03 November 2010

RESIT

Dalam dunia serba moden ni dah tentu semua orang ada kad ATM, kan ? Tujuan nya takde lain selain daripada untuk memudahkan urusan keluar (kadang2 masuk) duit ke sistem bank.

Personally aku sendiri ada tak kurang daripada 2 kad ATM dan 2 kad kredit (berlagak! padahal hutang). Tidak di nafikan facility ini memang sangat memudahkan memandangkan ATM machine pun dah bersepah2 di serata tempat, tidak terhad di cawangan2 bank semata2.

OK. Apa yang aku nak highlightkan kali ini ialah tentang resit bank.

Setiap transaction akan ada di sertakan dengan resit untuk tujuan rujukan. Tapi, atas dasar kesedaran bank untuk kos saving.. satu option telah diwujudkan di ATM machine dimana di akhir setiap ATM transaction akan ada ayat lebih kurang maksudnya..

"Do you want a resit?", dan ada selection..,"Yes" or "No"

Apa yang korang selalu pilih ?

Ya! tepat sekali. Most people akan pilih "Yes" dan akan keluar lah resit.

Apa yang korang akan buat dengan resit tersebut ?

Ya! ada tiga tindakan :

1) Simpan dalam wallet/purse
2) Ambil, tengok dan buang dalam tong sampah (kadang2 tak tengok pun!)
3) Ambil dan campak atas ATM machine! atau, orang lain tolong campakkan

Korang yang mana satu ? Untuk kategori 2 & 3 tu aku betul2 tak faham apa fungsi nya korang pergi pilih "Yes", sedangkan tak ada niat di hati untuk simpan sebagai 'rujukan'. In the end, tempat ATM tu akan bersepah2 dengan kertas resit yang dibuang begitu saja. Apa tujuan.. aku tak pasti.

OK. Aku sendiri buat apa ?

Ya! aku adalah kategori 1. Thank God!

Sekurang2nya aku tak lah menyumbang kepada sampah sarap di ATM machine. Cuma, kadang2 aku pun tak pasti kenapa aku ambil resit tu.. sedangkan aku boleh tengok baki melalui perbankan online yang sangat popular itu.

So, renung2kan lah. Kalau tak perlu, tak payah lah nak "Yes" untuk resit di ATM machine. Atau sekurang2nya jangan lah jadi penyumbang-sampah di ATM machine lepas korang guna. Cuba bayangkan berapa batang pokok yang tumbang untuk buat kertas resit tersebut..?

Wah! macam aktivis alam sekitar pulak aku.. hehehe



nota : info menarik berkenaan kertas

9 ulasan:

Kujie berkata...

selalu pilih 'No' kalau Meps bukan bank asal sebab tak dicetak baki...kalau keluarkan dari bank asal, memang klik YES, check baki dan selit dalam beg duit

Pala Maldini berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Siti Ruhayu Ab Rahman berkata...

adeh..
tak pernah keluarkan wang dalam akaun

maklumlah..gaji cash jer..
hehehehehe..
so kategori D
(ada jer aku nie..lalalalall)

Pala Maldini berkata...

Ayu : heaven nya...

mastura rosni berkata...

penting tu resit tu...buat berat dalam purse...ala-ala banyak duit la..padahal penuh resit jer..hahh..hahh..

Hanis Azla berkata...

saya tekan yes dan simpan dalam purse.. lps tu penuhkan dustbin kat rumah pula.. lps ni kena fikir enviroment dululah sblm nak tekan yes..

Hanis Azla berkata...

saya tekan yes dan simpan dalam purse.. lps tu penuhkan dustbin kat rumah pula.. lps ni kena fikir enviroment dululah sblm nak tekan yes..

MELAH berkata...

saya simpan latest resit, sebab boleh budget berapa yg boleh belanja, berapa yg kena simpan.hihi.

ctpayong berkata...

entry yg baik.

pengajaran pada mereka yg tak tahu guna kemudahan.

kak ct guna cheque keluar duet. itu bohong ok kak ct. ya kak ct ter"bohong"