Kereta hitam aku tu asyik2 lah problem. Yang terbaru, air-cond pula yang buat hal. Penyakit air-cond kereta hitam tu dah beberapa kali dah sebenarnya. Bermula dengan angin daripada blower sebelah kiri sekali tu tak kuat sampailah ke issue terbaru ni iaitu air-cond tiba2 mati.
Cuba lah bayangkan bila bawa kereta tengah2 panas buta tiba2 air-cond nya terus mati.. memang haru lah. Ndak2 pula sekarang ni kalau time panas nya tu.. masya'Allah!
Beberapa minggu yang lalu aku dah bawa kereta hitam tu ke satu bengkel di Bangi. Aku describe masalah kereta hitam tu dan pomen mula kan kerja. Bila dah check2.. pomen decide untuk tukar thermostat. Elok2 je dah tukar dan buat sedikit test, pomen pun kata dah ok. Cuma ada pesanan..
Pomen : "Bang, air-cond kereta ni dah elok.. tukar thermostat tadi. Saya test2 tadi nampak macam ok je"
emm.. aku angguk buat2 mendengar
Pomen : "Abang pakai dulu.. kalau problem datang balik, mungkin blower system ada problem la. Kalau nak buat itu, kereta kena tinggal kat bengkel sebab nak kena buka dashboard. Makan masa sikit"
Aku angguk lagi..
Pomen : "Selalunya kereta jenis ni problem dia dekat wiring pada control box tu. Nak kena buat semula tu. Saya boleh buat. Tapi, kalau abang nak buat.. kereta kena lah tinggal bengkel"
Aku angguk lagi..
Pomen : "OK la.. bayar kat dalam ye.."
Kena charge RM 65 + RM 4 sebab cik puan kpp tambah beli pewangi.
Malang nya.. ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan di tengahari!
Problem sama berulang kembali!!!
So, aku cadang nak hantar ke pusat service Authorised dengan harapan mereka lebih tahu selok belok kereta jenama mereka sendiri. Tapi, ada satu masalah. Pusat service mereka tu semuanya jauh2 belaka daripada rumah aku.. hatta jauh daripada tempat kerja aku juga. Sudah lah begitu, public transport pun tak ada. Memang jenuh la!
Masa kat ofis aku borak2 dengan Azli dan ceritakan masalah kereta hitam aku. Dia suggest hantar ke kedai air-cond sahaja. Cari yang specialist buat air-cond. Tak perlu hantar ke pusat service yang lembab tu. Kalau pergi pagi, petang baru siap... bukan banyak sangat benda yang dibuatnya pun!
Aku teringat satu kedai specialist air-cond dekat dengan rumah 'cik Mori. So, aku decide untuk hantar situ.
Sabtu lepas, aku pun gi hantar kereta hitam ke kedai air-cond tersebut. Masa aku bawa, air-cond nya mati. Alih2 bila pomen tu buka.. hidup pula dia!!
Jadinya, bila air-cond tu hidup.. agak sukar lah untuk pomen cari apa problem dia. Tapi for the sake of the customer, mereka try buat juga. Alih2 dia kata motor blower yang problem. Nak kena buka dashboard segala bagai! (kalau perasan... same diagnosis macam kedai pertama tadi)
Aku malas banyak tanya, biarkan pomen buat kerja. Aku tak tunggu.. aku rehat kat rumah 'cik Mori
Aku malas banyak tanya, biarkan pomen buat kerja. Aku tak tunggu.. aku rehat kat rumah 'cik Mori
Petang, pomen call kata kereta dah siap. Chargenya.. RM 605 !! (termasuk service air-cond sekali). Tak kisah lah.. janji benda baik.
Ahad, ada kenduri kahwin saudara sebelah 'cik Mori di Denai Alam. Pagi2, aku starts enjin gi cari sarapan dulu. Masa aku tengah drive, ada ketika nya tiba2 air-cond hilang sekejap tapi datang kembali. Arghhh.. sudah! aku suspect problem sama berulang kembali.
On the way ke rumah kenduri, beberapa kali air-cond to starts-stop! Luckily, air-cond tak terus mati. Kalau tidak sure cair make up cik puan kpp!!!! Aku tambah tension!
Mujur juga sepanjang perjalanan dalam panas terik tu, air-cond tersebut starts-stop-starts. Tak mati terus. Kalau tidak, harus aku mengelupur kat dalam kereta tu.
Aku : "So, macamana ? nak hantar balik ke tidak ? Kalau nak hantar tinggal kereta rumah emak je la. Esok, abang hantar semula ke bengkel tu"
cik puan kpp : "Sukahati lah"
Isnin, lepas meeting pagi yang berdegar2.. aku terus cabut ke rumah 'cik Mori untuk hantar kereta hitam ke bengkel semula. Budak2 bengkel tu nampak aku je dah tau mesti benda problem balik. Sengaja aku tak hidupkan air-cond supaya ianya kekal mati. Nasib baik bila pomen starts kereta dan air-cond.. air-cond tu tak hidup. Senang sikit nak buat diagnosis.
Sedang pomen muda tu nak check, tiba2 datang pomen senior..
Pomen senior : "Ini saya dah tau apa problem maa... ini kereta ha, memang itu macam punya problem. Dia punya fius & cable sudah bakar lor.."
Pomen muda tu pula beriya2 nak check.
Pomen senior : "Tak payah check.. tak payah check. Mesti problem itu punya. Saya sorang saja boleh buat ni. Petang nanti you datang balik ambil.. pukul 6", katanya sambil menoleh ke arah aku.
Aku angguk, tak banyak cakap dan terus balik ke ofis.
Petang 6pm, aku datang balik.. mujur dah siap. Aku suspect benda yang dia nak kena buat tu sikit saja..
Aku ke kereta dan pomen muda tu test air-cond. Kali ini aku dapat rasakan yang the problem had finally been solved. Thank God!!
Kena lagi charge RM45 for labour cost.. aku bayar, dan berlalu. Malas nak cakap banyak!
In the end, bila di kira2 balik..
Kerosakan yang kosnya mungkin hanya RM45 (upah labour untuk redo wiring), telah menjadi RM 700++ hanya kerana salah diagnosis!
Perghhh !!
6 ulasan:
salam, xnak report ke pengguna ker? rasa mcm kena tipu jer.
macam2 nasihat kita guna pakai.
1. hantar bengkel yg sama supaya tahu perjalan hayat kereta tapi bahayanya tak aleh2 kereta hilang sbb kunci pendua dibuat sama.
2. hantar bengkel lain-lain. padahnya bila rosak, dia kata bukan dia repair punya barang, kita pun manalah nak ingat semua.
3. jom tukar kereta baru...sampai mampos bayar hutang tak habis-habis.
p/s : a/cond kereta penting. make-up isteri kena jaga beb!
trus rasa nak tukar keta baru kan
weh, report kat tribunal weh...
thanks sebab nasihat aku untuk report...
tapi, tak pe lah.. aku skip on it
As long as the air-cond tidak problem lagi.. aku dah happy.
Tak nak semak kan kepala dengan kes tribunal nanti semata2 sebab RM700... tak berbaloi. Letih!
Kalau RM 1 juta.. lain la cerita
klu dgr diagnosis kat workshop mmg selalu buat2 dengar tak dengar aje.. bukan apa, problem besar ke problem kecik ke semuanya main duit jgk..
Catat Ulasan