ini bukan gambar mayat.. dalam kain itu adalah patungMaksud Firman Allah s.w.t :
Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." surah al-jumu'ah, ayat 8
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." surah Ali Imran ayat 185
Menurut hukum syarak, apabila seseorang Islam itu meninggal dunia, wajiblah ia dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan.
Kewajipan ini adalah FARDU KIFAYAH.
rujukan
***
peserta kursus di surau an-nur
Weekend lepas aku pergi ke satu kursus yang di panggil - KURSUS PENGURUSAN JENAZAH - dibawah kelolaan dan anjuran jawatankuasa KRT kawasan aku. Kursus dibuat di Surau kawasan komuniti dan di kendalikan oleh Ustaz Asri - Imam Masjid Al-Mizan.
Honestly, aku memang tak pernah nak ambil tahu berkenaan perkara ini.
Tapi, bila email dalam yahoogroups dihantar oleh penganjur, terus terdetik kat hati aku nak join walaupun weekend tu dah plan nak gi balik 'kampung' - tido rumah emak aku. Kursus sampai tengahari je, lepas tu masih boleh balik lagi. Lagipun, bukannya jauh sangat pun.
OK. Actually, aku ada ambil video. Tapi, memandangkan tahap amatur aku dengan dunia blogging ni.. aku tak tau macamana nak share. So, aku cerita lah serba sedikit apa yang aku pick-up daripada kursus tersebut.
Ada empat perkara dalam pengurusan jenazah :
1) Di mandikan
2) Di kafankan
3) Di sembahyangkan
4) Di kebumikan
Yang sentiasa menjadi 'mitos' dan kegerunan kepada kita ialah bab 1 hingga 3 - terutamanya bab 3. Seringkali orang kata, susah lah.. nak sembahyang 'tak bersih' la dan macam2 lagi. Sedangkan yang sebenarnya, kita tak RETI (reti = tahu, boleh buat). Sebab apa tak reti ? - sebab kita tak cuba ambil tahu. Alasannya :
"Ala, Fardu Kifayah.. orang lain buat, aku tak payah" - ini ungkapan yang biasa kita dengar bila berkaitan dengan hukum Fardu Kifayah ini, kan?
***
1) Di mandikan jenazah :
Yang wajibnya adalah merata kan air keseluruh jenazah
2) Di kafankan jenazah :
Yang wajibnya, kain kafan satu helai. 3 helai adalah sunat untuk jenazah lelaki. 5 helai sunat untuk jenazah wanita
3) Di sembahyangkan jenazah :
Niat. 4 takbir yang di iringi oleh bacaan tertentu. Jenazah kedudukan nya di hadapan imam. Sunat di buat 3 saf
takbir pertama : Alfatihah
takbir kedua : selawat nabi
takbir ketiga : doa "Allahuma fir lahu, warhamhu.." (kalau jenazah wanita - 'hu' ganti dengan 'ha', kalau banyak jenazah campur2 - 'hu' ganti dengan 'hum')
takbir keempat : doa
doa di takbir ketiga dan keempat tu, rujuklah kitab2 untuk doa penuhnya. Aku tak hafal. Lagipun, kita kan ke mengikut imam.
4) Di kebumikan jenazah :
Di iringkan ke sebelah kanan dan di hadapkan ke arah kiblat. Sebaik2nya muhrim (lelaki) si mati yang berada di dalam kubur untuk menguruskan nya
Disepanjang proses pengurusan jenazah, hendaklah di jaga aurat jenazah daripada terdedah hatta kepada orang2 yang menguruskan nya.
***
Bukan nak kata aku DAH PANDAI lepas pergi kursus tersebut, cuma at least terbuka sikit lah mata aku dan tahu serba sedikit adab dan aturan perjalanan pengurusan jenazah. Orang kata, sikit2 tu tau la..
Anyway, masa kursus tempohari ada di buat 'praktikal' menggunakan model patung. Dapat jugalah pengetahuan asas serba sedikit apa yang wajib dan apa yang sunat serta mana yang bida'ah.
Oleh itu, aku strongly recomended pada korang semua untuk at least pergi kursus seperti ini supaya sekurang2nya ada pengetahuan berkenaan perkara Fardu Kifayah ini.
Ustaz menasihatkan, mungkin kita perlu ubah :
Fardhu Kifayah tu daripada "biar orang dulu aku tak payah" perlu ditukar kepada "biar aku dulu orang tak payah"
Fardu Kifayah : kalau tiada seorang pun dalam kawasan (mukim) itu membuatnya, maka semua orang di dalam kawasan (mukim) itu berdosa.
wallahu'alam..
disclaimer : sekiranya ada percanggahan tentang apa yang aku tulis dengan Al-Quran & Hadis, maka terbatal lah pandangan atau tulisan aku ini. Untuk itu, aku memohon keampunan daripada Allah, semoga Allah memaafkan kelemahan dan kekurangan aku.
12 ulasan:
tak semua d gerakkan hati utk join kursus cmni kan. tahniah.
:-)
Seram juga bila fikir2 kan...
Fuhh..
Tahniah sbb ko berani..
Yg pasti lelaki harus berani..
Kan2????????
Tabik sm lu..
Model patung boleh la.. kalau betul2 mayat.. errr.. agk goyang juga, kot
lepas ni belajar mcm mana nak sembelih ayam plak..hahaha
ray : sembelih ayam praktikal dah.. Masa form 5 dulu. InsyaAllah, ok..
Alhamdulillah..
bagus sertai kursus ni... nanti boleh mandikan jenazah ahli keluarga... InsyaAllah...
uh.. bagus.. :)
belajar untuk tahu... :-)
pernah pergi jg kursus mcm ni.. tp xde patung mcm tu.. so tak real sgt. teringat lg ustaz tu pesan, klu kita dh pandai pun tp klu org kat tempat tu guna cara mereka utk uruskan jenazah, maka kita ikut saja cara mereka. Tak perlu nak berbalah..
eloknya kita ambil tahu gaks biarpun dah ada pihak yang bertugas
hanis : betul.. Yang penting adalah yang WAJIB sahaja. So, perlu tau apa yang WAJIb dan mana yang sunat serta bida'ah.
(bida'ah hendaklah di elakkan)
Catat Ulasan