30 Disember 2010

TAG : SEGMEN JOM BERKENALAN

Aiseymen.. tak pernah aku buat benda2 tag macam gini. Selama ni aku setakat baca tag2 orang je.

OK, aku sahut cabaran ini.. hehe

Aku sebenarnya di tag oleh Syigim, namun tag ini sebenarnya berasal dari sini





apakah status anda :
  1. Berkahwin dengan seorang isteri dan ada seorang anak perempuan
  2. Anak sulung daripada 4 orang adik beradik (dua pasang)
ceritakan tentang diri anda
  1. asal : Lahir di HKL, membesar di Ampang. Emak orang Melaka, Ayah orang Selangor.. dan aku mengaku aku orang KL
  2. pekerjaan : Seorang pekerja di sebuah syarikat GLC di KL
  3. cita-cita : Arkitek. tapi, terpaksa dilupakan kerana tidak pandai melukis :-( 
  4. hobi : Bersukan. terutamanya bolasepak - penyokong tegar Liverpool FC (self proclaimed)
  5. 15 perkara anda mungkin nak tau
ceritakan tentang blog anda : Blog aku ni tempat untuk aku share idea, pandangan, pengalaman dan pemerhatian yang semuanya adalah daripada perspektif aku sendiri sebab hidup ini penuh dengan kejutan

apa pandangan anda tentang dunia blog? : Semua orang boleh menulis (err.. menaip) tanpa perlu minta permit atau kebenaran daripada sesiapa. Your words is your responsibility

nasihat anda kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog : Tulis lah apa2 sahaja. Sebab pengalaman dan idea kita adalah berbeza2

nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda : Pengalaman aku cuma aku seorang sahaja yang lalui. Sebab itu, ianya unik

sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog : Aku nak buat buku kehidupan aku suatu hari nanti. Semua tulisan2 aku di dalam blog ini akan aku kumpulkan dan jadikan satu bahan bacaan yang aku akan gelakkan/tangiskan sambil duduk di kerusi malas dengan secawan kopi panas suatu hari nanti yang masih jauh daripada hari ini

akhir sekali, kena tag org yang anda nak kenal sangat :
Tak tau sempat atau tidak. Sebab segmen ini (berdasarkan syarat2nya disini ) ber-tarikh tutup pada 03 January 2011. Aku tag beberapa blogger yang pernah tinggalkan komen di dalam blog aku ini. Kalau berkesempatan, boleh la buat :

1) Khairi
2) Hanisazla
3) GC
4) Citarasa rinduan
5) Nurkaloi


OK. Siap!

3 ulasan:

Syigim berkata...

takyah mention 'hobi bolasepak' tu pun mesti semua tau! :P haha

eh eh aku x penah tau asal usul sesuatu tag tu ye. main buat je kalo org tag :P

Cikgu Akim berkata...

suka baca sumer jawapan..semoga segala cita2 dihati tercapai sempena tahun baru ni!

kalau rajin jemputlah ziarah blogger segmen jom berkenalan di blog saya..

salam perkenalan dri saya bakal guru SP n Biology!

Siti Noor Aminah berkata...

bang, ni sy dh buat la. hehe. thanks tag sy.