25 November 2010

DENGGI

Serangan denggi melanda kawasan kejiranan sebelah lately. Area dimana school Nurin hana berada. Ada banyak banner2 yang di naikkan oleh kementerian kesihatan (berdasarkan cop mohor kerajaan pada banner tersebut) untuk mengingatkan orang ramai tentang perihal bahayanya serangan denggi ini.



image : bg-sentinel.com

Teringat aku satu masa dulu (tak silap last year), Nurin hana di serang denggi. Alkisahnya, Nurin hana demam2 dah beberapa hari. Demam, baik, demam, baik, demam, baik. Gi klinik dah tiga empat kali, pun masih lagi macam gitu juga. Akhirnya, aku ambil keputusan untuk bawa Nurin hana ke klinik pakar Az-Zahrah, berjumpa dengan doktor pakar kanak2 disana, Dr Nik.

Bila Dr Nik check, beliau suspect something is not right. Ini bukan demam biasa dan ada tanda2 nak kena denggi. So, kena buat blood test. Lepas result keluar, Dr Nik nasihatkan agar Nurin hana di masukkan ke wad untuk pemeriksaan dan pemerhatian lanjut.

Almost a week juga lah Nurin hana dan cik puan kpp berkampung di Az-Zahrah. Mujur masa tu, cik puan kpp masih belum starts kerja lagi.. masih lagi 'honeymoon' belajar. Memang sah kena denggi tapi masih di peringkat awal. Lepas 2 hari dok di hospital, baru lah symptom2 denggi tu kelihatan seperti demam dan bintik2 merah di seluruh badan. Mujur kami ambil tindakan awal.

Akibat daripada kes denggi Nurin hana, aku telah di hubungi oleh pihak jabatan kesihatan untuk operasi semburan asap untuk aedes di rumah. Jiran2 aku pun kena sekali tempias nya (diorang sembur rumah2 bersebelahan juga). Rumah aku tidak dapat di sembur, sebab kami telah 'melarikan diri' dok di rumah in-laws aku untuk menggelakkan kejadian denggi lagi.

Moral of the story, kalau asyik2 demam, baik, demam, baik.. segera lah ke hospital untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan segera bagi mengesan denggi dari awal

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian.. sudah tidak berguna lagi

Sama2 lah kita mencegah pembiakan eades dan penularan wabak denggi

berita denggi (125 kematian sudah dicatatkan): Berita Harian

11 ulasan:

Mak Su berkata...

skrg mmg musim nyamuk banyak

rieyana ynn berkata...

singah sini jap..;D..bahaya penyakit yg di bawa oleh nyamuk..

Pala Maldini berkata...

memang bahaya.. boleh membawa maut!

Pala Maldini berkata...

maksu : kena lah clearkan apa2 yang patut (air bertakung..)

Heidi Shafiq berkata...

mak aku baru sihat dr demam denggi.. alhamdulillah..

wahida berkata...

kalau terkena demam denggi ni ubat dia adalah sup ketam...

Pala Maldini berkata...

HS : alhamdulillah..

Wahida : ye ke? Tak tau pulak..

ardinihumaira berkata...

dni risau gak kat rumah dni banyak nyamuk skang ni. huu

Hanis Azla berkata...

hujung tahun 2008 saya dan 2 anak lelaki admitted di az-zahrah sbb denggi juga.. waktu tu mmg takut sgt sbb ada pengalaman adik ipar meninggal akibat denggi. BTW selain sup ketam, guava juice pun elok untuk demam denggi.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
org malaysia tak takut denggi..h1n1 ya la takut

Pala Maldini berkata...

hanis : tips baru ni.. Tak pernah dengar..

Brutalsolo : aku rasa sama je bahaya nya.. Cuma denggi tu macam dah biasa dengar, itu yg macam buat tak kisah