28 Mac 2011

JOM! MAKAN FREE DI McD..

Burppp! Alhamdulillah..

Terima kasih McD kerana "membelanja" aku makan pagi ini. Euphoria pasal McD free breakfast ni actually dah seminggu lebih berjalan.. namun, aku buat tak endah sebab aku sekarang tengah process "DIET" (ehem! ehem!).

Tapi, semalam.. cik puan kpp pula ber-iya2 benar nak mengajak gi makan breakfast McD selepas gi jogging. Aku mula nya agak pelik, tapi.. aku follow kan sahaja sebab Nurin hana dah mula "nak makan burger, nak makan burger" je katanya.

Nak masuk ke McD dah lah jammed kereta penuh. Bila sampai ke pintu pula.. omak ai! bukan main panjang lagi barisannya.. sampai ke pintu masuk!

Bila tengok keadaan macam gitu, terpaksa lah cancel dan jenuh lah aku & cik puan kpp nak memujuk Nurin hana sebab tak dapat makan sarapan burger.

Malam tadi, aku teruja nak cari info pasal breakfast free McD. Aku ke facebook McD Malaysia lepas baca2 di blog2 yang banyak buat entry yang berkenaan. Wah! memang betul lah.. dan, the cute things is.. the offer is still valid sampai 31st Mac.

Tanpa lengah masa, aku terus print 4 copies. 

"Esok kalau boleh guna cupon free, aku belanja nko big breakfast", aku sms Azli

"Hehehe. Okies", balas Azli

Pagi tadi, gigih aku siap2 awal supaya dapat pergi awal untuk mengelakkan terlepas keretapi jam 7:35am. Dengan harapan, sampai awal.. di McD orang tak ramai lagi lah. Sampai ke destinasi aku terus menuju ke McD dengan bertemankan sekeping cupon McD free breakfast.


Klik sini untuk print.

"Sis, cupon ini boleh guna ke ?", aku tanya pada cik adik di kaunter tu dengan nada was2

"Boleh", ringkas dan jawapan yang mengembirakan hati aku

"Ok, bagi saya set nombor satu (maksudnya : Chicken McMuffin with Egg)", aku order

"Tak cukup ni bang", kata cik adik di kaunter

"With hashbrown, please", aku senyum

Untuk membolehkan kita me-redeem 2 x free Big Breakfast, kena beli sekurang2nya item bernilai RM5. Dan, kebiasaan weekdays breakfast yang aku beli.. harganya ialah RM4.75 - tentulah tak cukup. Tapi, bila ditambah dengan hashbrown.. jadi lah ia RM7.65 - cukup syarat!

Dengan membeli breakfast meal minimum RM5, McD akan berikan 2 x Big Breakfast yang bernilai lebih kurang RM 9 each!!  Untuk keterangan lanjut, silalah ke Facebook McDonald's Malaysia.

Sementara cik adik kaunter sediakan order aku, aku gi ambil gula dan sudu kat tempat sos. Dan, aku sms Azli..

"Ok. Berjaya.. Big breakfast for you.. hehe.. :-)"

Bila order dah siap, aku ambil lrt dan terus ke ofis. 

Daripada jauh lagi Azli dah senyum2 kat aku walaupun dia tengah discuss dengan bos pasal kes yang panas sepanjang minggu lepas. Aku tunjuk thumbs up tanda ada bahagian untuk dia.

Dan, both of us enjoy the free gift from McD at our cubic.. nyum! nyum! Benda free.. kongsi2 lah..

TQ McD.. esok, saya beli lagi !!!! Yey!!

6 ulasan:

ibunurin berkata...

tapaulah sikit kat cik puan kpp tu dengan nurin hana....kesian depa nak makan

wahida berkata...

yeeehaaaa!! aku pun nak print jugak...tocei tocei!!

Hanis Azla berkata...

benda free mmg best.. menarik juga ni.. sempat lg sblm 31 mac tu..

Syigim berkata...

bagus la ko belikan utk kawan makan sama2. so sweet :) rezeki dikongsi2 insyaAllah dibalas berlipat ganda :)

nways, dah lama dgr kecoh2 psl mcd free ni. whats the catch ye. xrugi ke mcd? rm9 each kan. wah wah. dubai bila nk buat ni! :P

Pala Maldini berkata...

ibunurin : :-P bekal dalam perut.. hehe!

wahida : print jangan tak print

hanis : cuba.. jangan tak cuba

syigim : kat facebook McD tulis nak "menghargai" sokongan pelanggan sebbab diorang menang award best brand kalau tak silap... rugi tak rugi, tak tau lah.. aku tau ngap aje!

Mak Su berkata...

aik? biar betui