01 Oktober 2010

SAMBA DE FUTSAL

Rabu, 29/09/2010 @ 6:30pm-7:30pm

image : sambadefutsal.com


Finally, berjaya juga aku gi main futsal dengan kawan2 di unit baru ini. Sebelum ni, plan aku pernah gagal disebabkan masalah teknikal. klik sini. Oleh itu, bila ada peluang sekali lagi aku usaha dengan sedaya upaya (walaupun pada awalnya ada sedikit ragu2) untuk join. Lama betul rasanya aku tak ber futsal hatta bersukan sekalipun. Ntah larat ke idak..

Jam 6pm aku dah sampai kat Samba de Futsal, PJ. Aku pernah pergi tempat ini dulu2 main futsal. Mungkin sebab itu aku tak sesat. By the way, jalan ikut federal highway memang tension.. jammed panjang gila !

Bila kawan2 dah sampai aku pun bersiap ala2 Paolo Maldini, my most favourite player of all time. Pakai pulak jersi AC Milan, memang dah kena la tu. Untuk rekod, Paolo Maldini hanya bermain untuk pasukan AC Milan sepanjang career bolasepak kelab beliau up until his age was 40. Simply an awesome player !

Geng 'musuh' pelahan2 mula tiba.

Lepas snap2 gambar untuk kenang2an, warm-up ala kadar dimulakan - ikut stail masing2. Pendek kata - acara bebas.

Seperti biasa kalau main futsal, aku akan ambil posisi pertahanan menyerang - wing back - samada sebelah kiri atau kanan. Team kami pakai semua baju merah (konon2 jersi la) kecuali seorang yang pakai biru. Otomatik kena jadi kapten la macam pasukan volley ball yang mana kapten guna jersi kaler lain.

Team yang kami lawan adalah daripada unit sebelah dalam ofis ni.

Pada pemerhatian aku, team lawan ni tak lah power sangat dan terbukti bila kitorang meng-kitai (kitai = belasah, dalam konteks bolasepak menjaringkan banyak gol tanpa belas kasihan) team tersebut dalam 5 gol tanpa balas. Thanks to ke kebalan penjaga gol kami - Aliff.

Tapi, ada satu lagi team yang agak kuat juga main selepas team yang kami kitai tu. Team ini agak cemerlang juga lah permainannya. Aku tak merasa main lawan diorang sebab aku dah keluar - mencungap perlukan oksigen !

Aku di fahamkan team itu kerap bermain futsal dan sentiasa bermain sebagai satu team. Maknanya, kalau main.. player yang sama je lawan dengan sesiapa saja. No wonder they are showing good team understanding.

Anyway, officially team kami menang malam tu berdasarkan annoucement yang dibuat melalui email. Dan, hopefully boleh main lagi lain kali.

Sesekali ber-futsal dan mengeluarkan peluh sambil bersosial sesama rakan sekerja ni seronok juga. At least, boleh lebih kenal karektor masing2..



p/s : looking forward for next session..

4 ulasan:

nurkaloi berkata...

owhh memang sronok bersukan
wlupun ku pmpuan tp sgt2 suke futsal...
wlupun x reti maen..ku rembat je
hehehe

Pala Maldini berkata...

betul! betul! betul! (tiru gaya upin ipin)

bLuSteR 7 berkata...

ada sorg player Ent2 yg power...tp dia dah resign la plak...kalau tak, abis semua team kena kitai..ahahha...

Pala Maldini berkata...

hohohohohoho.. mamat tu 'berpaling tadah'. Kalau ntt ada team la lawan.. Ada beran...?