18 Februari 2011

DALAM KENANGAN #8 - BMX MESTI BOLEH !


image : motorbicycling.com

Ini basikal BMX yang menjadi kegilaan aku dan konco2 satu masa dulu. Mana2 pergi, budak2 sebaya aku akan mengayuh basikal BMX macam ni. So, kalau siapa yang tak ada BMX time tu.. kira tak rock la!

Masa main basikal BMX biasanya di sebelah petang membawa sampai ke maghrib. Bila maghrib, kena ada kat rumah dah. Kecuali la kalau "teringin" sangat nak merasa libasan getah paip oleh 'cik Mori!

OK. Geng main basikal BMX aku ialah Ijal (sepupu) & Babuk. Memang merata lah kitorang dah pergi. Sebagai yang paling tua, dah tentu aku jadi ketua "samseng kampung dusun". Ini bukan samseng betul2.. ini samseng taik minyak.

Naik basikal BMX kalau setakat nak kayuh kat jalan ber-tar yang rata tak best la. Tak cukup adventurous. Selalunya, aku dan konco2 aku gi main di sekitar kawasan2 yang ada bukit2 sikit. Boleh willy2, boleh buat aksi lompat tinggi di udara sambil lepas tangan dan macam2 lagi.

Satu petang, aku dan konco2 bermain basikal di satu kawasan berbukit dan bertanah merah. Memang kitorang biasa lalu menggunakan jalan tersebut selama ini. Cuma beza kali ini, ada sedikit construction sedang dilakukan. Hasil daripada kerja2 construction tersebut, terbentuklah bukit2 kecil yang boleh dijadikan BMX lauching ramp untuk melompat tinggi.

Macam biasa... aku, Ijal & Babuk akan berebut2 berlumba untuk berada di depan.Siapa yang dapat melompat "lauching ramp" dulu tertulah yang paling best!

"Woi, boleh lepas ke ni ?", aku jerit kat Ijal & Babuk sambil masing2 berlumba2 mengayuh untuk melompat ke udara dahulu

"BMX MESTI BOLEH!", jerit Ijal dan terus meluncur laju ke arah "lauching ramp"

Tiba2..

"Eh, mana pulak Ijal pergi ?", aku tertanya2 bila kelibat Ijal yang tiba di "launching ramp" dulu tidak timbul2

Aku dengan Babuk bergegas ke depan untuk tengok apa yang dah berlaku. Rupa2nya...



Ijal dah terperosok dalam lubang yang hendak dibuat longkang!

HAHA! BMX MESTI BOLEH! 

Sejak daripada hari tu, ungkapan "BMX MESTI BOLEH!" tu jadi famous antara kami bertiga.. bila sebut je ungkapan tu.. aku pasti akan terkenangkan saat itu dan tersenyum sendiri.. haha!

5 ulasan:

*Miss Geli^ berkata...

dulu aku tak dapat beli bmx, mak apak takde duit.tapi akwan pepuan aku sorang lagi ada bmx macam dalam gambar di atas..aku selalu menumpang berdiri kat stand belakang tu..pahtu bila kawn aku willy, aku mesti jatuh..demit betol punya gurauan

wahida berkata...

aku x nak komen psl BMX, aku nak tanya, ko dlm gambar tu yg mana satu neh??

aku dah agak, aku mesti salah...huhuhu...melepas sepoloh hinggit...

Citarasa Rinduan berkata...

sah...dulu2 ko nakal..

kesian kat ijal

ardinihumaira berkata...

bmx adik dni skang dah tak ado.. dijual dan sebab dah lama tak guna... :) rindu lak nak tengok beskal tu

Hanis Azla berkata...

ha..ha.. siap ada tag line yer.. dulu2 pun ada basikal jugak.. Tp bukanlah bmx tp basikal yg ada bakul kat depan tu aje.