02 Ogos 2010

KEROPOK LOSONG

Last week Bos aku yang baik hati dan terlebih rajin tu balik kampung dan belikan keropok losong Terengganu yang aku dan kawan2 pesan. TQ Bos..

Aku memang suka keropok losong yang datang daripada Kampung Losong Terengganu ni sebab terasa benar ikan nya. Bukan macam 'keropok losong' yang aku dok beli kat pasar malam yang lebih angin daripada ikan. Masa goreng bukan main nampak gemuk nya, bila makan.. angin je yang lebih. Dah tu rasa tepung lebih daripada rasa ikan.. keropok losong ape ke bende namanya tu? Itu namanya keropok angin!

Dua buntil aku punya = RM10. Semuanya ada dalam err.. RM10 bahagi RM0.20 se = 50 puluh 'batang' keropok losong. Cukup lah untuk stok seminggu.



Keropok Losong (di goreng)


Keropok losong :


Secara dasarnya, keropok losong mengandungi ikan (dihancurkan), tepung sagu, garam secukup rasa. Campuran tadi di gaul sehingga mesra dan dibentukkan dalam bentuk selinder panjang sejengkal sebelum digoreng atau direbus. Keropok losong boleh dimakan begitu sahaja (rebus atau goreng) atau di cicah dengan sos cili.

Keropok losong yang paling famous adalah keropok losong Kak Yah di Kampung Losong, Kuala Terengganu. Cara nak pergi ke kedai Kak Yah ni, google sendiri la. Bersepah map nya dalam internet.

Di Kampung Losong kawasan yang banyak menjual keropok losong tu, kedai Kak Yah di hujung sekali dekat 'selekoh maut'. Bersambung dengan kedai Kak Yah adalah sebuah banglo yang besar (rumah tokey kedai). Itu lah landmark nya. Rumah2 lain tak lah se-sergam rumah tokey kedai Kak Yah tu. Kalau beli kat kedai Kak Yah, memang kena sabar banyak. Sebab orang ramai beli kat situ dan berbuntil2 pulak tu. Kalau takat nak beli 5 ringgit tu buat penat beratur je la jawabnya. Selain losong, ada juga keropok2 kering lain dan daripada macam2 jenis ikan atau udang. Pilih & bayar je.

Selain Kak Yah, satu lagi pilihan aku ialah keropok losong Kedai Kita. Signboardnya warna kuning dan agak besar tertulis "Kedai Kita". Kalau jalan pelahan2 sure tak miss.

Tapi, awas! bukan semua kedai yang menjual losong kat situ sedap. Aku pernah terkena keropok losong yang masin ya amat! cuma aku tak ingatlah kedai nya nama apa. Kalau ingat, sure aku highly recommend to avoid..

***

Balik rumah, aku terus basuh2 keropok losong yang aku bawa balik dan simpan sebahagian besar dalam fridge (tempat beku). Aku panas kan kuali dan terus masak dalam 12 batang (macam gambar diatas). Wife aku dah makan nasi Grill Chicken Saba'. So, dia dah kenyang. Anak aku pulak, sibuk nengok ultraman. Sudahnya, aku melantak sorang2 je keropok losong tu. Kenyang. Puashati.

Malam ni.. nak melantak lagi!

Nyum! Nyum!

Tiada ulasan: