20 Oktober 2010

KISAH SUAMI ISTERI - EPISOD TIGA PULUH RINGGIT

Suatu petang di dalam kereta sepasang suami isteri sedang berborak berkenaan nursery anak mereka..

"Sayang, nursery anak tu kan selain daripada bulanan.. ada buat macam transit juga tau", kata si isteri kepada suami nya yang sedang khusyuk memandu

"Untuk apa ?", tanya si suami

"Ala.. contohnya kalau orang tu nak suruh jaga untuk satu hari je, boleh la hantar", terang si isteri

"Emm..", si suami sekadar buat muka pelik

"Katakan ada orang tu.. maid dia lari atau tengah tunggu application di proses, so boleh la diorang hantar anak ke nursery tu", explain si isteri dengan bersungguh2

"Kena bayar ke ?", respond si suami

"Kena lah.. tiga puluh hari, sehari", jawab si isteri

Si suami dapat rasakan sesuatu yang pelik dalam ayat penyataan si isteri tadi. Lalu meminta si isteri mengulanginya.

"Berapa ?", tanya si suami

"Tiga puluh hari, sehari", jawab si isteri lagi

Si suami terus rasa pelik dan tanya lagi..,"Berapa ?"

"Tiga puluh ringgit, sehari!!", tegas si isteri

"Oooo.. tiga puluh ringgit. Tadi, Sayang kata tiga puluh hari, sehari..", explain si suami

"Eh, ye ke ? takde la.. memang saya kata tiga puluh ringgit, sehari", kata si isteri cuba menegakkan benang yang basah

"Tak lah.. abang dengar clear. Sayang kata tiga puluh hari, sehari", tegas si suami pula

"Tak.. betul. Tiga puluh ringgit, sehari", tegas si isteri pula

"I know what I heard..", si suami terus mematikan perbualan dengan menumpukan perhatian ke arah pemanduan di jalanraya.



Moral of the story : berhati2 bila berkata2 kerana orang lain mungkin mendengar lebih jelas daripada telinga kita yang bertutur..

10 ulasan:

segitujuh berkata...

kalau anak boleh masuk universiti terus kan bagus

Ieda Al-Habsyi berkata...

hohoho! fikiran ke lain kot masa dia ckp, tu salah sebut

GaDis CoMeL berkata...

iyer, sy pun dengar 30 hari, sehari.


keh3x

mastura rosni berkata...

ala...biasa la tu...bercakap sambil fikiran menerawang jauh..

Pala Maldini berkata...

segitujuh : masuk U terus tentu tak thrill..

Pala Maldini berkata...

Ieda : gamaknya lah.. si isteri tengah pikir nak masak apa masa sampai rumah nanti.. kot?

Pala Maldini berkata...

Gadis comel : keh3xkiok!

Pala Maldini berkata...

pengomen baju merah : sampai ke bulan agaknya kot.. eh ?

Mak Su berkata...

hahaha! okeh okeh, dah dah, tumpukan perhatian, nanti tak kusyuk nak drive

arieDRifke berkata...

salah cakap..huhuhu