16 Oktober 2010

INI KISAH DENGKI !!!

Minggu lepas aku parking kereta merah di LRT Star untuk ke tempat kerja. Tempat parking LRT Star tu punya lah penuh sampaikan ada yang parking ber-double2 ! Huh?!! susah benar nak naik pengangkutan awam ni..

Nak di jadikan cerita, puas aku melilau mencari parking sampai 2 kali pusing2 - sah! memang takde kosong untuk kawasan berpetak kuning (ke.. putih ?). Aku tak gemar sangat parking ber-double2 yang block kereta orang. Sure orang tu menyumpah2 nanti bila nak kena tolak kereta ke tepi untuk dia keluar daripada parking. Alternatively, aku cari2 kawasan yang possible untuk parking (dalam kawasan parking tu juga) yang mana tidak block jalan dan kereta orang.

Pusing punya pusing, dapat lah aku satu spot yang boleh celus (celus = muat, lepas, lolos).

"Kira ok la ni.. janji tak block jalan dan kereta orang", kata aku dalam hati

Aku pun ambil position dan reversed untuk parking.. berhati2 supaya tak kena kereta orang dan make sure spacing cukup untuk kereta belakang dan depan keluar nanti. Tarik hand break dan terus ke stesen LRT.

***

Petang, balik daripada kerja..

Aku naik LRT ke stesen aku parking kereta pagi tadi. Sampai kat kereta, sedang aku membelek2 kereta aku yang dah berusia 13 tahun tu - tiba2 aku terpandang sesuatu..


kereta merah kena calar.. huhuhu


Ayat2 sensored yang berunsurkan 18SX dan 18PL pun secara automatik terhambur daripada mulut aku yang tengah sakit hati !!!

WHY ? WHY ? WHY ?

Kenapa lah ada orang yang sakit hati dan DENGKI sangat dengan kereta merah buruk aku ni ? Benggang betul aku !!!

Dengan perasaan sakit hati dan amarah yang teramat aku memandu laju balik ke rumah..

Semoga Allah membalas perbuatan kianat tersebut. Sampai Kiamat aku tak maafkan orang yang kianatkan kereta merah buruk aku tu..

"Tidak boleh iri hati (dengki) melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain".
Riwayat Hadith al-Bukhari



p/s : grrrrr...

5 ulasan:

segitujuh berkata...

bila marah kita disuruh bertenang/bersabar.

Siti Noor Aminah berkata...

kurang hajaq nya orang tu. aku kat penang ni mujur tak penah ada org calar keta lagi. tapi sini mana ada parking dabel trabel cam kat tempat hang.

hehe.

Siti Noor Aminah berkata...

bang,

hang buang la word verification ni. lambat nak reply.

Pala Maldini berkata...

segitujuh : sabar, sabar juga.. tapi hati panas. Kenapa perlu dengki ? itu yang pelik..

Pala Maldini berkata...

Gadis comel : Dah disable. hehe.. saya budak baru belajar. Masih mentah lagi di blogging world ni..