Pernah tengok spider ?
Spider ni terbahagi kepada dua jantina - Jantan & Betina (oooo.. baru aku perasan daripada mana datang nya perkataan "jan"tina"). Daripada mana aku belajar mana satu jantan, mana satu betina pun aku tak pasti. Tau2 je aku memang dah kenal mana satu spider jantan, mana satu spider betina. Biasanya, spider betina bontotnya besar dan ber'taring' pendek (kaki panjang yang paling depan). Manakala, spider jantan pula bontotnya kecil dan ber'taring' panjang.
Ilmu ini sangat penting supaya tidak lah di gelakkan sampai pecah perut oleh kawan2 yang dah ready dengan spider masing2 bila nak berentap nanti.
Spider ni biasanya banyak di kawasan2 yang ditumbuhi dengan pokok2 melata macam pokok sireh dan pandan. Boleh juga dapat di daun pokok kelapa dan juga pokok lengkuas. Pendek kata dimana2 sahaja lah boleh ada kemungkinan kehadirannya.
Spider2 ini biasanya akan duduk atau bersembunyi di antara dua daun yang melekat. Sebab apa melekat ? Ye lah.. spider tu sebenarnya membuat sarang beliau di situ.
Kawasan perumahan setinggan dan sekitar kawasan 'kampung' aku (walaupun letaknya sebenar eh di bandar) dulu2 dipenuhi dengan kehijauan. Memang banyak kawasan2 semak, hutan kecil dan sebagainya. Jadi, memang mudah untuk aktiviti mencari spider.
Berdasarkan pengalaman aku, spider2 yang kuat biasanya bersarang di daun pokok kelapa (kelapa renek yang rendah tu) dan daun pokok lengkuas. Manakala tempat yang banyak spider boleh didapati dengan mudah ialah di daun pandan & daun sireh.
Menangkap spider perlukan skill tinggi terutamanya kalau pada daun pokok kelapa dan daun pokok lengkuas. Ini kerana kedua2 jenis daun ini sangat sukar untuk di koyak kan - tak macam daun pandan & sireh. Lebih sukar nak koyak daun, lebih tinggi risiko yang spider akan ter-penyek @ mati.
Cara yang paling popular untuk tangkap spider ini adalah dengan menggunakan tangan. Kedua2 tangan di tekup kan kepada daun (sarang) spider supaya spider tersebut tak dapat lari. Kemudian, gunakanlah apa sahaja cara untuk megoyakkan daun tersebut daripada dahan atau pokok tersebut. Bila dah dapat, di bawa ke kawasan lapang dan spider di masukkan ke dalam rumah kotak mancis yang telah disediakan lebih awal.
Dan, makan dan minum pula akan 'disediakan' oleh pemilik spider - air paip (kadang2 air liur je) + semut mati.
OK. Bila dah ada spider, masa nya untuk mengaturkan pertarungan dengan pemilik2 spider yang lain. Selalunya, pemilik spider akan mahu berentap dengan champion kawasan tersebut yang mana telah terbukti spider beliau telah berjaya menewaskan spider2 yang lain. Setelah perlawanan di aturkan, masing2 akan mengeluarkan spider dan di letakkan di atas kotak mancis sebagai gelanggang pertarungan.
Mungkin sudah resam spider jantan kalau bertemu pasti akan bertarung. Biasanya, kedua2 spider akan mengembangkan "taring" (kaki terpanjangnya yang terletak di depan) dan berkedudukan dalam posisi pertarungan menghadap ke arah lawannya. Bila sudah sedia, kedua2 nya akan maju dan berentap sehinggalah salah seekor spider tersebut mengaku kalah dan lari meninggalkan 'gelanggang'.
Selalunya, spider yang sudah kalah tersebut pasti tidak akan mahu berentap lagi dengan spider yang mengalahkan beliau. Sangat jarang di dapati keadaan dimana 2 spider berentap berulang2 kali. Dan, kebiasaannya spider yang sudah kalah dan menjadi 'bacul' itu akan di lepaskan semula ke habitatnya
Selalunya, spider yang sudah kalah tersebut pasti tidak akan mahu berentap lagi dengan spider yang mengalahkan beliau. Sangat jarang di dapati keadaan dimana 2 spider berentap berulang2 kali. Dan, kebiasaannya spider yang sudah kalah dan menjadi 'bacul' itu akan di lepaskan semula ke habitatnya
Sebagai pemenang, spider champion kebiasaannya akan mendapat habuan iaitu "tidur" di sarang di temani spider betina - atau lebih popular dengan panggilan spider mak bon (spider bontot besar). Paham2 sahaja lah kan apa tujuan nya.. hehe!
Dalam menceburi bidang laga spider ini, kalah dan menang adalah adat pertandingan. Yang menang akan riak semacam saja lah dan jalan sentiasa dada ke depan. Manakala yang kalah pula akan terus berusaha meredah segala ceruk semak & hutan untuk mencari calon spider contender yang baru.
Apa yang pasti, pemilik spider champion boleh lah berlagak hebat selama mana spider nya adalah champion!
YIHAAAA !!
Apa yang pasti, pemilik spider champion boleh lah berlagak hebat selama mana spider nya adalah champion!
YIHAAAA !!
7 ulasan:
yg tahunya spider letak dalam kotak mancis aje.. yg bagi makan minum & sedia "hadiah" klu menang tu tak tahu pulak.. maklumlah budak permepuan.. mana main dgn semua tu dulu.. he..he..
permainan apakah ini? kenapa aku terlalu jakun mendengarnya?
hanis : hehe!
wahida : ala2 gladiator tapi guna spider
kak ct dulu lagi dahsyat. sama jugak kes lawan2 cam gladiator ni tapi guna ketam. jan&tina ketam pun hampir serupa kalau waktu kawat cam. jan - sepit besar punyer, kaler mempersona sbb ia sebagai center of attraction si tina.
best info ever met is...bila menang dpt habuan spider mak bon...guling golek2 atas lantai ketawa.
Menarik blogger cerita pasal spider ni. Siap ade ilustrasi bergambar. Mencari, menangkap dan laga spider memang aku punyer favourite masa duk kampung dulu. Masa pindah bandor kat sekolah highschool kajang, rupenye, geng2 bebudak cina pun suka laga spider ni. Waktu tengahari depa siap gi mencari spider kat belukar anak sungai sekolah. Walaupun redah semak, belukar, alhamdulillah aku terjaga dan tak pernah la kena sengat tebuan tanah atau bertemu ular. Tempat favourite tangkap spider kat daun pokok buluh, daun kelapa, daun keladi, daun sireh, pandan dan daun kaduk. Spider biasanya ada 2 stail berlaga. Ada jenis yang masa laga relax2 slow je datang, ade satu jenis lg main terkam. Jenis terkam camni yang susah dapat. Kalau dapat, terbaik dan puas hati la sbb laga jenis berani. Macam blogger jugak la, itu semua dah tinggal kenangan.
Catat Ulasan