27 Mei 2011

DALAM KENANGAN #22 - LAGA PEN

Pen guna nya untuk menulis, bukan ?

Tapi, kalau kita tambahkan sedikit kreativiti, sebatang pen tu ada pelbagai lagi kegunaannya yang tersembunyi. Salah satu daripada nya ialah main LAGA PEN.

Permainan Laga Pen ni aku tak tau siapa kah yang empunya angkara (baca : cipta). Namun, permainan nya sangat seronok. Dan, lebih seronok lagi di mainkan di waktu lapang di kelas (waktu sekolah). Alatan yang di perlukan hanya lah sebatang pen dan beberapa orang pamain2 tegar. Kadang2 perlu di tambah sedikit kreativiti untuk meningkatkan lagi cabaran nya.

Jenis2 pen yang boleh digunakan tiada had. Boleh guna pen plastik atau pen besi. Terpulang kepada pemain. Antara yang paling popular ialah pen kilometrico dan pen stabilo.



image : yogyakartacity.olx.co.id

Pada pendapat aku sebagai pemain "professional" laga pen ini, kriteria pen terbaik ialah :

1) Pen yang berat
2) Pen yang boleh berputar

Berat - membantu pen tersebut untuk menyerap "hentaman" pen lawan dan menyebabkan pen lawan terpelanting jatuh daripada gelangang

Berputar - pen akan berputar sekiranya pen lawan "menghentam" bahagian tepi pen namun pen tersebut tidak bergerak kedudukan nya

Ada baik nya kalau aku terangkan dulu kaedah2 permainannya.

Gelanggang : Meja sekolah

Peralatan : Pen. Bergantung kepada syarat2 permainan yang awal2 dibuat. Contohnya, hanya pen plastik yang boleh main. Atau apa2 pen pun boleh. Atau pen yang sudah di"improve" (nanti aku explain selanjutnya)

Pemain : Seramai yang boleh bergantung kepada saiz meja. Ideally, dalam 5 pemain dalam satu2 masa. 

Peng-"usha" Line : Kalau cikgu datang beliau perlu berikan alert kepada semua untuk bersurai

Peraturan permainan :

1) Setiap pemain berbekalkan sebatang pen akan mengambil tempat masing2 di bucu2 meja. pemain pertama akan jentik pen beliau ke tengah gelanggang.

2) Pemain kedua pula akan jentik pen beliau dan cuba menghentam (laga) pen pemain pertama tadi dengan tujuan untuk menjatuhkan nya ke bawah. Begitulah selanjutnya dimana pemain2 akan bergilir2 menjentik pen mereka untuk menjatuhkan pen lawan

3) Last pen standing is the winner. Dan, seperti biasa, champion boleh lah berlagak hebat dan bercakap besar (itu lah rewards terhebat budak2 sekolah)

Biasanya, permainan laga pen ini akan di kecoh kan oleh penyokong2. Penuh dengan kutukan dan gelak ketawa disamping perkataan2 takbur bila pen mereka berjaya menjatuhkan pen pihak lawan. Permainan juga akan dimainkan berulang2 dan pemain yang menang paling banyak pusingan adalah di isytihar sebagai champion. 

Pen yang di"improve"- maksudnya adalah pen yang sudah diubah suai "sifat azali" nya untuk memenuhi kriteria terbaik laga pen macam yang aku nyatakan di atas tadi. Antara yang paling popular ialah :

1) Isi pen dikeluarkan dan di gantikan dengan simen supaya pen menjadi berat dan sukar untuk dijatuhkan oleh pen lawan. Pen yang selalu digunakan ialah daripada jenama stabilo.

2) Pen di panaskan dengan api untuk mewujudkan keadaan pen bengkok supaya mudah berputar. Selalunya, bahagian tengah pen akan sedikit gemuk berbanding kedua2 bahagian hujung pen supaya imbangan pen adalah terletak dibahagian tengah nya. Dengan itu, pen tersebut akan mudah berputar bila pen lawan menghentam (berlaga) dengan pen tersebut di kedua2 hujung nya. Pen yang selalu digunakan ialah daripada jenama kilometrico

Daripada kedua2 pen diatas, pen berputar adalah jenis yang paling sukar untuk di kalahkan. Pemain lawan kena target dibahagian tengah pen berputar itu untuk menjatuhkan nya. Sekiranya, hentaman terkena bahagian tepi, pen "improve" akan berputar2 sahaja dan tidak bergerak daripada kedudukan nya. Manakala pen yang menghentam pen "improve" tersebut pula yang akan terjatuh sebab terlebih lajak...

Main laga pen memang syok.. tapi, malangnya dek kerana tahap keriuhan yang melampau dan si "Peng-usha-Line" yang dok leka menonton sama... acapkali, pemain2 akan ter-kantoi dengan cikgu dan merasalah kami ketuk ketampi seorang 10 kali.. huhu!

2 ulasan:

wahida berkata...

ini game budak lelaki kat sekolah aku dulu ni...

- GC - berkata...

bang, aku tak perasan plak pasal game ni aku ada main ka tak dulu.. haha..