14 Oktober 2010

TENTANG BETIK - BUAH SULUNG

cerita terdahulu

OK, tak sabar nak tunggu betul2 kuning semua nya dan juga takut buah di makan oleh burung.. aku pun petik lah buah tu dan simpan di dalam rumah (masak peram).

Satu hari.. dua hari..

Aisey, tak sabar benar aku nak merasa 'air tangan' aku yang sulung ni..

Masuk hari ketiga, aku pun kupas dan potong buah betik tu - tak sabar.

Oleh itu, dibawah ini lah hasilnya..


buah betik sulung


Dan, quality control by Nurin hana menberikan tanda thumbs up bermakna sedap dan manis..
Alhamdulillah, buahnya sedap dan tidak berulat seperti yang jiran aku, Syahmi cerita pasal buah betik yang dia tanam.


quality controller - sedap!


Malam tu aje, setengah pinggan aku dan Nurin hana membedal buah betik tu. Cik puan kpp pulak buat2 jual mahal.. ntah apsal aku tak pasti. Nasib lah kalau habis nanti :-p

Esoknya, aku dan Nurin hana sambung makan lagi.. sampai habis sepinggan

Tiba2..

"Betik tu dah habis ke ?", cik puan kpp bertanya bila nampak aku membasuh pinggan yang berisi buah betik yang aku potong malam tadinya.

"Dah habis..", konfiden je aku jawab

Tu la.. masa banyak tak nak makan. Dah abis, baru nak tanya :-p

Takpe, masih ada banyak lagi yang bergantungan di pokok dan sedang menunggu untuk di petik..

Nyam! Nyam!


p/s : bersemangat pula aku nak try tanam pokok buah yang lain.. emm

2 ulasan:

Ieda Al-Habsyi berkata...

kalo ada lagi nak sikit ek,hehehhe! (muka takmalu mintak ;p)

Pala Maldini berkata...

takut nanti kalau pos.. sah2 dah bersepai buah nya. Kalau seriously nak try, bagi alamat la.. (to my email add)

:-)