04 Ogos 2010

FAREWELL - HOTEL SINGGAHSANA



Majlis Perpisahan Mr Oon..

Jumaat, 30 Julai 2010



Mr Oon adalah bekas Big Bos aku dulu2 masa aku mula2 join kampeni GLC ni. Beliau ni orangnya simple dan very humble. Dia mula daripada bawah (non-execs) untuk naik setiap tahap anak tangga di kampeni GLC ni untuk sampai ke tahap beliau yang terakhir sebelum bersara, seorang GM. Walaupun, aku secara personal tidak lah rapat sangat dengan beliau tapi aku really appreciate semangat dia untuk terus maju dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang yang di ceburi.


Majlis di Hotel Singgahsana, PJ

So, mengenangkan jasanya tu.. beberapa orang lama division lama kitorang telah arrange satu majlis perpisahan (dan perjumpaan) untuk Mr Oon dan bekas2 orang2 kuat division lama kami yang diadakan di Hotel Singgahsana, PJ

Memandangkan aku ni gi kerja naik LRT, terpaksalah aku tumpang naik kereta salah seorang execs yang nak pegi sama. Itupun, jumpa dalam lif je. Kalau idak, harus aku kena gi sendiri naik LRT.

Kami bertolak jam 5:30pm dengan harapan untuk sempai sebelum aturcara majlis bermula jam 6:15pm. Tapi, jalan jammed teruk gila. Almaklum saja hari jumaat. Jammednya tu agak kritikal la. Very rarely moving!

Sudahnya, kami sampai jam 7pm.

Sampai2, terus makan. Majlis belum officially starts sebab masih ramai lagi yang belum sampai termasuk lah tukang baca doa. Mungkin semua jadi mangsa jammed. Aku dah lapar, tak de tunggu2 lagi aku terus bedal apa yang ada kat meja buffet tu. Lepas sepinggan, sepinggan lagi, dan lagi dan lagi. Daripada nasi berlauk, ke roti jala ke murtabak mini ke sup mushroom yang sangat lazat di cicah dengan roti. Tak berhenti. Lapar. Kebulur.

Menunya : Nasi putih, ayam goreng rempah, sayur, roti jala, kari, murtabak mini, roti, sup mushroom yang lazat, puding, buah2an potong, koktail, abc, air sirap+oren dan bubur. Lupa pulak nak ambil gambarnya.

Lepas sembahyang Maghrib, majlis dimulakan secara rasminya dan doa dibacakan (bukan doa makan ye..). Selesai doa, disusuli dengan ucapan2 daripada empunya diri yang diraikan dan juga ex-ex division lama yang dah VSS, bersara dan sebagainya.

Aku ? bukan nak dengar sangat pun. Mulut aku asyik terkumat kamit jer menguyah makanan tak sudah2. Bayar, bukannya free. Sambil2 tu berborak2 dengan ex-bos aku dan ex-colleague aku pasal macam2.

Semua orang nampak happy malam tu sebab dapat jumpa dan berkumpul dengan kawan2 lama yang sememangnya lama tak jumpa. Aku tumpang happy sekali, walaupun pada hakikatnya aku lah batch paling junior yang join majlis malam tu.


Snap shot antara yang hadir. Mr Oon tak nampak la pulak.. terselindung

Dalam banyak2 ucapan tu, aku sempat pick up beberapa nasihat dan panduan yang diorang berikan :

1) Lepas bersara (atau VSS atau berhenti kerja), kena fikirkan untuk buat sesuatu kerja yang berfaedah. Contohnya, berniaga atau join sosial voluntary work dengan tujuan untuk mengisi masa2 yang terluang supaya tidak jadi bosan ya amat.

2) Kalau ada banyak duit, laburlah dalam bidang hartanah. Kalau kena caranya, sangat bagus dan menguntungkan. "Jangan beli Toyota Estima", nasihat yang diberikan kepada Zakee.

3) Walaupun kita bos, kita kena lah hands-on dan make sure yang kita tau untuk buat sesuatu kerja tu. Ini supaya staff lebih respect dan boleh jadikan kita sebagai panduan untuk masalah yang mereka hadapi.

4) Kalau kita mengusahakan sesuatu kerja, contohnya bisnes, hendaklah buat bersungguh2 dan tidak boleh mudah putus asa. Walaupun Allah janjikan 9/10 kekayaan dunia dalam bidang busnes, tapi ramai yang gagal dan putus asa bila menghadapi rintangan.

Itu lah antara yang aku sempat pick up (sambil mulut aku mengunyah) sepanjang majlis tersebut.

Aku harap Mr Oon berbahagia dan enjoy masa2 persaraan beliau..

My countdown to retirement.. 20 years to go.. wah, panjang lagi masa aku rupanya..

1 ulasan:

ibunurin berkata...

heh..heh...lama lagi nak pencen tu...