image : ilpks.gov.my
Berulang2 kali aku mundar mandir sekitar kawasan berkatil yang khas untuk orang menderma darah tu, namun.. masih ragu2. Kebetulan pula, berhampiran dengan kawasan mesin atm. Kebetulan lagi, aku macam rasa nak demam pula.. orang kata, kalau demam tak boleh derma darah.
Mundar mandir mundar mandir.. aku nekad untuk isi borang. Demam tak demam biar doktor/nurse yang tentukan. Aku nekad.
Kali terakhir aku gi menderma darah lebih kurang 18 tahun yang lalu. Masa tu, tujuan aku cuma satu - nak tahu aku ini darah jenis apa, that's it! Tapi, kali ini memang aku rasa macam saja2 nak derma tanpa tujuan. Mungkin sebab aku nak ulangi semula pengalaman di cucuk jarum dan nengok darah aku mengalir masuk dalam beg darah. A test of "bravery", I guess.
Bila dah isi borang, aku beratur. Sampai giliran, aku duduk dan di check oleh medical officer. Btw, kempen derma darah ini di anjurkan pleh PPUM yang datang khas di sekitar bangunan ofis aku ini untuk tujuan murni tersebut.
Tekanan darah - passed border line.. huh?!
Test darah - iron test = passed (darah tenggelam dalam larutan cecair yang di sediakan)
Test jenis darah - nurse tu tanya darah jenis apa ? aku jawab pendek "A". Dan, memang confirmed pun "A".
Bila semua test dah settle, aku baring kat atas katil untuk proses derma darah. Jumlah darah yang akan di keluarkan daripada badan aku ialah 450ml. Masa cucuk jarum agak sakit sikit la.. sebab jarum untuk sedut darah tu omak ai.. besarnya lah hai..
Tapi, bila dah masuk dalam dan darah mula mengalir.. takde rasa apa2 pun. Steady je aku. Hero lah katakan.. haha!
Selang dua katil daripada aku, ada seorang mamat cina. Beliau kelihatan pening2 dan di nasihatkan baring lebih lama oleh nurse untuk meredakan masalah pening dia. Aku ? setady lagi.. ehem! ehem!
Nah, ini buktinya..
Sorry lah, muka tak nampak. Susah nak ambil gambar masa tengah terbaring. Gambar tangan pun jadi lah. Kalau tak salah aku, lebih kurang 15 minit kot masa yang di ambil untuk memenuhkan sekantung beg darah dengan 450ml darah aku.
Bila dah selesai, nurse letakkan kapas dan aku diminta menekannya guna ibu jari. Ada kaedah nya.. kalau tak buat betul2 ada dua risiko - satu, darah akan memancut keluar ; dua, urat yang di cucuk tadi akan membengkak kehijauan. Ndak tak ndak kena lah buat betul2..
In the end, rasa a bit satisfying sebab dapat menderma darah.. hopefully, it is useful to those that really in need. Daripada pembacaan aku :
1) Darah "A" hanya boleh menerima darah daripada penderma darah jenis "A" atau "O"
2) Darah "A" hanya boleh menderma kepada penerima berdarah jenis "A" atau "AB"
haha! kesian orang darah jenis "O", aku sedut darah diorang.. tapi, diorang tak boleh sedut darah aku!!
And, some interesting reading below :
Type A+
Ye, aku berdarah Type A+
Ciri2 orang berdarah Type A :
1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten..
5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu,
mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.
2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten..
5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu,
mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.
nota : tak tau kenapa no 4 hilang daripada list tersbut
kredit : puteribayu
Boleh juga baca disini, sangat menarik. kredit : duniakuduniamu
Sila ambil maklum, ciri2 ini bukan lah sesuatu yang mutlak.
Sekian
4 ulasan:
Good job....usaha yang murni....
Tapi, sayangkan, A tak boleh menyumbang pada O...
kurang lebih agak tepat tentang orang yang punya darah group A.
paling perasan...cepat kepala angin namun cepat pula redanya.
angin itu syahdu.
terlebih perut jadi sebu..
terkurang kereta takbleh layu.
yang sedang-sedang saja.
aku tertarik dgn n3 ko kali ni..
1) darah aku ngan ko sama...A+...hehehe....
2) aku tak pernah derma darah sbb aku takut sgt...aku tau mungkin ko ckp itu alasan, tapi itulah realitinya, aku takut tgk darah weh...huhu...aku tgk gambar ko ni pun, aku dah pening2 lalat...
3) tapi aku sgt respek pada org yg menderma darah, besar pahala tu weh..sbb tu penderma darah ni diberi layanan first class di hospital2..
4) identiti no. 6 dan no. 7 sgt2 kena ngan aku weh...aku ngaku!!
amek ko, komen aku pjg lebar...
syabas atas kerja murni ni. Tekanan darah dah aras border tu,,,hati2 tapi mungkin jugak sebab dah takut tengok jarum...
Catat Ulasan