31 Ogos 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


"Tanggal tiga puluh satu.. Bulan lapan.. Lima puluh tujuh.. MERDEKA, MERDEKA.. tetaplah MERDEKA.. ia pasti menjadi sejarah"

Begitulah bait2 lagu nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad ditujukan khas untuk hari merdeka.

Apa pengertian MERDEKA ?

"Err.. bebas dari penjajah"

Siapakah penjajah itu ?

"Err.. Inggeris ?"

Jawapan typical yang biasa kita dengar. Tak kisah lah.. yang penting kita BEBAS lakukan apa saja selagi ianya masih di dalam batasan undang2.

Sambutan hari kemerdekaan ini, mengimbaukan aku masa zaman 'muda2' dulu. Ada dua event yang betul2 melekat kat memori aku.

1994 - Dataran Merdeka/Metrojaya Sinar Kota, Kuala Lumpur

Aku sebenarnya tak pernah menyertai apa2 sambutan kemerdekaan detik 12 malam di mana2 pun kecuali di depan tv sambil melihat letusan bunga api yang meriah. Malam tu, aku beriya2 dengan beberapa orang kawan2 se hostel pergi ke Dataran Merdeka untuk menyertai sambutan detik 12 malam tu. Best sangat agaknya.

Ada beberapa persembahan artis di pentas utama. Ramai sangat orang. Aku tengok dari sayup2 je. Bila tiba detik 12 malam..

"10.. 9.. 8.. 7.. 6.. 5.. 4.. 3.. 2.. 1.. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!"

Semangat berkobar2 aku berteriak bersama2 lautan orang yang ada di dataran pada malam tu. Kawan2 aku pun sama. Lepas bersorak semua bertepuk tangan..

Lepas tu ? What's next ? Aku tertanya2.

Setengah jam kemudian, ramai orang mula beredar.. dataran pun dah dipenuhi dengan sampah2 sarap. Pentas utama pun dah dikosongkan. DBKL memulakan kerja mengemas.

"Wey, nak gi mana ni ?", aku tanya kat kawan2 aku

"Takkan nak balik pulak ?", seorang daripada kawan2 aku jawab dengan pertanyaan juga

"Lepak Bangkok Bank la", seorang lagi berikan cadangan

"Jom"

Lama kitorang melepak kat bus stop Bangkok Bank sambil borak2. Boring dan lapar. Nak balik, bas dah takde. Masing2 mula nak mencari tempat untuk 'landing' (tido).

"Jom gi Puduraya la. Boleh tido atas bangku kat sana", seorang kawan aku bagi idea.

"Jom"

Sampai2 bangku semua dah penuh. Lepak dekat tepi tangga. Tengah lepak2 nak 'landing' kat Puduraya, tiba-tiba kena halau dengan guard.

"Dik, tak boleh tido sini. Pergi balik la..", kata guard tu

"Bukan buat ap pun bang, tido je", jawab seorang kawan aku

"Tak boleh. Nak tido pergi balik rumah la..", tegas gurad tu

"Aisey.. jom blah.."

Sudahnya, kami semua end up 'landing' (tido) kat depan Metrojaya Sinar Kota. Bergelimpangan macam komunis kena tembak... sampai pagi.

moral of the story : Kerja tak berfaedah. Kalau tido kat hostel kan lebih best. Ada katil dan tilam empuk!

***

2003 - KLCC, Kuala Lumpur

Aku dengan cik puan kpp pergi ke KLCC untuk menyertai sambutan hari kemerdekaan masa tu. Ada artis2 buat persembahan di taman KLCC tu. Siap buat stage kat kawasan berhampiran air pancut KLCC.

Sampai2 je orang dah agak ramai. Aku dan cik puan kpp pun cari lah tempat duduk di tembok2 duduk kat tepi KLCC tu.

"Gi beli air kejap la. Haus la pulak", aku cakap pada cik puan kpp

"OK. Saya tunggu sini", cik puan kpp malas nak follow aku dalam crowd yang ramai tu

"OK"

Kat dalam KLCC lagi la havoc. Crowded gila. Nak berjalan pun susah. Escalator yang menuju ke tingkat bawah dah jammed. Tak bergerak. Pak guard KLCC bertungkus lumus mengawal crowd yang ramai tu.

"Mak aihh.. ramainya orang!" detik aku dalam hati

Setelah bertungkus lumus mengharungi crowd yang ramai tu, dapat juga lah aku beli air dalam tin & botol. Satu bala lagi nak pergi ke tempat cik puan kpp.

Aku redah crowd lagi. Kali ni lagi teruk sebab semakin ramai orang. Kalau tak kena gaya boleh lemas. Macam2 bau! Sampai je kat tempat cik puan kpp duduk, aku terus duduk dan menghela nafas panjang tanda lega.

"10.. 9.. 8.. 7.. 6.. 5.. 4.. 3.. 2.. 1.. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!"

Aku laung sekuat2 hati dan se patriotik yang boleh. Lepas geram agaknya.

Lepas pada tu, orang ramia mula beredar termasuk lah aku dan cik puan kpp.

"Huh, menyesal la pergi. Ingatkan best!", komplen cik puan kpp

"Kalau macam ni, baik dok rumah je. Nengok kat tv lagi best!", katanya lagi

Aku senyum.

Kami beredar balik kerumah. Dalam perjalanan tu jangan nak kata la.. jammed gila !!! (sampai tiga tanda seruan aku bagi).

moral of the story : Buang masa dan buat penat je. Baik tengok kat tv !

Begitu lah...

Orang kata, Learn the lesson the hard way. Experience is the best teacher in life. Tak buat tak tau, dah buat baru tau.. bukan nya best sangat pun. Buang karan!

Semenjak daripada itu, tak pernah lagi aku terliur nak gi join sambutan detik 12 malam. Dok kat rumah dan enjoy the event from my tv set lagi best.

10.. 9.. 8.. 7.. 6.. 5.. 4.. 3.. 2.. 1.. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


p/s : gambar diambil dari blog ini untuk kempen 1blog 1bendera

30 Ogos 2010

BAZAAR RAMADHAN - FOOD HUNT

Ramadhan tahun ni boleh kira dengan sebelah tangan berapa kali aku gi bazaar ramadhan. Sangat2 berlainan daripada kebiasaan Ramadhan2 yang lalu. Ada semangat baru yang melanda cik puan kpp yang jadi rajin memasak lately, terutamanya bulan Ramadhan ini. Big round of applause to cik puan kpp... clap! clap! clap!

Setiap tahun bazaar Ramadhan memang tidak menghampakan. Pelbagai juadah yang tersedia untuk di tukarkan dengan RM$$$. Sekali pergi, sudah tentu akan berhabis sekurang2nya RM20-RM30. Ada saja makanan/minuman yang nak dibeli. Itu sedap, ini sedap.. pendek kata semuanya sedap je la. Rambang mata dibuatnya.

Semenjak daripada azali, aku memang tak biasa berbuka puasa menghadap N.A.S.I ! Tak sama macam tuan punya blog yang satu ni :-)

Oleh sebab itu, pergi ke bazaar Ramadhan memang menjadi keseronokan pada aku. Sambil2 mencuci mata dengan macam2 juadah pelik2 yang ada, dapat juga kills some time - kata orang putih - sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Ok, kalau ke bazaar Ramadhan ada beberapa makanan/minuman yang sentiasa menarik minat aku. Acapkali, juadah2 ini lah yang aku cari.

Calon2nya ialah :

1) Bihun Sup


Bila puasa, tekak biasa nya sangat kering dan perut pula sangat lapar. Oleh itu, makanan yang berunsurkan sup dan tidak pedas (untuk bihun sup, pedas adalah optional) boleh membantu melegakan. Bihun tidak mengenyangkan dan faktor ini sangat lah penting sekiranya ada banyak juadah di atas meja.

2) Buah Kurma - MariamiAku suka kurma dalam kategori Mariami (kelas A). Rasanya manis, tidak terlalu manis. Isinya kental, tidak terlalu keras. Lagipun berbuka dengan manisan, terutamanya kurma, bukan kah sunah Nabi..

3) Air Tebu & Air Jagung Manis


Kedua2 jenis air ni adalah spesis air yang sukar nak jumpa kalau bukan bulan Ramadhan. Biasanya, aku akan beli air tebu satu jug. Dan, most of the time aku bedal sorang sebab cik puan kpp tak berapa gemar. Sebab apa ? Ntah.
Manakala air jagung manis pula kena tengok orang yang membuatnya. Bukan semuanya sedap. Typical air jagung manis yang sedap berwarna oren pekat dan kelihatan likat. Kalau tak kena gaya orang membuatnya akan jadi cair dan kurang rasa lemak jagungnya.

4) Air Soya & Taufu-Fah


Aku sebenarnya penggemar taufu-fah yang tegar. Pilihan aku adalah yang tradisional - Taufu-Fah gula putih. Entah kenapa aku tak suka dengan gula hitam (gula merah), perasa pandan, perasa strawbery dan sebagainya... aku pun tak pasti. Mungkin sebab aku ni old fesyen dan tradisional minded sikit. Apa2pun, mine is Taufu-Fah gula putih. Full stop.

5) Yong Tau Fu


Kalau ke kedai yang ada jual Yong Tau Fu, kita boleh nampak berbakul2 frozen food yang dijadikan bahan yong tau fu. Ada fish ball, kuetiau, telor puyuh, sayur kangkung, fish kek pendek, panjang, bolat, leper dan sebagainya. My all time favourite adalah Fu-cuk.. iaitu benda yang empat segi tu. Itu bahan yang wajib ada dan mesti kuantiti yang melebihi bahan2 lain. Sekurang2 nya 3-4 keping.
Kuah mesti di asingkan diantara kuah taucu & kuah cili. Bila nak makan baru campur mengikut selera aku. Kuah sup ? Err.. not my taste. Macam not right je kalau makan Yong tau fu dengan sup.

6) Murtabak & Kueh Lopes

Inilah satu misteri di bulan Ramadhan. Murtabak. Masa hari2 biasa tak lah pula terliur menengok kan murtabak ni. Tapi, bila bulan Ramadhan.. tiba2 jadi 'kegilaan' ramai termasuk aku. Ada yang sanggup beratur panjang semata2 nak beli sekeping murtabak yang tiga kali ngap dah habis. Pelik.
Kueh lopes - ini lah satu2 nya kueh yang acapkali aku damba kan bila ke bazaar Ramadhan. Sedap sangat gamaknya. Tapi awas ! bukan senang nak cari kueh lopes yang sedap. Kuncinya terletak pada gula hitam (gula merah) nya. Kalau gula hitam nya cukup manis.. insyaAllah sedap.

7) Roti John

Di bazaar Ramadhan memang ramai yang jual roti john. Tapi, hanya ada beberapa sahaja yang sedap. Maksud sedap ialah.. pembuat roti john tu tidak kedekut telur & daging berempah yang di sapu kan kepada roti john tersebut. Ada sesetengah tu siap dengan gaya macam melukis pulak kat atas frying top (betul ke namanya ni ?) tu. Apa la salahnya kalau tabur je banyak2 ? Lebih banyak, lebih sedap. Bila sedap, ramai orang beli dan orang akan datang lagi dan lagi..

**Kategori lauk untuk makan nasi :

Kadang2 bila terasa (atau terpaksa) makan nasi (sebab cik puan kpp nak makan nasi), ada beberapa lauk yang menjadi buruan aku.

Calon2 nya ialah :

8) Ikan Keli masak lemak cili padi & Ikan Keli masak cili


Makanan exotic macam ni cik puan kpp tak masak. So, alternatively, kena la beli di bazaar Ramadhan. Adat orang berniaga, selalunya kuah sangat cair dan kadang2 tak de rasa pun. So, kena lah selalu cuba jaya dari satu kedai ke kedai yang lain. Ada beberapa tips yang aku pakai untuk mentafsirkan samada lauk tersebut sedap atau sebalik nya.

Tips #1 : Warna kuah - kalau kuning pekat dan cantik warna kuning nya (untuk kes masak cili warnanya merah) = Sedap.
Tips #2 : Kepekatan kuah - kalau kuah 'kelihatan' pekat = Sedap.

9) Rebung masak lemak cili padi & Siput sedut


Ini pun makanan exotic. Dengan erti kata lain, cik puan kpp tak masak. Tips yang aku guna, sama seperti tips2 diatas. Malangnya, di bazaar Ramadhan selalunya lauk di senduk oleh tokey kedai. Jadi, tak boleh la nak pilih2. Telan je semua yang dia senduk kan. Memilih sangat penting terutamanya masa beli rebung masak lemak cili padi. Rebung terlalu tua tak sedap - dah serupa macam buluh rasanya. That's why kena pilih2.
Siput sedut pula bila makan sangat mengasyikkan. Leka melayan menyedut siput keluar. Hendak pula kuah nya sedap. Pergghh.. memang terangkat!

***

Itu lah calon2 the usual suspect aku kalau pergi ke bazaar Ramadhan. Walaupun ada macam2 lagi makanan yang pelbagai warna dan rasa, sekurang2nya 3 atau 4 daripada senarai di atas akan menjadi mangsa untuk melampiaskan nafsu makan aku ni. Nyam! Nyam!

I am looking forward for my next bazaar Ramadhan trip..

Aiseymen.. terliur pula aku menaip pasal makanan di bulan puasa ni.



p/s : bila nak try ayam golek ni.. emmm..
p/s2 : semua gambar adalah di google

29 Ogos 2010

MERCUN OH MERCUN..

AMARAN : MENJUAL MERCUN ADALAH SALAH DI SISI UNDANG2 MALAYSIA

Setiap tahun di bulan Ramadhan pasti akan ada cerita2 kurang enak pasal budak2 putus jari tangan sebab bermain mercun. Siapa yang harus dipersalahkan ? Kerajaan kah ? Ibu Bapa kah ? Penjual mercun kah ? atau Adat kah ? Atau apa.. ? Ntahlah

Yang pastinya.. main mercun itu SERONOK!


Tipu lah kalau ada yang kata main mercun tu tak seronok. Aku masih ingat lagi masa zaman budak2 dulu. Macam2 mercun dijual dengan 'berleluasa' tanpa ada sekatan yang tidak sewajarnya. Harganya pun murah. Orang putih kata - Affordable.

Walaupun aku tinggal di bandar, namun suasana persekitaran kat tempat tinggal aku mirip kepada suasana kampung. Main mercun macam budak2 kat kampung main tapi tak lah sampai ke meriam buluh, meriam tanah dan yang sewaktu dengannya.

Antara mercun2 yang ada pada masa tu ialah bunga api, bunga api besi, bunga api kaler2, mercun padi kecil dan besar, dragon egg, moon travel, mercun katak, pop-pop, das, roket, mercun tarik, thunder clap, gasing dan macam2 lagi la.. aku pun dah lupa.

Main mercun bukan setakat main begitu saja. Budak2 melayu ni penuh dangan 'creativity'. Tapi, kalau kat sekolah tak pula 'creativity' nya tu menyerlah melainkan alasan ponteng yang pelbagai!

Kreativiti yang aku maksudkan, contohnya main bunga api. Kalau main cara skema tentu tak seronok, kan ? So, apa yang aku buat.. patah2 kan bahagian belerang sepanjang lebih kurang satu (1) inci, bakar dan baling ke lantai. Ia akan berpusing2 ligat macam gasing. Atau baling ke udara dan ia akan terbang!

Contoh kedua, main moon travel. Azalinya, ia sepatutnya terbang ke atas. Patahkan kayunya ambil bahagian atas je. Bakar sumbu dan balingkan. Moon travel tu tak travel to the moon dah. Instead, dia travel tah mana2 jadi gila!

Contoh ketiga, mercun tarik. Zaman sekarang dah tak ada mercun ni. Belerangnya ada di tengah2 dan bersambung dengan tali lebih kurang 6-7 inci di kiri kanan nya. Cara main, pegang tali kedua2 belah dan sentap menggunakan tangan.. pop!
Mercun ni aku gunakan untuk pekenakan kawan2 bila gi sembahyang terawikh kat masjid. Gi masjid bawak basikal dan di kunci di tempat letak basikal. So, aku akan ikat2 mercun2 tarik ni pada paddle atau tayar dan hujung satu lagi diikat pada tiang. Bila diorang nak jalan.. pop! Atau di ikat pada tombol pintu rumah.. pop! "Omak kau meletop!"

Contoh keempat, bunga api besi. Bengkokkan dulu hujung pemegangnya sedikit. Bakar dan baling ke pokok tinggi2 bagi tersangkut. Buat banyak2 dan pokok tu akan kelihatan sangat meriah dengan bunga api besi yang tersangkut tu.

Kreatif tak ?

Masa zaman2 main mercun ini 'halal' dulu, aku dan kawan2 kadang2 main 'perang2'. Caranya, semua orang akan ber'senjata'kan mercun dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kawasan permainan - sekitar kampung. Mercun2 yang lazimnya jadi senjata ialah moon travel, thunder clap, mercun katak, mercun padi dan das.


Setiap 'askar' akan bawa selingkar ubat nyamuk yang sudah dibakar sebagai pencetus api untuk sumbu. Ye la kalau bawak mancis mana sempat. Baru nak nyalakan mancis dah kena 'fire'. Kalau kena 'fire' dengan moon travel ok lagi.. kalau kena dengan das ? Mau nya terbakar baju!

So, bila 'peperangan' bermula semua 'askar2' akan bertempiaran lari bersembunyi. Masing2 akan cuba serang hendap malam2 gelap tu dan berikan kejutan kepada pihak lawan. Siapa yang kena 'fire' nasib la kalau baju terbakar ke apa ke. Itu dah kira 'takdir'.

Walaupun, 'peperangan' ini agak ganas.. masih ada simple rules yang perlu dipatuhi. Antaranya, Satu - tak boleh tembak bahagian muka/kepala, Dua - kalau dekat2 dan lawan sudah menyerah, tak boleh teruskan tembakan sebab sudah jadi tawanan. Tiga - sesiapa jadi tawanan, 'senjata' nya akan di rampas oleh pihak satu lagi. Tak de dakwa dakwi. Macam tu la lebih kurang undang2 rimba untuk 'permainan' ni. Seronok dan thrill at the same time.

So, bila tiba bulan Ramadhan terutamanya 'Malam Tujuh Likur' .. aku akan terkenang2 balik zaman2 kanak2 dulu yang mana zaman MAIN MERCUN ADALAH 'HALAL'

Seronok nya...


Disclaimer : Aku bukan penjual mercun. Gambar hanya sekadar hiasan


p/s : gambar di google

28 Ogos 2010

PARENTING TIPS 2

Previous entry

The Sun, 24/08/2010, page 22


artikel dalam the sun


1) Coping with conflict (Menguruskan/menghadapi konflik dengan baik)

2) Take a step forward (Ambil langkah2 ke hadapan dalam menentukan perilaku anak2)

3) Trust your own judgment (Percaya kepada keputusan sendiri - sekiranya perlu, berbincang dengan ramai orang)

4) The gift of love (Kasih sayang adalah hadiah yang paling bernilai dalam hidup anak2)

5) Be understanding (Punyai sikap memahami - galakkan anak2 berbincang secara terbuka berkenaan perasaan mereka)

6) Beware of little ears (Hindarkan pertengkaran di hadapan anak2)


***

Pada pendapat aku, kesilapan paling kerap yang kita lakukan (terutamanya aku) ialah pada tips #1 & #6. The worse is tips #6

Samada sedar atau tidak. Nak percaya atau tak nak percaya, tips #6 la yang paling kerap menjadi isu dalam rumahtangga. Acapkali pertengkaran yang berlaku bermula dengan perkara2 kecil dan menjadi besar serta melarat kepada isu2 terpendam lain yang tidak diluahkan.

Aku jadi agak hairan kenapa perkara macam ini terjadi ?

Sepasang kekasih yang berkahwin atas dasar cinta dan suka-sama-suka seringkali tidak dapat mengawal perasaan apabila berlaku pertengkaran. Dan, lazim nya pertengkaran jenis ini tidak mengira tempat atau waktu. Selalunya, bila anak2 yang masih kecil itu ada bersama2.. mungkin sedang menonton rancangan tv kegemarannya.

Oleh itu, tips2 yang di senaraikan di atas amat penting untuk sentiasa di ingati supaya perkembangan sahsiah anak2 akan lebih baik dan teratur.

Wallahualam.

p/s : pesanan ini lebih kepada untuk diri aku sendiri.. hopefully, I could do well next time around.

27 Ogos 2010

ZAKAT FITRAH

Dah berzakat fitrah?

Baik disegerakan. Tak payah lah tangguh2 atau tunggu last2 minit. Sebabnya, takut2 terlupa. Zakat fitrah ni terhad masa nya.


resit zakat fitrah wp


Bahagian aku dan tanggunggan, aku dah selesaikan awal2 lagi. Tak de dakwa dakwi. Untuk kawasan wilayah persekutuan = RM7 seorang. So, aku bayar untuk 4 orang.. aku, cik puan kpp, nurin hana dan emak aku. Selasai.

Tapi, jangan di sangka kita hanya perlu keluarkan zakat fitrah sahaja ya.. ada macam2 lagi cabang zakat. Rujuk lah di Pusat zakat berhampiran untuk kepastian.

Berzakat untuk menyucikan harta

Berzakat untuk membangunkan ummah

Sekian.

26 Ogos 2010

BUKA PUASA @ AN-NUR

Malam tadi telah berlangsung majlis berbuka puasa anjuran bersama AJK Surau An-Nur & AJK KRT taman perumahan aku. Lokasi majlis adalah di Surau An-Nur yang terletak di dalam taman perumahan aku tu.

Majlis dimulakan dengan tazkirah daripada Ustaz Yusuf seawal jam 6:45pm. Aku sampai dah sekerat jalan dah tazkirahnya. Atas meja dah penuh dengan makanan (nasi + lauk pauk) yang di order daripada katerer je. Mana sempat nak gotong royong. Lagipun, aku difahamkan peruntukan surau ada banyak - 5 figures juga la. Berbanding dengan peruntukan KRT (yang mana aku adalah salah seorang AJK - Ketua Biro) yang 'ciput' je - 4 figures. Tak kisah la. Majlis ini adalah co-sponsor antara Surau & KRT.

Lepas tazkirah, dan sementara menunggu azan.. katerer membahagi2kan ais krim potong pada budak2. Ini taktik untuk divert attention so that orang2 dewasa boleh go for makanan atas meja dengan aman. Aku tak tau la sejauh mana kejayaan nya. Mungkin untuk budak2 kecil - berjaya. Tapi, daripada pemerhatian aku.. lebih kurang juga crowdednya meja yang dipenuhi dengan makanan tu. Almaklum saja lah.. semua kan puasa.

budak2 beratur untuk air krim potong


Bila tiba giliran aku ambil makanan.. nah kau.. setambun (setambun = banyak; penuh satu pinggan; hampir melimpah ruah). Semua yang ada atas meja tu aku bubuh dalam pinggan. Nasi, Ikan kembung bakar + kicap/air asam, Kari daging, Udang masak gulai nenas, Ulam2 & Sambal belacan. Airnya Oren. Nyam! Nyam!


Beratur ambil makanan (pandangan sisi)

Aku plan nak ambil gambar lauk dalam pinggan aku, tapi malu la pulak dengan orang2 tua kat sekeliling aku. So, aku ambil 'fotographic memori' saja la. Dessert pula ada buah Oren, Tembikai, Puding, Kueh cucur badak & Kueh gulung yang warna hijau tu.. apa tah namanya.

Solat Maghrib berjemaah dilangsungkan jam 7:50 untuk membolehkan semua jemaah makan dulu dengan sedikit aman.

Selesai solat Maghrib aku balik ke rumah sebab baru jam 8pm. Most of the jemaah pun balik juga.

Makanya dengan itu, selesailah Majlis berbuka puasa yang agak sederhana tapi meriah itu. Cuma aku rasa ramai lagi yang tidak hadir sebab kalau di ikutkan taman perumahan kami ada 200++ buah rumah. By right, semuanya lebih kurang 700-800 orang. Tapi, yang hadir aku anggarkan dalam campur tolak 200-300 orang sahaja.

Anyway, it's a good way to promote semangat kejiranan. Terutamanya, orang2 yang tidak pandai 'bermasyarakat' macam aku ni.

Thumbs up for AJK Surau & AJK KRT (termasuk aku la.. hehehe) for such a nice Majlis berbuka puasa.

Lepas ni Majlis Hari Raya la pulak..

25 Ogos 2010

BAJU RAYA

Yeahoooooo !

Secara rasminya baju raya aku sudah siap sedia pada 21/08/2010.


baju raya tahun ni


Tahun ini tema yang aku dan cik puan kpp pilih adalah COKLAT, atau lebih tepat lagi dark coklat.

Sudah menjadi kelaziman aku dan cik puan kpp untuk memberikan tema warna untuk baju raya, terutamanya Hari Raya Aidilfitri. Jadi, natijah daripada itu berlambak2 lah baju melayu aku yang macam2 kaler tu kat dalam almari. Sesak dah almari tu.

Ada beberapa baju/warna yang aku suka untuk simpan sebenarnya. Warna2 baju melayu yang aku cadang untuk di simpan bagi kegunaan sendiri ialah :

1) Oren

2) Merah

3) Hijau

Antara sebab2 yang buat aku suka (bukan lah sebab warna sangat) :

1) Sebab kain nya tebal & terasa 'sejuk'

2) Sebab pembuatannya aku rasa selesa

Yang lain2 masih dalam simpanan tu tengah tunggu masa untuk di 'let go' pada sesiapa adik beradik aku (termasuk adik2 ipar) yang berkenan. Kebetulan pula adik beradik (termasuk adik2 ipar) aku semuanya saiz2 tinggi macam aku. So, tak ada masalah sangat lah dengan isu 'mengeloboh' (mengeloboh = baju terlebih besar).

Dengan itu, diorang tak payah la beli baju melayu raya. Lagipun, semua baju2 tu aku sangat jarang pakai dan tak 'luak' pun sebenarnya. Macam orang putih kata - still like new.

Aku ni saiz 'mat salleh'. Bahu aku bidang. Secara automatiknya, sangat sukar nak dapat saiz kalau beli baju melayu yang siap. Aku masih ingat lagi satu masa dulu melilau mencari baju melayu warna biru kat lorong Tunku Abdul Rahman. Yang ada semuanya agak kecil dan tangannya jadi senteng (senteng = pendek/singkat, tidak cukup panjang). Letih juga la nak singgah satu2 kedai mencarinya.

Untuk mengelakkan masalah serupa berulang, aku tempah je la.

Aku perasan harga upah baju melayu ni semakin tahun semakin meningkat naik. Aku masih ingat lagi dulu2 (campur tolak 8 tahun lepas), sepasang upahnya RM50 sahaja. Kemudian meningkat, meningkat sampai la sekarang ni dah jadi RM75 sepasang. Ini pun kedai2 biasa je. Kalau kedai ada kelasss sikit macam contoh kedai Den Wahab di Wisma Yakin, KL tu harga upahnya dalam RM100++ bergantung kepada patent yang kita minta.

Tapi, tak kisah la. Bukan hari2 nak buat. Hari raya nak juga berbaju baru , kan ?

***

Sekarang baju dah siap dan tinggal tunggu hari bahagia.. eh, hari raya.

Yey!

DERMA - IDEA YANG SUPERB

Rujukan : Berita Harian Online, 25 Ogos 2010. sini

Pagi2 aku baca surat kabar online dan jumpa berita ini di Berita Harian Online. sini. Tajuknya :

"Potongan gaji RM1 sebulan bantu fakir miskin"


WOW! BRILLIANT!


Berita ini hanya menyebut survey yang dilakukan ke atas kakitangan kerajaan. A small thing when being multiplied by millions will become MILLIONS!

Aku sangat2 sokong idea ini dan hopefully it come into reality.

Mungkin perlu di wujudkan satu BADAN AMANAH untuk mengelola dan menyelaraskan bantuan dan menentukan orang yang layak menerima DERMA ini.

Sedangkan kita tak kisah pun di 'potong' RM1 bila setiap kali kita keluarkan duit di mesin ATM dengan menggunakan sistem MEPS (contohnya : kad Maybank di gunakan di ATM CIMB). Apa sangatlah kalau RM1 sebulan untuk tujuan yang mulia.. kan ?

Mari kita tengok, apa yang boleh di beli dengan duit RM1 ?

1) Roti canai ? RM1
2) Air di pasar malam ? RM1
3) Nasi lemak kosong ? RM1
4) dll..

Sekali hadap je dah habis, betul tak ?

Dan cuba bayangkan kalau skim ini dipanjangkan ke pihak swasta juga yang dianggarkan 10.5 juta orang ? You do the maths !

Thumbs up for those who came out with this BRILLIANT idea. Hopefully, it will be implemented soon.

Sharing is caring..

24 Ogos 2010

KALENDAR PELIK

Dua tiga hari lepas aku tengok kalendar konon2nya nak mencari hari2 yang sesuai untuk minta cuti. Cari punya cari, aku jumpa tarikh yang best - 30hb Ogos 2010. Tahun ni 31hb iaitu hari Merdeka jatuh pada hari Selasa. So, aku plan untuk ambil cuti pada Isnin supaya boleh dapat cuti straight dari Sabtu ke Selasa.

Tapi, ada sesuatu dekat kalendar tu yang menarik perhatian aku. Agak pelik dan jarang2 berlaku rasanya. Possibly, pihak pencetakkan tersalah buat dan it is deem not worth it kalau nak ulang cetak. Maklum sajalah, biasanya pencentakan kalendar ni berjumlah ribu2an untuk menurunkan cost-per-kalendar.


kalendar pelik aku


Apa jadi kalau betul2 dalam bulan yang sama tu ada 2 tarikh yang sama, tapi hari lain2 ? Tentu havoc, kan ?

23 Ogos 2010

RAMBUTAN & MANGGIS

Pukul 2pm tadi dapat satu email pengumuman macam dibawah ni :



So, aku dengan pantas la pergi menyerbu. Hasil nya :




Malam ni dapat la merasa buah2an tempatan sikit. Ada rambutan merah, rambutan kuning dan manggis. Dan, ada kemungkinan mengembalikan batuk2 aku yang baru baik dua tiga hari lepas. Tak kisah la, batuk boleh makan ubat.

Thanks Hajar..

KERETA HITAM GOT A BUMP !

Lokasi : Tasek Ampang @ jam 9:00pm

Malam tadi tak semena2 kereta hitam aku tu kena langgar dengan proton waja. Sakit betul hati aku dibuatnya. Jalan dah la jammed. Anak aku pulak buat ragam dalam kereta. Proton waja tu boleh pulak dia pergi 'bantai' kereta hitam aku. Menyirap betul la !


kecacatan kereta hitam


Alkisahnya.. aku sekeluarga on the way balik daripada rumah FIL selepas buka puasa. Jalan di Tasek ampang tu memang all the time jammed giler. Tapi, tak sangka pula aku malam bulan2 puasa ni pun sama..

"Ingatkan orang Islam gi terawikh, jalan ni tak jammed. jammed juga", aku kata pada cik puan kpp.

Dalam pada jammed2 tu tiba2.. "gedebuk !", bunyi kereta hitam aku kena sondol dari belakang. Hati aku dah la tengah panas. Aku tarik hand-brake dan keluar nak tengok apa dah jadi..

"Apa hal ni ?!", tegas dan kasar bunyi suara aku

"Sorry bang.. sorry", mamat proton waja tu kata sejurus dia keluar dari kereta

"Apa ni ?! Jalan kan jammed ? Apa hal ?!", suara aku kasar dengan tonasi bengang

"Sorry bang.. tak de apa2 rasa nya. Sikit je"

Aku tengok2 kat sekitar bumper yang kena langgar. Tak berapa nampak sangat sebab gelap. Cahaya samar2 je. Aku raba2 bumper tu dan rasanya macam tak de apa2 yang kemek atau lari dari kedudukan asal nya.

Aku jeling kat mamat proton waja tu dengan muka paling masam dan marah yang aku boleh buat.

"Sorry bang.. sorry", dia ulang lagi

Aku buat bodoh je dan angkat tangan aku buat isyarat "Piiiraaahh" kat dia.

Aku masuk dalam kereta dan biarkan perkataan sorry dia tak berjawab.

"Apa sorry2 ? kalau nak sorry.. tunggu hari raya lah", detik aku dalam hati macam iklan hari raya TM di TV.

Aku masuk gear dan terus blah. Dengan hati yang panas !

Sampai rumah, aku terus check. Nampak macam tak teruk, cuma sedikit calar di bumper yang mencacatkan pemandangan.

Inilah akibtanya, bawak kereta tak sabar.. aku sumpah jadi batu baru tau..

22 Ogos 2010

SPARTACUS 3

Previous entry




Aiseymen.. aku baru nak enjoy the series rupa2nya dah Final Series dah. Yesterday is the final one dan ntah bila lagi akan di sambung.

Menurut Wikipedia :

"...production of Season 2 had been delayed due to star Whitfield being diagnosed with early-stage non-Hodgkin lymphoma..."

Apa benda pulak penyakit non-Hodgkin lymphoma ni ?


Menurut Wikipedia lagi :

"The non-Hodgkin lymphomas (NHLs) are a diverse group of blood cancer that include any kind of lymphoma except Hodgkin's lymphomas. Types of NHL vary significantly in their severity, from indolent to very aggressive."

Wah! kritikal benar penyakit star hero series ni. Daripada apa yang aku baca, diorang buat pre-quel nya sahaja yang cuma ada cameo role for Whitfield (Spartacus).

To bad.. mungkin diorang akan cari pengganti untuk watak Spartacus if they plan to proceed..

Hope they will..



note : gambar di google

21 Ogos 2010

KOMISEN KAD KREDIT

Jumaat, 20/08/2010

Aku balik dari ofis dan nampak ada satu kertas (flyer) yang di selitkan kat wiper kereta merah aku. "Arghh.. direct selling lagi", aku mengeluh. Situasi macam ni memang biasa di alami oleh orang2 yang commute macam aku ni. Dan, boleh dikatakan almost everyday akan ada je kertas (flyer) yang di letakkan kat wiper kereta2 yang parking kat situ.

Selalunya, aku tak baca pun. Ambil dan buang. "Buat menyemak je", itu lah ayat biasa aku dalam hati. Tapi, semalam aku tak terus buang. Aku ambil bawa masuk kereta. Sementara aku panaskan enjin, aku pun baca.

Kertas tu 'konon2nya' daripada 'wakil' sebuah syarikat perbankan terkemuka negara (sorry, aku dah blur kan namanya - dirahsiakan).


flyer 'wakil' bank


Ada sesuatu yang tertulis kat kertas tu yang sangat menarik minat aku macam magnet.

Katanya : "Kad Kredit (Komisen RM420 - RM700 satu kad)"

Wallawey.. patutlah 'wakil2' kad kredit yang dok berpeleseran kat kompleks2 beli belah tu beriya2 benar nak suruh kita ambil kad kredit diorang, rupa2nya komisen nya agak lumayan. Kadang2 siap offer both VISA & Mastercard sekaligus!

Cuba bayangkan kalau satu kad = RM420, di darab dengan 5 kad (sehari), di darab lagi dengan 20 hari (hari2 ada orang sign up). So, RM420 x 5 kad x 20 hari = wohooooo.. RM42,000 beb!

Patutla..

Baru pakcik tau..

20 Ogos 2010

ACCIDENT @ CBJ

Lokasi : Berhampiran traffic light LimKokWing University, CBJ

Semalam aku gi meeting di Cyberjaya (CBJ), along the way tu tiba2 jalan jadi jammed teruk di persimpangan masuk ke CBJ. Aku jadi hairan.


view dari kereta merah aku


"Takkan kat Cyber pun jammed ?", terdetik kat hati aku

Maklum sajalah, di CBJ ni cuma ada ofis2 je. Taman perumahan bukan nya banyak pun. Dan, kalau ada pun it is an exclusive one.

Kereta bersusun dan bergerak sangat2 perlahan @ 10km/j. Sangat slow dan most of the time starts-stop movement. Aku dengan curiosity untuk tahu, dan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, menjenguk2 cuba mencari punca nya.

Tiba2 kat tepi sebelah kiri, aku nampak sebuah kereta proton persona warna kuning yang off-road.

"Apahal la pulak driver ni pergi off-road bukan main jauh lagi ?"

"Mabuk ke apa ni ?"


kereta2 accident (ada lagi yang tak nampak) - ditanda anak panah


Depan sikit lagi, aku mula nampak beberapa buah kereta yang kemek teruk. Ada yang kemek sebelah kanan, sebelah sisi, sebelah depan dan sebelah belakang. Ada dalam lebih kurang lima buah kereta yang terlibat tetapi sudah di alihkan ke tepi jalan.

Baru make sense sebab apa kereta persona kuning tadi tu off-road sikit punya jauh. Obviously, dia approaching the accident area dengan laju dan cuba mengelak. Sebab tu terbabas off-road sampai macam tu sekali.

Teruk juga la kereta2 yang accident tu. Aku percaya, tak de kematian. Sebab keadaan kemeknya walaupun teruk, tapi tidak lah sampai boleh membawa maut. 'Tonto' already there talking to their walkie talkie. Mungkin menghubungi trak2 tunda untuk angkut kereta2 tu semua ke kedai untuk repair. Business baekk..

Aku jeling2 je dan teruskan perjalanan.. sebab aku sebenarnya dah agak lambat untuk ke meeting.

Mesti driver2 yang terlibat tu bengang dan bosan. Pagi2 lagi dah accident. Nampaknya, $$$ akan terbanglah untuk repair. Terutamanya, orang Islam yang plan nak balik kampung hari raya ni..

Dan, menurut seorang kawan aku, port tu memang 'favourite' dengan accident. Samada off-road atau langgar pokok kelapa sawit.

Nasib.. nasib..

PARENTING TIPS

Aku jumpa artikel ni masa baca surat kabar free the sun

The Sun, 17/08/2010, page 18


parenting tips - the sun


1) Measure your attention (berikan perhatian sama rata)

2) Share the love (kongsikan perhatian dan kasih sayang)

3) A play a day (bermain bersama-sama sekali sehari, setiap hari)

4) Take it in turns (ambil giliran menidurkan anak)

5) Avoid resentment (berikan pujian secara konsisten dan adil, elakkan perbandingan)

6) Take care of the middle (berikan perhatian sama pada anak yang tengah)

7) Being older bonus (galakkan anak menjadi big boy atau big girl bila mereka mula menerima adik)

8) Attend to older daughter (berikan perhatian kepada anak perempuan yang mempunyai adik lelaki)

9) Stagger bedtimes (bahagikan masa tidur secara berperingkat2 mengikut umur)


***

Memandangkan aku baru ada seorang anak sahaja, maka item (6) hingga (9) masih belum terpakai ke atas aku.

Dan, maybe aku perlu tingkatkan praktikal on item (4)

Sharing is caring..

19 Ogos 2010

1 MILLION FORTUNE !

Aku buka email pala.maldini@gmail.com, dan dapat beberapa email yang tercampak ke dalam "SPAM" folder. Selalunya aku memang akan terus delete je, tapi, kali ni jari aku ni gatal2 nak click la pulak. So, aku pun click.

Ada dua seperti di bawah :







Wah! alangkah seronoknya kalau kedua2 nya benar. Sudah tentu aku akan jadi jutawan segera. Tak perlu nak minum 'power root' untuk jadi jutawan.

Dalam email pertama dia kata, "You have won 1,000,000.00 pound sterling" daripada "BRITISH NATIONAL AWARD"

Dalam email kedua dia kata, "..to pay you your over due contract/inheritance funds.." daripada "FSL BANK INTERNATIONAL"

WOW! alangkah bestnya kalau kedua2 email ini adalah benar dan nyata. Dah tentulah aku boleh terus bersara dan tak payah nak tunggu 20 more years..

Aku tak tau apa motif email2 spam macam gini. Mungkin cuba nak mencuri id atau yang sebenarnya, diorang dah 'tanam' back door trojan untuk buka pintu masuk ke dalam pc2, laptop2 kita atau lebih teruk lagi dalam kampeni network ?

Lepas copy untuk ditampalkan disini, aku pun delete. But I doubt it would be the last of it..

18 Ogos 2010

PERBUALAN NURIN HANA & PAPA

Satu petang di minggu pertama bulan puasa aku ditugaskan oleh cik puan kpp untuk gi ambil anak kat taska. So, on the way balik aku singgah kat taska dan ambil anak aku, Nurin Hana. Masa dalam kereta, aku pun tanya..

"Puasa tak ?", aku tanya anak aku.

"Puasa.. ", katanya

"Tadi makan apa kat school ?", aku tanya lagi

"Makan bihun, makan biskut..", jawabnya. Aku senyum

Mana la budak kecil 3 tahun ni tau apa erti puasa, ye tak ? Lepas pada tu aku tanya lagi..

"Belajar apa tadi kat school ?"

"Alif, ba, ta..", jawabnya.

"A B C tak de belajar ?", aku tanya lagi

"Tak. Hari ni cikgu ajar alif, ba, ta je..", jawabnya dengan sedikit penerangan

"Cuba baca Papa nak dengar..", sambil aku belok ke kanan menuju hala keluar dari simpang taska ke jalan besar. Laju je dia baca alif, ba, ta.. sampai ya.. ber irama.

"Tadi, Nurin Hana nampak Iwan (kawan taska dia)", tiba-tiba anak aku bagitau

"Ye ke ? kat mana ?", aku tanya

"Dekat school la.. emak dia datang. Iwan ada abang..", dia explain. Aku dengar je.

"Nurin Hana tak ada abang. Nurin Hana sorang2 je", katanya lagi. Aku dengar je.

"Nurin Hana ada Papa, ada Ibu, ada Nurin Hana je. Tiga orang je", sambil di gerakkan jarinya mengira satu sampai tiga.

"Nurin Hana sayang Ibu.. sayang Papa", sambungnya lagi.

Aku senyum. Terharu.

"InsyaAllah nanti ada rezeki lagi", terdetik di hati aku.

17 Ogos 2010

PUASA YANG TERSEKSA

Sabtu lepas adalah puasa yang sangat menyeksakan bagi aku. Sebabnya, selsema (sinus) aku jadi sangat serius dan irritating!

Semenjak jumaat lagi aku dah mula rasa tak sedap badan. Batuk2 masih belum reda ditambah pula dengan selsema yang kritikal. Dari pagi sampai ke petang aku dok 'melayan' selsema yang kritikal tu sampaikan langit2 (mulut) aku jadi pedih dan perit.

Lepas berbuka aku dah mula rasa sangat tak sedap badan dan mula sakit kepala. So, plan untuk gi sahur kat kedai mamak terbantut la untuk malam tu.

Bangun pagi kepala sangat sakit, badan sengal2, telinga berdengung, batuk2 dan selsema yang kritikal. Memang agak seksa la aku nak menghabiskan puasa hari sabtu tu. Almost seharian aku tido je kat sofa. Petangnya, lepas ke pasar ramadhan aku nekad gi klinik. Paling kurang nak minta pain killer. Dah tak tahan sangat rasanya pening kepala aku tu.

Masuk klinik terus register panel klinik di kaunter. Tak ramai orang. Yang ada tu tengah menunggu untuk ambil ubat. Aku duduk.

Sekejap lepas tu misi (nurse) panggil nama aku. Aku pun masuk dalam bilik yang ada doktor tu. Doktor perempuan. Indian.

"Doktor, saya rasa sakit kepala sangat2. Mungkin sebab daripada selsema"

"Umur berapa ?", doktor tanya kat aku

"35", ringkas aku jawab

"Ooo.. tapi, rambut banyak uban ye..?"

"Fesyen.. ", aku jawab ringkas

"Betul ke ?", doktor tu hairan

"Tak la.. memang dah lama. Sejak form 4 lagi..", aku berikan penjelasan

Apa la doktor ni.. aku melawak je la.

Doktor check tekanan darah. Normal katanya. Lepas tu check paru2 guna stetoscope.

"Ok, saya bagi pain killer dan ubat titis hidung untuk buka lubang pernafasan. Bagi lega.."

"Dan, kena ambil antibiotik sebab macam ada infection".

"Ok. tq doktor", aku pun keluar daripada bilik doktor untuk ambil ubat.

Dalam hati.. tua sangatkah aku ni ?


Pemandangan daripada atas kepala - banyaknya uban..

Kalau kira daripada jumlah uban.. mungkin jawapan nya "YA".

p/s : lagi 5 tahun mungkin aku akan bertukar jadi seperti Richard Gere..

16 Ogos 2010

DAH ORDER KUEH RAYA ?

Baru minggu pertama puasa dah sibuk2 cerita pasal raya.


kueh tunjuk


Biasanya, kueh raya aku beli je.. orang panggil 'kueh tunjuk'. Dan, selalunya aku beli kat beberapa orang 'tokan' kueh raya kat ofis ni. Kueh raya (atau biskut raya) yang aku cari sudah tentulah yang berunsurkan coklat. Rupa tak berapa penting. Apa yang penting pada aku, warna nya coklat dan rasa nya mesti berunsurkan coklat. My all time favourite ialah biskut Coklat Chip yang Mak Su aku buat.

Dah beberapa tahun aku dok order dekat Kak Wan di ofis lama aku tu. Sekali sekala ada juga aku beli daripada orang lain yang ada mem-promo kueh raya diorang. Tapi, mostly pada Kak Wan la.

Teringat aku satu masa dulu (masa belum ada anak lagi), aku dengan cik puan kpp cuba2 nak buat kueh raya. Kueh yang menjadi pilihan hati ialah.. POPIAH SIMPUL KASIH berintikan serunding.


popiah simpul kasih


POPIAH SIMPUL KASIH

Bahan2nya :

1) 'Kulit' popiah dibeli di Carrefour
2) Serunding - cik puan kpp beli di ofis dia

Skill diperlukan :

1) Skill untuk menyimpul kasih
2) Sabar
3) Sabar
4) Sabar (x1000)

Alkisah, setelah bahan2 di sediakan aku dengan cik puan kpp yang tengah semangat nak buat kueh popiah simpul kasih pun memulakan kerja tangan kami untuk buat kueh tersebut.

"Macamana buat ni ?", aku tanya kat cik puan kpp. "Senang je. Kat ofis diorang buat ramai2 time rehat. Simpul2 je", kata cik puan kpp dengan semangat berkobar2. "Macamana ? Cuba tunjuk", sambil aku mengambil sekeping 'kulit' popiah untuk di isikan dengan inti nya. "Macam ni", cik puan kpp menunjukkan caranya pada aku. "Ambil sekeping 'kulit' popiah, letakkan serunding, gulung dan simpulkan. Macam ni..", cik puan kpp tunjukkan kat aku hasil tangan dia yang dah siap tu (walaupun tak berapa bersimpul sangat rupanya). "Oooo.. ok, ok", aku mengangguk konon2nya macam faham dan cuba buat. "Aisey, koyak la", aku mengeluh. Cik puan kpp sengih kat aku. Padahal cik puan kpp buat pun koyak juga.

Setengah jam kemudian. "Ai.. asyik koyak je, bila nak siap sebotol nih ?", aku dok mengomel. Cik puan kpp dah resah sebab dia buat asyik terkoyak je. Kalau tak koyak pula, simpulannya tak cantik. Aku pun lebih kurang dua kali lima juga. Cumanya, yang aku buat lebih 'berjaya' dan 'bergaya' daripada yang cik puan kpp buat.

Disebabkan makin banyak yang tak jadi daripada jadi, cik puan kpp mula fed-up dan tinggal kan aku sorang2 meneruskan perjuangan. "Aisey, apsal susah sangat ni? Orang meniaga tu buat bukan main cantik dan gemok2 lagi simpulannya", aku mengeluh lagi. Cik puan kpp dah buat kerja lain. Dia malas nak sambung buat sebab darah nya dah menyirap dan tahap tensen nya dah hampir2 melampaui batas. Aku masih gigih mencuba mencari skill yang betul untuk buat simpulan. Malangnya, masih macam tu juga. Sekali sekala menjadi, tapi yang banyaknya tak menjadi - koyak atau tak bersimpul.


banyak ni la lebih kurang yang dapat

Setengah jam kemudian aku pun give up. Sudahnya tak sampai sebotol kecil pun yang dapat dibuat - itupun selepas di campurkan dengan yang sedikit2 koyak dan yang isi serundingnya hampir2 terburai keluar. Sudahnya, misi buat kueh raya kami.. tidak berjaya.

Itulah pengalaman aku buat kueh dengan cik puan kpp. Selepas daripada peristiwa itu, tak pernah lagi kami cuba2 buat kueh. Serik agaknya.


popiah dalam botol


Dan, kalau terasa nak POPIAH SIMPUL KASIH.. aku beli je daripada kawan aku Wak Rizal yang menjual kueh tu. Ada macam2 intinya. Serunding daging, serunding udang dan yang paling special ialah serunding keli.

Tentu cik puan kpp pun senyum je kalau dia baca entry ini..

Jangan marah ye..

p/s : tak cuba tak tau. dah cuba baru tau.. susah rupanya.. hahaha (gelak orang jahat)

nota : semua gambar popiah simpul kasih adalah di google

15 Ogos 2010

TQ KAD MESRA PETRONAS !

Dah bertahun2 aku jadi pemegang kad mesra Petronas. Dan, tak pernah aku nak ambil tahu apa kah faedah nya. To be honest, aku ambil pun sebab di offer oleh staff petrol station Petronas dan sebab ianya free!

Dari semasa ke semasa, bila aku isi minyak atau beli barang2 kat kedai Mesra Petronas.. aku akan bagi kad tu kat cashier untuk di swipe kan. Dapat point. Itu je la yang aku buat selama ni. Kadang2 tak bagi juga untuk swipe. Samada aku lupa, atau sengaja buat2 lupa. Malas.

Baru2 ni, aku dapat email daripada Kad Mesra meng-update jumlah points aku sekarang. Sebelum2 ini aku memang biasa dapat email yang sama. Tapi, tak pernah aku endahkan pun. Tak de makna nya..

Surprisingly, aku dah ada point terkumpul sebanyak 9000++.

Aku pun mula interested untuk tau apa faedahnya dan apa yang aku boleh buat dengan point2 tersebut. Aku gi ke website Kad Mesra dan baca. Ada dua perkara yang menarik minat aku :

(1) Point(s) tersebut boleh guna beli minyak Petronas

(2) Point(s) tersebut boleh guna untuk beli barang2 dalam kedai Mesra Petronas


(www.kad-mesra.com.my)


Aku baca cara2 yang di nyatakan kat website.

Malam nya, aku singgah ke Petronas dan tanya kat cik adik di kaunter cashier. "Dik, tanya sikit", aku rapat ke kaunter tempat cik adik tu kerja. "Ye?", jawabnya ringkas. "Points dalam kad Mesra ni boleh beli minyak kan ? Macamana caranya ?", aku nakkan kepastian walaupun aku dah baca dalam website caranya. "Masukkan kad dekat mesin, pastu tuang la minyak", jelasnya ringkas. "Err.. 1 points sama dengan berapa ringgit ?", aku tanya lagi. "1 points sama dengan seringgit rasanya", dia berikan penjelasan walaupun bunyinya agak ragu2. "OK. terima kasih", aku senyum dan berlalu. Cik adik tu senyum balik.

Aku parking kereta kat pam minyak. "Try je la". Aku masukkan kad Mesra, dan mesin tu proses kad Mesra aku. "Sila angkat nozel dan isikan minyak. Kembalikan setelah selesai", macam tu lah lebih kurang mesej yang tertulis pada mesin. Aku pun angkat nozel dan isikan minyak.

Cukup RM20 aku stop. Letak balik nozel dan keluarlah resit.


Resit aku lepas isi minyak

Wah, memang betul la.

Cuma, info cik adik cun tadi tu tersasar sikit la. Berdasarkan resit, aku buat kira2 dan memang jelas yang 1 point = 1 sen. So, aku isi RM20 = 2000 points la. Aku senyum sebab dapat minyak FREE!

TQ VERY MUCH KAD MESRA PETRONAS !

14 Ogos 2010

SPARTACUS 2

previous entry


Lask week punya series sangat lah menyayat hati.

Kisahnya (secara ringkas), didalam group gladiator dibawah naungan House of Batiatus, Spartacus adalah juara Capua terkini setelah beliau dengan Crixus menewaskan Theokoleus sebelum ini dimana Spartacus telah membunuh Theokoleus yang hebat itu. Spartacus ada seorang kawan yang sangat rapat iaitu Varro. Mereka sangat rapat dan saling berkongsi suka duka sepanjang berada di dalam tempat tinggal gladiator.


Semasa satu majlis meraikan ke teruna an anak Majistret, yang Batiatus cuba untuk mendapatkan pengaruh bagi membolehkan nya mendapat tempat dalam kerusi Senat, Spartacus sepatutnya dipilih untuk bertarung dengan Crixus (bekas juara Capua) bagi satu perlawanan pertunjukkan (demo).

Walaubagaimanapun, Illythia yang sangat benci pada Spartacus telah menghasut anak Majistret supaya memilih perlawanan antara Spartacus vs Varro - dua sahabat baik.

Perlawanan pertunjukkan berjalan lancar sehingga lah akhirnya Spartacus menang dan menghalakan mncung pedang ke bahu Varro sementara menunggu keputusan anak Majistret samada tanda bagus atau mati.



Memandangkan ianya adalah pertarungan pertunjukkan sahaja, sepatutnya anak Majistret menunjukkan tanda bagus. Tapi, dia telah menunjukkan tanda bunuh sebab telah termakan hasutan Illytia yang dengki dan jahat tu.


tanda bunuh dalam gladiator

Sebagai kawan yang sangat rapat, Spartacus tidak sanggup untuk melakukannya. Batiatus (tuan mereka) jadi serba salah. Namun, terpaksa juga menyuruh Spartacus untuk meneruskan arahan bunuh yang diberikan demi untuk mengambil hati tuan Majistret. Sekiranya tidak, kedua2 nya akan dibunuh. Spartacus masih tidak sanggup.

Akhirnya, Varro sendiri menikamkan pedang Spartacus yang muncungnya memang sudah sedia di bahu beliau. Sebelum mati, Varro meninggalkan pesanan pada Spartacus..

"Live. And, please take care of my family"

dan Varro terus menusukkan pedang Spartacus lebih dalam dan tersungkur mati dengan bergelumangan darah.

Itu lah pengorbanan seorang kawan baik..

Sedih pulak aku dibuatnya..

p/s : hopefully, malam ni cerita will e equally thrill and exciting..

13 Ogos 2010

SAHUR - APA PILIHANKU ?

4:15am.. "Go on.. go on.. with hope in your heart.. and you'll never walk alone.. you'll never walk alone..", alarm handphone aku berbunyi mengejutkan aku untuk bersahur.

Apa pilihan aku untuk sahur ?

Ini lah jawapannya :

Quaker Oatmeal (instant) - pek warna merah


(google)


Bermula tahun lepas, aku mula makan Quaker Oatmeal untuk sahur sebab aku rasa ianya bagus untuk 'menampung' kekosongan perut seharian. Pagi2 buta ni biasa nya tak berapa lalu sangat nak makan nasi. Dan lagi, kalau makanan orang melayu ni tentu lah tak sah kalau tak pedas. Bila dah makan pedas, pagi2 nanti mula la perut rasa pedih kerana penangan cili dan mula nak meragam.

So, untuk mengelakkan 'bencana' seperti itu aku selalunya sangat jarang la makan nasi kalau bersahur terutama2 kalau lauk2 nya pedas. Kecuali kalau makan di rumah mentua atau mak aku - sebab diorang makan nasi masa sahur. Takkan aku nak tolak pulak. Aku ni kan ke anak & menantu mithali.. hahaha (gelak orang jahat).

Quaker Oatmeal ni ada dua pilihan. Pek merah dan pek biru. Pek merah ialah instant oatmeal dimana kita tak payah nak masak. Tuang air panas je dan boleh makan. Pek biru pulak, kena masak atas dapur dalam 3-5 minit. Mungkin sebatian nya berlainan kot. Tak pernah pulak aku check kenapa..

Pilihan aku ialah pek merah. Instant. Pantas. Segera.

Sediaan Quaker Oatmeal pilihan aku :

1) 5 sudu besar Quaker Oatmeal (instant)
2) 2 sudu besar susu sejat F&N
3) Air panas baru dimasak



Durasi penyediaan ialah campur tolak 10 minit termasuk masa untuk memasak air dalam cerek.

Janganlah terpedaya dengan gambaran 'exotic' diatas, sebab ianya semata2 untuk hiasan. Tapi, lebih kurang begitulah.. minus kismis, bunga, air oren, buah2an. Oh ye, aku guna gelas besar, bukannya mangkuk.

Oat ni di katakan (dan juga berdasarkan kajian) sangat baik untuk menurunkan kadar kolestrol. Even, iklan nya kat tv pun claim macam tu. Baca disini untuk mengetahui kelebihan dan kebaikan oat --> Jantung lebih sihat dengan oat (Utusan Malaysia). Emm.. ada chance la untuk aku bertambah kurus, hensem dan macho selepas tamat bulan puasa ini.. hahaha (gelak orang jahat).

Jom sahur!

p/s : entry ini tidak di taja oleh Quaker Oat ye..



12 Ogos 2010

MAKAN2 PENGHARGAAN & SAMBUT RAMADHAN

Selasa, 10/08/2010

Satu majlis makan2 telah di adakan untuk menghargai peningkatan performance unit kami, staff2 yang di permanent kan dan menyambut ramadhan.

Lokasi : Office
Masa : 1230 tengahari


jamuan makan @ ofis


Latar belakang :

Aku telah di tugaskan melalui keputusan mesyuarat untuk meng arrange kan satu majlis makan2 di mana sumber kewangan nya datang daripada kutipan di antara staff. Lepas sedikit mesyuarat, kami telah setuju untuk menu seperti di bawah :

Main course : Nasi putih, ayam golek 5 bintang, tomyam campur, ulam2, sambal belacan

Dessert : Puding caramel, cream puff, air sirap+oren



Oleh itu, AJK adhoc yang paksa-rela telah dilantik dengan menggunakan kuasa veto untuk menjayakan majlis makan2 ini.

Hari majlis :

Memandangkan aku adalah 'kapten' adhoc committee maka secara automatiknya aku menjadi MC of the day. Lepas bagi mukadimah yang agak panjang, aku pun jemput lah staf aku untuk baca doa. Selesai doa, ucapan oleh bos unit kami. Pendek je ucapannya sebab semua orang dah lapar.

Waktu makan :

Cadangan asalnya ialah makan2 untuk unit kami sahaja. Tapi, modus operandi kami ialah sesiapa yang lalu di kawasan jamuan akan secara automatik dijemput ke jamuan tersebut. Makanan dah lama terhidang dan sangat mengiurkan. Bau nya penuh satu ofis dan mungkin juga menarik staf2 daripada unit lain. Cuma mungkin diorang segan sebab tidak di jemput, maka diorang pun buat2 la macam banyak kerja dan sangat busy (hahaha.. gelak orang jahat).

Benda pertama sekali yang di serbu ialah Pizza!

Memandangkan pizza nya ada dua (large size) sahaja, semua agak 'berebut2' la nak merasa pizza tu. Mujurlah dah dipotong kecil2. Kalau tidak, tak merasa la.

Next yang diserbu ialah, dessert station yang mana diatas nya ada puding caramel, dadih, kek lapis, kek buah dan cream puff. Lazat2 semuanya. Semuanya home-made kecuali cream puff yang dibeli di kedai dekat station LRT. Sayang pulak tak ambil gambar.

Melihatkan serbuan ke arah dessert station tu makin bertalu2, aku pun dengan segera ambil dan reserved kan untuk diri sendiri. Kalau lambat nanti, takut tak merasa la pulak.

Bila semua staf unit kami dah makan, makanan masih ada banyak lagi. So, kami pun mula la memanggil staf2 dari unit2 lain yang 'berjiran' untuk joint makan. Nasib baik juga diorang join sama. Kalau tidak, tentu makanan tu semua tak habis.

In the end, apa yang tinggal hanyalah bekas2 kosong dan sebungkus plastik bag hitam yang besar dan sarat berisi.

Seronok dapat arrange jamuan untuk semua orang dan hopefully next time boleh buat lagi.. mungkin jamuan raya pulak kot..

Thanks to the AJK Adhoc yang bertungkus-lumus..

11 Ogos 2010

OPERASI MENGECAT RUMAH

Sabtu, 07/08/2010

Satu operasi 'besar2an' telah dijalankan hari sabtu lepas untuk mengecat rumah yang 'bakal' diduduki oleh emak aku. Bukan lah rumah 'baru', tapi rumah yang 'baru' diperbaiki sebulan yang lalu. Asalnya, ini adalah rumah yang disewakan. Tapi, penyewa 'mengelat' asyik takmo bayar je.. emak aku pun notis kan penyewa tu keluar.

Kos repair mencecah ke RM10k dimana bahagian atap semuanya diganti baru kerana sebelum ni asyik dengan masalah bocor. So, RM10k kemudian.. takde la bocor lagi. Wiring nya adik lelaki aku yang buat. Dia belajar kemahiran dulu di sebuah institusi kemahiran di Sik.

Pada mulanya, hanya aku dengan adik lelaki aku je yang plan untuk mengecat ni. Sudahnya, anak2 buah dan sepupu aku pun datang tolong sekali. Seronok tengok kami mengecat agaknya. Excited.


pengecat professional - anak2 buah aku (wawa & mimin)


Operasi mengecat.

Jam 11am kami pergi beli cat kat kedai di bandar baru. Adik bongsu aku sibuk sangat nakkan warna pink. Bukan duit dia pun, duit aku. Tak kisahla. Dia yang nak duduk dengan emak nanti. So, kami pun beli lah warna seakan2 pink (memang pink pun) untuk operasi mengecat kami tu. Aku tak mahir bab2 ini, so adik lelaki aku take the lead la. Aku follow dan jadi financier saja.

Senarai barang dibeli :

1) 1 x 7 liter cat under coat - putih = RM 35
2) 2 x 7 liter cat warna pink = RM 70
3) 2 x berus pengelek besar
4) 1 x berus pengelek kecil
5) 1 x berus cat besar
6) 2 x tapak bekas cat
7) 1 tin filler (untuk tutup lubang2)

Semuanya RM 140 tunai..

Selesai semuanya, dan selepas makan2, operasi mengecat pun bermula sambil dibantu dengan gigih oleh anak2 buah aku 2 orang. Semangat betul depa mengecat. "Jaga2, jangan sampai kena baju. Karang mama nko marah pulak", sekali sekala aku peringatkan diorang semasa mengecat. Sebabnya, tengahari tu diorang nak pergi kenduri doa selamat sempena Mak Yong diorang kahwin tempohari.

Mula2 sapu under coat dulu pada dinding yang berwarna supaya tak la teruk sangat bila nak sapu cat yang berwarna pink tu. Bila dah sapu under coat, baru lah warna cat yang baru dapat menyerlah. Tidak di overlap oleh cat yang lama. Dan, kalau ada under coat tak perlu nak ulang cat warna sampai banyak2 lapis untuk mendapatkan warna yang sekata.

Lebih kurang 3pm selesai sapu under coat. Rehat2 sementara tunggu cat kering dan operasi mengecat warna pulak bermula. Masa mengecat warna, dah tinggal aku dengan adik lelaki aku je. Sebab anak2 buah aku dah pergi kenduri. Kami pun mula mengecat lepas satu dinding ke dinding yang lain. Bermula daripada ruang tamu, pergi ke bilik sampai ke dapur dan bilik air.

Petang sikit, sepupu aku datang sebab nak jumpa adik lelaki aku. Dan, dia pun terus ambil berus pengelek dan join kitorang mengecat sambil borak2.

Bila nak maghrib, semua kerja mengecat dah hampir siap. Tinggal nak di touch up sikit2 terutama dibahagian pepenjuru. Dalam 7:45pm semua kerja mengecat siap. Baru lah rumah tu nampak cerah dan 'cantik' sikit. Kalau tidak.. dinding nya penuh dengan gambar2 dan tulisan2 'artifak' peninggalan penyewa sebelum ni sahaja. Dah macam dalam gua zaman batu pulak rasanya.


selesai - cat warna pink (tak berapa clear kalernya dalam gambar)


Aku dengan adik lelaki aku decide untuk cat satu lapis lagi bila emak dah nak pindah nanti (cadang2 nya 25hb) sebab emak minta cat selapis lagi. Nak bagi cantik katanya. Lagipun, masih ada sikit lagi kerja2 simen menyimen yang Pak Ngah aku nak buat.

Mungkin akan ada satu round mengecat lagi.. tapi, waktu malam kot sebab bulan puasa. Tak larat nak mengecat siang hari.

Eh, dah puasa rupanya.. cepatnya masa berlalu..