03 Mac 2011

DOMINO PIZZA - DISCOUNT CARD

Tahun lepas, kawan ofis yang dok sebelah aku ni dok bercerita pasal kad diskaun domino pizza yang banyak manfaatnya.. katanya.

Perbualan hujung tahun lepas..

Aku : "Li, nko biasa makan domino pizza?"

Azli : "Biasa. Aku ada diskaun kad", sambil dia tunjukkan kad diskaun domino pada aku

Aku : "Apa function nya ? best ke diskaun nya ?"  

Azli :"Kalau nko beli pizza.. beli satu, satu lagi percuma. Contoh kalau nko beli pizza large harga RM30, then nko dapat percuma satu pizza large juga. Dah jimat RM30"

Aku :"Wow, menarik!"

Azli :"Tapi, kena take away je la. Delivery tak boleh guna. Aku selalunya, order online je.. lepas 30 minit aku datang lah ambil kat kedai mana2 yang aku dah pilih dalam online order tadi. Jimat masa."

Aku :"Berapa ringgit ?"

Azli :"RM50 setahun. Dua kali nko beli pizza large, dah cover dah. Memang berbaloi Rul. Tahun depan nko boleh buat la"

Aku :"Harus!! Cargas aku buat next year"

***

Aku pun memang biasa order delivery domino pizza sebabnya di kawasan rumah aku takde penghantaran oleh pizza hut. Aku tak nafikan, domino pizza ni kalau dia punya promotion memang gempak la. Banyak juga kertas2 diskaun dan promotion yang di masukkan dalam pos box kat rumah aku. Boleh dikatakan at least once a month. Dan, yang lebih penting.. diskaun nya tu selalunya mencecah ke RM20 - memang best!

Tapi, bila aku tau pasal discount card ni.. lagi teruja lah aku dibuatnya.  


So, masuk je awal januari tempohari.. tanpa lengah2 aku terus ke kedai domino dan buat discount card tersebut. Duit dan kad bertukar tangan. Domino bagi lagi kat aku satu kupon free pizza regular saiz.

Satu hari tu, Nurin hana sibuk "Nak pizza, Nak pizza". So, kami sekeluarga gi ke domino pizza. Order 1 regular saiz pizza... dapat nya :

1 x double decker regular pizza - Chicken supreme (bayar RM 28.80)
1 x hand tossed regular pizza - Meat mania (free - guna discount card)
1 x hand tossed regular pizza - Spicy sambal (free - guna free kupon) 


Kalau di ikut kan harga sebenar : RM 28.80 + RM 23.80 + RM 23.80 = RM 76.40

Tapi, dalam kes ini, aku cuma bayar RM 28.80 sahaja. Jimat bukan ? 

So, lepas ni memang tidak akan segan silu lagi untuk makan di domino pizza... JOM!

10 ulasan:

Unknown berkata...

eh..bestnyer! ieda baru tau pas baca ni, thanxx! rasa nak buat je kad ni petang kang :)

IDAZS berkata...

wah menarik nie. tak pernah tau pulak dominos ada diskaun card. wajib ku serbu dominos itu

tanx 4 sharing :)

IDAZS berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zana Adieyza berkata...

wah, menarik ni!!!!!!! nak cuba jugak la... tq for the info... suka!!!

Pala Maldini berkata...

Ieda, idazs & adieyza : alamak... kalau macam ni, aku kena lah minta commission daripada domino sebab tolong promote nih!!

nurkaloi berkata...

wahhh
nak gak
hehehe

ehmm agak-agak bile nak banje kaloi mkn domino pizza nie
hehehe

ardinihumaira berkata...

uwaaa nak kad gak
;p

wahida berkata...

aku selalu makan domino ni tapi aku x tau lak ada diskaun kad ni...huhu...
tapi kalau pakai yg voucher dia bg tu mmg berbaloi2 kalau nak makan ramai2...

TheFusionTea berkata...

so cool :)

hanim berkata...

Tq for sharing info ni....