10 November 2010

JOM GI NOREH

Rujukan : Kosmo! Online, 10 Nov 2010

"Getah naik harga, pekebun raih RM4,000 sebulan

KUALA LUMPUR - Harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara kelmarin membolehkan kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram itu menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu." kosmo! online


Alhamdulillah, inilah masanya untuk penoreh2 meraih sedikit habuan untuk simpanan dan buat beli kereta baru.. hehehe

Rata2 penoreh getah adalah golongan yang bekerja keras tetapi hasil nya tidak lah seberapa sangat dibandingkan dengan usaha gigih yang mereka curah kan.

Memandangkan harga getah tengah mencanak2 naik ni.. boleh la pulun mana yang patut supaya boleh merasa senang sikit dengan nilai pendapatan yang sedikit tinggi daripada biasa. Kebetulan pulak, tak lama lagi dah nak raya dan cuti sekolah. Siapa2 yang ada kebun getah boleh lah mula menebas semak samun dan ambil cuti sebulan untuk gi menoreh.. LUMAYAN!!

6 ulasan:

segitujuh berkata...

aisey... dah tebang pkok2 tu 3 bulan lepas...

Hanis Azla berkata...

Alhamdulillah.. bertambah2 rezeki mereka..

Pala Maldini berkata...

segitiga : rugi la

hanis : mudah2an... boleh buat duit raya

Heidi Shafiq berkata...

aku nak tanam getah kat laman umah aku la..

Pala Maldini berkata...

heidi : kalau sebatang takde makna nya..

siti fatimah berkata...

cuti sem , kerja menoreh part time hehe