Berapa banyak simpanan anda sekarang ?
Secara dasarnya aku memang orang yang sangat liat bab2 simpanan ini. Bila time gaji, mula lah asyik ingat nak joli katak. Belum masuk bulan baru, gaji dah tiga suku habis. Lepas tu, baru lah tahu nak makan meggi.
Aku mula belajar untuk menyimpan bila hati sudah ada taman. Masa tu, perbelanjaan memang sangat tight dan di kontrol. Hari2 makan roti cicah kuah meggi. Kesian, kan ? Bila kawan2 ajak makan, aku cakap "dah kenyang" atau "korang pergi dulu, nanti aku follow". Yang mana sudahnya, memang aku takkan muncul.
Aku pernah tanya pada beberapa orang kawan2 soalan berikut :
"BERAPA BANYAK DUIT SIMPANAN YANG PERLU ADA UNTUK RASA SELESA ?"
Rata2 kawan2 aku cakap dalam RM15-RM20 ribu. Bila aku tengok dalam bank, memang masih jauh tersasar daripada sasaran yang di tetapkan. Namun, naluri aku masih belum terdetik untuk menyimpan sehinggalah suatu hari di kedai makan...
Kawan2 bercerita tentang simpanan ASB mereka dan benefit yang boleh dapat dengan pinjaman ASB. Rata2 semua yang ada di situ ada simpanan ASB kecuali aku dan Mansor. Entah kenapa, aku memang tak pernah nak terdetik untuk menyimpan di ASB.. jauh sekali kalau aku nak buat pinjaman ASB pula!
Dalam kerancakan kawan2 berborak, aku mula rasa terpukul..
KENAPA AKU SORANG JE YANG TAK ADA ASB ?
Satu persoalan besar yang berlegar2 di kepala otak aku masa tu. Dan, bermula daripada situ.. baru aku sedar akan kepentingan untuk menabung!!
Bermula daripada detik itu aku memulakan langkah untuk menabung. As much as possible apa saja income yang aku dapat, aku cuba untuk memperuntukan sebahagian besar untuk tabungan aku. Dalam proses menabung ini, aku ada satu masalah. DISIPLIN!!
Sejak azali lagi, disiplin adalah seteru utama aku! Walaupun, aku tahu sebenarnya disiplin itulah kunci kejayaan. Tapi, naluri pemberontak dalam diri aku ni lebih hebat. Mana mungkin aku boleh menabung secara konsisten kalau tidak ada disiplin ?
Sehingga lah aku ke temu jawapan kepada masalah aku tersebut iaitu... FORCE-SAVING!
Apa itu FORCE-SAVING ?
Ini bukan perkataan baru, namun lebih banyak digunakan oleh bank2 bila nak memujuk kita supaya "menyimpan" dengan membuat pinjaman.
Force-saving ialah kaedah menyimpan dangan cara "paksa" iaitu menggunakan kaedah potong gaji dan di masukkan terus ke dalam akaun untuk tujuan simpanan. Dalam kes aku ini, kedalam akaun ASB. Senang, bukan ?
Tapi, masih ada satu masalah. Bila force-saving, pada dasarnya aku tahu yang aku sebenarnya ada duit yang di simpan di ASB. Oleh itu, tahap kegatalan tangan untuk keluarkan duit tersebut adalah sangat tinggi. Macamana aku nak "lupakan" tentang duit tabungan tersebut ? Ye, memang tak boleh lupa... tapi, aku usaha buat2 lupa.
Dengan simpanan di ASB yang tidak ada ATM card itu maka sedikit sebanyak membantu aku di mana kalau nak keluarkan duit kena "beratur" di kaunter bank dan keluarkan duit menggunakan buku. Juga, aku tidak kerap mengupdate buku ASB supaya aku "lupa" yang aku sebenarnya ada menabung di situ. Inilah "force-disiplin" aku yang paling sukar sekali.
Alhamdulillah, setelah beberapa tahun aku buat force-saving sekarang aku boleh nampak hasil nya. Memandangkan kejayaan method tersebut kepada aku, aku kembangkan pula ke Tabung Haji dengan proses yang sama. Aku percaya, Tabung Haji akan lebih berjaya sebab kalau nak keluarkan duit nya, tidak boleh di bank. Kena pergi ke cawangan Tabung Haji yang penuh sesak itu!
Apa yang lebih membanggakan, kaedah "force-saving" aku tu kini diguna pakai oleh kawan aku juga.
Walaupun aku bermula lambat (selepas 7 tahun bekerja baru nak sedar!), namun aku tetap bersyukur yang aku akhirnya sedar. Aku belum tiba di zon selesa lagi, tapi sekurang2nya aku sudah memulakan langkah ke arah itu...
It's never too late to starts your saving!
2 ulasan:
Alhamdulillah.. ada juga hasilnya dgn force saving yer.. dulu en.asben saya pun gitu.. bila dah nak kahwin barulah pandai nak belajar menyimpan.. saya plk jenis displin sikit.. lepas kahwin mmg force dia utk terus menyimpan.. sudahnya nak further study pun boleh guna duit sendiri tanpa perlu buat loan..
eh bang, aku lps kerja, mmg terus amek ASB loan tu. tak banyak,tp ok sebab aku tak boleh nak usik duit tu, mmg pala otak lu sama cam aku.aku malas nk sesak2 kt kaunter kalau nk kuarkan duit dr asb tu. tp bila dpt dividen, aku kuar jugak, sbb nk renew roadtx n insurance keta. haha.
Catat Ulasan