31 Oktober 2010

BERAS OH BERAS..

Typikal bekas beras adalah tong seperti di bawah ni, kan ?


alamak.. 8 tahun punya habuk ke tu ?


Dah 8 tahun, bekas beras ni berjasa kat aku sekeluarga.

Dan, akhirnya cik puan kpp telah menggantikan nya dengan bekas yang baru..

Memang dah lama cik puan kpp 'mengidam' nak beli bekas beras yang baru jenama tupperware ni yang berharga RM288 - memang tak pernah turun harga pun !


yey! bekas beras baru..


So, senyap2 je cik puan kpp order dan minta aku co-sponsor bila barang dah sampai. Amboi..

Tak kisah la.. Apa yang penting - cik puan kpp bertambah semangat untuk memasak dengan ada nya bekas beras yang baru ini..

Bukan kah begitu cik puan kpp ?

:-)


p/s : next.. ?

29 Oktober 2010

DAN, SESUNGGUHNYA MATI ITU ADALAH PASTI

ini bukan gambar mayat.. dalam kain itu adalah patung

Maksud Firman Allah s.w.t :

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." surah al-jumu'ah, ayat 8

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." surah Ali Imran ayat 185

Menurut hukum syarak, apabila seseorang Islam itu meninggal dunia, wajiblah ia dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan.

Kewajipan ini adalah FARDU KIFAYAH.

rujukan


***


peserta kursus di surau an-nur


Weekend lepas aku pergi ke satu kursus yang di panggil - KURSUS PENGURUSAN JENAZAH - dibawah kelolaan dan anjuran jawatankuasa KRT kawasan aku. Kursus dibuat di Surau kawasan komuniti dan di kendalikan oleh Ustaz Asri - Imam Masjid Al-Mizan.

Honestly, aku memang tak pernah nak ambil tahu berkenaan perkara ini.

Tapi, bila email dalam yahoogroups dihantar oleh penganjur, terus terdetik kat hati aku nak join walaupun weekend tu dah plan nak gi balik 'kampung' - tido rumah emak aku. Kursus sampai tengahari je, lepas tu masih boleh balik lagi. Lagipun, bukannya jauh sangat pun.

OK. Actually, aku ada ambil video. Tapi, memandangkan tahap amatur aku dengan dunia blogging ni.. aku tak tau macamana nak share. So, aku cerita lah serba sedikit apa yang aku pick-up daripada kursus tersebut.

Ada empat perkara dalam pengurusan jenazah :

1) Di mandikan
2) Di kafankan
3) Di sembahyangkan
4) Di kebumikan

Yang sentiasa menjadi 'mitos' dan kegerunan kepada kita ialah bab 1 hingga 3 - terutamanya bab 3. Seringkali orang kata, susah lah.. nak sembahyang 'tak bersih' la dan macam2 lagi. Sedangkan yang sebenarnya, kita tak RETI (reti = tahu, boleh buat). Sebab apa tak reti ? - sebab kita tak cuba ambil tahu. Alasannya :

"Ala, Fardu Kifayah.. orang lain buat, aku tak payah" - ini ungkapan yang biasa kita dengar bila berkaitan dengan hukum Fardu Kifayah ini, kan?

***

1) Di mandikan jenazah :

Yang wajibnya adalah merata kan air keseluruh jenazah


demo mandi jenazah


2) Di kafankan jenazah :

Yang wajibnya, kain kafan satu helai. 3 helai adalah sunat untuk jenazah lelaki. 5 helai sunat untuk jenazah wanita


demo kafan jenazah - lelaki


3) Di sembahyangkan jenazah :

Niat. 4 takbir yang di iringi oleh bacaan tertentu. Jenazah kedudukan nya di hadapan imam. Sunat di buat 3 saf

takbir pertama : Alfatihah
takbir kedua : selawat nabi
takbir ketiga : doa "Allahuma fir lahu, warhamhu.." (kalau jenazah wanita - 'hu' ganti dengan 'ha', kalau banyak jenazah campur2 - 'hu' ganti dengan 'hum')
takbir keempat : doa

doa di takbir ketiga dan keempat tu, rujuklah kitab2 untuk doa penuhnya. Aku tak hafal. Lagipun, kita kan ke mengikut imam.

4) Di kebumikan jenazah :

Di iringkan ke sebelah kanan dan di hadapkan ke arah kiblat. Sebaik2nya muhrim (lelaki) si mati yang berada di dalam kubur untuk menguruskan nya

Disepanjang proses pengurusan jenazah, hendaklah di jaga aurat jenazah daripada terdedah hatta kepada orang2 yang menguruskan nya.

***

Bukan nak kata aku DAH PANDAI lepas pergi kursus tersebut, cuma at least terbuka sikit lah mata aku dan tahu serba sedikit adab dan aturan perjalanan pengurusan jenazah. Orang kata, sikit2 tu tau la..

Anyway, masa kursus tempohari ada di buat 'praktikal' menggunakan model patung. Dapat jugalah pengetahuan asas serba sedikit apa yang wajib dan apa yang sunat serta mana yang bida'ah.

Oleh itu, aku strongly recomended pada korang semua untuk at least pergi kursus seperti ini supaya sekurang2nya ada pengetahuan berkenaan perkara Fardu Kifayah ini.

Ustaz menasihatkan, mungkin kita perlu ubah :

Fardhu Kifayah tu daripada "biar orang dulu aku tak payah" perlu ditukar kepada "biar aku dulu orang tak payah"

Fardu Kifayah : kalau tiada seorang pun dalam kawasan (mukim) itu membuatnya, maka semua orang di dalam kawasan (mukim) itu berdosa.


wallahu'alam..


disclaimer : sekiranya ada percanggahan tentang apa yang aku tulis dengan Al-Quran & Hadis, maka terbatal lah pandangan atau tulisan aku ini. Untuk itu, aku memohon keampunan daripada Allah, semoga Allah memaafkan kelemahan dan kekurangan aku.

GULA SERBUK KAYU

Rujukan : Kosmo! online, 29/10/2010

"KUANTAN - Seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini berjaya mencipta gula alternatif daripada habuk kayu khusus untuk pesakit diabetes.

Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim memberitahu, gula baru itu tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan dan boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik." berita lanjut


Tak sangka pulak aku yang serbuk kayu boleh jadi gula..

Terkagum kejap aku masa baca berita ni tadik !

KAGUM! KAGUM!


p/s : agak2.. lalang boleh jadi gula dak ?
p/s2 : setahu aku, lalang buat bahan serap tumpahan minyak..

28 Oktober 2010

JOM MAKAN2 - RED WOK

RED WOK, BANGI (KAJANG IMPIAN)

Sila google sendiri untuk lokasi ye..

Red Wok ni adalah kedai makanan Cina Muslim HALAL. Cik puan kpp jumpa mana tah.. ntah sapa punya blog yang cik puan kpp baca dan selanjutnya sudah jadi sejarah..

Masuk kali ini sebenarnya sudah 3 kali dalam tempoh 2 minggu aku gi makan di Red Wok ni. Suasana dalam kedai sangat sangat selesa dan kelihatan agak eksklusif (maklum la.. kereta yang datang pun boleh tahan jenama dan besar nya).

Tempat ni ada tawarkan dua sistem; satu - steamboat stail, kedua - ala-carte stail. Steamboat pulak ada dua jenis; satu - steamboat, kedua - korean stail. Makna Korean stail ialah yang ada portion boleh bakar tu. Kiranya, steamboat boleh.. bakar pun boleh.



Ok, tak yah cerita banyak. Mari kita tengok apa menu yang cik puan kpp pesan.. dan, aku tolong perabihkan!

Satu : Siakap masak stim limau



Ikan siakap di masak stim dan di rencahkan dengan gaulan cili merah, cili hijau, bawang. 'Hiasan'2 nya pula di letakkan salad dan peria. Di hangatkan dengan api yang masih membakar dibawah bekasnya yang menambahkan suhu kepanasannya.

Kuah nya masam dan pedas - PEDAS (huruf besar) tapi SEDAP! (hurup besar juga). Kalau aku dan cik puan kpp makan.. memang sah tinggal kepala dan tulang sahaja

Harga : ikut pasaran


Dua : Butter prawn



Udang saiz sederhana di goreng dan di letakkan 'sarang' butter & telur pada nya. Aku tak tau actually macamana cara membuatnya tapi the verdict is SEDAP! - this is a must try

Harga : small size RM10 ringgit - sangat berbaloi. tengok je la kuantiti udang nya..


Tiga : Sotong black pepper sauce



Sotong digoreng dengan tepung tapi tidak garing. Di cecah dengan sauce black pepper yang rasanya sedikit masam.

Harga : small size RM10 ke.. RM8 ke..


Empat : Asparagus goreng



Asparagus di goreng 'kosong' dan di served sedikit 'crunchy'.

Harga : lupa la..


Lima : Air Serai suam



Serai yang di blend (agaknya) dan di tambah air serta gula. Err.. kureng! walaupun ada gambar chef recommended di sebelahnya. Mungkin sebab aku order suam.. tu pasal tak sedap. Apa ke hal yang aku gi minum serai ?!!

Memang marvellous dan berpeluh2 makan. Yang penting.. SEDAP! err.. kecuali air serai. Itu lah akibatnya kalau terlampau nak try sangat..

Aku dengan cik puan kpp makan makanan di Red Wok, Nurin hana pula aku 'sogok' dengan bubur McD dan Happy Meal McD. Sebab Nurin hana kalau makan nasi.. memang lah sangat liat. Dia dah kenyang makan di school (nursery) yang biasanya time petang ada makan bihun (favourite dia!) atau mee.

Overall, aku bagi a BIG THUMBS UP !! for Red Wok ni.. especially the Butter Prawn..

Gi la try..


p/s : next nak try kerapu cili atau salted beef pulak kot..

27 Oktober 2010

R.I.P PAUL

Paul the Octopus telah di sahkan mati pada 26/10/2010 of natural causes

R.I.P PAUL THE OCTOPUS

rujukan : wiki, the chosunilbo

MAS GET TOGETHER

Jumaat, 22/10/2010

Jemputan diterima melalui colleague aku (bahagian sales) untuk ke majlis get together ni lebih kurang seminggu yang lepas. Aku dah tanya, Bos aku malas nak gi, "Ini majlis untuk orang muda", kata nya.

So, aku pergi dengan staff aku je la.. Ju.Aku dengan Ju sampai kat majlis di kelana jaya tu dalam jam 3:15pm. Err.. majlis ni buat di MAS Kelana Jaya. Orang dah ramai di lobi. Sampai2 je, terus kami di hulurkan dengan satu potongan nombor - lucky draw.

Majlis dimulakan dengan ucapan2 daripada co-sponsor dan wakil2 syarikat (vendor) yang hadir. Lepas sorang, sorang.. sampai semua wakil bagi ucapan - unplanned dan ad-hoc. Kalau nama di sebut, terus je la ke depat dan berucap mewakili syarikat masing2.

Bila tiba time ini, terdetik kat hati aku yang kita hendak lah sentiasa bersedia untuk ke hadapan terutamanya dalam majlis2 yang melibatkan ramai orang daripada syarikat dan latar belakang berlainan macam majlis ni. In other words, kita seolah2 menjadi wakil dan juru cakap kepada syarikat atau entiti yang kita wakili. Tak boleh tolak2 sebab ia akan memberikan imej yang negatif kepada syarikat.


sessi ucapan


Most of the speakers, passed with flying colours and mostly diorang cakap benda yang generic macam..

"Thanks for inviting us to this very useful get together session. We hope that we can meet and know each others well in order to provide better service to MAS.. bla, bla bla.."

atau

"MAS is a very important customer to us. And, we are looking forward to serve better as a team although we are from different entities.. bla, bla, bla.."

atau

"Congratulation to the organiser. This is a very good activity to know each other and hopefully it could be made a regular events.. bla, bla, bla.."

So, it's a good exposure for me as well as my staff (Ju) whom actually just being promoted to executive post a few months back. Obviously, being a non-sales and an introvert kind there is not much chit chatting activities going on and around me. The thing that I enjoy the most is.. the food!

Wah, ter speakang omputih pulak aku disitu..

Dan, semasa majlis tu ada lucky draw..

Nombor aku ialah MH2021 and not so lucky as aku tak dapat apa2 pun dalam lebih kurang 20-30 hadiah yang ada. :-(

Staff aku, Ju (MH2136) dapat hadiah hamper besar !!


hadiah ehsan daripada pemenang lucky dram


So, on the way balik.. sebagai simpati (hehe..) dia pun bagi lah aku 2 kotak daripada hamper yang dia dapat tu.., "untuk anak..", katanya

Aku enjoy the food more than the gathering itself sebab aku tak kenal sesiapa kecuali staf2 daripada kampeni GLC yang aku kerja. Dan, juga enjoy buat bising masa lucky draw! saja nak buat havoc..

Balik rumah.. malam nya, aku gi makan di Red Wok (ini aku story lain..)


p/s : nampak sangat aku ni introvert yang anti sosial..

26 Oktober 2010

KRITIK FILEM - JPBC 2

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2


image : www.budiey.com


Ringkasan cerita :

Dalam JPBC yang lalu, Mazlan Pet Pet (Punai) & Cat Farish (Asmat) telah berjaya dipulihkan oleh Azlee Senario (Pak Mor). Walaubagaimanapun, Azlee Senario (Pak Mor) sebenarnya berpakat dengan Lisa Surihani (Mustika) untuk membolot harta2 & saka2 Pi'e (Pak Sudir). Disamping mahu berkekalan muda dengan munggunakan saka2 Pi'e (Pak Sudir). Mereka telah mengenakan 'ilmu' pada kedua2 cucu Pi'e (Pak Sudir).

Mazlan Pet Pet (Punai) & Asmat (Cat Farish) telah berjumpa dengan macam2 bomoh namun masih tidak berjaya memulihkan diri mereka. Akhirnya, mereka di arahkan mencari Bob KU2 (Wak Ketari) yang tinggal di utara bagi membantu mereka. Bob KU2 (Wak Ketari) ada seorang anak yang jelita bernama Nora Danish (Seha).

Di rumah Bob KU2 (Wak Ketari), Mazlan Pet Pet (Punai) & Cat Farish (Asmat) telah menuntut ilmu perbomohan daripada Bob KU2 (Wak Ketari). Bermacam2 ragam yang berlaku semasa mereka menuntut ilmu perbomohan tersebut. Disamping kedua2 nya cuba memikat anak Bob KU2 (Wak Ketari) yang jelita itu, Nora Danish (Seha).

Pertarungan akhir di antara Mazlan Pet Pet (Punai) & Cat Farish (Asmat) dengan Azlee Senario (Pak Mor) & Lisa Surihani (Mustika) berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Mazlan Pet Pet (Punai) & Cat Farish (Asmat).

Tamat

***

Puji2an :

1) Lakonan Bob KU2 sebagai Wak Ketari sangat baik dan berkesan


Kritikan :

1) Pada mula cerita, Lisa Surihani (Mustika) menggunakan kata ganti nama "Saya", namun di kemudian cerita kata ganti nama tersebut telah bertukar kepada "Aku". Masalah skrip ke ?

2) Rantai hip-hop besar Cat Farish (Asmat) kerap kali bertukar2 warna. Kadang2 "Emas", kadang2 "Perak" warnanya. Lari prop.. kot ?

3) Mazlan Pet Pet (Punai) berdialog dengan kaedah menjerit agaknya. Suaranya selalu over the top tak kira situasi. Terlalu nak kelakar sangat kah ?

4) Lokasi sungai yang sama di ulangi sedangkan kedua2 tempat itu sepatutnya sangat jauh. Scene pertama (di Kuala Lumpur) semasa Mazlan Pet Pet (Punai) & Cat Farish (Asmat) mandi bunga semasa jumpa bomoh. Scene kedua (di Utara), semasa Mazlan Pet Pet (Punai) duduk bertapa di batu besar di tengah2 sungai. Lokasinya sama. At least, ambil lah angle berlainan..

5) Terdapat unsur2 filem P. Ramlee (Pendekar Bujang Lapuk - PBL) semasa sessi pembelajaran ilmu perbomohan dimana dikehendaki bertapa. Dalam PBL - rumah kosong, perigi buta, kubur orang mati dibunuh. Dalam filem ini, rumah kosong dan di atas batu besar di sungai. Dan, ada jelmaan hantu yang cuba mengganggu. Typikal..

6) Babak hantu enter-frame di rumah dimana konon2nya hantu daripada cerita JPBC ter enter-frame ke dalam JPBC2 (kes hantu keluar salah cerita..) kelihatan tidak cerdik dan lakonan hantu2nya kaku. Ini scene tangkap muat.. haram tak kelakar

7) Dalam filem ini, daya tarikan 'sensuality' Nora Danish di ekspoiltasikan. Contohnya, berpakaian ala jawa yang kebanyakkannya adalah gaya 'berkemban' ketat & babak mandi berkemban di sungai yang entah apa motifnya (macam gaya iklan shampoo pun ada..) yang menampak kan kulitnya yang putih gebu tu.

8) Watak Lisa Surihani sebagai bomoh jahat pun entah apa2 tah. Dan obviously, she's not suitable for the role..

9) Mazlan Pet Pet masih terpenjara dengan gaya Tomoi Thailand nya dan bahasa Thai yang ntah apa2 biji butir nya. Gaya tu dah banyak kali guna.. tukar la gaya lain pulak

10) Aku dapat rasakan MetroWealth masih tercari2 pakar CGI untuk membantu mereka dalam pembikinan filem2 yang memerlukan CGI yang power seperti mana KRU punya filem. Sebab unsur2 effect-kesan-khas (ada kot?) dalam cerita ni adalah sampah! So, kalau korang terror.. boleh la apply.

Itu je yang aku murah hati nak kritik..

In the end, aku tak berapa enjoy dengan cerita ni. Satu - mungkin sebab penonton tak ramai (dah hujung2 siaran wayang) menyebabkan suasana kurang gegak gempita, kedua - haram tak kelakar. And, they dare to call this filem.. KOMEDI seram ??!

Seingat aku, hanya sekali aku tergelak (lupa scene mana) dan lain2 tu setakat menyonketkan hujung bibir je..

Kepada Ahmad Idham & David Teoh.. Cuba lagi! belum cukup baik..


p/s : plisss lah !!

Disclaimer : Aku bukan pengkritik professional yang berlatar belakang kan ilmu perfileman. Semua kritikan adalah daripada pandangan mata kasar aku dan gerak hati aku sebagai peminat filem.

24 Oktober 2010

HABIS MADU, SEPATU DIBUANG..

Ini bukan kisah suami isteri atau 18SX yang melibatkan pasangan kekasih!

Kisah #1 :

Aku balik daripada kerja, macam biasa naik train. On the way menuju ke parking, aku ternampak satu benda hitam 'bergelimpangan' di atas jalan di tempat letak kereta. Aku suspen.

Atas dasar ingin tahu, aku menghampiri benda hitam tersebut.. rupa2nya :



Sepasang sepatu tumit tinggi yang dah patah tumit nya.. kesian, habis madu.. sepatu dibuang!

Kisah #2 :

Sedang aku berjalan2 on the way daripada stesen lrt ke tempat kerja, kaki aku terasa sangat jangal. Macam ada benda yang mengganggu kelancaran perjalanan aku. "kelepap, kelepap", bunyi nya.

Aku jadi hairan mana pulak datangnya bunyi macam tu pagi2 buta ni..?

Bila aku perhatikan betul2.. laaaa... rupa2nya, tapak kasut crocodile cheap sale aku tu dah pecah. Adeh, habis madu.. aku belum terasa nak buang lagi kasut tu.. mungkin nak tanya dulu ganti tapak berapa harga..

Kisah #3 :

Lepas cuti raya yang panjang tempohari, aku balik ke rumah - dah petang. On the way nak parking kereta, aku perasan ada benda hitam 'bergelimpangan' kat depan rumah. Apa benda pulak tu ?

Aku menghampiri benda hitam tersebut dan rupa2nya... sepasang selipar 'ala2 croc' yang ntah siapa yang buang kat depan rumah aku.. hampeh! macam tak de tong sampah..


Tamat

22 Oktober 2010

BENA EXPECTORANT

image : google


Seminggu aku batuk.. "koh! koh! koh! kiok!"

Batuk kahak yang sangat menyeksakan. Sampai kepala aku pun jadi pening2 dan stress. Asal ceritanya aku kena selsema, dan kemudian nya jadi sakit tekak di ikuti dengan demam dan batuk2 kuat. Kalau tido malam tu, bila aku bernafas ada bunyi "hissing-like" sound atau bunyi ala2 serombong kapal. Macam2 bunyi.

Memang sangat terseksa la.

Aku gi klinik, doktor bagi ubat batuk warna merah cair. Pahit. Dah habis sebotol aku kerja kan masih tidak kebah juga. Every night tido memang tak tenteram.

"Tak leh jadi ni, nak try Breacol pulak la", aku kata pada cik puan kpp

"Gi la beli", katanya pendek

Aku pun pergi beli di stesen minyak petronas. Ada macam2 ubat batuk. Cap ibu dan anak, cap kelapa laut afrika, cap fisherman friends, breacol dan macam2 lagi la. Apa yang pasti, aku tak sesuai dengan cap ibu dan anak. Aku rasa ubatnya manis dan tak melegakan. Aku nak try cap fisherman friends, tapi takut terlampau pedas.. sebab gula2 nya pedas ya amat!

In the end, aku try breacol. Balik rumah terus minum. No effect !

Beberapa kali lagi selepas itu (ikut sukatan dan masa), masih tidak kebah juga.

Aku update status di facebook,"Dah sebotol breacol.. Tapi, batuk tak baik lagi :-("

Kawan2 aku yang prihatin membalas..

"Tak kuat tu.. cuba bena expectorant pulak.. hehehe", kata Azli

"Carik madu.. Tapi bukan yg.. isteri tua merajuk tu tau", kata Joe

Hahahaha..

***

Esok nya, tak baik lagi.. aku ke klinik kali ketiga.

"Saya nak minta ubat batuk sahaja boleh, tak payah jumpa doktor", aku kata sambil mengisi borang panel atas meja pendaftaran.

"Ubat batuk untuk apa ye ?", cik misi di kaunter bertanya

"Yang kuat punya. Untuk batuk kahak dan sakit tekak", kata aku. Eh, macam aku pulak yang jadi doktor

"Sekejap. Duduk dulu ye"

5 minit, nama aku di panggil

"Encik, ini ubat batuk, ubat kahak (pil) dan ubat sakit tekak (pil hisap macam gula2)", terang cik misi

"Err.. ubat sakit tekak tak payah. Dah ambil hari tu", kata aku

"OK", ringkas jawab cik misi dan aku pun berlalu

Sampai ofis..

"Ubat apa klinik bagi ?", Azli tanya kat aku

"Ini..", aku tunjuk kat dia - BENA EXPECTORANT

"Haa.. itu power. 10ml kan ? Lepas minum sure tido", explain Azli lagi

"Oooo..", ringkas jawab aku

***

Malamnya kat rumah, sebelum tido aku teguk 10ml Bena Expectorant.

Esok pagi.. terus lega! Alhamdulillah.. mujarab!

So, sekarang aku dah tak batuk teruk lagi.. kalau ada pun sikit2 je. Orang panggil batuk gatal.. har har har..


Terima kasih BENA EXPECTORANT!!!


p/s : now I know already...

20 Oktober 2010

KISAH SUAMI ISTERI - EPISOD TIGA PULUH RINGGIT

Suatu petang di dalam kereta sepasang suami isteri sedang berborak berkenaan nursery anak mereka..

"Sayang, nursery anak tu kan selain daripada bulanan.. ada buat macam transit juga tau", kata si isteri kepada suami nya yang sedang khusyuk memandu

"Untuk apa ?", tanya si suami

"Ala.. contohnya kalau orang tu nak suruh jaga untuk satu hari je, boleh la hantar", terang si isteri

"Emm..", si suami sekadar buat muka pelik

"Katakan ada orang tu.. maid dia lari atau tengah tunggu application di proses, so boleh la diorang hantar anak ke nursery tu", explain si isteri dengan bersungguh2

"Kena bayar ke ?", respond si suami

"Kena lah.. tiga puluh hari, sehari", jawab si isteri

Si suami dapat rasakan sesuatu yang pelik dalam ayat penyataan si isteri tadi. Lalu meminta si isteri mengulanginya.

"Berapa ?", tanya si suami

"Tiga puluh hari, sehari", jawab si isteri lagi

Si suami terus rasa pelik dan tanya lagi..,"Berapa ?"

"Tiga puluh ringgit, sehari!!", tegas si isteri

"Oooo.. tiga puluh ringgit. Tadi, Sayang kata tiga puluh hari, sehari..", explain si suami

"Eh, ye ke ? takde la.. memang saya kata tiga puluh ringgit, sehari", kata si isteri cuba menegakkan benang yang basah

"Tak lah.. abang dengar clear. Sayang kata tiga puluh hari, sehari", tegas si suami pula

"Tak.. betul. Tiga puluh ringgit, sehari", tegas si isteri pula

"I know what I heard..", si suami terus mematikan perbualan dengan menumpukan perhatian ke arah pemanduan di jalanraya.



Moral of the story : berhati2 bila berkata2 kerana orang lain mungkin mendengar lebih jelas daripada telinga kita yang bertutur..

19 Oktober 2010

ANI SUP UTARA - SET NASI & SUP DAGING

kiosk ani sup utara @ bangunan MARA, KL


Ani Sup Utara mungkin tidak asing lagi kepada pengemar2 makanan yang berasaskan sup terutamanya di sekitar bangunan MARA, Ampang Waterfront dan Putrajaya Presint Diplomatik.

Aku secara personal memang megemari makanan berasaskan sup di Ani Sup Utara. Menu yang aku acapkali order ialah Set Makanan (Sup Daging) yang membawa maksud seperti gambar dibawah :


set makanan (sup daging)


Nasi putih, telur masin, sambal belacan (extra HOT!), Sup daging + cili kicap. Dan air pilihan aku ialah Teh-O-Ais (air order lain). Tapi, dalam gambar di atas air tu ialah air Teh-O-Limau-panas memandangkan masa aku gi makan tempohari demam & batuk masih belum baik lagi. Terpaksa la order air panas.

Ketiga2 lokasi Ani Sup Utara yang aku sebutkan kat atas tu ialah tempat2 yang aku pernah pergi. Obviously, rasanya memang sama menandakan kualiti makanan nya di jaga dan ada standard yang tersendiri.

Walaumacamanapun, the one place yang aku suka ialah Ani Sup Utara kiosk di bangunan MARA, KL. Sebab pada aku, cik kak yang serve makanan di situ tak lokek (lokek = kedekut, berkira) dengan jumlah daging yang dimasukkan kedalam sup berkenaan. Ini tak de main timbang2 ye.. semua nya mengikut citarasa dan 'kesedapan' cik kak tukang serve tu memasukkan daging kedalam mangkuk sup.

Semua makanan nya adalah berasaskan sup. Sebut je apa yang korang ndak.. meehoon, mee, nasi, bubur.. sup daging, perut, limpa, ayam.. hatta sup Gearbox pun ada dalam menu. Tapi awas, sup gearbox tu bersesuaian lah dengan nilainya (dalam menu di tulis RM15-RM40). Adik aku pernah beli.. harganya RM25.

Aku suka kan Sup di Ani Sup Utara kerana pada aku, dari segi rasanya, inilah yang di namakan SUP. Berbeza dengan kebanyakkan kedai2 makan yang mana sup yang di sediakan adalah ala2 Thai yang rasanya masam. Kalau nak pedas, tambah lah cili kicap banyak2. Kalau tak cukup pedas, makan aje sambal belacan yang biasanya di letakkan di atas timun tu. Memang berasap!

Kalau makan waktu tengahari, sure berpeluh segalanya. Tak payah nak gi jogging2 segala bagai.

Oleh itu, aku highly recommended for korang to check it out dan try it out.



p/s : lapar la pulak rasa..

18 Oktober 2010

PETUA LANGSING

Rujukan : Mingguan Wanita, October 2010, m/s: 46

Mingguan Wanita ni cik puan kpp yang punya. Aku dok kat rumah tak de benda nak buat (selepas habis semua surat kabar kat internet aku baca..) aku pun sambar satu dan baca. Actually, bukan baca benar2 pun.. tengok gambar je lebih.

Pada mukasurat 46, satu artikel menarik minat aku..


"FAHAMI TUBUH SENDIRI UNTUK LANGSING"


artikel muka surat 46


Menarik!

Memandangkan aku tengah ala2 diet tak serupa diet ni, aku pun baca lah dengan penuh minat. Ada sepuluh perkara semuanya. Cuma satu yang menarik minat aku iaitu, perkara kedua :

Artikel tu kata;




"Makan perlahan
Makan perlahan-lahan sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali anda mengunyah makanan supaya tubuh memiliki waktu untuk berasa kenyang sebelum anda memutuskan untuk mengisinya lagi."

Biar betul!!!!!!

Sepuluh kali aku ulang baca kot2 mata aku terkhilaf. Tidak syak lagi, aku baca dengan betul.

Kalau sekali kunyah 20 minit, 5 kali kunyah dah 100 minit ! Bila nak habis makan macam gitu ?

Kerja GILA !



p/s : atau.. aku yang salah pemahaman ?!!

17 Oktober 2010

LIVERPOOL FC GOT NEW OWNER

image : clickliverpool.com


The BATTLE had been won, but the WAR is far from OVER !

previous entry

Itulah ungkapan yang aku boleh bagi pada situasi terkini LFC selepas proses pengambil alihan yang berlangsung Jumaat baru ni. klik sini

Mr Hicks (Owner lama) mengugut untuk mengambil tindakan undang2 menyaman atas 'kerugian' yang di tanggung nya dimana beliau melabel nya sebagai 'EPIC SWINDLE'. klik sini

Lantak nko la Hicks..

Hopefully, from now on LFC boleh move forward and I am looking for the new owner promise untuk membina stadium di Stanley Park dan meletakkan foundation kewangan LFC back into blue (+ve)

Dan, malam ini Liverpool akan berentap dengan Everton - musuh tradisi setempat - di tempat lawan iaitu Goodison Park. It is a long story between Liverpool and Everton as a football club residing in Liverpool. Hopefully, The Reds will got all three points + bragging rights against the blue-half of Merseyside.

Come on you, REDS !!!

KECUAIAN YANG HAMPIR MEMBAWA 'PADAH'

Semalam pagi aku gi bersarapan di restoran mamak dekat2 sini sebab cik puan kpp 'kemaruk' nak makan tosai masalla. Kebetulan Nurin hana pula macam ala2 nak demam, so sekaligus kami pergi ke klinik.

Habis urusan di klinik, aku pun ke restoran mamak yang berhampiran dengan klinik tersebut.

"Jom duduk tempat lain, sini dekat dengan kawasan orang hisap rokok", cik puan kpp mengajak berpindah tempat duduk. Kebetulan pula aku pun masih batuk2 natijah daripada demam 2 hari lepas yang masih tak kebah (kebah = baik, sihat).

"Jom la. Gi dulu", kata aku

Cik puan kpp pun berpindah dan bawa Nurin hana sekali. Aku yang tak larat dengan penangan demam yang masih tak kebah follow kat belakang. Sampai kat meja yang di tuju, tiba2..

"Bang..", terdengar satu suara garau daripada belakang aku

Aku toleh. Ada seorang remaja berumur mungkin belasan tahun menghampiri aku sambil menghulurkan sesuatu.

"Bang.. ini abang punya. Terjatuh tadi", seraya dia menghulurkan WALLET aku yang entah bila terjatuhnya.

"Terima kasih", aku balas bersopan dan budak remaja tu pun berlalu ke tempat duduk dia semula. Sambung borak rancak dengan kawan2 dia.

"Lalai nya aku !!", aku kata dalam hati

WALLET aku tu terjatuh sebab aku letakkan dalam poket seluar 'track suit' aku di bahagian sisi yang tidak ber-zip. Dan, tidak dimasukkan dalam2. So, bila aku bangun.. terjatuh la.

Mujurlah dapat pada orang yang baik hati macam budak remaja tu. Kalau dapat kat orang lain yang tak berapa nak baik hati.. sure dah 'selamat' WALLET aku tu di tong-sampah-kan dengan isi2 nya sudah 'selamat' jadi habuan nya.

Aku memang lalai betul la. Kalau idak, naya je nak kena settlekan macam2 report sebab macam2 ada dalam WALLET aku tu - termasuk lah MC hari jumaat lepas.

Aku doakan budak remaja tu dimurahkan rezekinya oleh Allah atas ke ikhlasan hati dan bantuan dia kepada aku. Mudah2an ramai orang yang macam gini..



p/s : bila badan tak sihat.. aku memang akan extra lalai..

16 Oktober 2010

BUANG WORD VERIFICATION

Aku telah dinasihatkan oleh Gadis Comel untuk membuang words verifications supaya senang orang nak komen.

Dan, memandangkan aku ni tak sampai pun 'setahun jagung' dengan blogspot ni.. mana lah aku reti (reti = tahu) itu semua. So, aku pun buat macam orang lain.. Google for the answer.

Google punya google.. aku pun jumpa step yang sangat mudah ni.



Sekarang sudah tidak ada lagi word verifications yang aku sendiri pun tak berapa berkenan dengan kewujudan nya itu !

Thank You very much pada Gadis Comel sekali lagi..

Oooo.. baru pakcik tau..

INI KISAH DENGKI !!!

Minggu lepas aku parking kereta merah di LRT Star untuk ke tempat kerja. Tempat parking LRT Star tu punya lah penuh sampaikan ada yang parking ber-double2 ! Huh?!! susah benar nak naik pengangkutan awam ni..

Nak di jadikan cerita, puas aku melilau mencari parking sampai 2 kali pusing2 - sah! memang takde kosong untuk kawasan berpetak kuning (ke.. putih ?). Aku tak gemar sangat parking ber-double2 yang block kereta orang. Sure orang tu menyumpah2 nanti bila nak kena tolak kereta ke tepi untuk dia keluar daripada parking. Alternatively, aku cari2 kawasan yang possible untuk parking (dalam kawasan parking tu juga) yang mana tidak block jalan dan kereta orang.

Pusing punya pusing, dapat lah aku satu spot yang boleh celus (celus = muat, lepas, lolos).

"Kira ok la ni.. janji tak block jalan dan kereta orang", kata aku dalam hati

Aku pun ambil position dan reversed untuk parking.. berhati2 supaya tak kena kereta orang dan make sure spacing cukup untuk kereta belakang dan depan keluar nanti. Tarik hand break dan terus ke stesen LRT.

***

Petang, balik daripada kerja..

Aku naik LRT ke stesen aku parking kereta pagi tadi. Sampai kat kereta, sedang aku membelek2 kereta aku yang dah berusia 13 tahun tu - tiba2 aku terpandang sesuatu..


kereta merah kena calar.. huhuhu


Ayat2 sensored yang berunsurkan 18SX dan 18PL pun secara automatik terhambur daripada mulut aku yang tengah sakit hati !!!

WHY ? WHY ? WHY ?

Kenapa lah ada orang yang sakit hati dan DENGKI sangat dengan kereta merah buruk aku ni ? Benggang betul aku !!!

Dengan perasaan sakit hati dan amarah yang teramat aku memandu laju balik ke rumah..

Semoga Allah membalas perbuatan kianat tersebut. Sampai Kiamat aku tak maafkan orang yang kianatkan kereta merah buruk aku tu..

"Tidak boleh iri hati (dengki) melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain".
Riwayat Hadith al-Bukhari



p/s : grrrrr...

15 Oktober 2010

APA NAK JADI DENGAN LIVERPOOL FC ?!

Rujukan (if you care to read) :
From ESPNSoccernet :1, 2, 3
From Liverpoolfc.tv : 1, 2

4 years ago, New Owner sepatutnya adalah yang TERBAIK & TERHEBAT, menggantikan the Moores family yang sudah tidak dapat lagi memacu LFC ke hadapan dengan tanggungan kos yang bertambah. The idea is :

1) New Owner datang dan membina sebuah stadium baru menggantikan Anfield di Stanley Park - beberapa ratus meter daripada Anfield - dengan kapasiti 60000++ penonton

2) New Owner akan menyediakan budget untuk memperhebatkan LFC dengan pembelian2 pemain baru yang lebih hebat

Fast forward 4 years, apa yang terjadi sekarang ialah :

1) Stadium baru yang DIJANJIKAN masih lagi on BLUE PRINT. Design sudah dua kali berubah kononnya untuk memberikan 'iconic imej' kepada Liverpool. Malangnya, hanya di atas kertas dan masih terkial2 untuk memulakan kerja2 pembinaan (belum mula pun!)

2) Hutang LFC meningkat kepada RM237 millions kerana pinjaman yang di buat oleh New Owner semasa perjanjian membeli LFC 4 tahun yang lalu !!

Hari ini adalah tarikh akhir untuk New Owner membayar pinjaman (atau interest) kepada Bank atas jumlah hutang yang di buat semasa pembelian tersebut. Sadly, they had admitted- thru their lawyer - yang mereka tidak dapat membayar sepertimana yang di janjikan.

Akibatnya :

1) LFC akan di letakkan di dalam status Administration (macam syarikat bangkrap la)

2) Sekiranya di letakkan di dalam status Administration, akan di potong 9 mata liga secara automatik (sekarang LFC baru ada 6 mata liga).

***

Sebagai peminat, aku amat kecewa dengan perkembangan terbaru ini. Cadangan penjualan yang di usahakan oleh Chairman pula cuba di gagalkan oleh New Owner atas alasan mereka rugi dan tidak di bawa berbincang bersama2 semasa menilai tawaran tersebut.

Ndak je aku bagi 4 letter words dan 18SX words pada New Owner tu !!!

However, sepertimana lirik lagu You'll Never Walk Alone.. aku harap, "... at the end of the storm, is a golden sky, and the sweet silver song of a lark.."


You'll Never Walk Alone

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
Is a golden sky
And the sweet silver song of a lark

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
Is a golden sky
And the sweet silver song of a lark

Walk on through the wind
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone



p/s : grrrr..

14 Oktober 2010

ONE LUCKY WOMAN!

Wow! seronok nya minah indon ni dapat hadiah dari Air Asia..

"... Earlier Wednesday, the AirAsia group celebrated its 100th million passenger, an Indonesian woman, by giving her 100 free flights to be used over 100 years." here

Beliau jadi penumpang ke 100th Millions !

100 flights over 100 years ? Yeah! right.. if Air Asia last that long. Or, the woman age last that long.. which ever came first, I guess

Panjang betul langkah Air Asia dah sekarang ni..

TENTANG BETIK - BUAH SULUNG

cerita terdahulu

OK, tak sabar nak tunggu betul2 kuning semua nya dan juga takut buah di makan oleh burung.. aku pun petik lah buah tu dan simpan di dalam rumah (masak peram).

Satu hari.. dua hari..

Aisey, tak sabar benar aku nak merasa 'air tangan' aku yang sulung ni..

Masuk hari ketiga, aku pun kupas dan potong buah betik tu - tak sabar.

Oleh itu, dibawah ini lah hasilnya..


buah betik sulung


Dan, quality control by Nurin hana menberikan tanda thumbs up bermakna sedap dan manis..
Alhamdulillah, buahnya sedap dan tidak berulat seperti yang jiran aku, Syahmi cerita pasal buah betik yang dia tanam.


quality controller - sedap!


Malam tu aje, setengah pinggan aku dan Nurin hana membedal buah betik tu. Cik puan kpp pulak buat2 jual mahal.. ntah apsal aku tak pasti. Nasib lah kalau habis nanti :-p

Esoknya, aku dan Nurin hana sambung makan lagi.. sampai habis sepinggan

Tiba2..

"Betik tu dah habis ke ?", cik puan kpp bertanya bila nampak aku membasuh pinggan yang berisi buah betik yang aku potong malam tadinya.

"Dah habis..", konfiden je aku jawab

Tu la.. masa banyak tak nak makan. Dah abis, baru nak tanya :-p

Takpe, masih ada banyak lagi yang bergantungan di pokok dan sedang menunggu untuk di petik..

Nyam! Nyam!


p/s : bersemangat pula aku nak try tanam pokok buah yang lain.. emm

13 Oktober 2010

PEMAIN BADMINTON YANG MENJENGKELKAN !

HAFIZ HASHIM !!

Ye, you heard me right ! it's Hafiz Hashim - the Malaysian 2nd best single shuttler (???!!)

Aku tengok Hafiz main malam dua hari lepas lawan dengan opponent from India yang ntah nama apa tah aku tak pernah dengar pun. Kesudahan nya, Hafiz kalah rubber-game dengan mamat dari India tu yang ranking nya ntah ke 150 juta agaknya!

Game ini untuk suku akhir Commonwealth Game 2010 yang sedang berlangsung sekarang kat India.

Naik marah betul bila aku tengok sikap sambil lewa Hafiz bila buat pukulan2 balas - macam orang PEMALAS ! langsung tak menunjukkan ciri2 BEKAS JUARA ALL ENGLAND suatu masa dulu. Mungkin betul macam cik puan kpp kata;

"Agaknya Hafiz tu menang All England sebab semua orang masa tu tengah OFF-FORM. Memang betul2 menang NASIB agaknya"

Ini bukan nya kali pertama yang aku rasa sangat PANAS dengan aksi Hafiz di gelanggang.. dah banyak kali, dan berulang2 kali.

It's a shame that such a talent go to waste!!!

Arrghh.. dah la. Malas aku nak menaip lagi.. sakit hati aku daripada malam dua hari lepas tak surut lagi ni!!

Nasihat kepada Hafiz : "Tolong lah main betul2 dengan penuh semangat. Kalau idak gi balik kampung je la, bagi chance kat orang lain pula"

... walaupun aku tak lah terror main badminton macam dia, tapi sebagai peminat yang berjaga malam untuk menyokong Malaysia depan tv.. aku berhak menyatakan kekecewaan aku !!!

... walaupun aku tau, bukan nya Hafiz baca pun apa yang aku tulis kan ni.. lantak lah!


grrrr...


p/s : nasib baik la Pandelela dapat emas malam tu, ada juga benda yang nak aku sorakkan..

12 Oktober 2010

TENTANG BETIK

Latar belakang kisah Tentang Betik :

Seumur hidup aku, tak pernah aku menanam sebatang pokok buah2an pun. Paling hampir ialah tanam pokok ubi masa umur aku 12 tahun. Fast forward 23 years, kebetulan jiran sebelah rumah aku jenis orang yang suka bercucuk tanam. Walaupun tanah belakang rumah tu hanya sekangkang kera, tapi beliau masih gigih menanam pelbagai jenis tanaman. Antaranya pisang, terung, kacang botol, ribena dan beberapa jenis tanaman lagi. Di depan rumah pula ada sebatang pokok betik yang tumbuh segar dengan batang pokoknya yang mantap!

Aku jadi teruja bila nengok pokok betik nya yang mantap tu. Kalau nak dibandingkan dengan kebiasaan pokok2 betik yang aku jumpa, batang pokoknya boleh dikatakan 2 kali ganda besar. Dan, apa yang lebih penting.. berbuah dengan lebat. Bertitik tolak daripada itu, aku pun beriya2 untuk menanam pokok betik juga...

***

Beberapa bulan yang lalu aku ada menanam pokok betik di depan rumah. Anak pokoknya aku beli di Pasar Malam - masa tu tingginya dah lebih kurang satu kaki. Pada mula nya almost hari2 aku siram. Kebetulan pulak paip air memang dekat sangat. Setiap pagi sebelum gi kerja, aku akan siram dulu.. kalau tak sempat, balik kerja aku pastikan ia di siram. Begitu lah semangatnya aku dalam operasi menanam pokok betik tu.

Tak cukup dengan siram air, aku gi pulak beli baja buatan - satu kampit warna hijau (untuk tumbesaran), satu kampit warna biru (untuk galakkan pertumbuhan buah). Setiap dua minggu aku make sure yang aku akan gemburkan tanah di sekeliling nya dan taburkan baja. Rutin tersebut di ulangi dengan penuh dedikasi sepanjang beberapa bulan yang lepas (walaupun, sekali sekala terbabas juga).

Dan, hasilnya..


Nurin hana menunjuk kearah buah betik yang dah masak


close-up buah betik


Inilah hasil tangan aku yang pertama. Buah betik pertama yang dah masak tu.. cepat2 aku petik dan simpan di dalam rumah sebelum di tebuk burung atau di 'kidnap' oleh orang lain. Tengok lah betapa happy nya Nurin hana jadi model depan pokok betik yang aku tanam tu. Kadang2 Nurin hana jadi pengganti tolong siram pokok tersebut. So, in other words.. ini lah air tangan kami !

Alhamdulillah, berjaya juga aku menanam sebatang pokok yang menghasilkan buah. Terubat sikit kekecewaan aku dengan pokok Mangga Harum Manis yang aku tanam belakang rumah yang umur nya sudah sebaya dengan Nurin hana.. tapi, masih tidak menunjukkan tanda2 untuk memutik kan buah :-(

Anyway, bila dah masak ranum dan ready untuk dimakan nanti.. aku akan buat entry lain. Untuk masa ini aku just enjoy yang aku berjaya menanam sebatang pokok yang boleh mengeluarkan buah !!

Excited gila!


p/s : aku teringin nak tanam durian, tapi...

11 Oktober 2010

WHOOPER SERINGGIT

Rabu, 06/10/2010

"Rul, hari ni ada promotion WHOOPER Burger King seringgit la", kata kawan aku Azli masa pagi2 masuk ofis

"Eh, ye ke ? Mana tau ?", aku mencari kepastian

"Aku pun tak tau. Kawan2 aku kecoh kat facebook pasal WHOOPER seringgit ni. Kat website Burger King ada. Tengok ni..", Azli menunjukkan iklan WHOOPER seringgit kat aku di website Burger King.


image : foodpromotions.com.my


"Wah! boleh cuba ni.. balik karang la..", aku teruja

Immediately aku sms cik puan kpp,"Malam ni kita makan Burger King nak ? ada promotion Whooper RM1".

"Ok je. Yang belanja", ringkas je jawapan nya dengan indikasi aku lah yang kena belanja emm..

***

Petang tu, on the way balik aku intai2 juga lah di Burger King. WOW!! crowded gila. Biasa tu memang kosong lengang je Burger King tu. Aku pun biasa pergi makan kat situ. Memang tak yah beratur2 pun sebab memang lenggang ya amat!

Tapi, ramalan aku meleset..


orang beratur nak beli whooper seringgit di BK


"Huh?! ramainya.. Nampaknya kena pergi yang kat rumah la..", bisik aku dalam hati

Aku naik train menuju ke rumah..

***

Malamnya..

"Dah siap.. siap. Kita nak gi makan burger", kata aku

"Jap.. jap. Lepas otromen ye..", kata Nurin hana yang tengah khusyuk tengok Ultraman Kosmos kat 611.

***

Dapat je parking.. aku, cik puan kpp & Nurin hana bergegas ke arah Burger King. Takut2 'terlambat' atau orang dah ramai. Daripada jauh, aku nampak kawasan Burger King tu nampak lengang je. Ada chance la kot..

Sampai2 je..

"Promotion Whooper RM1 - SOLD OUT!"

Itu lah tulisan yang terpampang di depan area masuk ke Burger King. Ada dua tiga orang pekerja (mungkin supervisor) yang dah sedia menunggu kat depan tu sambil dikerumuni oleh beberapa orang yang senasib dengan aku.

"Aisey.. Yang, dah habis la..", aku explain dengan nada kecewa pada cik puan kpp

Aku kembali ke kelompok orang2 yang ramai tadi menyibuk2 nengok apa yang berlaku. Rupa2nya staf2 Burger King tu tengah berikan satu kupon pada orang2 yang ada sekitar situ.

"Kupon ni boleh guna weekend nanti. Sama promosi dengan promosi hari ini. Satu kupon tu boleh untuk maksimum 3 order", explain staf Burger King tu

Aku pun ambil tanpa banyak soal dan berlalu..

Sudah nya.. tak dapat makan WHOOPER seringgit, kami makan di Kenney Roger's yang kedainya bertentangan..

"Takpe, weekend ni kita try lagi", kata aku pada cik puan kpp

***

Sabtu, 09/10/2010

"Siap, siap.. kita gi makan burger dulu sebelum balik kampung", kata aku

Pagi ni memang purposely tak makan sarapan sebab nak gi Burger King menggunakan kupon yang aku ambil masa malam rabu tempohari.

10:15 @ Burger King..

"SELAMAT DATANG !", dari jauh lagi cik adik kaunter burger king tu dah greet kami yang baru nak masuk ke area Burger King

Sampai kat kaunter,"Amboi.. daripada jauh lagi dah greet ni..", aku respond pada cik adik kaunter burger king tu.

"Saya nak gunakan kupon ni. Berapa banyak boleh order ?", aku straight to the point

"Tiga", kata cik adik kaunter burger king ringkas

"OK. Bagi saya tiga. Air Coke, Grape & 100plus", aku order


3 x whooper


Cik adik kaunter burger king key-in order dan berkata,"12 ringgit 60 sen"

Lima minit kemudian, duit dan 3 x WHOOPER bertukar tangan. Aku perhatikan kat set WHOOPER di menu atas kaunter, harganya RM13.50.. untuk 3 set ni pulak aku hanya bayar RM12.60 je. Sangat BERBALOI2!!! cuma, WHOOPER promotion ni tidak termasuk fries la..

Dan, pagi tu.. aku, cik puan kpp & Nurin hana ber sarapan burger WHOPPER Burger King yang berharga RM1. Memang puas hati dan tak sia2 berusaha & sabar..


whooper burger


Tengoklah gambar dua beranak yang tengah makan sarapan ala2 omputih kat bawah nih.. Cukup puas hati!


menikmati whooper seringgit


On the way balik, aku tengok ada 2 brader kat kaunter yang sedang order menggunakan kupon yang sama macam aku tadi.. Kaunter yang lengang dan tidak se havoc gambar yang kat atas tadi.


suasana lengang di kaunter bk


Aku senyum dan berlalu..


p/s : kalau tiap2 hari WHOOPER seringgit.. kan ke best! TQ Burger King.. lain kali buat lagi ye..
p/s2 : ini entry paling banyak gambar !

10 Oktober 2010

KENAPA AKU SELALU PENING KEPALA ?

Satu pagi aku gi jumpa doktor mengadu sakit kepala..

"Sila kan duduk", doktor india separuh abad mempelawa aku duduk

"Doktor, saya rasa sakit kepala bahagian belakang sini la", aku explain dengan penuh dramatik untuk menambahkan efek sakit kepala aku ditambah dengan kening dan dahi yang berkerut.

"Satu malam saya tak dapat tido", aku tambah statement efek dramatik

Macam biasa, doktor akan check blood pressure dulu guna alat yang men-cerut lengan yang berwarna hitam pastu ada alat bacaan nya.

"Family ada history high blood ?", doktor tanya aku

"Takde", pantas aku jawab sebab aku dah tau ke arah mana conversation ini akan pergi kalau aku kata ya. Dan, sememangnya takde history pun

BP normal. Doktor ambil stetoskop pula letak kat belakang dan kemudian kat dada aku. Kemudian diambilnya termometer check demam tak demam - itu pun ok.

"OK. Ini sakit kepala biasa saja. Mungkin sebab tension. Tido cukup ?", tanya doktor

"Cukup", aku tipu.. hahahaha (gelak orang jahat). Padahal malam tadinya aku nengok bola sampai pukul 1:30am!

Doktor bagi ubat dan bagi aku MC - konon2nya untuk rehat.

Aku senyum dan berlalu.. MC!

***

Sebenarnya aku tau kenapa aku kerap sakit kepala (tapi, aku tak nak mengaku..) :

1) Tak cukup tido - sebab aku suka berjaga malam terutamanya weekend untuk tengok tv terutamanya bolasepak LIVE!

2) Tekanan daripada masalah sinus aku - kerap menghembus hidung kuat2 dan mengakibatkan tekanan

3) Kopi - ya.. aku akui aku memang hantu kopi. Tiap2 malam mesti minum kopi satu cawan besar. Ter over dos agaknya.

4) Tempat tido - shape katil (tilam dah penyek) dan bantal yang tidak sesuai dan selalu menyebabkan tekanan pada bahagian tengkuk

5) Kerja - hari2 dok mengadap komputer dari mula kerja sampai balik kerja. Mata jadi letih, otak pun letih.

6) Banyak berfikir - terlalu banyak berfikir tentang masalah dunia sedangkan aku tak boleh buat apa2 pun. Contohnya, politik malaysia & kenapa Yahudi dengki dengan orang islam. Juga macam2 perkara (selalunya masalah..) yang masih tak selesai2 lagi. Contohnya : hutang kad kredit !! menyampah betul aku..

7) Negatif energy - banyak berfikir dan berimaginasi yang bukan2 yang selalunya bersifat negatif.

8) Cukup lah tu.. tak larat aku nak senarai semua..

Itu lah aku. Padahal aku dah tau dah sebab apa aku jadi tak sihat.. tapi, aku buat juga!

***

Esoknya aku ke hospital menghantar 'cik Mori gi check-up. Dalam masa menunggu tu, aku terpandang satu info di dinding..


AMALKAN 10B UNTUK MENANGANI STRESS


tips tangani stress (oleh kementerian kesihatan malaysia)


Eh, aku rasa boleh buat la..

Aku rasa aku patut cuba supaya berkurangan lah stress aku ni terutamanya yang menyebabkan kepala aku semendang (semendang = memanjang, acap kali, kerap kali) sakit.

Doakan aku berjaya..


p/s : err.. bab berurut tu kena minta tolong cik puan kpp la jawabnya.. boleh ye ?

09 Oktober 2010

TEMPERATURE NAIK LAGI..

On the way ke rumah 'cik Mori, temperature kereta merah aku tu naik lagi melebihi separuh (kurang daripada separuh adalah keadaan normal). Tapi, kali ni aku tak berapa gelabah berbanding masa aku tersangkut kat tol LDP on the way nak main futsal dulu. klik sini. Sebabnya, jalan ni adalah familiar kepada aku dan juga tidak jammed.


temperature gauge lebih dari separuh = danger !


Mujur juga lah aku 'terperasan' yang jarum temperature gauge tu dah lebih separuh. Dan, automatically aku suspek yang air dalam tangki sudah kering.

Dengan tenang aku berhentikan kereta kat tepi jalan dan buka hood enjin. Bila aku buka tangki air.. emm.. sah KOSONG !!!

Aku ambil air spare daripada bonet belakang dan tambah dalam tangki air tersebut. Kali ini aku tak buka penutup radiator sebab aku konfiden boleh sampai rumah 'cik Mori dengan tambahan bekalan air dalam tangki air tu. Kat rumah 'cik Mori nanti aku kerja kan lah..

Aku tutup semuanya dan jalan terus sampai ke rumah 'cik Mori. Mati kan enjin dan mula meng-operate radiator yang panas gila tu. Aku ambil towel dan buka penutup radiator - seperti yang di jangka kan air memancut2 keluar daripada radiator yang panas tu. Panas dan 'berkarat' warna nya. Maklum la, kereta dah lama. Aku biar 30 saat untuk cool down dan tuang air directly into the radiator - membuak2 kepanasan.

Bila semua dah siap, aku tutup dan teruskan perjalanan membawa 'cik Mori ke hospital untuk temujanji dengan doktor.

Aku lega walaupun dah lama bawa kereta, aku tak lalai untuk sentiasa memerhatikan segala gauge yang ada di depan aku tu.

Kata orang.. prihatin kepada persekitaran.



p/s : ada bocor kot.. asyik air kering jer. Emm.. duit lagi!
p/s2 : Apa akan jadi kalau kereta overheat ?

08 Oktober 2010

SELAMAT HARI RAYA.. LAGI & LAGI !

Rabu, 06/10/2010

Selapas sambutan hari raya kat ofis.. esoknya ada sambutan Selamat Hari Raya peringkat division pula.

*imbasan perbualan aku & cik puan kpp malam sebelumnya

"Yang, esok iron kan baju yang warna HIJAU tu ye. Ada majlis hari raya. Tema nya HIJAU"

"Bukan ke hari tu dah pakai baju warna HIJAU ? Ada lagi ke ?", cik puan kpp bertanya. Entah bila masa pulak la aku pakai warna HIJAU ni ?

"Eh, ada la.. dah letak atas sofa tu. Tolong ye", kata aku

"OK"

*tamat imbasan

Ye. Tema warnanya ialah HIJAU. So, digalakkan sangat2 siapa yang ada baju melayu hijau dipersilakan pakai. Walaupun aku ada, tapi aku malas nak pakai sebab nak kena samping segala bagai. Aku ni dah la commute LRT, jenuh la nak serba serbi macam pahlawan melayu di hari rabu ! kalau Jumaat tu, mungkin boleh dipertimbangkan.

(nota : baju melayu sesuai dipakai pada hari2 apa sahaja ye.. tidak hanya pada hari Jumaat, hari nikah atau hari Raya sahaja. harap maklum)

So, aku pun pakai lah baju kemeja HIJAU Pierre Cardin - jenama favourite aku.

Sampai di ofis aku nampak ramai ofis mates aku pun menggayakan pakaian berwarna HIJAU.. siap ada yang berkasut HIJAU !

12:45tghari..

"Jom la pergi", kawan sebelah aku (Azli) mengajak

"Jom", aku setuju

***

"Mak oii.. ramainya nya orang!", reaksi aku bila masuk ke dalam dewan tempat majlis

Memang tempat tu havoc gila. Ramai nya umat. Yang beratur pun berjela2 hampir menggelilingi dewan. Aku dan kawan2 pun beratur sama walaupun kami tak sure pun sebenarnya mana barisan yang betul.


suasana dalam dewan

Rupa2nya barisan yang aku beratur tu ialah tempat untuk ambil air. Kalau nasi dan main course barisan nya hala ke lain. Panjang pulak tuh. Bos aku awal2 lagi dah surrender.

"Saya pergi makan kat secret recipe je la", bos aku pasrah

Aku masih gigih beratur. Alang2 beratur biar sampai dapat makanan. Setiap benda yang ada atas meja tu aku sambar sambil2 beratur. Sambil beratur, sambil makan/minum - kueh, air sirap oren, cendul & rojak.

"Jom pergi sebelah sana la, cari pinggan dan ceduk daripada side satu lagi", kawan aku Azli bagi cadangan.

"Jom", aku follow

Sebab kami dah 'potong' queue (ceduk makanan dari sebelah tukang serve makanan), so dapat lah kami makanan lebih cepat daripada orang2 yang beratur.

Daripada pemerhatian aku, menu2 nya ialah : Nasi beriani (sedap!), Rendang Ayam, Rendang Daging, Dalca, Kambing golek (sedap!), Nasi Impit, Masak Lodeh, Pulut + kuah durian, Roti + salad + chicken sup, cendul, rojak, kueh dan air oren sirap.


antara menu2 yang aku sempat snap gambar


Aku tak sempat merasa semua sebab banyak yang dah habis masa aku selesai makan nasi beriani, rojak dan cendul.

Anyway, makanan yang ada semuanya sedap2 belaka terutamanya kambing golek tu. Malangnya, dah habis - tak dan (tak dan = tidak sempat) nak tambah.

Selain makanan, tarikan yang ada ialah artis2 jemputan. Antara yang ada Bunkface, Kieran radio era, Fiz Fairuz (Ustaz Aidil - Nur Kasih) & hero Malaya Rosyam Nor.


Bunkface - Nyanyi 3 lagu


Ustaz Aidil di kelilingi peminat Nur Kasih (tengah2 baju kelabu)


Hero Malaya, Rosyam Nor (baju putih) bergambar & berjenaka diatas pentas


Aku just enjoy the show dari jauh. Agak havoc la sebab semuanya jejaka2 pujaan Malaya belaka !

In the end, aku puji :

1) Makanan nya yang semuanya SEDAP! SEDAP! belaka

2) Artis2 yang sporting melayan peminat2 yang nak ambil gambar

3) Big2 Bos yang sporting membuat persembahan diatas pentas walaupun sumbang mambang bunyi nya. memang ke laut!

4) Kehadiran crowd yang agak ramai dan havoc

Tapi, yang tak bestnya ; pertama - makanan cepat sangat habis (budget lari kot..) dan ada kawan2 yang turun lambat sebab komitment kerja hanya dapat makan sejemput nasi beriani berlaukkan rendang daging sahaja. Lain2 semuanya dah habis sejak jam 1:30pm lagi.. sedangkan majlis sepatutnya sampai 3pm!

Kedua - tempat terlalu kecil untuk staff yang terlalu ramai!

Overall aku bagi 5 daripada 10 bintang.. itu pun sebab aku kenyang dapat makan & makanan nya sedap!


Hopefully, in future the organiser akan belajar daripada pengalaman ini..



p/s : patut hari raya bukan ke lazimnya bermaaf2an.. ini pergi layan 'konsert' pulak. Arghh.. layannnnn (bak kata Farah Fauzana)

07 Oktober 2010

HAVOC @ LRT PUTRA

beratur panjang di kaunter tiket lrt


Semalam kat LRT Putra punya la havoc. Panjang gila orang beratur !

Masalah ni bermula bila sistem tiket LRT problem di sebelah pagi nya. Aku tak sure apa problem nya, tapi semua laluan tiket dalam keadaan "OFF" dan semua orang di benarkan lalu tanpa slot tiket dalam mesin tiket tu. Orang LRT tu kata,"Jalan je, petang nanti kita repair".

So, akibat daripada masalah pagi tu.. petang nya keadaan menjadi kelam kabut di stesen tersebut. Kebanyakkan orang yang guna kan LRT dah tentu la ada Touch'NGo atau Tiket Nilai Simpanan - macam aku punya.


tiket nilai simpanan


Disebabkan paginya keluar dari stesen tidak slot dalam mesin tiket, mesin tidak recognise dan berikan isyarat failed. Hendak tak hendak, terpaksa la beratur untuk 'repair' (meminjam kata2 orang LRT pagi tadinya) sebelum boleh pass thru the gate. Punya lah panjang beraturnya sampai berbelit2 barisan! Tensen je aku melihatkan keadaan tu..

Malas nak beratur, aku decide untuk beli tiket baru gunakan 'tiket vending machine'. Ini pun satu hal juga. Mesin tu tak nak terima kalau masukkan 2 helai duit kertas berturut2 !
Bila aku masukkan 2 helai duit kertas berturut2, mesin reject dan kata,"Request cancelled". Mujur lah aku akal panjang dan sudah siapkan duit syilling untuk masukkan dalam mesin (sebelum beratur, aku tukar duit syilling kat kedai serbaguna berdekatan).

Dapat tiket, aku terus ke gate dan tunggu LRT di tingkat atas. Aku tak guna lif. klik sini untuk tahu kenapa. LRT sampai, aku naik dan terus ke destinasi yang di tuju..

***

Apa punya sistem daa..? kata nak galakkan orang commute dengan menaiki perkhidmatan awam macam LRT, tapi kalau sistem macam gini.. sah lah orang malas nak naik. Pulak tu, mesin tiket kerap pulak rosak. Kadang2 tak boleh baca, kadang2 tiket tersangkut dan macam2 lagi. 'Tiket vending machine' tu pun sama.. banyak songgeh ! nak duit cukup2 je.. menyusahkan betul lah !!!

Macamana nak jadi negara maju kalau perkhidmatan awam masih di tahap negara dunia ketiga ???? Siapa nak jawab.. ?


p/s : rimas dengan masalah mesin tiket yang tak sudah2..