18 Mei 2011

KONGSI

Cerita yang aku tunggu2 selepas HMM untuk tahun ini bagi kategori cerita melayu.

Tengahari pertama tayangan aku terus pergi serbu ke GSC untuk menonton cerita Kongsi. Based on dia punya trailer.. sangat gempak dan berlainan daripada kebiasaan. Aku betul2 mengharap a very big laugh on that day. Memandangkan genre cerita yang sebegitu (aksi komedi), sudah pasti aku tak boleh menonton satu family. Pertama, aku tau cik puan kpp not into it... kedua, sah2 Nurin hana tak boleh nak enjoy. Oleh itu, aku pergi menonton seorang diri (dengan harapan dapat duduk sebelah awek cun.. haha!)

Sampai2 kat tempat tiket, dah panjang barisan nya. Aku agak kagum juga lah sebab tak pernah2 aku ke GSC tersebut barisan nya sepanjang itu. Aku terus beratur. 

Agak impressive sebab show nya adalah every hour. Tak pernah lagi aku ke panggung wayang yang ada show dijadualkan seperti itu. Dan, apa yang lebih impressive lagi.. tiket2 untuk 1pm & 2pm sudah warna kuning - membawa maksud "selling fast" - dah nak abih la tu. Bukan takat itu sahaja.. show malam semuanya dah kuning lip lap lip lap juga.

Disebabkan aku pergi solo, should be no problem la. Anyway, walaupun begitu tiket untuk 1pm dah habis masa aku sampai ke kaunter. Terpaksalah aku beli tiket untuk 2pm.

Lepas beli2 popcorn dan sebagainya, aku beratur untuk masuk. Memang "rezeki" aku duduk sebelah awek.. hehe! tapi, awek tu tak sudi dok sebelah aku, dia dan2 tu juga tukar tempat dengan pakwe dia. Tak kisah lah, aku datnag untuk enjoy the movie.. bukan nak buat onar.. haha!

***

image : http://kongsi-the-movie.blogspot.com/


Sinopsis Kongsi (berdasarkan ayat aku sendiri) :

Tumulak adalah seorang pembunuh upahan yang di tugaskan untuk membunuh geng2 kongsi gelap yang bertapak di Malaysia. Kehebatan beliau memang tahap dewa. Manakala, geng2 kongsi gelap pula... tahap biasa2 sahaja. Manakala, ketua2 kongsi gelap pula lebih rupa macam pelawak berbanding macam gengstar!

Dalam melakukan tugas2nya, Tumulak diburu pula oleh inspector berdedikasi ASP Sharif bin Sharifuddin yang kebetulan pula adalah bekas rakan sparring tomoi si Tumulak suatu masa dulu. 

Tumulak berjaya membunuh beberapa orang kanan geng kongsi gelap sehinggalah misid beliau di kesan oleh pihak polis dimana akhirnya Tumulak telah berjaya di berkas.

***

Pendek je sinopsis aku kan ? haha!

Pendapat aku berkenaan cerita ini :

1) Cerita ini banyak bergantung kepada kredibility Shaheizy Sam sebagai pelakon hebat!

2) Bab2 kelakar tu memang pecah perut lah gelak! Kebanyakkan nya melibatkan telatah Shaheizy Sam yang sangat kelakar walaupun sebenarnya beliau bawak watak serius. 

3) Aku paling suka bab Shaheizy Sam mencubit puting Azad Jazmin sambil berkata dalam loghat kelate+siam... "Hualaoh... jerit serupo ponde" - memang lawak gila!

4) Yana Shamsudin memang tak sajak jadi polis - macam tak cukup syarat. Dan, yang paling aku tak faham tu masa Yana mengejar Saheizy Sam.. siap pakai baju putih yang ketat dan menampakkan segala bentuk aset beliau. Entah apa motifnya, aku kurang pasti. Tak sure lah pulak aku kalau polis2 wanita memang suka berpakaian begitu.

5) Aksi kejar mengejar berkereta terlalu panjang. Yang paling aku tak faham, bila kereta Shaheizy Sam dah terkepung boleh pulak depa main langgar2 kereta macam main bumper car diantara 2 biji kereta polis dengan kereta Shaheizy Sam tersebut. Cuma, kereta polis yang Mitsubishi Lancer tu tak de lah pulak nak di korban kan sama.

6) Aksi stunt terjun  daripada bumbung tak real.. nampak sangat guna cable - memang lawak lah!

7) Aku puji juga lakonan Fizo Omar sebagai polis.

8) Dalam ketiga2 kepala gengstar, aku suka watak ketua geng india, Pooniah (sebagai Victor) sebab beliau tu bercakap sentiasa menggunakan bahasa baku..  memang lawak..

Overall, cerita ini memang kelakar tahap bengong. Kena cepat pick-up untuk gelak. Sekali gelak, memang berderai2 lah. berdekah2 gua cakap lu. Bab gaduh2 pun nampak ok dan well choreograph. Terutamanya, Shaheizy Sam. Cara bergaduh sangat stailo..

The worst part is, cerita ini takde jalan cerita dan dia punya ending memang betul2 potong stim! Tiba2 je dah habis.. huh!

Anyway, it is a better Farid Kamil's film berbanding dengan the previous one V3:Samseng Jalanan. Cuma, Farid Kamil may need to learn a bit from Shamsul untuk jalan cerita yang menarik.

Aku highly recommend untuk korang pergi tengok, but pls don't expect too much out of dramatic aspect..

Selamat menonton!

Next, KARAK!

3 ulasan:

Ahkak Geli berkata...

aku nganlaki, hangkut Bak aku sekali tengok wayang citer kongsi tu ari sabtu lepas kat OU..si kenit aku tinggalkan ngan Yang Arif, dengan alasan, aku keja, laki ada kelas..gigih kan nak te ngok wayang..

overal, ok la kelakar jgak kan..cuma ada part yang slow skit kan..

a ah..ape hal bab kejar mengejar polis pepuan tu kena pakai baju ketat??

dan, asal lancer tu tak lanyak sekali? kehkehkehkekek

kita tunggu citer samsul yusof yang macam citer young n denjeres tu..citer karak aku takut nak tengok

nurkaloi berkata...

KARAK ???

kaloi tak pegi tgok ag
hurmm mgkin mggu ni
yeayy !!

Siti Noor Aminah berkata...

nur kasih tak pi tengok ka bang?