12 Mei 2011

WEEKEND HUSBAND & WIFE

Fenomena masa kini.. "Weekend husband" atau "Weekend wife"

Bercinta di university, bekerja dan kemudian berkahwin. Seronoknya. Tapi, ada satu masalah - kedua2nya bekerja di negeri berlainan. Sebagai contoh, isteri bekerja di KL.. suami bekerja di Ipoh. What will you do ?

Sebulan, dua bulan.. sanggup lagi berulang alik setiap weekend. Kalau dah setahun ? dua tahun ? forever ?

Dulu, masa zaman bercinta aku pun hampir2 mengalami situasi yang sama. Pada masa itu, aku bekerja di sebuah kilang di bukit beruntung, selangor manakala cik puan kpp pula bekerja di bukit tinggi, pahang.

Nasib baik juga cik puan kpp dapat tawaran kerja lain. Namun, masih tidak menyelesaikan masalah kami. Macam orang tua2 selalu kata... seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir. Masa tu, kami dok tengah2 iaitu di Ampang (rumah FIL). Jadi nya, setiap pagi aku akan dropkan cik puan kpp jam 6:30am di Ampang point untuk naik chartered bus ke tempat kerja. Sebelum aku kemudian nya meneruskan perjalanan ke bukit beruntung.

Begitu lah rutin sehari2 sehingga lah suatu hari aku berasakan bahawa salah seorang perlu berkorban untuk bertukar kerja. Dan, sudah tentu lah aku sang suami mithali yang perlu berkorban.. ehem! ehem!

Kebetulan ada iklan jawatan kosong di sebuah syarikat GLC. Aku pun apply. Bak kata pepatah - test market. Mungkin dah rezeki aku agaknya, aku berjaya selepas di interview dan ditawarkan dengan jumlah gaji yang aku minta. Alhamdulillah. Dan, aku di tempatkan di pejabat syarikat GLC tersebut di sekitar Jalan Raja Chulan.

Walaupun, jarak diantara tempat kerja aku dan cik puan kpp masih lagi jauh.. namun, tidak lah lagi "seorang kehulu, seorang kehilir". Kalau tidak, sesak juga kepala nak pikir.

Baru2 ni aku dan beberapa colleague berborak2 pasal fenomena ini dimana ianya di alami oleh salah seorang colleague kami di ofis ini. Suaminya bekerja kilang di Bentong, Pahang. Manakala ofis beliau di KL. Kedua2nya tidak mahu berpindah dengan alasan "seniority". 

"Seniority" yang aku maksudkan ialah peluang untuk naik pangkat berdasarkan ke-senior-an mereka di unit/tempat kerja masing2. Kalau berpindah ke unit lain, mungkin akan jatuh lah seniority ranking tersebut. Apatah lagi kalau bertukar kerja.

Apa yang terjadi, mereka duduk berasingan dan hanya berjumpa semasa weekend sahaja. Itupun, agak terbatas kerana si isteri tinggal serumah dengan housemate. Jadi, kalau si isteri tiada di rumah.. maka sukarlah kalau si suami nak gi terjah. Silap2 terjah, mahu nya kena pelangkung dengan housemate si isteri. 

Kami mencadangkan agak beliau tinggal di tengah2 di antara kedua2 nya. Oleh kerana kos ulang alik yang tinggi sehingga mencecah RM1000 sebulan, mereka terpaksa berubah ke approach yang berlainan. Dan, memandangkan syarikat GLC ada cawangan yang banyak di merata2 negeri... si isteri mengalah-tanpa-rela dan menghantar borang mohon tukar ke kawasan suaminya. Malangnya, kawasan itu bukan lah bandar besar dan perjawatan di kawasan itu adalah sangat limited serta terbatas pada level yang si isteri memang sudah pegang sekarang.

Perkara ini agak complicated dan aku dapat rasakan tekanan mereka2 yang bergelar "Weekend husband" atau "Weekend wife".

If you are in this kind of situation, what will you do ?

4 ulasan:

Hanis Azla berkata...

mmg ramai yg sanggup jd weekend wife/husband selama bertahun2.. mungkin dah pasrah kot, tunggu pertukaran tp tak dapat2.. ramai juga kawan2 yg begitu.. bila dah lama sgt, tak jumpa masa weekend pun dah tak jadi hal dah.. kita yg tgk pun seram.. sbb takut hubungan boleh jd renggang..

wahida berkata...

aku tak pernah alami situasi ni ...tapi aku dpt rasa serba salah nya dorang tu...kerja penting, hubungan suami isteri pun penting...

kesimpulannya, aku tak tau nak tolong mcm mana...haha!!

ctpayong berkata...

"ada sedikit untuk di sana dan ada sedikit rugi di sini!". atau cakap omputihnya, "no pain no gaint".

pengorbanan itu penting kerana ia bagai jambatan menuju cinta serta keredhaan Allah.
-kes suami isteri aja-

Syigim berkata...

aku ni bukanlah wanita bekerjaya yg power, so walaupun i LOVE my job, jadi kalo aku ditempat diorang ni, aku rela berkorban tuka keja or lepaskan my job.

aku xbole komen byk sbb aku xpenah berada dlm situasi ni. mungkin diorang dah xde jln lain? aku berminat nk baca pandangan dr weknd wife/hub. WHY do the feel the need to MUST accept this weknd rship? duit? pangkat? xsayang/rugi sgt2 ke saat2 5-6 hari berpisah tu?

kita husband-wife seharian xberjumpa sbb bekerja pun aku rasa amat rugi utk pasangan & anak2, inikan pulak anak2 tak jumpa mak/bapak seminggu-2.