06 Oktober 2010

TIAP SESUATU.. ADA HIKMAH NYA

"Raeis, maaf. Esok tak dapat datang open house rumah nko", aku sms pada ex-housemate aku masa belajar di perantauan dulu

"OK, Pala. No prob. Harap2 Taufik dan Hanz dapat datang", beberapa minit kemudian sms balasan daripada Raeis meng-acknowledged sms aku sebentar tadi

***

Hari sabtu siang dah letih gi Marathon Raya, malas pulak aku nak ke Kajang lagi (rumah Raeis) esoknya untuk open house. Bukan aku tak nak, tapi badan rasa tak larat sangat. Sakit2 dek penangan Marathon Raya. Therefore, aku ambil keputusan untuk tak pergi.

"OK, Yang. Esok tak jadi la gi rumah kawan abang kat Kajang tu", aku explain pada cik puan kpp yang sedang bersenang2 landing atas lantai

"OK", pendek je jawabnya

Esoknya (Ahad)..

Sedang aku, cik puan kpp dan Nurin hana bersenang2 di ruang tamu.. dari jauh aku nampak jiran sebelah (Nor) datang menuju ke rumah kami yang tak berpagar tu.

"Arhh.. sudah. Takkan diorang nak datang beraya kot? Rumah sepah ni. Pakaian pun tak semenggah", kata aku dalam hati

(tak semenggah = pakaian tidak proper, tidak senonoh)

Aku bingkas bangun, "Yang, Nor datang tu", aku maklum kan pada cik puan kpp dan bingkas ke dapur (ala2 sembunyi la.. dengan pakaian tak semenggah aku tu). Entah apa yang di bualkan cik puan kpp dan jiran sebelah (Nor), aku tak pasti. Tidak kedengaran biji butir nya.

"Diorang ajak ke rumah.. birthday Shafiq. Pukul 11am", explain cik puan kpp pada aku

"Oooo.. ok la. Lepas tu boleh terus gi Carrefour"

***

11:00am..

"Tak ingat la tadi Nor kata 11 ke 11 setengah", cik puan kpp ragu2 dengan masa

"Alah.. kita gi 11 suku la.. amik tengah2", aku bagi cadangan penyelesaian melihatkan cik puan kpp dok gelisah mengintai samada tetamu lain dah datang ke belum.

Tepat jam 11:15am kami pun ke rumah sebelah. Bagi salam dan duduk sembang2. Walaupun dah berjiran semenjak mula2 kawasan perumahan ni dibuka, interaksi antara kami memang sangat minima. Setakat bertegur sapa angkat2 tangan dan tegur2 gitu sahaja, terutamanya aku yang memang lemah bab2 sosial ni. Inilah kali pertama aku menjejak kan kaki ke rumah diorang selama lima (5) tahun itu. Bayangkan lah.. berjiran lima (5) tahun, nama penuh diorang pun aku tak tau - teruk benar aku ni !!

Anyway, bila dah masuk.. aku try to be as peramah as I could yang sememangnya sangat sukar bagi orang yang introvert macam aku ni. Borak lah segala topik yang ada.. dan yang paling mudah soal balik raya (sebab diorang orang pantai timur, sure panjang ceritanya pasal jammed hehe..).

15 minit kemudian, aku di jemput makan. Padahal orang lain belum datang lagi. Birthday boy nya pun entah kemana menghilangnya. Tak nak menghampakan tuan rumah.. aku cik puan kpp & Nurin hana pun makan.

Menu : Selain kek happy birthday - mee kari (sedap!), nasi goreng cina, sate, nugget, mini hot dog, tat buah2an dan tembikai.

Aku makan mana yang larat. Mee kari diorang memang BEST ! sampaikan cik puan kpp teringin pulak nak buat mee kari..,"di alu2kan", kata aku dalam hati

Setengah jam kemudian baru lah acara majlis yang sebenarnya bermula.. Majlis Happy Birthday Shafiq. Nyanyi2, tiup lilin dan potong kek. Sementara tu, aku gi kat ruang tamu pula menikmati sofa lembut tuan rumah yang empuk!

12:00am..

"OK lah, kami berangkat dulu", kata pembuka aku kepada tuan rumah

"OK"

Kami bersalam2an dan aku sekeluarga pun 'berangkat' balik (macam lah jauh benar)..

***

No wonder hati aku berat je nak gi ke open house kawan aku kat Kajang tu.. rupa2nya nak ada jemputan daripada jiran sebelah yang memang dah lama kami nak gi ke rumah mereka.. ziarah sambil2 nengok perabot2 baru yang diorang ber iya2 beli dulu yang mana kami hanya dapat mengintai daripada sebalik langsir sliding door! :-)

Itu lah.. tiap sesuatu yang terjadi, pasti ada hikmah nya..

Kalau aku pergi rumah kawan aku Raeis, tentu aku tak dapat nak gi ke rumah jiran aku tu.. Sudah tentu lah menziarahi jiran lebih afdal..

Tiap sesuatu.. ada hikmahnya. Ya, kini aku semakin yakin!



p/s : patutkah aku amik astro beyond macam jiran aku juga ? emmm.. tempting!
p/s2 : Gambar takde..

2 ulasan:

hamzah ian berkata...

gua dah sebulan tak tngk astro. argh..

Pala Maldini berkata...

rugi lah lu dengan satu nikmat dunia.. hehehe