Roti jala paling sedap kalau dimakan dengan kari yang pekat. Tak kira lah kari ayam atau kari daging atau kari apa sekalipun. Walaumanapun, memang susah kalau kita nak cari kedai makan yang jual roti jala. Kedai mamak jauh sekali. Kopitiam pun takde. Mana nak cari ?
Aku biasa makan roti jala di Pak Yob Nasi Campur yang terletak di deretan kedai Menara TM, Bangsar. Roti jala cuma jual untuk sesi minum petang sahaja. Normally starts dari pukul 3pm ke atas sehingga pukul 5pm. Nama roti jala ni mungkin sempena rupa roti jala tu yang berlubang2 macam jala. Dan, selalunya roti jala berwarna kuning.
Aku ingat lagi, dulu masa time student2 dulu aku pernah buat roti jala untuk open house rumah sewa kami. Aku tukang 'tebar' jala je. Mastermind nya adalah kawan serumah aku - En Taufik. Untuk memastikan 'jala'nya cantik bukan mudah. Perlu gunakan peralatan yang betul. Biasanya ada jual di kedai2. Kena cari sikit la. Contohnya seperti gambar :
Ramuan untuk roti jala seingat aku berdasarkan pengalaman buat dulu adalah tepung gandum, telur, sedikit garam, serbuk kunyit (untuk warna) dan air. Semua bahan digaul sebati (sukatan aku tak ingat) macam nak buat cekodok tapi cair sedikit la. Bila bancuhan dah siap, gunakan alat roti jala diatas untuk tebar atas kuali. Sebaik2nya, frying pan yang rata. Senang.
Terpulang kepada creativity masing2 nak buat gulung atau lipat segitiga. Rasanya sama je, cuma dari segi penampilan je berbeza.
Mungkin roti jala ni dah patut di kategori kan sebagai 'endangered food' sebab semakin hari semakin sukar nak jumpa. Dan, mungkin juga ramai cik adik, cik adik manis masa kini yang tak tau pun macamana nak buat. Kalau cup cake atau spaghetti memang diorang expert la.
Anyway, kalau rasa2 nak mencuba.. gi je la ke Pak Yob Nasi Campur di Menara TM, Bangsar
Aisey, terliur pulak aku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan