01 November 2010

MATA

Isnin, 01/11/2010


image : puteraaladin.blogspot.com


Pagi ni 'cik Mori akan operate mata. Kalau ikutkan appointment nya jam 7am di hospital kerajaan Ampang. Babuk akan menghantar 'cik Mori ke hospital memandangkan dia ambil cuti. Aku pulak dah janji dengan 'cik Mori yang aku akan datang petang nya bila tiba masanya 'cik Mori boleh keluar daripada hospital,

Masalah mata 'cik Mori ialah mata sebelah kirinya mengalami sindrom kekaburan. Kalau tutup mata sebelah kanan semuanya akan jadi blur. Oleh itu, doktor nasihatkan supaya operation di lakukan untuk menukar kanta mata 'cik Mori supaya dapat memperbaiki masalah tersebut.

Sudah agak lama tertangguh dengan macam2 isu. Faham2 je lah kalau hospital kerajaan.

Hopefully, semua nya berjalan lancar. Aku agak berdebar2 juga dengan operation 'cik Mori ni sebabnya 'cik Mori ada penyakit kencing manis. Doktor dah buat semua ujian yang perlu dan di dapati 'cik Mori 'sihat' untuk teruskan operation.

"YA ALLAH, ENGKAU PERMUDAHANKAN LAH URUSAN PEMBEDAHAN EMAK AKU DAN ENGKAU SEMBUHKAN LAH EMAK AKU DARIPADA PENYAKITNYA. SESUNGGUHNYA ENGKAU LAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI. AMIINNN."

Selepas operation 'cik Mori akan tinggal dengan aku supaya 'cik Mori boleh berehat dengan tenang. Hopefully, by a week.. 'cik Mori akan sembuh.


mood : suspen..

2 ulasan:

ardinihumaira berkata...

semoga dpermudahkan segala urusan, amin...

nurkaloi berkata...

amin....jap jap kekaburan sbb pe eaa??