07 Ogos 2010

SPARTACUS - BLOOD AND SAND


Kegilaan baru aku pada mini series - Spartacus : Blood and Sand

Cerita zaman Empayar Rome dan Gladiator ni mula di tayangkan kat Astro beberapa minggu yang lalu. Aku tak ingat the exact date sebab aku sendiri pun tengok bila dah dua tiga episod berlalu. Sebelum ni, memang aku dok tunggu2 juga siaran nya tapi tak perasan bila sebab aku tak closely follow jadual nya di Astro.

Anyway, I am on it now. Malangnya, mini series ni disiarkan pada waktu tengah malam. Jadual nya yang sebenar adalah pada Sabtu @ 11pm (satu episod) dan Ahad 12am (satu episod) di Astro 412. Makanya, mahu tak mahu terpaksa lah aku bersengkang mata untuk tengok.

Baca sinopsisnya di wikipedia & IMDb

Aku memang sangat minat dengan filem2 zaman 'Period' ni terutamanya yang berperang melibatkan pedang, perisai, kuda, balistik dan sebagainya. Pulak tu, pahlawan2 nya gagah2 belaka - mesti 6 packs dan selalunya guna kan baju perisai sebagai protection. Yang paling cool ialah kalau ada pakai helmet yang macam2 bentuk tu. I like. Cool.

Perkara lain yang bestnya dengan cerita2 zaman 'Period' ni selalunya pelakon2 nya jarang menggunakan pelakon yang sangat terkenal dan stereotype cara lakonannya. Tapi, lebih kepada pelakon2 baru yang tak pernah dengar dan kemudiannya akan 'meletup' setelah membawakan watak2 nya dengan berkesan. Tapi, ada juga pelakon terkenal yang aku suka berlakon watak hero zaman 'Period' ni. Contohnya macam my favourite hollywood hero Brad Pitt dalam Troy - sangat cool. Dan, Mel Gibson dalam Braveheart yang sangat courageous dan inspiring.

Enough said.

Mulai daripada beberapa minggu lepas dan beberapa minggu mendatang ni, aku nampaknya akan 'tido' depan tv la untuk mini series Spartacus - Blood and Sands ni.

Tak kisah la.. memang berbaloi..

1 ulasan:

kekunangliar berkata...

bro..ade x link fre cte ni smpai abs