20 Mei 2011

DALAM KENANGAN #21 - MADU IXORA

Tahukah anda sebenarnya nama kereta MPV pertama Malaysia keluaran Proton itu di namakan sempena nama sejenis bunga ? Bunga IXORA.

***

Aku bukan lah mat bunga. Namun, resam budak pen'jahanam' benda2 yang cantik dan kepunyaan jiran.. bunga Ixora ni seringkali menjadi mangsa aku dan konco2. Secara lazimnya, bunga Ixora ini di tanam sebagai pokok hiasan atau lebih tepat lagi sebagai pokok pagar. Maksudnya, Ixora di tanam di sempadan rumah untuk di jadikan 'pagar'. 

 image : newdayforus.blogspot

Bunga Ixora ini warna nya merah dan tumbuh "berkumpulan". Dengan warna merahnya itu seringkali akan menarik minat burung terutamanya burung kelicap.

Apa pula kena mengenanya bunga Ixora ni dengan aku ?

Ye.. ianya adalah sumber madu percuma untuk budak2 macam aku.

Bagaimana cara nak mendapatkan madunya ?

Dalam setiap bunga tersebut ada "madu manis" yang sebenarnya seringkali jadi buruan burung2 kecil. Oleh itu, bila berjalan2 balik daripada bermain2... mana2 pokok bunga Ixora akan menjadi mangsa aku dan kawan2 untuk mendapatkan "madu manis" nya.

Caranya mudah sahaja. Kalau diperhatikan betul2, rupa bunga Ixora ini adalah seperti dibawah (closed-up)

image : kuizikel.com

Cara mendapatkan madunya ialah dengan mencabut tunjang tengahnya perlahan2 dan "madu manis" tersebut akan terlekat pada tunjang yang ditarik tadi. Maka, boleh lah anda menikmatinya. Juga, ada boleh sedut (selepas ditarik tunjang tengahnya) untuk mendapatkan "madu manis" tersebut. Mudah, kan ?

Kadang2 kalau tidak bernasib baik (atau tak pandai sedut), anda hanya akan dapat rasa pahit getah bunganya sahaja berbanding dengan "madu manis" nya. 

Itu kira nasib lah..

"Madu manis" bunga Ixora ni memang asyik... sambil berjalan balik dan berborak2, sambil menyedut "madu manis" nya.. oh, bahagianya...

5 ulasan:

sitinaminah02 berkata...

ohh..ini ka ixora? kah3x. ini bunga jenjarum kan?? buah dia yg masak kaler hitam2 macam kulit manggis. hehehe

Hanis Azla berkata...

ixora yer nama pokok ni.. baru hari ni tahu.. he..he.. padahal masa kecik2 dulu mmg suka hisap madu ixora ni.. err.. skrg ni klu jumpa pokok ni mmg buat lagi juga.. nak tunjuk kat anak2 plk..

ctpayong berkata...

Oooo..sebab itu lah kamu digelar kelicap malas...heheeee.

kakCT pernah terhisap madu manis ixora dan terlupa yang kakCT puasa (baru2 belajar)pada hari itu.

p/s : still continue puasa sampai azan maghrib baru berbuka.

Pala Maldini berkata...

GC : Aku tak tau apa nama bunga tu sebenar nya dulu.. bila mpv proton tu keluar, baru lah tau..

Hanis : hehe.. nak menurun kan ilmu pulak dia ye..

ctpayong : "ter"lupa takpe.. :-D

Syigim berkata...

la, bunga ni namanye ixora ke. mmg aku xtau. tp psl sedut madu tu mmg masa kecik2 biase ngan member2 aku buat ;)