18 Oktober 2010

PETUA LANGSING

Rujukan : Mingguan Wanita, October 2010, m/s: 46

Mingguan Wanita ni cik puan kpp yang punya. Aku dok kat rumah tak de benda nak buat (selepas habis semua surat kabar kat internet aku baca..) aku pun sambar satu dan baca. Actually, bukan baca benar2 pun.. tengok gambar je lebih.

Pada mukasurat 46, satu artikel menarik minat aku..


"FAHAMI TUBUH SENDIRI UNTUK LANGSING"


artikel muka surat 46


Menarik!

Memandangkan aku tengah ala2 diet tak serupa diet ni, aku pun baca lah dengan penuh minat. Ada sepuluh perkara semuanya. Cuma satu yang menarik minat aku iaitu, perkara kedua :

Artikel tu kata;




"Makan perlahan
Makan perlahan-lahan sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali anda mengunyah makanan supaya tubuh memiliki waktu untuk berasa kenyang sebelum anda memutuskan untuk mengisinya lagi."

Biar betul!!!!!!

Sepuluh kali aku ulang baca kot2 mata aku terkhilaf. Tidak syak lagi, aku baca dengan betul.

Kalau sekali kunyah 20 minit, 5 kali kunyah dah 100 minit ! Bila nak habis makan macam gitu ?

Kerja GILA !



p/s : atau.. aku yang salah pemahaman ?!!

3 ulasan:

Mak Su berkata...

lama banget tuh! mesti lepas tu rahang lenguh, lepas tu otak kata, "cukup-cukuplah tu mentekedarah", hahahaha

Pala Maldini berkata...

hahahaha.. memang mujarab la kalau tips nak langsing kalau camtu, kan ?

NUR SINAR berkata...

hahahhaha...penat den mengunyahnye..tp ader 1 tips best iaitu puasamutih! buat seminggu puasa dengan hanya berbuka nasi putih + air putih!!! dahsyatkan??anda sume sanggup x???ha!ha!ha! Nak taw pe kebaikannya? ia boleh mengurangkan selera lidah n tekak n NAfsu anda dari mengidam makanan n benda yg bukan2, selain tu jgk kn puasamutih ni boleh buat kita fokus! Cubelah...