Sambungan dejavu entry semalam
Masa aku join kampeni tersebut, sumpah aku tak tau apa core bisnes mereka. Aku main redah je. Apa yang lebih penting pada aku masa tu ialah.. kerja.
Selalunya, kalau mula kerja tu awal bulan ie: 1hb. Tapi, mungkin MD nak menguji tahap kesungguhan aku untuk mula bekerja.. beliau suruh aku datang pada 30hb yang kebetulannya jatuh pada hari Isnin. Memandangkan aku baru nak mula kerja, tidak lah pula aku nak banyak songeh - aku datang on that day tanpa banyak soalan.
Macam yang aku bagitau, VISI hanya lah sebuah kampeni kecil sahaja dimana bahagian teknikal nya hanya ada 3 orang termasuk aku - Chief (bos technical dept), Sabri (technician) & Aku. Bahagian2 lain ada lah orang2 nya... namun, tidak lah ramai. The whole company cuma ada dalam 15 orang sahaja including the MD.
The first day aku join, baru aku tahu yang VISI sebenarnya adalah sebuah kampeni yang membekalkan peralatan Laser Speed Detection System atau bahasa pasarnya SPEED TRAP yang digunakan oleh pihak PDRM & JPJ. Kiranya, VISI buat Spply & Services for Speed Trap system yang digunakan untuk menyaman "ekor" kenderaan2 yang di pandu laju.
image : zulkbo.com
Almost 2 tahun aku bekerja kat VISI dan macam2 pengalaman pahit manis yang aku dah lalui... terutamanya bersama "partner-in-crime" aku yang paling rapat.. Sabri.
Oleh kerana peralatan speed trap ini adalah sensitivity kerajaan, maka, tak boleh lah aku nak cerita lebih lanjut berkenaan peralatan tersebut disini. Cukup lah sekadar anda tahu yang it's damn accurate dan mitos2 tentang penggunaan barang2 tertentu untuk mengelakkan daripada di capture oleh speed trap ini adalah semata2 MITOS!
Aku sudah test dan buktikan nya... percaya lah!
Kerja di syarikat bersaiz kecil ini banyak faedah nya. Banyak yang aku pelajari sepanjang almost 2 tahun aku bekerja di situ. Walaupun aku di bahagian teknikal, tapi jawatan aku secara tersiratnya ialah... teknikal cum driver cum peon cum sales representative cum cleaner cum macam2 lagi lah. Namun, aku tetap bersyukur sebab banyak perkara yang aku belajar di situ terutamanya on how to handle a difficult customer, tender process and how office politics works.
In the end, aku had to say goodbye to the company sebab aku truly feel that I will not progress the way I had intended in my field should I stay there much longer. Oleh itu, somewhere around July 2000 aku hantar surat resign and join a manufacturing company.
Berada dalam field "servicing" sebenarnya sangat mencabar.. lebih2 lagi kalau kita di dalam company yang kecil. Setiap tender kena evaluate betul2 and know our strenght before we can proceed. Sebab semuanya involve money. And, more importantly kena kenal competitor kita tu siapa. It's really about.. "who knows whom" rather than "who know how to do it".
Thank you VISI!
5 ulasan:
sebenarnya jawatan mutlak seperti tu namanya GM atau general manager...heheheee.
oh! sebab tu tokey blog antara orang yg paling cepat bayar saman speed trap & tidak dapat menikmati discount 50%.
ctpayong : hehe.. :-)
cer bagi tips nk elak dr kena speed trap. hahaha
mmg itulah bagusnya kalau kita keje kompeni kecik sbb kita akan jadi driver, cleaner, jaga, clerk dan bla bla yg membuatkan kita multitasking... susah nak carik pengalaman mcm tu...
itu jugak mengajar kita bagaimana menghargai peranan kerja org lain kan...
pengalaman yg berharga..pasni mungkin jadi bos lak ker...
Catat Ulasan