05 Ogos 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

Majlis perkahwinan anak2 Big Bos aku..


Majlis kahwin @ Dewan Ampang Hilir


Last weekend, sempat aku gi ke majlis perkahwinan anak Big Bos aku di Ampang Hilir. Ada sebuah dewan serbaguna di kawasan tasik situ yang di jadikan lokasi kenduri. Untuk rekod, Ampang Hilir ni adalah kawasan orang2 kaya ye..

Aku pegi sorang je, sebab wife aku tak nak ikut. So, automaticallay anak aku pun kena tinggal la. Kiranya aku gi 'bujang' je - naik kereta merah aku. Basically, aku dah tau la lebih2 kurang area tu tapi tak berapa pasti sangat lokasi dewan tersebut.

Bertolak jam 11am, aku singgah Carrefour dulu beli hadiah. Macamana ni ? Pengantin nya ada dua. Takkan nak beli dan balut dua hadiah bersaingan ? Nampak macam melampau la pulak aksi mem-bodek aku nanti. Emm.. udahnya, aku decide beli dua hadiah yang sama - serving bowl - dan bungkus sekali buat jadi satu. Pandai2 la pengantin nanti nak buat macamana.

Labih kurang jam 12:45pm aku sampai. Parking dah penuh. Abang Rela tu suruh parking tepi jalan je. Memandangkan jalan tu bukan lah jalan utama i.e: tak banyak kereta lalu, so tak de masalah la. Aku pun parking suka hati aku je.

Masuk dewan aku cari2 juga kelibat kawan2 se ofis yang aku kenal. Misi aku yang pertama sekali mesti lah gi jumpa dengan Big Bos untuk menunjuk muka dan sekaligus declare yang aku hadir.. hehe.. politik sikit beb. Lepas jumpa dengan Big Bos (memperkenalkan diri sambil senyum2 bodek sikit) dan salam dengan husband Big Bos serta bagi hadiah, aku terus ke 'warung' nasi orang kahwin.

Konsep nya, di buat macam 'warung'2 yang terbahagi kepada 3 bahagian. Dua bahagian untuk main course iaitu semua lauk pauk orang kahwin, Satu bahagian untuk dessert area.

Macam2 lauk ada. Antaranya :

Main course station : Nasi minyak, nasi putih, ayam goreng rempah, daging lembu rendang, kambing masak kari (macam kari.. aku tak sure), daging lembu masak kicap, dalca, acar buah, salad, pecal, beberapa jenis sayur lagi dan buah2an potong (tembikai, oren). Airnya - oren+sirap

Dessert station : Cendol, bubur kacang hijau durian, kueh koci, tapai pulut, tapai ubi & bingke (kueh kemboja). Air nya - kopi O, teh tarik dan nescafe tarik (kalau tak salah aku)

Sayang nya, aku terlupa la pulak nak ambil gambar makanan2 yang mengiurkan tu. Semua nya masuk dalam perut aku je, takde yang terkecuali!

Masakannya sedap2 belaka. Aku suka ayam goreng rempah dan kambing masak kari nya. Sedap dan lembut. Ber'bukit' juga la pinggan aku tu. Maklumla, aku kan datang sorang2. Apa lagi yang boleh dibuat selain daripada focus pada makanan yang melambak kat dalam pinggan aku tu.

Tepat jam 1:00pm, pengantin mula berarak di iringi oleh paluan kompang. Main kompang dalam dewan best la sebab bergema semacam je. Diorang pukul kat belakang dewan, sampai keluar dewan pun boleh enjoy bunyi kompang nya.

Pengantin berarak di iringi juga oleh budak2 kecil yang yang dok tabur2 bunga rampai kat sepanjang laluan karpet merah pengantin. Pengantin pertama, tema baju nya Peach. Anak Big Bos aku yang perempuan, suaminya mat saleh. Aku di fahamkan asal dari Florida. Pengantin kedua, tema baju nya Kelabu. Anak big Bos aku yang lelaki. Sempat la aku snap satu gambar yang agak blur macam kat bawah ni :


Pengantin berarak


Pengantin berarak sampai ke atas pentas yang ada dua pelamin. Pengantin duduk dan MC of the day mula membuka bicara.

Misi aku yang kedua - jumpa dengan immediate Bos aku. Tujuannya sama - Bodek dan declared yang aku datang majlis tersebut. Kot2 hujung tahun boleh dapat markah extra.. hahaha. Aku dok sembang2 dengan immediate Bos aku. Sambil tu, aku bedal lagi cendol dan air sirap+oren.

Pukul 1:30pm aku dah nak gerak balik. Nak gi jumpa semula dengan Big Bos aku. Bodek 2nd round. Tiba2, aku terserempak dengan bapa mentua aku kat situ. Rupa2nya, bapa mentua aku kenal dengan husband Big Bos aku (lupa nak bagitau, Big Bos aku tu pompuan ye..). So, tak jadi la aku balik, dok lepak dengan family mentua aku pula.

Pukul 2pm, baru lah bergerak untuk balik. Salam2 lebih kurang dengan bos2 yang ada kat situ (sama juga tujuan nya - bodek), dan aku terus berlalu. Hari panas!

Aku starts enjin dan terus berlalu dari dewan tu. On the way tu, aku toleh ke belakang..

Yes! Mission accomplished!

Harap2 hujung tahun ni dapat markah lebih la.. hahaha (gelak orang jahat)

p/s: sebenarnya bukan la nak bodek, aku nak meraikan dan memeriahkan majlis.. Alhamdulillah, semoga kekal hingga ke akhir hayat.. Ammiinn..

1 ulasan:

mastura rosni berkata...

ishh..ishh...makan tak hengat dunia....