Masa : Darjah 4 Tanjung
Masa sekolah rendah, aku bukan lah pelajar yang cemerlang. Mungkin cuma mata pelajaran matematik aku agak baik. Tak pernah seumur kehidupan sekolah rendah aku dapat nombor peperiksaan yang single digit. Plus, aku pun bukan lah orang yang peramah dan ada ramai kawan. Jauh sekali lah menjadi budak popular yang menjadi kegilaan budak2 perempuan. Aku ini biasa2 saja.
Cuma, kalau bab buat bising masa cikgu takde di kelas.. serahkan pada aku. Itu aku memang champion!
Satu hari nak di jadikan cerita, cikgu kelas untuk jadual waktu yang akhir sekali sebelum waktu balik tidak masuk.. ntah kan MC ke apa ke.. aku pun tak berapa pasti. So, boleh bayangkan lah kalau kelas yang tidak di awasi oleh cikgu. Sudah tentu hingar bingar.
"WOI! DIAM.. KALAU SIAPA YANG BUAT BISING, AKU TULIS NAMA KAT PAPAN HITAM", kata2 amaran daripada ketua kelas (aku dah lupa namanya).
Alah, setakat amaran daripada ketua kelas.. apa kelassss...
Namun, betul2 di tulis nya nama mereka2 yang di kategorikan pembuat bising tegar di papan hitam. Ada 4 orang semuanya. Salah satu nama di situ adalah... aku.
Beberapa ketika selepas itu, cikgu pun datang (cikgu kelas lain).. semua automatik diam.
"Kenapa kelas ni bising sangat ?", cikgu tanya kepada seluruh kelas. "Siapa ketua kelas ?", tanya cikgu lagi
"Saya, cikgu", ketua kelas angkat tangan mengaku..
"Saya dah tuliskan nama2 yang buat bising dekat papan hitam tu", sambil menunding jari ke arah tulisan di papan hitam
"Nama2 di papan hitam, sila ke depan", cikgu bagi arahan
Aku pun terpaksa-rela lah ke depan bersama 3 orang lagi yang namanya sama2 di tulis di papan hitam.
"Duduk menghadap kelas", kami semua di arahkan duduk atas lantai menghadap ke arah kawan2 kelas yang lain. Jatuh lah saham aku macam ni..
"Saya tidak mahu dengar kelas ini bising2 lagi. Kelas2 lain sedang belajar, jangan sebabkan gangguan. Ketua kelas, sila catatkan lagi nama sesiapa yang bising. Saya akan datang lagi kemudian nanti", kata cikgu
"Baik cikgu", kata ketua kelas yang menurut perintah.. "Eleh, kaki bodek!", aku kata dalam hati..
5 minit kemudian..
Aku perasan yang ketua kelas macam ada satu pakatan sulit sok, sek, sok, sek dengan konco2nya..
Sementelah itu, mereka datang ke arah "pesalah2" dihadapan berbekalkan sebotol minyak cap kapak. Apahal?!
Kemudian minyak cap kapak tu disapukan ke mata "pesalah2" dihadapan.. termasuk lah aku. Apa motifnya.. aku pun tak pasti. Bila minyak cap kapak kena pada mata, dia punya pedih tu jangan nak kata lah!! MEMANG PEDIH GILA!!
Sepanjang waktu itu sehingga lah ke waktu balik.. kami berempat tak boleh nak buka mata sebab terlalu pedih. Sehinggakan waktu balik, aku dok berjalan meraba2.. macam orang buta! Terpaksa di pimpin oleh salah seorang kawan aku.
Sepanjang waktu itu sehingga lah ke waktu balik.. kami berempat tak boleh nak buka mata sebab terlalu pedih. Sehinggakan waktu balik, aku dok berjalan meraba2.. macam orang buta! Terpaksa di pimpin oleh salah seorang kawan aku.
Aku ada satu soalan kepada ketua kelas 4 tanjung : "Apa motif nko seksa aku masa tu?!"
&%$@##%^!
9 ulasan:
biarr tak nampak geng2 dahh
bile tak nmpak
mulut pun senyap
hahahaha
kesian
haah yer.. apa motif dia kan.. tak terfikir pula dek akal ni.. he..he..
jahat punya ketua kelas!!
hahahaha!! padan muka ko!! ekekekekek....org suh senyap x nak senyap...amek ko...
hihi g carik cepat org tuh...
salam
kena bule ya..teringat aku zaman sekolah duli
hahahaaaa... tq sbb merelease tensen sy.. :)
kak ct rase dia sengaja nak soh mata kamu merah mcm nangis...boleh jadi modal dia 'budak lelaki nagis kena marah ngan cikgu'
dulu bolehlah...
sekarang, silap haribulan dia yg kena tukar sekolah...
gila kot ketua kelas tu.
Catat Ulasan