06 Mei 2011

DALAM KENANGAN #19 - ROUNDESS

"JOM MAIN ROUNDESS!"

Roundess adalah satu permainan yang ala2 baseball yang di mainkan oleh sekumpulan budak2 di kawasan lapang. Setiap pasukan biasanya akan di anggotai oleh minimum 4-5 orang. The more the merrier. proses pemilihan anggota adalah berdasarkan lat talilat laili tamplom atau ooosooom.

Peralatan2 untuk permainan roundess :


1) Bola tenis
2) Kayu pemukul - biasa nya berbentuk rod yang panjangnya lebih kurang 1 kaki
3) Selipar - sebagai penanda base

Peralatan2 yang mudah di dapati tanpa perlu mengeluarkan duit. 

Biasanya, bola tennis tu... aku, Ijal & Babuk akan gi cari di sekitar court tenis awam di kejiranan orang2 kaya semasa kami gi main basikal. Mana2 bola tenis yang terkeluar masuk dalam semak sebab dipukul kuat biasanya orang2 kaya ni buat tak tau je.. orang kaya lah katakan. Kayu pemukul pula gunakan kayu 1x2 yang sudah di kikis bucu2nya dengan parang supaya berbentuk rod. Kadang2 gunakan sahaja batang jambu yang kami guna buat kayu hoki. Dan, tak perlu lah aku terangkan bagaimana nak mendapatkan selipar.

Padang permainan :

Padang perlu di set kan seperti berikut untuk membolehkan permainan ini di mainkan.


Perlu ada : tempat untuk pemukul bola, pembaling bola, 4 base (termasuk tempat pemukul bola) dan kawasan permainan yang agak luas.

Bila semua peralatan dan pemain dah ready dan bila kumpulan pemain dah dibahagikan.. masing2 akan mengambil tempat sebagai pasukan pemukul dan satu lagi sebagai pasukan penjaga padang untuk memulakan permainan. Ada baiknya aku terangkan dulu cara2 main dan peraturan2 "law of the jungle" permainan ini.

Cara main & Peraturan :

1) Pemain daripada pasukan pemukul akan memukul bola yang dilontarkan oleh pemain pasukan penjaga padang. Bila bola dapat dipukul, si pemukul akan lari dengan memijak base yang telah di sediakan. Bila lengkap satu pusingan, maka pasukan pemukul akan dapat satu markah. Boleh lari pusing2 seberapa banyak kali yang si pemukul suka selagi mana beliau tidak "mati". Kalau nak berhenti, si pemukul boleh stop pada  home base atau mana2 base yang ada (dengan memijak base tersebut). Sekiranya bola tidak dapat dipukul, si pemukul ada 2 lagi peluang untuk memukul. Sekiranya masih gagal, beliau dikira "mati". Hanya pukulan ke arah hadapan di ambil kira.


2) Bila bola dipukul, pemain pasukan penjaga padang akan cuba menangkap bola dan membalingkan ke arah si pemukul tadi. Atau, baling ke arah pemain pasukan penjaga padang lain yang sedang menunggu di base. Sekiranya balingan terkena pada si pemukul - beliau dikira "mati". Begitu juga kalau si pemukul sedang berlari ke arah base, tapi bola dibaling dan di tangkap oleh pemain pasukan penjaga padang sambil memijak base... si pemukul hendak lah berpatah balik ke base yang terdahulu. Sekiranya beliau dibaling dengan bola sebelum dapat ke base - beliau dikira "mati" juga (mati adalah istilah terkeluar dalam permainan ini) 

3) Begitu lah di ulang2 prosesnya sehingga semua pemain pasukan pemukul "mati". Kemudiannya, pasukan akan bertukar tempat dimana pasukan penjaga padang pula akan menjadi pasukan pemukul dan begitulah sebaliknya.

4) Pasukan yang mengumpul markah yang terbanyak dikira sebagai pemenang

Selalunya, aku antara yang ter-terror lah dalam permainan roundess ini.. ehem! ehem! Dan, kawasan permainan kami dulu biasanya di halaman rumah 'cik Yah yang sangat luas dan ber-court badminton itu. Memandangkan permainan ini dimainkan di kawasan halaman rumah, makanya perlulah sangat berhati2 supaya tidak memukul ke arah tingkap atau jalan raya yang boleh membahayakan keselamatan pemain2. Walaubagaimanapun, rumah dulu2 tak banyak pun yang menggunakan tingkat kaca dan juga jalanraya depan rumah 'cik Yah tu tak banyak kenderaan pun yang lalu lalang.

Susunan pemukul memerlukan strategi oleh ketua pasukan dimana lazimnya susunan dibuat berdasarkan.. kuat, lemah, kuat, lemah, kuat, lemah ; dimana kuat bermaksud orang yang pandai pukul manakala lemah adalah sebaliknya. Ada juga susunan kuat, kuat, kuat, lemah lemah lemah. Ini semua adalah strategi dan terpulang kepada kebijaksanaan ketua pasukan menyusunnya.

Walaupun permainan ini tak ada pengadil, seperti lazimnya dengan permainan2 lain zaman kanak2.. namun, kebanyakkan pemain bersikap jujur dan menerima keputusan "hidup" atau "mati" dengan concensus.

Dalam permainan ini, sikap berhati2 sangatlah penting terutama kepada pasukan pemukul yang berdiri dibelakang si pemukul. Kadang2 dek kerana terlalu excited, si pemukul akan melemparkan kayu pemukul ke belakang dan kalau tidak berhati2 akibatnya...

Dapat lah telor sebijik kat dahi!!


Main roundess memang seronok dan aku berani bet, budak2 sekarang tidak tau atau tidak pernah dengar pun perkataan roundess tersebut!

Sekian

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

budak2 dulu kalau tak kenal roundess ni memanglah nak kena siku kan..

masa aku duduk kat kem tentera kat taiping dulu, game ni permainan wajib kot tetiap petang. yang bestnya tak kira cina, india ke melayu ke iban sekalipun semua main xde gaduh-gaduh. punya la 1malaysia kan.

xde pun istilah aku xgeng ko maka aku xleh main dengan geng ko.

part paling best bila dapat pukul bola tu sampai lepas pagar atau tak terkejar langsung bola tu, dapat la lari byk pusingan sampai bola jumpa balik.

Hanis Azla berkata...

pernah main juga roundess ni dulu kat padang sekolah sementara menunggu bas sekolah yg selalunya lambat datang masa sekolah rendah dulu.. mmg best.. kita org main campur2 bebudak lelaki & perempuan.. klu kena baling dengan bola tenis tu mmg pedihlah juga rasanya.. skrg ni setiap kali lalu kat tepi padang sekolah rendah tu mesti teringat ttg permainan ni.. sgt seronok rasanya..

sitinaminah02 berkata...

hahaha. game feberet ni woi masa kecik2 dlu. kena cari laman rumah sapa2 yg luas sikit. syok wooooooo. asal petang je, mesti kumpul ramai2. nak main roundess. haha