17 Disember 2010

SELAMAT HARI LAHIR

Alhamdulillah..



Budak ini sekarang sudah berusia 35 tahun pada hari ini.

Lima belas (15) perkara tentang budak ini :

1) Lelaki, Anak sulung & Cucu lelaki sulung dalam keluarga sebelah emak

2) Ukuran tinggi & berat sekarang : 179cm (5' 10") & 91kg

3) Menangis di sekolah (semasa darjah 4) bila di suruh duduk di sebelah budak perempuan. Mogok sampai habis seharian sessi sekolah

4) Pernah satu kelas dengan future wife beliau (semasa darjah 5), tetapi saling tidak mengenali dan tidak boleh ingat kedua2nya pernah berada di dalam kelas yang sama. Walaupun, kedua2nya mengingati rakan2 kelas yang lain dengan jelas

5) Pencapaian terbaik sekolah rendah adalah pada peperiksaan akhir darjah 6 dimana beliau telah di anugerahkan dengan hadiah "Pencapaian meningkat yang terbaik" (nombor 30 meningkat ke no 12)

6) Bersekolah menengah (tingkatan 1 - 3) di sekolah yang semua pelajar nya adalah lelaki (tapi, beliau bukan gay ye..)

7) Bercita2 untuk masuk ke MRSM selepas peperiksaan SRP (tingkatan 3, equivalent to PMR). Alhamdulillah, beliau berjaya memenuhi cita2nya

8) Cita2 nak jadi Arkitek tapi terpaksa dipendamkan kerana tidak pandai melukis

9) Nama samaran dan panggilan kawan2 di sekolah asrama ialah "Raja" dan "Pala" (sebutan dalam bahasa baku)

10) Kehilangan terbesar dalam hidup beliau ialah apabila arwah nenek kesayangan nya meninggal dunia

11) Pernah bekerja di Pasaraya Kerry's, KFC, Pizza Hut dan sebuah kedai kasut di Campbell. Pencapaian terbaiknya ialah "Employee of the month" semasa bekerja di KFC

12) Makan tanpa pantang & tidak cerewet. Beliau makan semua benda yang halal & boleh dimakan di dunia ini. Namun, cengkerang ketam adalah musuh ketat beliau (juga, cengkerang udang). Makanan yang di idamkan tapi masih belum berjaya di makan (sebab mahal ya amat!) ialah Lobster

13) Sangat minat sukan tetapi tidak pernah berjaya menceburkan diri secara serius di dalam kejohanan2 besar. Pencapaian tertinggi beliau ialah mewakili sekolah rendahnya ke Kejohanan Sukan Sekolah2 Selangor untuk acara Lompat tinggi & Lompat jauh tapi gagal di pusingan awal. Walaubagaimanapun, sukan yang paling diminati ialah Bola Sepak

14) Peminat tegar Liverpool Footbal Club - You'll Never Walk Alone

15) Meminta future wife untuk menjadi kekasihnya dengan menulis sepucuk surat yang di kirim kan di dalam sampul surat yang di letakkan didalam sampul surat lain dan di label kan sebagai "Jangan baca". Surat tersebut diberi tajuk "Queen of my heart"




SELAMAT HARI LAHIR !!

9 ulasan:

Pala Maldini berkata...

kepada sesiapa yang meninggalkan komen :

kalau berminat, korang boleh tanya aku 2 soalan.. Dan, aku akan jawab dalam entry akan datang. bergantung kepada tahap soalan korang ye..

Anyway, thanks for your komen.

mastura rosni berkata...

errr...comel nya...sapa ni ek???
:D.
HAPPY BIRTHDAY DEAR.

Hanis Azla berkata...

Selamat bertambah umur, semoga mendapat keberkatan umur, murah rezeki dan berbahagia selalu... ala sweetnya tacle wife macam tu...

brp tahun u all cintan cintun & kahwin umur berapa yer? ha..ha.. 2 soalan kan.

*Miss Geli^ berkata...

Selamat Hari Lahir encik Pala maldini....
moga panjang umur murah rejeki


soalan saya,

siapakah Lolo Ferrari?

wahida berkata...

selamat hari lahir...semoga pjg umur dan bahagia sentiasa..

Q1: siapa pencipta blogspot?

Q2: apakah nama anak Donald Trump?

google jgn x google...
ekekekekek...saja nak buli birthday boy...

Syigim berkata...

selamat hari jadi :)

1) nape letak piranha kelaparan kat sidebar tu?

2) ape perangai2 nurin yg ikut mcm papa dia masa kecik2? ;)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
semoga menempuh hari hari didunia ini dengan penuh keimanana ..pesan gua pada yang baru muncul di bumi ini

Khairi berkata...

huahua, gambar nostalgia beb. Anyway, selamat hari lahir, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Mak Su berkata...

selamat hari lahir :)