Lokasi : Selayang
Tarikh : Ahad, 28/11/2010
Petang semalamnya acara pernikahan sudah selamat di jalan kan. So, hari ini masa untuk bersanding..
Kawasan taman perumahan agak crowded dan kena lah jadi creative untuk mencari tempat parking yang sesuai. Jangan nanti, habis makan kenduri.. kereta kita pun di 'kenduri' kan orang sebab menghalang jalan.
Aku bertolak daripada rumah FIL lebih kurang jam 12:50 tengahari. Masih lagi panas.
Macam biasa, kalau gunakan MRR2 amatlah jammed. Hadap kan aje lah. Cik puan kpp suruh ikut jalan lain.. tapi, bila aku tanya balik samada dia tau atau tak jalan 'lain' yang di maksudkan tu.. dia senyap je - senyap tandanya tak tau lah tu. So, ikut MRR2. Baru nak mula masuk dah jammed, terhegeh2 - biar lambat, asalkan selamat.
Sampai area batu caves baru aku perasan yang minyak kereta dah merah. "Isi minyak dulu lah, kat sini ada petronas", aku berikan cadangan. Aku belok dan isi minyak. Hujan pun mula turun - berderum sekali turun.. lebat giler! tapi, sekejap je dah reda. Lepas isi minyak, aku teruskan perjalanan menuju ke destinasi.
Bila aku sampai kawasan rumah orang kahwin, hujan makin lebat. Memang kaw2 punya lebat. Masa tu dah jam 1:30pm. Nurin hana dah sibuk nak nengok orang "pak-pong-pak-pong" - maksudnya, orang main kompang orang kahwin. Kalau dah hujan lebat macam gitu.. jangankan kopang, pengantin pun bertempiaran lari!
Lama juga aku bertapa kat dalam kereta untuk menunggu hujan sedikit reda. kalau di redah dalam keadaan yang lebat tu, memang kuyup lah juga separuh badan walaupun berpayung. Tunggu punya tunggu ada lah nak dekat 30 minit.. tapi, masih tidak menampakkan tanda2 untuk reda..
"Redah aje la.. nak tunggu, sampai bila", aku berikan cadangan
"OK", cik puan kpp setuju tanpa rela
Dipendekkan cerita, berpayung lah aku ke majlis orang kahwin. Lupa nak diperkenalkan siapa gerangan pengantin ni..
Amus kiranya pangkat 'dua-pupu' lah dengan aku. Meaning, bapa Amus dan 'cik Mori adalah sepupu. Maksudnya, kami ni mempunyai moyang yang sama - moyang Manap. Nama Amus yang sebenarnya ialah Donny Osmera bin Othman. Aku serius.. bukan main2 ye. Memang nama dia Donny Osmera. Tidak ada kena mengena dengan Ed Osmera si pelakon tu. Cuma, nama panggilan nya sahaja Amus. Aku di fahamkan sebab masa kecil2 dia asyik tidak sihat dan mungkin "nama tidak serasi", sebab itu dia di panggil Amus.
OK, sambung balik cerita pengantin. Aku sampai2 je kat khemah pengantin, terus cari port untuk makan. Sessi pengantin berarak atau merenjis2 atau apa aktiviti pun takde. Aku suspek semuanya dah selesai. Tak kisah lah.Aku ke meja buffet dan ambil apa2 yang patut. Cik puan kpp menyusul kemudiannya. Kiri kanan depan belakang penuh dengan muka2 sedara mara je.. sengih je la. Aku lapar.
Walaupun hujan lebat.. tapi, majlis tetap meriah. Itu lah yang orang kata Hujan Rahmat!
Gambar bawah ni adalah set potong kek. Meriah dan cantik. Atas meja penuh dengan kek, ada tiga (3) semuanya - 1 kek pengantin, 1 kek hari lahir pengantin lelaki, 1 kek hari lahir anak buah pengantin lelaki yang kebetulan pada tarikh yang sama..
Sedang aku makan2 pengantin keluar dengan pakaian Tuxedo dan Gaun putih. Siap sedia untuk potong kek. Kebetulan, tarikh nya sama dengan tarikh lahir Amus, si pengantin lelaki.
Selesai potong kek, sessi bergambar pengantin pula.
"Amus, semoga kasih yang di meterai berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Amiinnn"