Memaparkan catatan dengan label random. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label random. Papar semua catatan

06 Julai 2011

RANDOM

Hahaha..


Pecah perut aku nengok kartun nih! Hahahahaha...

13 Jun 2011

TUMPANG GLAMER CIK GELI..

Mak oiii... punya lah dahsyat penangan "Surat terbuka cik geli" sampaikan tempias ke blog aku pulak tetiba punya lah banyak referring URLs daripada posting tersebut ke blog aku nih!

Nah, ini buktinya..


Aku sendiri pun dah lupa apa yang aku komen kat dalam box "termakan hasutan" cik geli dalam entry tersebut. Tapi, obviously entry tersebut sudah membuatkan cik geli sangat2 popular sekarang ini sampaikan Gua.com pun dok petik entry beliau.

Kalau baca komen orang pasal entry cik geli tu, macam banyak yang tak puas hati. Sampaikan beliau kena buat dua tiga entry sentap untuk mengkomen balik orang2 yang komen dengan penuh emosi pasal "surat terbuka" tersebut. Padahal, sesiapa yang selalu ke blog cik geli tu sure tahu yang entry tersebut memang sekadar coretan saja2 cik geli pasal hal tersebut.

Anyway, aku ucapkan maju jaya lah pada cik geli yang sudah semakin glamer itu dan tak lama lagi boleh lah masuk tv macam cikgu shida :-)

Itu je yang aku nak tulis..

24 Oktober 2010

HABIS MADU, SEPATU DIBUANG..

Ini bukan kisah suami isteri atau 18SX yang melibatkan pasangan kekasih!

Kisah #1 :

Aku balik daripada kerja, macam biasa naik train. On the way menuju ke parking, aku ternampak satu benda hitam 'bergelimpangan' di atas jalan di tempat letak kereta. Aku suspen.

Atas dasar ingin tahu, aku menghampiri benda hitam tersebut.. rupa2nya :



Sepasang sepatu tumit tinggi yang dah patah tumit nya.. kesian, habis madu.. sepatu dibuang!

Kisah #2 :

Sedang aku berjalan2 on the way daripada stesen lrt ke tempat kerja, kaki aku terasa sangat jangal. Macam ada benda yang mengganggu kelancaran perjalanan aku. "kelepap, kelepap", bunyi nya.

Aku jadi hairan mana pulak datangnya bunyi macam tu pagi2 buta ni..?

Bila aku perhatikan betul2.. laaaa... rupa2nya, tapak kasut crocodile cheap sale aku tu dah pecah. Adeh, habis madu.. aku belum terasa nak buang lagi kasut tu.. mungkin nak tanya dulu ganti tapak berapa harga..

Kisah #3 :

Lepas cuti raya yang panjang tempohari, aku balik ke rumah - dah petang. On the way nak parking kereta, aku perasan ada benda hitam 'bergelimpangan' kat depan rumah. Apa benda pulak tu ?

Aku menghampiri benda hitam tersebut dan rupa2nya... sepasang selipar 'ala2 croc' yang ntah siapa yang buang kat depan rumah aku.. hampeh! macam tak de tong sampah..


Tamat