03 September 2010

HAVOC @ SOGO


SHOOOPPPIIIINNNNGGGGGGG !!!

Masa untuk ber shopping untuk hari raya. Cik puan kpp pilih untuk shopping di SOGO. Aku follow je sebab seperti biasa tugas aku ialah sebagai.. drebar cum baby sitter. Peruntukkan awal2 lagi dah disediakan untuk tujuan shopping sakan ini. Mostly, untuk Nurin hana.

Lebih kurang jam 12 tengahari kami sampai ke parking Sogo - mencari parking. Kereta banyak dan hampir setiap tingkat parking disitu PENUH! Daripada B1 sampai ke B3, berpusing2 mencari parking. Bersusun2 kereta yang seangkatan dengan aku - mencari2 parking.

Puas berpusing2, akhirnya selepas lebih kurang 30 minit kami dapat satu petak parking. Ada kereta yang nak keluar. Aku terus bagi signal dan tunggu kereta tu keluar. Bila dah clear, aku terus masuk. Lega. Dapat juga parking sudahnya.

"Terus ke tingkat kanak2 la", cik puan kpp bagi arahan.

"Ok", aku follow dari belakang sambil menolak stroller Nurin hana.

TINGKAT : PAKAIAN KANAK-KANAK

Wah! diskaun sehingga 70%! ramai betul orang. Masing2 tengah asyik memilih2 pakaian kanak2 dan ada yang menyarungkan terus ke badan anak masing2 untuk cari saiz yang sesuai. Lebih tinggi diskaun, lebih ramai orang yang mengerumuninya.



Aku dan Nurin hana tunggu dekat dengan tempat salin/cuba pakaian tak jauh daripada escalator yang kami naik tadi. Cik puan kpp pula dah melilau entah kemana pergi nya. Laju je 'menghilangkan' dirinya.

Aku perhatikan setiap family (terutamanya golongan ibu) memegang bakul sorang satu. Mostly, bakul tu penuh dengan pakaian yang sudah dipilih. Agak hingar-bingar juga la dengan macam2 ragam.

Sambil menunggu aku layan facebook dengan E72 aku. Aku update status :

"HAVOC @ SOGO. Beli belah raya... ramainya"

Sekejap lepas aku update status, kawan2 mula beri komen.. macam2 la komen nya.

Setengah jam kemudian, Nurin hana mula gelisah.

"Mana ibu ?"

"Ibu pergi cari baju Nurin Hana. Kita tunggu sini la..", aku explain

"Jom kita cari ibu. Jom la.."

Aku mengalah dan mula tolak stroller ke depan di celah2 orang ramai.

"Nurin hana tengok ye.. cari ibu. Nurin hana tengok sana, papa tengok sini. Nampak tak ?"

"Tak nampak la papa. Mana ibu... mana ibu.. ?", sambil menoleh ke kiri kanan mencari cik puan kpp.

Dua (2) round aku pusing dengan stroller & Nurin hana, tak jumpa juga.

"Kita pergi bilik mainan nak ?", aku berikan cadangan untuk mengalihkan perhatian nya

"Nak.. nak.."

Aku tolak stroller ke bilik mainan yang memang di sediakan khas oleh Sogo kat tingkat kanak2 tu. Dapat tempat duduk di satu sudut aku pun parking stroller.

"Dah.. gi main.."

Nurin hana pun pergi main. Malu2. Aku pulak badan sakit2 dan mata bukan main mengantuk lagi. Kalau ikutkan hati, nak je aku landing tido atas kerusi empuk berbentuk bench tu.. panjang di sepanjang dinding.

Aku sms cik puan kpp : "Dalam bilik mainan"

Setengah jam kemudian, Nurin hana boring main2 dan nak makan keropok mister potato nya yang dibeli on the way datang tadi. Lepas makan dan minum, dia mula ngantuk. Aku suruh baring dan tepuk2 badan nya. 5 minit kemudian, dia pun tido.

Setengah jam kemudiannya, cik puan kpp datang ke tempat kami.

"Dah lama tidur ?", merujuk kepada Nurin hana

"Lama", jawabku

Cik puan kpp pun gi sambung bershopping, tinggalkan aku jaga Nurin hana.

Sejam kemudian..

"Nak beli kasut Nurin hana la.. jom!"

Aduh.. aku dah la mengantuk, di ajak nya gi berjalan. "Jom la..", aku pun tolak stroller. Nurin hana masih tidur lagi.

Lepas pilih2 kasut, terus pergi bayar. RM500++. Mak aihh..

Kemudiannya, pergi beli beg pula.. puas jugak la aku berdiri menunggu. Letih.

Jam 330pm kami mula nak balik. Parking dah banyak kosong. Sangat berbeza dengan keadaan semasa kami datang tadi. On the way keluar, dalam parking lagi dah jammed. Aduhh..

Dekat setengah jam juga tersekat dalam jammed di parking lot. Hari hujan kat luar dan jalan utama semua jammed. Sebab tu jammed nya menjangkit sampai ke dalam parking lot Sogo.

Macam lazimnya, kalau hujan.. KL akan sangat jammed. Sabar saja lah.

Sudah nya, jam 530pm baru sampai rumah. Penat. Letih. Pening. Sakit badan. Semua ada. All-in-one. Lengkap.

Terus aku landing tido atas sofa..


p/s : shopping2.. aku punya baju takde beli pun.. huhuhuhu

2 ulasan:

Ahkak Geli berkata...

ahkak pegi sogo tu ari, ngan laki ahkak pastu ngan baby ahkak yang 9 bulan tu..sesampai je sogo kol 10, terus terjah ke pakaian baby. ahkak suruh laki ahkak lepak kat satu sudut ngan baby, ahkak pegi merayau cari baju...lepas sebeban baju ahkak sangkut kat bahu, ahkak pun bawak pegi ke laki ahkak..kat situ la baru pilih mana bebetol nak..

tak bawak bakul pun..leceh..sangkut je kat bahu

Pala Maldini berkata...

Huiihh.. tak roboh bahu ke ?

Dah nasib seorang suami.. kena dok kat sudut dan jadi baby sitter bila gi shopping..

:-)