18 Ogos 2010

PERBUALAN NURIN HANA & PAPA

Satu petang di minggu pertama bulan puasa aku ditugaskan oleh cik puan kpp untuk gi ambil anak kat taska. So, on the way balik aku singgah kat taska dan ambil anak aku, Nurin Hana. Masa dalam kereta, aku pun tanya..

"Puasa tak ?", aku tanya anak aku.

"Puasa.. ", katanya

"Tadi makan apa kat school ?", aku tanya lagi

"Makan bihun, makan biskut..", jawabnya. Aku senyum

Mana la budak kecil 3 tahun ni tau apa erti puasa, ye tak ? Lepas pada tu aku tanya lagi..

"Belajar apa tadi kat school ?"

"Alif, ba, ta..", jawabnya.

"A B C tak de belajar ?", aku tanya lagi

"Tak. Hari ni cikgu ajar alif, ba, ta je..", jawabnya dengan sedikit penerangan

"Cuba baca Papa nak dengar..", sambil aku belok ke kanan menuju hala keluar dari simpang taska ke jalan besar. Laju je dia baca alif, ba, ta.. sampai ya.. ber irama.

"Tadi, Nurin Hana nampak Iwan (kawan taska dia)", tiba-tiba anak aku bagitau

"Ye ke ? kat mana ?", aku tanya

"Dekat school la.. emak dia datang. Iwan ada abang..", dia explain. Aku dengar je.

"Nurin Hana tak ada abang. Nurin Hana sorang2 je", katanya lagi. Aku dengar je.

"Nurin Hana ada Papa, ada Ibu, ada Nurin Hana je. Tiga orang je", sambil di gerakkan jarinya mengira satu sampai tiga.

"Nurin Hana sayang Ibu.. sayang Papa", sambungnya lagi.

Aku senyum. Terharu.

"InsyaAllah nanti ada rezeki lagi", terdetik di hati aku.