01 Disember 2010

GRAFITTI

Lukisan menggunakan spray/cat yang dibuat di dinding2 bangunan (biasanya bukan bangunan kepunyaan sendiri) dengan melakarkan pelbagai karektor atau lukisan yang samada ber-mesej atau sekadar suka2.


 image : adlankhalidi.com

Sila ambil perhatian kepada perkataan BUKAN BANGUNAN KEPUNYAAN SENDIRI!

Salah satu tempat yang paling popular untuk di 'grafitti' kan di KL ialah sekitar stesen LRT Pasar seni didinding tembok sungai. Memang panjang giler grafitti yang 'diorang' buat kat situ.

Secara kasarnya, memang lukisan grafitti yang dibuat sangat menarik dan berwarna-warni. Penuh dengan creativity bergantung kepada interpretasi 'pembuat' grafitti tersebut. Most grafitti involves words or images whether it is of personal logo atau yang bermaksud tersirat di sebalik lukisan tersebut.

Personally, aku rasa :

1) Appreciate creativity yang cuba di tonjolkan oleh 'pembuat2' grafitti tapi tidak kena pada tempatnya

2) Mesej2 yang cuba di sampaikan kadang2 berunsur provokasi atau meng'kritik' pihak2 tertentu

3) Lukisan grafitti adalah satu kaedah me'lampias'kan creativity yang baik sekiranya kena pada tempat dan mesej yang disampaikan boleh dimanfaatkan oleh khalayak yang melihatnya, contohnya : Mesej perpaduan dan Kemerdekaan

Ok, ok.. orang muda tentu suka dengan grafitti ni sebab konon2nya nampak COOL. Tapi, sedar atau tidak.. kalau grafitti ini di buat di dinding rumah diorang dah tentu ianya akan jadi tidak COOL lagi, bukan ? 

Begitulah apa yang terjadi di sekitar ibukota yang mana, kebanyakkan kawasan2 'mangsa' grafitti ini adalah kawasan tumpuan orang ramai dan si 'pembuat' grafitti tidak mendapat kebenaran DBKL. Akibatnya, DBKL terpaksa membelanjakan sebahagian peruntukan untuk mengecat semula dinding2 grafitti tersebut. Setakat yang aku sedar dan perasan.. sudah dua kali dinding tembok tepi sungai sekitar LRT Pasar Seni itu di cat semula. Dan, setiap kali itu juga 'pembuat2' grafitti akan datang semula mempertontonkan creativity mereka.


dinding tembok yang baru dicat semula

Dan, mesej2 yang di conteng kan pula ada macam2 dan ada yang menyentuh isu2 sensitif atau isu2 berkait dengan proses mahkamah, contohnya seperti dibawah.


image :  vagablonding.com

Creativity kalau di salurkan ke jalan dan cara yang betul sangat berguna dan boleh mencetuskan kesedaran masyarakat tentang sesuatu isu atau mesej. Walaubagaimanapun, creativity yang di salurkan secara membuta tuli dan tanpa memperdulikan undang2 adalah sesuatu yang amat dikesali.

Mana satukah pilihan anda ?

Tepuk dada, tanyalah selera..

8 ulasan:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

gian melukis apa buleh buat

SafaRi09 berkata...

kalu kerajaan upah bg dia orang wat betul2 kat sepanjang dinding sg klang tu cantik gak kan

hamzah ian berkata...

kalau ikut saluran betul nnt kena saman..

baik wat camni... cun jgk

Ati Masrif berkata...

salam.

maybe pihak yg berkenaan patut sediakan
tempat utk mereka2 ini melepaskan kretiviti mereka...

KFC baru buat di dengkil pun jadi mangsa baru2 ni..huhu

Heidi Shafiq berkata...

lebih baik kite galakkan mereka berkarya.. tp terapkan had dan batasan.. :)

Pala Maldini berkata...

basically, apa yang semua komen setuju.. kreativity bagus, tapi perlu lah kena pada tempatnya.. aku setuju

biskut berkata...

grafiti cabang seni yang bagus...
pentas utk grafiti masih kurang..
Hmm..dari dibiarkan tembok2 tuh nampak teruk dengan lumut baik ada suatu view yang menarik...
Cuma hasil grafiti yg tak bagus yang merosakanya..

Hanis Azla berkata...

klu grafiti tu ada info dan ada manfaat utk masyarakat tentulah lg menarik.. sbb lukisan2 tu semua mmg sgt menarik dan dpt menraik perhatian setiap mata yang memandang..