23 Mei 2011

BOBOIBOY!

 image : animonsta.com
 
Demam terbaru Nurin hana sekarang... BoBoiBoy - kartun animasi terbitan Animonsta iaitu sebuah syarikat tempatan. Aku di fahamkan yang founder Animonsta adalah terdiri daripada mereka2 yang terlibat dengan siri Upin & Ipin yang sudah sangat popular itu.

Asal mula "demam" terbaru ini ialah di school Nurin hana. Entah siapa yang bawa VCD BoBoiBoy ke school aku tak sure. Tapi, apa yang pasti semenjak daripada itu Nurin hana sudah mendapat "demam" yang baru.

Masa kami bercuti ke Cameron tempohari, sibuk Nurin hana nak tengok BoBoiBoy. Mujur lah aku bawa laptop dan boleh connect ke 3G handphone untuk nengok dalam youtube. Walaupun, gambarnya tidak smooth dan tersekat2.. gigih Nurin hana tunggu juga.

Aku tak nafikan cerita BoBoiBoy tu memang menarik. Kartun nya juga cantik dan smooth. Memang standard internasional lah!  

Oleh itu, bila balik daripada Cameron aku cargas pergi search di internet. Kalau nak tunggu beli VCD nya, entah bila lah gamaknya.

So, sekarang.. asal aku balik kerja je Nurin hana akan minta buka BoBoiBoy.

"Papa, nak tengok BoBoiBoy. Pleeeaaasseeee... pleeeaaseee.. plleeeassseee"

Nurin hana akan ulang2 "please" tu banyak2 kali sampai aku cair!

Cuma, the good thing about it is dapat lah aku tengok tv rancangan yang aku suka.. tidak lah hari2 asyik tengok kartun wordworld, handy manny, mickey dan timmy time sahaja!

3 ulasan:

wahida berkata...

anak2 aku pun layan boboiboy ni...dorang sgt fanatik selain drp upin ipin dan geng bas sekolah....

Hanis Azla berkata...

faveret anak2 saya juga animasi ni.. klu kat rumah tu asyik nyanyi lagu boboiboy aje..

- GC - berkata...

betui bang. gambar dia tak la nampak keras. sy pun layan ni. haha. tapi takleh kalahkan upin ipin. hehe