02 November 2010

MATA 2

Semalam, 'cik Mori gi operate mata dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma, darah 'cik Mori naik tinggi sebelum gi masuk ke dalam bilik bedah -> 171/82. Sure sebab gemuruh lah tu. Lepas doktor bagi ubat, terus turun dan proceed operation.

Petangnya, aku sampai ke hospital dalam lebih kurang 2:05pm. Waktu melawat (12:00 - 14:00) sebenarnya baru je tamat. Tapi, atas jasa baik akak guard di situ.. aku dibenarkan naik ke atas wad 'sekejap'.

Sampai atas, terus tukar 'shift' dengan Babuk yang dah menunggu sejak daripada pagi nya. 'cik Mori tengah terbaring atas katil dengan matanya yang dah bertampal ala2 Jack Sparrow.

Jam 3:30pm, misi suruh ke klinik untuk check-up dan ambil ubat. Lepas tu boleh balik.

So, untuk seminggu ni 'cik Mori akan tinggal dengan aku supaya boleh berehat dan tidak di ganggu oleh budak hantu iklan (Shakir) & adiknya, Saif.

Oh ye, bila dah buat operation mata.. 'cik Mori di minta pakai spek mata hitam untuk mengurangkan silau dan menggelakkan habuk. Macam ni lah rupanya.. lebih kurang.


image : flickr.com

Tersenyum aku menengokkan 'cik Mori yang dah berusia 60++ tahun tu pakai spek mata hitam yang agak vogue macam paris hilton pakai berjenama Dior (bukan ori)

:-)

***

Penyakit 'cik Mori diklasifikasikan sebagai KATARAK

apa itu KATARAK ? kejap aku google cari info..

>
>
>
>
>

"KATARAK : Penyakit katarak adalah lensa mata yang keruh atau berkabut. Biasanya lensa mata yang sihat adalah jernih. Jika mata keruh, jalannya sinar akan terhambat dan lensa tidak dapat di fokuskan. Katarak umumnya timbul pada usia lanjut akibat pengerasan lensa yang tidak terhindarkan, tanpa ada rasa nyeri maupun rasa tidak nyaman. Biasanya penyakit katarak kebanyakannya dihidapi oleh pesakit diabetis...." lebih lanjut

OK, ini dia... sini (wiki), sini (majalahsains.com). Kalau nak lebih lanjut, taip je KATARAK kat google.. bersepah2 cerita pasal penyakit ini.


mood : lega..

4 ulasan:

Ieda Al-Habsyi berkata...

semoga cikmori cepat sembuh :) vouge tu pakai cerminmate itam :)

Siti Ruhayu Ab Rahman berkata...

ayu kan sebulan lebih jaga en zalie dihospital..

3 minggu di ward ENT (pakar mata dan tekak)

nak jaga pesakit katarak memang susah..tak boleh bersiar2....kena hati2..
pesan kat cikmori,,,,jangan makan makanan yang gatal-gatal

Pala Maldini berkata...

ayu : tq for the tips.. Cik mori kena kuarantin kat rumah seminggu ni b4 gi check up semula

ctpayong berkata...

terygium (spelling try check) lagi satu penyakit pd mata tp disbbkan uv. always put on your sun glasses utk elak penyakit ini. ckp omputih tu doctor punye ayat.

mangsa adalah mereka2 yg berkerja under the hot sun (cit, omputih lagi)