11 Mac 2011

DALAM KENANGAN #11 - RESEPI KEK DARIPADA BUKU HIKMAT 'CIK MORI

Kedua orang tua aku bekerja.. makanya, aku adik beradik di "tinggal"kan dibawah jagaan 'cik Yah yang rumahnya adalah berhampiran ("kampung" sebelah) - lebih kurang campur tolak 500 meter jaraknya. Tapi, dengan teknik masuk rumah tanpa guna kunci yang aku ada.. aku selalunya tidak lah dok di rumah 'cik Yah sepanjang hari selepas balik daripada sekolah.

Bila dah dok di rumah pula, mula lah macam2 idea yang datang untuk mengisi "masa lapang" sepanjang petang.. sebelum orang tua aku balik kerja.

Untuk makluman, 'cik Mori ada satu buku resepi kuih muih tulisan tangan sendiri yang cuma digunakan bila nak buat kuih raya yang aku namakan sebagai "Buku Hikmat". Dalam "Buku Hikmat" itu ada macam2 resepi kuih muih (yang ditulis dengan tangan sendiri oleh 'cik Mori - mungkin di salin daripada mana2 atau daripada resepi kawan2) daripada resepi & kaedah membuat biskut2 raya tradisional & moden sehingga lah ke resepi2 kek2 yang beraneka rupa dan rasa. Pendek kata, kalau terbitkan buat buku masakan... chef wan pun boleh tabik spring lagaknya... kot?

"Jom kita buat kek nak ?", aku bagi cadangan pada Babuk.

"Boleh tengok resepi dalam buku hikmat emak tu", aku sambung lagi

Habis semua rak2 di dapur tu aku selongkar untuk mencari bahan2 untuk membuat kek berdasarkan resepi dalam "Buku Hikmat" 'cik Mori tu.

Baking powder - checked
Vanilla essence - checked
Tepung gandum - checked
Telur - checked
dan, bla bla bla.. lupa dah la. Tapi, lebih kurang gitu lah senarainya

Bila bahan2 dah sedia, aku pun mula kan proses membuat kek berdasarkan kaedah2 yang dinyatakan di dalam "Buku Hikmat" tersebut. Bahan2 di campur, di gaul dan di pukul.. kira2 15 minit kemudian.. aduanan kek pun siap sedia untuk dibakar.

"OK, nampak rupa sama macam yang emak buat", aku berikan pandangan "professional" aku

Babuk angguk saja.

"Jom pasang api oven"

Bila semuanya sudah sedia, aku pun masukkan adunan tadi (yang sudah di masukkan dalam loyang kek) ke dalam oven untuk tujuan pembakaran kek. Sudah terbayang dah kek yang lazat itu - macam yang 'cik Mori biasa buat. Nyum, Nyum!

Selepas 30 minit..

"Dah boleh angkat ni", aku perhatikan kek yang aku bakar tadi nampaknya sudah "naik" seperti yang sepatutnya. "OK, angkat.. angkat"

Warnanya memang menarik (macam contoh dibawah)... coklat kekuning keemasan - macam yang 'cik Mori biasa buat! Yes!!

 
image : boxhousestudio.fotopages.com

"Biar sejuk dulu lah..", aku berikan cadangan

15 minit kemudian..

"Jom makan kek.. jom makan"

Dengan ke-tidak-sabaran, aku pun potong kek dan menyuapkan ke mulut.. emm..

Bluueeekkkkk !! Hampeh !!

Beginilah nasib kesudahan kek tersebut..


Sekian.

7 ulasan:

ibunurin berkata...

Lepas ni boleh la cuba skill tu kat oven baru tu

Hanis Azla berkata...

aduhai.. kempunanlah nak makan kek buatan sendiri dari resepi cik mori tu yer.. tp walau apa pun nak puji jugalah.. at least adalah juga intention nak mencuba bakat jd chef.. he..he..

Pala Maldini berkata...

ibunurin : "buku hikmat" takde..

hanis : hehehe.. dah hampir2 macam kayu rasanya.. haha!

wahida berkata...

weh, rupa dah cantik dah tu..nape ko buang weh? teruk sgt ke rasa dia??

Pala Maldini berkata...

wahida : baik sikit daripada kayu.. haha!

Siti Noor Aminah berkata...

sgt keras kah?? haha

Pala Maldini berkata...

GC : hampir..