenar. Dan, bukan juga untuk aku tapi Nurin hana. Hari ni adalah hari graduation untuk school Nurin hana kepada yang berumur 6 tahun. So, school akan mengadakan satu majlis graduation di sebuah dewan.. err, ntah apa namanya tah.

Last year aku tak join this event memandangkan Nurin hana baru je 2 years old dan takde ambil bahagian dalam apa2 persembahan dan sebagainya.

So, this is a new experience for me and another step towards parenthood.. I guess

Oleh itu, aku harap Nurin hana akan dapat buat persembahan (berkumpulan) yang baik nanti dan of course aku akan rasa bangga!

You go Girl!

12 November 2010

FORCE RANKING PUNYA HAL..

Aku tak tau samada korang pernah dengar atau tidak perkataan "Force Ranking" yang digunakan dalam staff performance evaluation. "Force Ranking" ini adalah macam kuasa "Veto" yang digunakan oleh kuasa2 besar dalam PBB untuk membatalkan usul.

Dahsyat kan ? Power tak power nya kuasa yang di berikan untuk menentukan nasib dan performance seseorang. 

"Force Ranking" = Performance level seseorang staf itu di turunkan daripada level yang dia dapat hasil daripada kiraan markah yang di kumpul berdasarkan "KPI" yang telah di tetapkan. Normally, "Force Ranking" ni di gunakan untuk menolak performance level staf tersebut ke tangga bawah - "Under Perform"  - tanpa mengambil-kira pencapaian yang sebenar. Kiranya macam "Kambing Hitam" la (@ scapegoat) sekiranya tidak digunakan pada staff yang betul2 deserved to be labelled as "Under Perform"

Alkisah, seorang staff aku telah di "Force Ranking" untuk performance tahun lepas dan yang sedih nya.. none of us yang tahu pasal hal ini. Tau2 je staf aku tu dah dipanggil untuk di "Motivasi" kan dan di "paksa-rela" masuk ke dalam EPE Program - Employee Performance Enhancement.

Siap kena buat "Performance Monitoring" la.. set "KPI" la.. macam2 hal. Pagi tadi, aku di "summon" ke EPE Performance Review Session menghadap HR dan konco2nya. Apalagi.. di kesempatan tu aku bedal la cukup2 dengan kaedah system yang tidak "adil" ini. Dan, aku cadangkan untuk "Boss" yang menggunakan kuasa "Force Ranking" itu hendak lah explain kepada staff yang menjadi "mangsa" supaya "Boss" itu ambil tanggungjawab daripada akibat yang telah beliau putuskan. 

In other word, jangan baling batu sembunyi tangan. Sebab consequences nya amat lah dahsyat dimana staff tersebut akan mempunyai rekod buruk, tidak dapat pelarasan/kenaikan gaji dan tidak dapat bonus!
 
Dipendek kan cerita, semua dah settle dan by the word of the the "Industrial Relation" officer tu.. staf aku tu akan di "release" kan daripada program tersebut. Thank God!

Its a new experience untuk aku and a lesson to be learned.

TERENGGANU TETAP JUARA... UPSR

10 tahun berturut-turut! berita harian online

Would you believed it! You had better believed it - Yes, Terengganu menjadi Negeri terbaik UPSR selama 10 tahun berturut! HEBAT!

Apa rahsia mereka ?
Pagi tadi, aku dengar mhi yang di hoskan oleh fidtri dan abby fana dan macam biasa abby dengan jenaka spontan nya menjawab soalan fidtri..

fidtri : "Terengganu berjaya mengekalkan kejayaan 10 tahun berturut2, apa rahsia mereka ?"

abby : "Saya rasa sebab orang Terengganu banyak makan ikan agaknya. So, kalau nak anak kita cemerlang makan lah ikan banyak2"

seraya kedua2 mereka tergelak dengan jenaka pagi abby tu..

ikan = protein, well mungkin juga ada kebenaran nya ??

btw, aku nak komen sikit pasal result UPSR tahun ini. 48,327 murid mendapat SEMUA A!

Dan, apa yang menyedihkan ialah.. tempat untuk kemasukan ke asrama penuh cuma ada sekitar 7000 sahaja. Mana yang 41,000 lagi nak pergi ? Apa jadi pula dengan yang dapat 4A dan sebagainya ?

Seingat aku, masa aku ambil peperiksaan setaraf UPSR dulu.. hanya ada 7 orang sahaja satu Malaysia yang dapat semua A. (Peperiksaan Penilaian darjah 5 - Ye! memang aku dah tua). Siap gambar dan nama mereka boleh di cetak di dada akhbar dan semestinya ibu bapa diorang akan kembang semangkuk. So, boleh lah frame keratan akhbar tersebut.

Tapi, kalau dah 48,327 orang.. jangan kan nak cetak gambar, nak tulis nama satu2 pun belum tentu muat satu muka akhbar tersebut!

Dahsyat betul la sekarang ni. Sungguh berbeza dan sudah jauh rupanya taraf pemikiran serta keboleh-menjawab-peperiksaan murid2 sekarang berbanding zaman aku suatu masa dulu.

Anyway, aku bukan nak mempersoalkan kejayaan murid2 tu semua, cuma aku rasa sudah masanya standard pembelajaran hari ini di NAIK kan ke tahap lebih tinggi bagi memenuhi tahap pemikiran dan kebolehan murid2 sekarang selaras dengan peredaran zaman.

TAHNIAH! sekali lagi..


nota : anak ex-bos aku dapat 5A..

11 November 2010

SELAMAT HARI LAHIR... 'CIK MORI

11/11/1948 - tarikh lahir 'cik Mori. Kiranya hari ini genaplah umur 'cik Mori 62 tahun. Alhamdulillah, masih sihat walaupun ada penyakit diabetis - namun masih terkawal.

'cik Mori masa zaman kanak2nya melalui zaman2 yang sukar. Bapa 'cik Mori garang ya amat - panas baran. Duduk pula rumah setinggan. Masa remaja lagi bapa 'cik Mori dah meninggal dan arwah emak 'cik Mori ('cik Yah) yang membesarkan mereka adik beradik.

Adik beradik 'cik Mori ada 4 orang semuanya - 'cik Mori anak yang ketiga dimana yang lain2 semuanya lelaki. Jangan terkejut pula kalau aku katakan 'cik Mori bersekolah di convent bukit nanas - sekolah yang famous di tengah2 bandar KL tu. Sebab itu english 'cik Mori agak baik dan mampu berkomunikasi dengan baik.

'cik Mori masa zaman anak dara nya adalah seorang yang sangat cantik - ini serious, aku tak tipu. Kalau tengok gambar2 zaman muda 'cik Mori tentu ramai lelaki yang akan luruh jantungnya! Kalau nak dibandingkan dengan artis dulu2.. aku boleh contohkan dengan Zaiton (kekasih ajis dalam bujang lapuk) kalaupun tak Rose Yatimah - serious.

Muda2 lagi 'cik Mori dah bekerja memandangkan keadaan keluarga yang serba kekurangan dimana hanya bergantung kepada pendapatan 'cik Yah mengambil upah kerja dirumah orang dan dibantu oleh abang 'cik Mori, Long Seman yang kerja biasa2 saja.

'cik Mori berkahwin dalam usia 27 tahun dan setahun kemudian lahir lah aku - anak sulung dan cucu lelaki sulung dalam keluarga 'cik Yah.

Seingat aku, 'cik Mori pernah bekerja di sebuah hotel di KL sebagai pengemas bilik. Sehingga lah hotel tu tutup dan semua pekerja diberhentikan kerja (kemudian nya bertukar menjadi Concorde hotel). Demi membantu menambahkan pendapatan keluarga, 'cik Mori kemudian nya bekerja pula di sebuah kilang baju sebagai pemotong benang. Walaupun pendapatan nya tidak seberapa, masih lagi dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga.

Beberapa tahun bekerja, kilang tersebut akhirnya ditutup dan 'cik Mori menjadi suri rumah sepenuh masa. Pendapatan keluarga telah menjadi sedikit baik memandangkan telah ada 2 pintu rumah sewa yang menjana pendapatan bulanan.

Cabaran terbesar 'cik Mori ialah bila 'cik Yah jatuh sakit dan tidak dapat menguruskan diri sendiri dengan baik. 'cik Yah sebenarnya tinggal berasingan di rumah sendiri dan apabila 'cik Yah jatuh sakit, 'cik Mori telah membawa 'cik Yah ke rumahnya untuk di jaga memandangkan hanya 'cik Mori sahaja lah anak perempuan yang 'cik Yah ada.

Dekat tiga tahun 'cik Mori menjaga dan menguruskan 'cik Yah sehingga lah 'cik Yah meninggal dunia akibat penyakit diabetis nya yang semakin meruncing sehingga terpaksa di potong kaki separas buku lali (kemudian nya 'cik Yah meninggal selepas operation terakhir itu). Pada waktu itu aku masih belajar di sebuah pusat pengajian persediaan dan sedang menghadapi peperiksaan akhir - lebih kurang umur 21 tahun.

Banyak lagi cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuh 'cik Mori kemudian nya yang tak sanggup nak aku ceritakan. Terlalu banyak dan terlalu pedih. Namun bukan semua nya sedih2 belaka.. banyak juga waktu2 gembiranya..

Mungkin yang lebih menyedihkan.. aku tak pernah pun cakap..

"EMAK, ALONG SAYANGKAN EMAK! "

wah! sedih pulak aku..

Kata orang.. kasih ibu membawa ke syurga!

SELAMAT HARI LAHIR.. 'CIK MORI


nota : masa aku menaip entry ini, 'cik Mori ada kat depan aku..

10 November 2010

JOM GI NOREH

Rujukan : Kosmo! Online, 10 Nov 2010

"Getah naik harga, pekebun raih RM4,000 sebulan

KUALA LUMPUR - Harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara kelmarin membolehkan kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram itu menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu." kosmo! online


Alhamdulillah, inilah masanya untuk penoreh2 meraih sedikit habuan untuk simpanan dan buat beli kereta baru.. hehehe

Rata2 penoreh getah adalah golongan yang bekerja keras tetapi hasil nya tidak lah seberapa sangat dibandingkan dengan usaha gigih yang mereka curah kan.

Memandangkan harga getah tengah mencanak2 naik ni.. boleh la pulun mana yang patut supaya boleh merasa senang sikit dengan nilai pendapatan yang sedikit tinggi daripada biasa. Kebetulan pulak, tak lama lagi dah nak raya dan cuti sekolah. Siapa2 yang ada kebun getah boleh lah mula menebas semak samun dan ambil cuti sebulan untuk gi menoreh.. LUMAYAN!!

IKLAN FREE UNTUK McDONALD

Sausage McMuffin with Egg


image : flickr.com


Semenjak 2, 3 minggu kebelakangan ni aku asyik nak mentekedarah benda alah ini sahaja. Kebetulan pula tempat pertukaran train aku tu ada McD, macam ada satu tarikan magnet pula tempat tu dengan kaki aku ni. Asyik2 nak menghala ke sana padahal arah lrt adalah bertentangan.

Dulu2 aku tak berapa gemar kalau ke McD pagi2 sebab nya diorang tak ada jual BigMac faveret aku tu pagi2 - "Maaf encik, cuma ada breakfast sahaja".

Sausage McMuffin with Egg ni di serve kan dengan Bun, Chicken sausage & Telur bentuk bulat (macam stail benjo) dan Cheese - memang marvellous !

First time aku pekena Sausage McMuffin with Egg ni ialah di hentian Genting Sempah dalam perjalanan ke satu destinasi pantai timur. Selalu tu sifat tamak haloba aku ni akan order Big Breakfast yang ada sausage, scramble egg & hash brown tu.. tapi, pagi tu ada satu kelainan yang mempengaruhi aku untuk order Sausage McMuffin with Egg! (sebenarnya elemen yang mempengaruhi aku tu ialah duit dalam wallet yang tak berapa nak ada - Sausage McMuffin with Egg murah sikit daripada Big breakfast!)

Sejak daripada saat itu, aku akan order Sausage McMuffin with Egg kalau kebetulan aku 'terbreakfast' di McD.

Dan, pagi tadi pun aku dah pekena satu round lagi.. mungkin kalau tak kuat iman, esok pun aku akan menjadi mangsa Sausage McMuffin with Egg juga!

Aisey, taip cerita pun dah buat aku terliur! Harus aku ke McD lagi pagi esok!!


nota : memang berhantu la.. at least seminggu aku akan singgah dalam 3 kali breakfast. Apa yang diorang dah mandrem kan aku nih ?

09 November 2010

SESAT DI PARKING

Ini himpunan kisah aku sesat di parking..

Kisah #1

Lokasi : Hospital

Lepas gi melawat, aku pun bergegas ke parking untuk ambil kereta sebab ada destinasi lain yang aku nak gi. Stail parking di hospital ni bertingkat2 dinamakan dengan 1a, 1b, 2a, 2b bla bla bla.. tingkat yang atas (b) tu, tinggi sikit je daripada yang bawah (a) - separuh tingkat tingginya.

Aku naik lif ke 4a.

Tekan remote alarm.. "toot, toot", alarm kereta berbunyi. Tapi, ntah kat mana kereta aku tu. Aku tekan lagi.. "toot, toot", alarm bunyi lagi. Tapi, row yang aku tengok tu takde pulak kereta aku.

Aku tekan lagi.. baru aku perasan yang bunyinya sayup2 dan datang dari arah lain.

Laaa.. kat atas rupanya (4b). Cheh!


Kisah #2

Lokasi : One Utama

Lepas habis berjalan2 dan berwindow shopping di One Utama, aku pun gi la kat parking untuk ambil kereta yang aku parking masa datang tadi - naik lif.

P2.. "ting", seraya pintu lif terbuka. Aku melangkah keluar dengan penuh bergaya. Berbekalkan remote alarm kereta kat tangan, aku menuju ke arah tempat aku parking kereta tadi.

Aku tekan remote alarm - senyap!

Aku tekan lagi dan make sure lampu merah nya tu menyala - senyap!

Aku tekan lagi berulang2 kali - masih sama - SENYAP!

Arghhh sudah. Mana pulak la kereta aku ni ?

Rupa2nya, aku salah tingkat. Aku parking P3.. HAMPEH!!!


Kisah #3

Lokasi : IKEA

berdasarkan pengalaman2 yang lalu beberapa kali sesat di parking, aku kali ni ambil initiatif untuk mengambil gambar tiang aku parking - bertanda C3

Aku, cik puan kpp dan Nurin hana gi la bershopping sakan di IKEA.

Beberapa jam kemudian, selepas membayar semua harga barang2 yang di beli..

"OK. tunggu sini. Gi amik kereta jap", aku suruh cik puan kpp & Nurin hana tunggu di muka pintu keluar di kawasan parking.

"OK", pendek je jawab cik puan kpp

Aku pun bingkas ke kawasan parking. Berbekalkan gambar yang aku snap tadi, dengan penuh yakin aku menuju ke arah C3. Sampai2 je, aku tekan remote alarm - senyap!

"Eh, dah betul ni", aku ulang kali perati ke skrin henfon aku gambar C3 yang aku parking tadi.

Aku tekan lagi - SENYAP!

Satu2 parking lot tu aku tengok.. tak nampak pulak kelibat kereta hitam aku. Aku tekan lagi - SENYAP!

Wah, aku dah panik. Peluh jantan dah mula mencurah2 sambil macam2 andaian yang bermain di dalam fikiran aku. Kehulu kehilir aku mengulangi kawasan yang sama. Tekan lagi - SENYAP!

Ya Allah! takkan kereta hilang kot ?!

Aku tengok lagi nak make sure yang gambar tu ialah C3 - memang confirmed C3!

Aku panik! Aku patah balik ke arah cik puan kpp. Minta cik puan kpp tengok gambar tu sama2 untuk kepastian.

"Betul la C3", kata cik puan kpp. "Takkan takde pulak ?", cik puan kpp ke hairanan. Sedang aku belek2 gambar tu, tiba2..

"Laaaaaaa.. patut la. Ini kawasan MERAH! kita parking kat kawasan HIJAU! kat tingkat bawah", mengucap panjang aku dibuat nya.. careless!!!

Aku turun bawah dan sah memang kereta hitam aku tu ada dok tersergam di situ!

Huh?!

***

Berikut adalah tindakan2 yang boleh di ambil untuk mengelakkan masalah sesat di parking macam aku (himpunan nasihat daripada kawan2 aku)

1) Datang dan balik melalui jalan yang sama menggunakan lif yang sama

2) Sentiasa ingat tingkat parking dimana kita parking kereta. Pastikan samada P1, P2, P3 bla bla bla. Kemudiannya, label2 pada tiang atau lantai parking contohnya : A1,B2, C3 bla bla bla

3) Ambil gambar tiang yang berlabel di kawasan parking dan pastikan kita perhatikan perbezaan nya seperti warna tiang atau label. Tentulah ianya ada makna tersendiri

4) Pastikan alarm remote sentiasa berfungsi dan berkeadaan baik

Mudah2an.. aku tidak sesat lagi!

:-)

08 November 2010

MENANG.MENGANTUK.HAJI.HOSPITAL.OFIS

Ini cerita daripada 12 tengah malam tadi hingga 10:30 pagi ini..


MENANG


Malam tadi live LIVERPOOL vs CHELSEA. Game starts jam 11:50 malam. Aku gagahkan juga untuk menonton, walaupun pagi2 buta dirancangkan untuk ke kompleks tabung haji - in-laws nak gi haji.

Dua gol maknanya dua kali aku MENJERIT.. tapi, dalam hati je la sebab semua orang tengah tido. Tak sia2 aku berjeghir (berjeghir = bersengkang, berjaga malam) biji mata semata2 untuk nengok game live ini sebab LIVERPOOL menang 2 - 0 keatas peneraju liga BPL.

Yey!


MENGANTUK

Natijah daripada berjeghir mata untuk nengok bola live, aku mengantuk!

Game habis jam campur-tolak 1:50 pagi dicampur dengan mata aku terkebil2 nak pejam campur-tolak 30 minit.. sudahnya, aku hanya dapat tidur lebih kurang 1 jam setengah je sebelum di kejutkan oleh cik puan kpp untuk get ready menyertai rombongan ke kompleks tabung haji.. pada jam 4 pagi.

huarrgghhh..


HAJI

Janji bertolak jam 5 pagi, tapi banyak sangat cerita nya.. udahnya bertolak jam 6 pagi. Adoiyai.. buat letih je bangun dan mandi seawal jam 4:30 pagi!

Perjalanan ber kereta agak lancar almaklum saja pagi2 buta.. ayam pun belum berkokok lagi. Di campur pulak dengan tour keliling dunia dan masuk pelbagai tol. So, it is a smooth sailling.

Sampai kompleks tabung haji, kelana jaya dalam jam 7 pagi - seperti yang dirancangkan. Aku lepak2 je sementara menunggu in-laws gi register dan bersiap2 apa yang patut.

ramainya..


HOSPITAL

Aku tak tunggu sampai semua proses register dan check-in selesai di kompleks tabung haji kelana jaya sebab aku ada misi yang lain - bawa 'cik Mori ke hospital untuk follow up selepas operation tempohari.

Jam dah 7:45 pagi - JAMMED!

Sudahnya aku sampai kat rumah 'cik Mori jam 8:45 pagi - jauh tersasar daripada targetnya iaitu jam 8 pagi. 'cik Mori memang dah siap2 tunggu. Aku parking kat halaman rumah, terus 'cik Mori kunci pintu rumah. Perjalanan ke hospital dalam 10 minit je.

Bila sampai, aku drop kan 'cik Mori di dalam kawasan hospital. 'cik Mori gi sendirian je sebab aku ada misi yang seterusnya..


OFIS

Petang ahad aku dah email bos untuk masuk 'sedikit' lewat pada isnin..

"Bos, mohon masuk lewat sedikit hari isnin @ 08/11/2010 sebab menghantar in-laws nak ke MEKAH dan emak saya ke hospital untuk follow up check up operation tempohari. Mungkin jam 10:30 pagi baru sampai."

Gitu lah lebih kurang email aku semalam. Pendek je jawab nya,"OK".

Selepas hantar 'cik Mori ke hospital aku pun terus menuju ke ofis - naik lrt. So, as planned aku sampai jam 10:35 pagi kat ofis dan terus menaip entry ini dalam keadaan yang mengantuk dan ala2 tido2 ayam.

Sekian.

nota 1 : Liverpool menang, yey!
nota 2 : semoga dapat haji mabrur!
nota 3 : semoga check up tiada masalah dan cepat sembuh
mood : mengantuk giler!!!!

06 November 2010

POTONG RUMPUT

Lokasi : rumah aku

Sedang aku sekeluarga duduk ber senang- lenang di ruang tamu..

"Assalamu'alaikum..", bunyi slang 'bangla' bagi salam di depan pintu

Aku bingkas bangun sambil jawab salam.

"Potong rumput ?", kata mat bangla tu

Kebetulan rumput kat rumah aku memang dah panjang semenjak mesin rumput aku dipinjam dan tak dipulang2kan lagi oleh kawan aku lama dulu.. huh?!

"Berapa ?", aku tanya harga

"Ikut suka, abang", balas mat bangla

"Sepuluh, boleh ?", aku bagi harga aku. Ye la.. dah dia kata suka hati aku

"Naik sikit bang.. ada dua orang", mat bangla minta naik harga

Eh! tadi kata ikut suka hati aku ? Alih2 nak demand pulak!

"Lima belas. Depan belakang. Potong pendek sampai nampak tanah", aku bagi condition

"Naik sikit lagi bang.. dua puluh", mat bangla tu demand

"Kalau nak, lima belas.. kalau tak, tak payah lah", aku buat keras

Elok aku nak tutup pintu.. mat bangla tu pun geleng2kan kepala nya (orang keturunan ala2 india kalau geleng2 kepala tu tanda setuju).

"OK. Lima belas", aku setuju

Mat bangla tu pun potong rumput sampai siap depan belakang. Bila dah siap, aku pun bayar..

Cheh! kata ikut suka hati aku.. tepahaper!!

05 November 2010

DEMAM.. NAK ICE CREAM

Hari ni Nurin hana demam.. oh, tidak!

:-(

Demam nya mula daripada semalam masa di school. Macamana boleh demam aku pun tak pasti. Padahal, pagi tu aku hantar ok je sihat wal'afiyat.. emmm.. ini mesti kes ada parents yang hantar anak demam ke school dan kemudian nya menjangkit pada Nurin hana. Aku di fahamkan, ada 2, 3 budak lagi yang demam di school.

So, sebagai ibu mithali cik puan kpp balik awal semalam untuk ambil Nurin hana daripada school dan bawa pergi klinik.

Malam nya, badan Nurin hana masih panas. Cik puan kpp dah tidurkan dia di tingkat atas.

Bila aku balik, tukar shift dengan cik puan kpp sebab cik puan kpp nak kena masak.

Jam menunjukkan pukul 6:45pm

Tiba2 Nurin hana bangun dan berkata..

"Papa, Nurin hana nak ais krim. Nanti Nurin hana dah sihat, Papa belikan ais krim ye.."

huh?! ni mesti kerja cik puan kpp!


p/s : berhati2 berjanji dengan anak, sebab diorang akan ingat & tuntut kemudian.. selagi tak dapat!

04 November 2010

MISI.. BUKAN NURSE

MISI = MISSION

Mission statement : Untuk balik awal hari ini dan menaiki train sebelum jam 16:25pm

Benefit : Untuk menjimatkan wang saku sebanyak RM9.50 supaya boleh buat beli sarapan 2 kali next week - McD McMuffin with Egg + Coffee

Modus Operandi :

1) Menyusup secara senyap keluar daripada ofis se akan2 hendak pergi meeting pada jam 15:30pm bagi membolehkan aku sampai ke stesen train sebelum waktu yang di tetapkan di dalam mission statement di atas

2) Off handphone supaya tidak dapat dihubungi. Alasan typical,"Bateri kong!"

3) Sepanjang pagi ini sehingga waktu yang di tetapkan dalam modus operandi #1 aku akan keep low profile supaya kehadiran aku (dan kehilangan) nanti tidak di sedari. Apa yang penting, semasa datang pagi tadi aku sudah pastikan big boss nampak kehadiran aku di ofis (saksi alibi yang boleh dipercayai)

4) Adalah dijangkakan sekiranya aku naik train pada jadual jam 16:35pm, aku akan sampai ke destinasi kurang lebih jam 17:00pm. Setengah jam kemudian baru aku akan "ON" semula handphone untuk membaca semua missed call, sms atau email berkaitan. Dan, ambil tindakan.

5) Target sampai ke rumah jam 17:15pm (waktu tamat office hour sebenar = 17:30pm.. haha)

Geng subahat : Korang semua yang baca blog aku ini. Shhh.. ini RAHSIA, ok?

Fallback plan : Kembali semula ke ofis seandainya misi ini tiada lagi element "surprise" dan tersasar daripada waktu yang ditetapkan

OK. Ucapkan pada aku "SELAMAT BERJAYA.. MENG'ULAR'!"

tamat.

'PAUL' THE OCTOPUS.. KEMBALI

Paul sudah kembali ! berita lanjut

Dah jadi hantu ke apa si Paul ni ? Ada ke hantu sotong ? hahahahaha..

Sebenarnya, owner Paul telah menggantikan Paul dengan 'Paul' yang baru.

Hahahaha.. kalau dasar kaki judi tu.. ada2 je la! Tak kuasa aku..

Tokey judi jugak yang kaya..

UDANG, SOTONG & IKAN

Lokasi : Pasar Malam

"Beli lauk sikit untuk masak2 seminggu ni. Semua dah habis kat rumah", sms daripada cik puan kpp

"OK", pendek je jawapan aku

Kebetulan petang tu adalah jadual untuk pasar malam. So, balik daripada kerja aku terus ke pasar malam. Lokasi nya dah berubah sedikit ke padang sebelah satu lagi yang tanah nya tak rata dan berbatu kelikil. Tempat biasa dah penuh dengan khemah - ada function gamaknya.

Aku ke bahagian jual barang2 basah di sebelah hujung dan tepi sekali daripada deretan 'kedai2' pasar malam tu. Ambil bakul dan mula memilih2 ikan, udang & sotong ala2 gaya professional. Macam lah aku ni pandai sangat nak pilih.. cheh!

Apa yang aku tau, kalau pilih ikan pastikan.. (1) mata nya tak merah macam orang hisap dadah, (2) perutnya tak terburai macam kena bom bukit kepong, (3) insangnya merah macam saga. Kalau udang pulak.. (1) baunya tidak busuk, (2) kepalanya masih kental melekat dan otaknya tidak terburai.

So, dengan gaya professional ala2 chef wan.. aku pun pilih dan punggai (punggai = masukkan, puggah) dalam bakul yang di sediakan. Udang, sotong dan ikan kerisi (yang warna merah jambu tu.. entah betul ke idak namanya). Siap semuanya aku minta brader ikan tu siang mana yang patut. Lepas timbang dan bayar, aku tunggu.

2 minit..

Alih2 datang seorang brader muda kat sebelah aku..

"Ikan saya tadi mana ?", tanya brader muda tu pada brader ikan

"Ikan apa tadi ?", tanya brader ikan

"IKAN CENCARU DENGAN IKAN KEMBUNG", suaranya agak meninggi seolah2 macam tak puas hati yang brader ikan tu yang tak ingat dia beli ikan apa

"SAYA DAH BAYAR TADI", tonasi yang sama seperti tadi. Macam ada yang terbuku di hati yang nak diluahkan - rasa tak puas hati, kot?

Brader ikan tu pun cari2 kat belakang dan bungkus kan. Masa nak bungkus tu, brader ikan tu letak kat atas timbang..

"7.45", jumlah harga kat total di penimbang tu membawa makna RM7.45 sen

"Aiks ?", kata brader muda tu sambil jarinya menunding ke arah harga di penimbang tu seolah2 mempertikaikan harga yang dia dah bayar tadi

Melihatkan kelakuan brader muda tu, aku pun kata..

"Bang, ini ikan dah siang", aku explain pada brader muda sebagai maksud memanglah sudah ringan.

Brader muda tu toleh kat aku dan berkata.. "Oooo.."

Dia ambil ikan dan terus berlalu..

Aku senyum


pesanan penaja : sabar itu sebahagian daripada iman..