02 Mac 2011

SAMAN

28/02/2011 berakhirlah tarikh "diskaun saman" seperti mana yang di hebohkan di media massa dan media cetak. Alhamdulillah, aku memang dah settlekan semua nya before tawran tersebut lagi - beberapa bulan yang lalu. Dibawah ini buktinya.


OK. bercerita pasal "diskaun saman 50%" yang ditawarkan untuk tempoh dua bulan yang lalu, aku agak terkilan lah dengan tindakan tersebut. Sebabnya, untuk orang2 yang bayar awal (bukan dalam masa diskaun) tidak pula mendapat apa2 insentif. Sedangkan, orang2 yang bayar lambat pula yang diberikan insentif seperti diskaun 50% - ini tak adil!!

Wah! marah nampaknya aku pagi2 ni.. hehe!

Bila aku tengok keadaan yang "kacau-bilau" yang di siarkan kat tv pada 28/02/2011 tu.. aku jadi agak hairan lah. Dahsyat betul diorang tu punya "busy" dan "tidak ada masa kerana sibuk bekerja" sehingga menyebabkan mereka tak dapat nak bayar saman2 sehinggalah hari terakhir diskaun ?!

Bila dah hari akhir tu, ada pula masa nya ?! Tidak pula mereka tu "busy" atau "saya asyik kerja outstation". Pelik.

Lepas tu sibuk pula minta kerajaan untuk lanjutkan masa untuk bayar saman2 tersebut kepada sebulan lagi. Huh?! kalau lanjutkan sampai 10 tahun lagi pun, mereka akan bayar hari terakhir juga !!

Dan, ada juga yang tergamak menyalahkan system PDRM down pada hari tersebut menyebabkan mereka tak boleh nak bayar. Dang!!

Amboi, marah benar aku pagi ni.. banyak betul guna tanda seruan (!)

Bila tengok gelagat2 mereka2 yang di interview oleh wartawan yang membuat liputan, ada yang sampai sanggup (ke terpaksa ?) ambil cuti untuk bayar saman. Sebab apa cuti ? sebab hari itu dah last day. Tak kurang juga yang merungut2 kata kaunter sikit la, tidak sistematik la, system slow lah dan macam2 rungutan lagi. Malah ada yang bagi alasan kata "tak tau pun ada saman" - cheh!!

OK lah. Banyak tanda seruan aku pagi2 ni.. haha! Anyway, aku sokong kerajaan tidak melanjutkan tempoh diskaun saman tersebut dan sesiapa yang "degil" tu, terima je lah akibatnya nanti. Berani buat, berani lah tanggung!

Cuma, mungkin boleh berikan lebih insentif kepada mereka2 yang bayar awal.. contoh nya tambahan point (+ve) untuk sistem KEJARA ke ? Atau diskaun yang lebih untuk pembayar-tegar-awal atau yang bayar guna online. Wallahu'alam

Sekian.

Update @ 3:30pm - hukalah!! lanjut lagi.. teruk betul lah! klik sini (berita harian online)

5 ulasan:

ctpayong berkata...

sbb tu mereka dan mereka tunggu last minit baru nak settlekan saman sbb settle awal2 tak dapat diskaun. ada betul ke tu?

dang! ding! dong!

eh sedap pulang kata Dang! ni ek

Zana Adieyza berkata...

kebanyakannya mmg suka bayar last minute.. then mula salahkn org lain.. padahal dia yg salah sbb xcuba bayar sejak awal lg..

wahida berkata...

aku setuju dgn semua yg ko tulis ni bro...ada ke patut dah dilanjutkan nak tempoh lg sebulan?
huh!!

Pala Maldini berkata...

ctpayong : mungkin kot.. sebab kalau bayar lambat "ada diskaun"

adieyza : satu jari tunding ke depan, empat jari tunding kepada diri sendiri..

wahida : betul, betul, betul.. memang tak patut

Hanis Azla berkata...

itulah.. mcm2 cerita yg kita dengar.. mujur takde saman..