05 November 2010

DEMAM.. NAK ICE CREAM

Hari ni Nurin hana demam.. oh, tidak!

:-(

Demam nya mula daripada semalam masa di school. Macamana boleh demam aku pun tak pasti. Padahal, pagi tu aku hantar ok je sihat wal'afiyat.. emmm.. ini mesti kes ada parents yang hantar anak demam ke school dan kemudian nya menjangkit pada Nurin hana. Aku di fahamkan, ada 2, 3 budak lagi yang demam di school.

So, sebagai ibu mithali cik puan kpp balik awal semalam untuk ambil Nurin hana daripada school dan bawa pergi klinik.

Malam nya, badan Nurin hana masih panas. Cik puan kpp dah tidurkan dia di tingkat atas.

Bila aku balik, tukar shift dengan cik puan kpp sebab cik puan kpp nak kena masak.

Jam menunjukkan pukul 6:45pm

Tiba2 Nurin hana bangun dan berkata..

"Papa, Nurin hana nak ais krim. Nanti Nurin hana dah sihat, Papa belikan ais krim ye.."

huh?! ni mesti kerja cik puan kpp!


p/s : berhati2 berjanji dengan anak, sebab diorang akan ingat & tuntut kemudian.. selagi tak dapat!

5 ulasan:

Kujie berkata...

betullah tu... kadang2 bila kita lalu satu2 tempat, dia boleh ingat kisah dulu2 kat tempat tu

ardinihumaira berkata...

hehe... habisla kalau janji ngan budak2. sampai bila2 dia akan tuntut. siap ungkit2 lagi ;D

Tanpa Nama berkata...

Saya pernah bercakap kalau rajin berlajar akan dibelinya mainan tak sangka anak saya maksudkan memang hendak beli hari itu. Apa yang saya maksudkan kalau rajin belajar, mainan tentu boleh beli. Hendak tak ndak saya terpaksa tunaikan kerana ia asyik mengunkit walaupun saya bermaksud lain. Budak-budak tak faham

Pala Maldini berkata...

betul.. Belum sempat sihat betul lagi, dia dah minta tadi... Adoiyai... (alhamdulillah, suhu dah surut sikit)

Hanis Azla berkata...

itu mmg biasa.. mama buat janji ayah kena tunaikan.. ha..ha.. janji dengan anak kena tunaikan.. kalau tidak tak sudah mengungkitnya.. pastikan anak minum banyak air yer.. mmg musim demam skrg ni..