30 Mei 2011

PIRATES OF THE CARIBBEAN - ON STRANGER TIDES


image : teaser-trailer.com

Cerita pirates yang popular itu dalam siri ke 4.

Ok, aku mengaku.. sudah agak lewat masa aku tengok cerita ni. Sudah kategori basi. Anyway, bukan salah aku. Semua slot wayang asyik2 full memanjang!

Atas usaha gigih aku, dapat juga aku booking thru phone call untuk tayangan sabtu pagi. Mujur juga aku phone-booked dulu, kalau tidak sure tak dapat tengok juga. Sebabnya by the time aku sampai iaitu sejam lebih awal.. waktu tayangan 11:30am sudah lip lap lip lap warna kuning. 

Ceritanya :

Macam biasa Jack Sparrow akan buat huru hara walaupun di mana beliau berada. Kali ini, di paparkan kononnya Jack Sparrow di tangkap dan dibicarakan di mahkamah London. Namun, orang yang di tangkap itu sebenarnya bukan lah Jack Sparrow yang sebenarnya.. dan terjadi lah aksi kejar mengejar dan lawan2.. bla bla bla..

Intipati cerita Pirates pada kali ini ialah untuk mencari Fountain of Youth yang menjadi idaman semua orang termasuk tentera empayar british dan sepanyol. Air kolam yang boleh membuatkan si peminumnya menjadi muda dengan "mengambil" hayat seorang lagi yang minum di dalam bekas silver. Musuh Jack pada kali ini ialah.. Blackbeard, lanun yang terkenal pada zaman itu (memang realitinya Blackbeard ini adalah lanun hebat dalam sejarah perlanunan) dan juga musuh lama beliau iaitu Kapten Barbosa 

Berbagai2 aksi yang terjadi sepanjang perjalanan mencari Fountain of Youth termasuklah kemunculan Mermaid yang agak seksi itu sehinggalah semua mereka akhirnya berkumpul di Fountain of Youth. Di akhir cerita, macam biasa Jack Sparrow berjaya dengan tipu muslihat nya dan menyelamatkan bekas kekasih nya Angelica.

Macam tak best je sinopsis aku tu kan ? Anyway, konsep cerita yang berkenaan eternity atau kehidupan abadi yang atas hikmat "Fountain of Youth" ini sudah banyak kali aku tengok dalam cerita2 hollywood. Nothing much new about it. 

Komen aku :
1) Johnny Depp macam biasa sebagai Jack Sparrow sangat memikat dengan gelagat Pirates-tak-serupa-pirates-yang-ganas nya.

2) Watak Barbossa tu aku macam tak berapa berkenan sangat. Tak tahu apa pasal

3) Blackbeard is suppose to be legend dalam dunia Pe-Pirates-an, namun dalam cerita ini agak mengecewakan sikit sebab wataknya macam tidak sebesar dan sehebat The Flying Dutchmen

4) Cerita pasal Fountain of Youth dah banyak kali di ulang tayang dalam cerita2 hollywood. Nothing  special about it

5) Kurang unsur2 lanun.. lebih unsur2 macam dah nak moden. Macam askar british nak lawan dengan askar sepanyol je lagaknya. AKu ingatkan watak tentera sepanyol tu besar dalam filem ini sebab pada permulaan nya semacam gempak, tapi, tak ada apa2 pun. Kemunculan mereka hanya pada awal dan akhir cerita.

6) Not much a show for young kids macam Nurin hana. Seriously, dia tak tertarik langsung dengan cerita ini. Jenuh lah aku melayan nya untuk bagi peluang cik puan kpp menonton dengan aman memandangkan cik puan kpp sangat minat dengan Johnny Depp yang kurang hensem sikit je daripada aku.. haha!!

Overall, not thrill enough untuk aku. Cuma, it's a good one and as usual ada cerita yang tergantung possibly for the next installment. Hopefully, the 5th movies would be a mind blowing one!

Highly recommended for Johnny Depp fan and of course for those who follow the Pirates saga from the beginning.

4 ulasan:

nurkaloi berkata...

eah da basi ker?
kira oke laa da tengok
kaloi tak tgok lagi aw hahaha

Maya Mayana berkata...

oo begitu ke?tp saya pn minat johny deep ni :)

- GC - berkata...

bang, at least hang tengok. aku ni bertahun dah tak tengok wayang. hahaa

wahida berkata...

kat midvalley skang duk sibuk promote citer ni...siap ada buat kapal bagai kat lobby midvalley tu...huhuhu...