01 September 2010

WORKSHOP & PERKARA AJAIB !

Sabtu, 28/08/2010

Sudah beberapa minggu tertangguh untuk repair kereta hitam yang ada masalah tak boleh buka hood depan (enjin). Sebabnya, kabel untuk buka hood tu putus ! Aku masih misteri lagi macamana kabel besi tu boleh putus. Tapi, seingat2 aku masa awal2 beli dulu pun memang kabel tu dah putus sebahagian daripadanya. Aku ingatkan benda tu normal, rupa2nya memang abnormal!

menunggu giliran @ pusat servis selayang

So, aku buat appointment dengan pusat servis di selayang untuk repair masalah tersebut. Susah juga kalau ada problem dan tak boleh bukan hood enjin. Bukannya aku pandai sangat nak repair, tapi kalau takat nak tambah air/coolant dan tambah air bateri tu memang aku expert la. Dua2 ni sangat penting walaupun nampak remeh dan mudah kerja nya. Sebab, kalau tak de air/coolant enjin boleh overheat. aku pernah buat entry ni dulu. klik sini. Dan, kalau bateri kong pulak.. melayang lah RM300 untuk bateri jenis DIN55. Huiihh.. nak raya ni. Banyak gunanya RM300 tu !

Pagi2 lagi aku, cik puan kpp & nurin hana dah terpacak kat depan pusat servis tu. Walaupun dah buat appointment, tapi nombor giliran di berikan berdasarkan first come first served. Ada la dalam 15 kot yang sedang menunggu.

"Biar saya pergi catatkan nombor mileage dulu ye", kata cik puan pusat servis tu

"OK", aku bagi kunci dan duduk depan kaunter

2 minit kemudian..

"Sekarang dah 56,000km. Last servis 49,000km. So, encik nak buat servis untuk 60,000km ke ?", soal cik puan pusat servis tu

"Eh, bukan. Saya ada call hari tu untuk appointment repair kabel hood enjin yang putus. Bukan nak buat servis", aku terangkan tujuan aku yang sebenar

"Ooo.. ok. Itu je ?"

"Err.. tolong check juga lampu indicator untuk handbrake & bateri. Kadang2 bila tengah bawa kereta, lampu indicator tu menyala la", aku tambah penerangan

"OK"

Aku beredar dan cari spot untuk melepak. Tempat menunggu dah penuh dengan orang.

1 jam kemudian.

"Encik, mekanik Faiz nak jumpa dengan encik. Kat belakang (workshop) ye. Sila ikut sini", kata cik puan pusat servis tu.

aku pun follow.

"Faiz!", jerit cik puan pusat servis

Nampak seorang mekanik melambai ke arah kami. Aku pun pergi ke arah dia.

"Bang, yang kabel hood tu kena ganti. Tapi, pasal lampu indicator tu suspek attenuator problem"

"Hah?! macamana attenuator pulak boleh problem ?", aku tanya

"Tengok ye. Bila saya cabut bateri, enjin terus mati. Sepatutnya tak mati. Ini memang attenuator dah kong"

Aduh! pening.. pening! bertambah2 pulak problem nya.

"Berapa kalau tukar ?", aku tanya lagi

"Attenuator mahal. Kalau kat sini RM1300. Itu baru barang, belum campur upah lagi"

Terkejut beruk aku dengar harganya. Emm.. kalau tak buat, takkan problem boleh hilang pulak, kan ?

"Kalau abang nak, saya ada kawan. Dengan dia barang boleh dapat dalam RM800-900 je. Saya cuba call dulu"

"Ok, nanti tolong bagitau", aku pun beredar dari situ

***

"Aduh.. attenuator pulak problem", aku bagitau cik puan kpp

"Apa benda tu ?"

"Macam benda untuk charge bateri rasanya. Mekanik kata kalau tak tukar, bila bateri habis charge.. enjin mati. 1300 pulak tuh", aku explain

"Tukar je la.. nak buat camana lagi", cik puan kpp pasrah

Setengah jam kemudian mekanik Faiz datang jumpa kami.

"Ok bang. Barang ada. Barang RM850 + upah saya ambil RM50. Semuanya RM900 la"

"Boleh la. Buat kat sini ke ? berapa lama ?", aku berikan persetujuan sambil bertanya

"A'ah buat kat sini. Lama sikit la. Tapi, sebelum tengahari"

"Ok la", aku setuju

***

Naik lenguh dan sampai tetidur2 menunggu kereta di repair. Dalam 1pm baru lah siap. Aku pun gi ke kaunter untuk bayar. CASH. Di top-up dengan sedikit voucher (RM60) yang aku dapat masa servis beberapa bulan lepas.

Jumlah bersih = RM1025.00 TUNAI !

Lari budget raya aku !

***

Kisah perkara 'Ajaib' :

Semasa menunggu kereta di repair tu, dengan tahap kebosanan yang melampau sebab orang lain semua dah 'konker' tempat menunggu dengan semua surat khabar yang ada.. cik puan kpp telah mengambil langkah drastik. Iaitu dengan membaca sisipan..

STAR BIZ WEEK !



Wah, kagum kejap aku. Tak penah seumur usia perkahwinan kami ni, cik puan kpp dengan 'kusyuk'nya membaca bahan bacaan selain majalah hiburan. Dan, ini satu perkara yang sangat ajaib sebab cik puan kpp dah beralih daripada majalah hiburan ke bahan bacaan berunsur BUSINESS !!

Kagum.. kagum.. Ajaib.. ajaib

Hehehe.. bila dah terdesak, semua orang mampu 'berubah'.. hahahahah (gelak orang jahat)



p/s : ingatkan boleh ada duit extra raya ni hasil jimat cermat melampau gaji bulan lepas.. cheh! takde makna nya.. huhuhuhu

Tiada ulasan: